Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Friday, 5 November 2010

DSAI Bersara, Galas, Batu Sapi dan Masa Depan Malaysia

·         DSAI bersara
– secara logiknya, kita merasakan memang patut mereka yang seangkatan dengan DSAI untuk bersara dari politik. Ini termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Najib, Ku Li dan ramai lagi.  Malah, ulama yang saya hormati Dr Mohd Asri juga menekankan sedemikian buat DSAI, buat pihak Pakatan mahupun Barisan.

·         Pada saya, hakikat ini sebenarnya lebih baik dipakai untuk kabinet kerajaan persekutuan sekarang. Sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, rata-rata barisan kabinet negara terdiri dari mereka yang berusia 20-30an. Purata umur mereka, di bawah 30 tahun.  Tun Razak waktu tersebut 28 tahun manakala Tun Dr Ismail 30 tahun. Sekarang, umur termuda menteri kabinet adalah 45 tahun! Saya suka dengan kata-kata Ku Li:

"If they tell you the future is in your hands kindly request that they hand that future over first.  Ask them how come the youngest member of our cabinet is 45 and is full of discredited hacks? Our Merdeka cabinet had an average age below thirty. You’re not the first generation to be bright. Mine wasn’t too stupid. But you could be the first generation of students and young graduates in fifty years to push this nation through a major transformation. And it is a transformation we need desperately."

·         Apabila ada suara mengatakan DSAI patut bersara, saya berpendapat marilah kita terlebih dahulu melihat dari sudut DSAI sebagai seorang insan biasa. DSAI telah ditangkap, dipukul, dimaki, dihina, dicerca, dipenjara, dibogelkan, difitnah, dimalukan lebih daripada mana-mana rakyat Malaysia dalam sejarah Malaysia sendiri. Tidak ada sesiapa dalam sejarah Malaysia yang telah melalui apa yang beliau dan keluarga beliau lalui selama bertahun-tahun lamanya. Sistem yang bertanggungjawab dalam tindakan tersebut, masih berkuasa dan berdiri dengan kukuh. Andaikata kita yang menjadi mangsa seperti DSAI, adakah kita akan menyerah kalah dengan mudah lalu bersara sedangkan “the powers that be” masih dengan takbur melakukan kemungkaran? Sentuhan politik DSAI mungkin kurang berkesan, tetapi sebagai seorang insan biasa beliau ada hak untuk memperjuangkan keadilan berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui. Tiada siapa dapat menafikan hak tersebut. Sama ada beliau berjaya atau tidak, sama ada beliau berpura-pura atau ikhlas, itu hak beliau sebagai mempertahankan maruah beliau. Hanya kebetulan, beliau dulu TPM. Hanya kebetulan, beliau Ketua Umum Pakatan. Sekalipun beliau keluar, beliau menjadi simbol bahawa wujudnya kepincangan dalam sistem kehakiman, perundangan, media massa, penguatkuasaan undang-undang dan struktur sosio-ekonomi. Pada saya, DSAI mempunyai hak untuk tidak bersara dari politik kerana pengalaman peribadi beliau, yang telah melalui satu proses yang sangat pedih dan berat untuk ditanggung.

·         Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi telah berlalu
– apa maknanya? Saya melihat terdapat banyaknya pengajaran buat kesemua pihak yang terbabit.

·         Buat Pakatan Rakyat, ini seharusnya menjadi mesej bahawa Pakatan Rakyat harus mempunyai kekuatan tersendiri dari hanya bergantung dengan kelemahan parti lawan. Pakatan Rakyat harus berhenti dari hanya mengeksplotasi korupsi dan kesalahan BN tetapi memfokuskan daya serta usaha kepada isi yang benar-benar rakyat boleh melihat dengan mata kepala rakyat sendiri. Pakatan Rakyat harus berhenti dari mengeluarkan slogan-slogan tidak bermakna seperti BN. PR harus berhenti dari ceramah politik sensasi tetapi menumpukan kekuatan yang dapat dirasakan oleh rakyat di peringkat kawasan luar bandar dan bandar.  Pakatan harus berusaha meyakinkan pengundi tegar BN dan pengundi atas pagar bahawa ini masa perubahan dan ini bukti kemampuan kami. Jangan hanya penuhi ceramah dengan retorik panas tetapi kosong. Hanya sekadar hiburan sewaktu pilihanraya sebegini.

·         Pakatan Rakyat juga harus mula berfikiran jauh. Andaikata Pakatan Rakyat mahu kekal sebagai suatu permuafakatan, mereka harus melihat era selepas DSAI, selepas TG Nik Aziz, selepas Lim Kit Siang. Penyokong Pakatan, tidak melihat usaha konkrit ke arah ini. Yang ada di sebalik selimut, seakan-akan cerita permusuhan, pengkhianatan dan saling berebut kuasa.

·         BN terutama UMNO pula jangan menyangka rakyat sudah mula menyokong kembali. Rakyat masih mual. Penyokong tegar BN sendiri, apabila saya bertanya mengakui hakikat BN itu umpama kapal karam…namun lebih baik tinggal di kapal karam selagi tak nampak bayang pulau atau daratan.  BN harus berubah. UMNO harus berubah. Tiada perubahan terbaik, selain kembali ke pangkal perjuangan Islam. 

·         “Kami memang pejuang agama”, kata sesetengah pihak.

·         “Kami pertahankan nama Allah! PAS tak pun.”

·         Islam bukan sahaja bererti pertahankan nama Allah, tetapi mempertahankan sistem dan cara hidup yang Allah swt syariatkan. Itu lebih utama.  Ini bermakna sistem yang adil, telus dan saksama tanpa kompromi kepada aqidah Islam dan penganutnya. Sistem yang adil dan diisi dengan penguasa yang berjiwa adil serta bertakwa kepada Allah. Mempunyai sistem yang adil, tetapi penguasa yang berhati jahat – hanya akan melahirkan rakyat yang membenci sistem hatta kesalahan sebenarnya adalah cara penguasa melaksanakan sistem tersebut.


·         Forum Perdana
– baru-baru ini, Qatar telah mengatur program forum perdana bertajuk “Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia.” Ada kata ini tajuk kontroversi, ada kata tajuk ini tepat, tak kurang pula kata ini tajuk tak tepat sebab ada perkataan melayu. Dalam ramai-ramai, saya tertarik dengan pandangan seorang sahabat yang saya kasihi.

“Moral atau pengajaran yang kita perolehi dari forum ini sebenarnya mudah, nasib melayu dan masa depan Malaysia bergantung kepada kembalinya kita kepada cara hidup Islam. Kalau ini pun orang tak nampak, saya sedih.”

·         Kalau kita nak bincang tajuk ini, sebenarnya boleh buat thesis. Dalam forum pun tak habis modal bincangkan, apatah pula di sini. Biarlah saya ringkaskan apa yang saya faham.

·         Pada saya mesej dari forum tersebut, ada sekurang-kurangnya 3 formula pendekatan yang akan menentukan masa depan Malaysia:
o   Pertama – Islam untuk semua
o   Kedua – Islam, Melayu
o   Ketiga – Melayu, Islam

1.       Islam untuk semua –
a.       ini adalah benar dan ideal.  Untuk masyarakat majmuk, ini sebenarnya satu pendekatan mulia dan terbaik. Cuma, adakah pintu pendekatan kepada masyarakat majmuk ini melalui pintu politik? Adakah kita mahu berdakwah kepada masyarakat majmuk melalui pintu politik? Andaikata pintu politik yang terbaik, adakah rasul saw berdakwah kepada masyarakat di Mekah melalui pintu politik?
b.      Saya tidak mempunyai masalah dalam hal ini, dengan syarat DAP dan PKR bersetuju untuk hidup di bawah sistem Islam. Saya tidak mempunyai masalah andaikata parti-parti lain mengiktiraf sanggup berada di bawah sistem pemerintahan Islam. Kesukaran di sini, DAP dan PKR juga membawa falsafah politik mereka yang tersendiri. Kedua-dua mereka, saya nampak membawa falsafah demokrasi ala barat yang bertunjangkan hak-hak asasi manusia. Sedangkan kita tahu, definisi hak-hak asasi kemanusiaan Islam terletak di dalam pagar al-quran dan as-sunnah. Yang memburukkan lagi keadaan, ada di kalangan mereka yang agak liberal dalam definisi hak-hak kemanusiaan lalu meletakkan agama sama antara semua. Sedangkan di dalam aqidah Islam, agama ini tidak berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan agama lain. Di situ sebenarnya ada titik pertemuan antara cara hidup Islam dan konsep liberal yang dibawa oleh PKR dan DAP. Namun, titik pertemuan itu harus berhenti apabila ia menyentuh soal aqidah.
c.       Ada juga mahu membawa formula parti Islam turki yang mencairkan imej Islamnya lalu mengaku sekular. Di dalam konteks Turki pada saya tidak menjadi masalah, kerana komposisi masyarakat mereka tidak pelbagai seperti di Malaysia. Lebih 95% di Turki masih mahu mengaku Islam sekalipun ia bukan cara hidup mereka. Tetapi konteks di Malaysia, hanya tidak lebih 55% yang beragama Islam. Mencairkan identiti Islam hanya menggugat kedudukan umat Islam

2.       Islam, Melayu –
a.       Ini bererti kita letakkan Islam sebagai platform tetapi pada waktu yang sama memastikan beberapa “hak-hak” melayu terpelihara.
b.      Saya boleh bersetuju dengan cara ini, andaikata pimpinan tertinggi persatuan atau parti tersebut sama ada peringkat Pusat, negeri dan daerah terdiri dari masyarakat majmuk. Jelas kelihatan komposisi majmuk di dalam persatuan atau parti tersebut. Presiden bangsa Iban, Naib presiden Bidayuh, Bendahari melayu, setiausaha Melanau, Mursyidul Am Cina. Ia tidak mustahil. Alangkah indahnya dan ini yang saya impikan. Ini bermakna, tunjang kekuatan Islam di Malaysia terdiri dari bangsa Malaysia. Identiti Islam di Malaysia, adalah bangsa Malaysia yang majmuk. Barulah mudah untuk kita pamerkan kepada PKR atau DAP, bahawa ini adalah alternative yang sebaiknya kepada sistem yang mereka ingin bawa. Ternyata dan terbukti, pembentukan satu identiti di bawah nama bangsa Malaysia bertunjangkan Islam.
c.       Tetapi itulah hakikatnya, ia hanya impian.
d.      Sebelum kita mahu ke sana, kita harus bawa masuk pemimpin-pemimpin bangsa lain yang  beragama Islam sebagai pimpinan persatuan atau parti. Ahli-ahli muallaf, kita tarbiyyah dan hantar ke timur tengah sebagai kekuatan baru nanti. Kita juga harus menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai pagar rintangan harus diredahi dan dikuasai. Kita sebenarnya mahu mengubah struktur sosial di Malaysia, dalam acuan Islam melalui cara ini.

3.       Melayu, Islam –
a.       Ini bererti melalui platform melayu, wadah Islam diperjuangkan. Tanpa mengorbankan identiti melayu dan pada waktu yang sama berprinsip bahawa budaya melayu adalah tunjang kepada kekuatan Islam di Malaysia sebagaimana budaya Arab adalah tunjang kepada kekuatan Islam di bumi Arab.
b.      Kesukaran besar melalui jalan ini, saya nampak ada 4 cabaran:
                                                               i.      Seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
                                                             ii.      Seakan-akan dakwah Islam itu ekslusif untuk Melayu
                                                            iii.      Seakan-akan meletakkan hanya bangsa Melayu memerintah Malaysia
                                                           iv.      Seakan-akan membantutkan usaha progresif mentajdid minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan usaha perpaduan nasional

c.       Untuk 5 persoalan di atas, saya lihat ini sebagai jawapan:

                                                               i.            Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
a.       UMNO – saya suka mengambil kata-kata ustaz anuar salleh dalam hal ini Cuma apabila saya bercakap tentang Melayu bukan bermaksud menyokong pimpinan UMNO yang korup disebabkan mereka meninggalkan dasar-dasar Islam dan apabila saya memperjuangkan Islam saya tidak lupa kepada keperluan menyatukan ummah termasuk Melayu. Sebenarnya yang menjadi ahli UMNO atau PAS tidak sampai 4 Juta umat Islam di Malaysia dan umat Islam yang lebih 10 juta masih belum mempunyai halatuju perjuangan hidup di dunia ini. Kepada mereka saya tujukan seruan ini..”
b.      Nasionalis – di mesir, nasionalis di Mesir mahu meninggalkan budaya Islam sebagai asas kehidupan. Di Malaysia, ultra nasionalis melayu yang paling ekstrem pun membudayakan Islam kerana melayu dan Islam amat berkait rapat. Cuma mungkin Islam yang difahaminya hanya bertumpu kepada soal ibadah dan isu pembebasan palestin. Di mesir, golongan nasionalis membawa ke budaya kegemilangan sebelum zaman Islam yakni zaman kegemilangan tamadun Firaun. Nasionalis di Malaysia tidak membawa kepada kegemilangan kerajaan Srivijaya dan Majapahit…tetapi kerajaan melayu Islam Melaka!
                                                             ii.            Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan dakwah Islam itu eksklusif untuk melayu
a.       Saya tidak nafikan, apabila kita merentasi jalan ini kita akan kelihatan seperti mengeksklusifkan Islam untuk melayu. Malah, ini merupakan persoalan pertama yang muncul di dalam minda saya. Mungkin ini yang membuatkan muslim Cina, India etc tidak mahu mencampuri urusan politik melayu kerana tidak melibatkan Islam.
b.      Namun apabila kita fikirkan, urusan politik melayu sebenarnya berkait langsung dengan kekuatan Islam di bumi Malaysia. Mahu tidak mahu, walau apapun perjanjian yang diletakkan kedudukan Islam di bumi Malaysia terancam apabila kedudukan melayu dipersoalkan kerana yang akan mempertahankan Islam di bumi Malaysia adalah melayu hanya kerana kita majoriti umat Islam.
c.       Tambahan lagi apabila saya renung secara mendalam, sebenarnya ini secara lumrah kita sudah lama lakukan. Selama kita berdakwah, kita sering mendahului bangsa sendiri dalam dakwah, kerana ia lebih senang disebabkan satu bahasa, satu realiti dan latarbelakang.
d.      Di dalam konteks AS atau Australia, dakwah kepada bangsa asing lebih mudah kerana struktur sosial di sana secara langsung telah meleburkan identiti bangsa kepada negara bangsa baru, sama ada warganegara AS, Britain atau Australia. Konsep negara bangsa mereka telah sekular dan agama adalah hak peribadi. Secara langsung, tidak ada sifat eksklusif Islam hanya untuk bangsa tertentu di negara tersebut.
e.      Di dalam konteks Malaysia, kita belum sampai kepada tahap penegasan identiti bangsa Malaysia sebagai identiti Islam. Strata sosial kita, masih bercirikan bangsa sama ada kita suka atau tidak.
f.        Apabila struktur sosial ini berubah, pada waktu tersebut kesesuaian pendekatan melalui wadah bangsa harus diambil kira.
                                                            iii.            Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan hanya bangsa melayu boleh memerintah Malaysia
a.        Isu kepimpinan, berbeza dengan isu pendakwahan kepada kaum sebangsa dan kecintaan kpd tanahair yang merupakan fitrah. Kepimpinan berkait dengan komposisi umat, realiti semasa, tempat, suasana dsb.
b.      Tidak menjadi masalah untuk bangsa lain beragama Islam memimpin Malaysia. Andaikata  masyarakat India Muslim berjaya menguasai kepimpinan MIC, Cina Islam menguasai semua parti-parti Cina dan kaum Melayu yang faham dan kommited menguasai UMNO, PKR dan PAS. Kemudian mereka sepakat memilik perdana menteri dari kalangan Cina atau India yang lebih bertakwa dan berilmu jika tidak ada orang Melayu yang layak. Itulah idealnya. Namun, kita masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Maka dalam konteks sekarang, kedaulatan Islam berkait rapat dengan kebolehan bangsa Melayu memerintah Malaysia
c.       Umat melayu perlu kembali kepada Islam tulen dan menginsafi bahawa orang Melayu bertanggungjawab terlebih dahulu membetulkan bangsa dan keturunannya sebelum mengutamakan bagsa-bangsa lain daripada menunggu agar bangsa Cina dan India Muslim akan berdakwah dan mendidik orang-orang Melayu.

                                                           iv.            Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan membantutkan usaha progresif minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan “communalism” sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan perpaduan nasional
a.       isu perjuangan bangsa Melayu dan mengajak mereka kembali kepada Islam tulen bermaksud membawa idea pertengahan antara perjuangan Melayu berasaskan idea sekular dan perjuangan Islam yang kadang-kadang membawa arus melupakan ruh persaudaraan Islam, ukhuwwah, mahabbah, bersifat duah, murabbi tetapi kadang-kadang terlebih menampakkan sayang kepada rakan seperjuangan yang tidak seagama dan sebangsa.
b.      Apabila memperjuangkan hak umat Islam yang masih ada dalam perlembagaan sedia ada, mempertahankannya agar tidak diubah dan diperkemaskan bukan bermaksud ingin mengenepikan hak-hak kemanusiaan bangsa-bangsa lain yang tidak seagama tetapi yakin hanya Islam mampu memberi keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

·         Pada saya, sudah jelas jalan yang harus dilalui. Daripada 3 pilihan yang ada, pilihan yang ketiga itulah pada pandangan saya tepat dengan suasana politik di Malaysia sekalipun kelihatan menentang arus

·         Saya mengimpikan Malaysia that had come together “through our own free will and desire in the true spirit of brotherhood and love of freedom”, in a union arrived at “by mutual consent by debate and discussion…through friendly argument and compromise,” and “in the spirit of co-operation and concord.”

·         Saya mengimpikan rakyat Malaysia yang terpelihara hak-hak kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Saya mengimpikan zaman kita bersama-sama dalam sikap kesukanan apabila nama-nama Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong and Mokhtar Dahari menjadi sebutan di kalangan anak muda. Saya meingimpikan zaman kesukanan apabila rakyat Malaysia, satu sorakan menyokong pasukan badminton Piala Thomas 1992.

·         Saya mengimpikan sistem politik dan pemerintahan yang adil tanpa perlu memanipulasi unsur perkauman dan sikap keagamaan yang terlampau.

·         Namun, saya percaya di dalam konteks Malaysia sekarang, usaha ini hanya akan berjaya apabila umat melayu yang menjadi teras politik di negara ini bersama-sama bekerja berpandukan dakwah islamiyyah yang asli berasaskan quran dan sunnah.

·         Ketepikan permusuhan yang sedia ada dan letak kerangka untuk satu muafakat umat Islam tanpa menjejaskan parti-parti yang sedia ada. Di dalam muafakat umat Islam ini,  bersusun nelayan dan pemborong, peniaga kecil dan usahawan, berbaris petani di samping doktor, buruh di sebelah jurutera, pelajar dengan guru, hakim serta peguam, wanita mahupun lelaki, ahli PAS, UMNO, PKR mahupun DAP, pimpinan PR mahupun BN yang beragama Islam di dalam satu saf Islam. Isu-isu pokok Islam menjadi kebersamaan antara pelbagai aliran di kalangan umat melayu ini. Dari situ insya-Allah, barulah akan lahir umat Islam yang beragenda dan masa depan Malaysia yang cemerlang.

Saturday, 14 February 2009

What A Hectic Month

  1. Bulan Januari 2009 dan 2 minggu pertama Februari yang berlalu memang agak sibuk. Pada hari-hari awal bulan Januari, mula-mulanya agak lapang. Apatah lagi baru balik Haji dan semangat tahun baru (Hijriyyah dan Masihiyyah), rasa Insya-Allah kerja dan hidup akan jadi lebih tersusun. Entah macammana, tetiba kesibukan melanda diri. Rasa tercungap pun ada. Bukan sahaja dari segi peribadi, tetapi perkembangan isu di Gaza dan tanahair juga mengambil masa.
  2. Tentang isu Gaza, telah saya terangkan agak panjang lebar pada penerangan yang lepas, Untukmu Gaza
  3. Alhamdulillah, dalam kesibukan tersebut masih berjaya mengisi diri dengan pengisian dari para penceramah handalan. Dari Ustaz Zamberi, Dr Yusuf Qardhawi, Syeikh Yusuf Estes, Ustaz Lukman Landy dan Ustaz Hussein Yee. Walaupun secara fikrah dan harakah mereka berbeza, saya tetap yakin matlamat kesemua mereka semua sama, mencari keredhaan Allah swt.
  4. Dalam pada itu, perkembangan isu tanahair juga agak melelahkan. Dari by-election di Kuala Terengganu, politik caca merba di negeri kelahiran saya Perak Darul Ridzuan, by election yang bakal diadakan di Perak dan Kedah...saya dapat merasakan rakyat mungkin makin mual dengan politik tanah air. Secara peribadi, saya agak kecewa dengan apa yang terjadi di Perak, tetapi saya menaruh keyakinan yang tinggi dengan perancangan Allah swt dan merasakan ini adalah yang terbaik.

  5. Selain dari membuktikan kepentingan tarbiyyah dan perlu ada pemilihan yang tepat dalam memilih calon untuk menjadi wakil rakyat, jika difikirkan dengan lebih panjang, saya berpendapat hikmah yang paling besar adalah parti Islam berjaya mentrampilkan calon yan berkaliber. Calon tersebut boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam. Ini membuka peluang di masa akan datang jika parti Islam tersebut atau mana-mana pertubuhan Islam ingin berdikari dan bertanding atas prinsip pertubuhan itu sendiri.

  6. Kerumitan di Perak juga seharusnya menjadi pengajaran bahawa prinsip perjuangan itu harus dihayati dengan sepenuhnya oleh ahli pertubuhan tersebut. Kelemahan 3 orang wakil rakyat, telah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan. Begitulah adat perjuangan. Kelemahan pasukan pemanah di atas bukit Uhud, juga menyebabkan umat Islam "tewas" di bumi Uhud.

  7. Apa yang berlaku di Perak, meyakinkan saya bahawa tidak ada jalan keluar dari kemelut di Malaysia selain pertentangan antara jahiliyyah dan hak secara langsung. Namun, sebelum pertentangan langsung ini boleh berlaku, kejahilan yang menutupi mata hati umat Islam di Malaysia melalui topeng assabiyyah harus dirungkai.

  8. Dalam tempoh masa ini juga, saya alhamdulillah selesai membaca 2 buku, Palestine: Yesterday, today and tomorrow karangan Tariq Al-Suwaidan dan Fafirru ilallah (Flee to Allah) oleh Abu Zar AlKalamouni.

  9. Pada saya, buku Palestine oleh Tariq Suwaidan membuka mata saya tentang sejarah Palestin secara menyeluruh. Kezaliman puak zionis memang tidak dinafikan. Umat manusia terutama umat Islam harus ingat bahawa tanah Palestine adalah tanah terjajah. Proses penjajahan tersebut berlaku sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu sebelum holocaust yang sering diwarwarkan untuk menjustifikasikan kependudukan mereka di Palestin. Pada saya, buku tersebut harus berada di setiap rumah orang Islam sebagai peringatan terhadap sejarah umat Islam.

  10. Buku yang kedua, Flee to Allah pada saya cuba menyentuh jiwa manusia melalui pengamatan diri. Buku ini saya rasa cuba menggabungkan konsep yang diutarakan oleh La Tahzan dan buku motivasi barat seperti dari Dale Carnegie. Walaupun daripada bahasa terjemahan tidak sebaik La Tahzan, beberapa saranan dari buku tersebut boleh diambil dan dijadikan pengajaran.

  11. Insya-Allah saya merasakan bahawa bulan Febuari dan Mac akan serancak bulan Januari ini. Moga-moga, kita tidak mensia-siakan waktu dan peluang yang ada.

Friday, 23 May 2008

Audio Ceramah - Feb 2008 (Ustaz Abdullah Yasin & Ustaz Hasrizal)

Alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan yang saya buat melalui beberapa website, akhirnya dapat jugak saya upload ceramah-ceramah yang diberikan oleh Ustaz Abdullah Yasin dan Ustaz Hasrizal di Qatar pada bulan Feb 2008. Itupun ceramah-ceramah yang saya sendiri hadir kerana ada ceramah kaum ibu yang saya tak dapat ikut.

Bagi rakan-rakan yang dah lama meminta, saya pohon maaf atas kelewatan yang amat sangat ini. Insya-Allah, setelah saya dah jumpa site baru ini, saya akan uploadkan ceramah-ceramah lain secepat mungkin.

Ustaz Abdullah Yasin
  1. Taubat - AlKhor
  2. Kewajipan Umat Islam Terhadap Al-Quran - AlKhor
  3. Islam Agama Ilmu, Bukan Agama Warisan - Doha
  4. Akidah Pemangkin Akhlak Mulia - Dukhan
  5. Hakikat Kepentingan Akidah - AlKhor

Ustaz Hasrizal

  1. Menjana Ummah Gemilang - Doha
  2. Penggabungan Diri Dengan Islam - AlKhor
  3. Perjuangan Islam Semasa - Tepat dan Jelas - Dukhan

Rekod-rekod ceramah ini tidak diaudit, so ada la bunyi orang gelak ketawa, berdehem etc. Mungkin kalau takut ngantuk apabila mendengar tape, cuba lah teka suara sapa. Melalui site ini, audio boleh didownload atau didengari direct melalui link.

Selamat mendengar dan mengambil iktibar.

Sunday, 10 February 2008

Penat tapi belum berakhir Insya-Allah

Alhamdulillah, saya menulis kembali. Berhenti sebentar bukan kerana malas, tetapi untuk menumpukan tenaga untuk siri program ceramah bersama Ustaz Abdullah Yasin dan Ustaz Hasrizal. Bercampur baur perasaan. Seronok kerana dah lama tak dengar ceramah dari penceramah Malaysia. Takut kerana program ceramah ini semuanya agak intensif. Bukan kerana isinya, tapi kerana ia dianjurkan dengan tempoh masa yang dekat antara satu dengan yang lain. Ditambah lagi dengan jarak yang agak jauh merangkumi Doha, AlKhor dan Dukhan. Dalam tempoh yang singkat, perancangan yang teliti harus dibuat agar "sunnatullah program" untuk berjalan dengan lancar dapat dipenuhi.

Program ceramah Ustaz Abdullah Yasin bermula dari 30 Jan 2008 sehingga 3 Feb 2008. Bermula dari rumah saya 30 Jan malam dan berakhir di Souk Waqif 3 Feb 2008 malam, kehadiran pendengar dan kedahagaan umat Islam Malaysia dan Indonesia terhadap ilmu Islam seakan-akan tidak putus. Rasa kesian juga pada Ustaz. Tapi mungkin kerana kecintaan beliau untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu, tidak kelihatan langsung penat dan lelah beliau. Penyampaian beliau dalam bidang tafsir dan penekanan beliau dalam aqidah yang sahih seakan-akan menyuntik semangat baru dalam jiwa kaum ibu dan bapa untuk menimba ilmu tanpa henti. Bermula dengan penyampaian tentang Hakikat Dua Kalimah Shahadah dan menerangkan kepada masyarakat bahawa Islam Agama Ilmu Bukan Agama Warisan. Ustaz kemudiaannya menyambung tentang Kewajipan Umat Islam Terhadap AlQuran dan menyentuh tentang peranan Aqidah Sebagai Pemangkin Akhlah Mulia. Penutup sesi, ustaz menyentuh perasaan ahli yang hadir tentang peri pentingnya manusia melakukan Taubat Nasuha dan mengawasi alaman yang akan menjadi Pemusnah Aqidah dan Amal.
Ternyata, aqidah yang ditekankan adalah persoalan pokok dan harus dijadikan fokus utama dakwah, bukan hanya tertumpu kepada perkara furu' dan cabangan fiqh yang sering menjadi sumber pertikaian bagi mereka yang tidak ingin berlapang dada. Rata-rata umat Islam begitu asyik dengan cara solat, jenis solat, rukun solat, bacaan solat lalu lupa bahawa solat hanya merupakan proses untuk kearah ketakwaan dan bukannya input atau output dalam pembentukan insan. Input adalah pengabdian diri kepada Allah manakala output adalah tingkah laku yang tercermin dari ketakwaan yang terbentuk. Dengan lain kata, manusia terlampau menumpukan fizikal solat Rasul saw tetapi tidak mengambil kira jiwa solat Rasul saw. Maka, siri program Ustaz Abdullah Yasin harus mempunyai kesinambungan lalu diterjemahkan dalam erti makna yang lebih praktikal. Di sinilah Ustaz Hasrizal memainkan peranan.

Kalau dipinjam kata-kata Ustaz Hasrizal, umat Islam hanya berhenti takat TAHU, tapi tidak mengambil langkah untuk mencetus MAHU dan MAMPU. Ustaz Hasrizal memulakan sesi ceramah beliau mulai 8 Feb 2008 dan mengakhiri sesi ceramah pada 9 Feb 2008 malam. Beliau "mengolah" pemahaman Islam menggunakan bahasa kontemporari dan yang mudah difahami masyarakat. Umat Islam Malaysia TAHU apa itu Aqidah tapi tak faham apa makna Aqidah. Aqidah harus diterjemahkan dalam bahasa yang mudah khususnya buat remaja masa kini. Pemahaman tentang Aqidah harus menjangkau makna dan tujuan hidup kita di atas muka bumi ini. Kita yang berusia 30 tahun ke atas ini mungkin faham, tapi bagaimana pula anak-anak remaja yang dikelilingi dengan pelbagai cabaran masa kini? Menerangkan aqidah dalam bentuk tujuan hidup dapat memberikan keMAHUan dan keMAMPUan kepada remaja malah masyarakat am untuk mengubah cara hidup mereka ke arah jalan yang lebih diredhai Allah swt. Walaupun sebenarnya Ustaz Hasrizal kurang sihat, tapi beliau terus dengan komitmen dakwah bagi memenuhi permintaan saudara seagamanya di bumi Qatar. Beliau memulai sesi ceramah dengan menerangkan apakah Makna Bergabung Dengan Islam dan menghuraikan tentang konsep Perjuangan Islam yang Tepat dan Jelas. Ustaz juga mencabar para remaja dengan mengisukan remaja tentang 3 persoalan penting dalam kehidupan. Ustaz akhirnya menyimpulkan kesemua tersebut dengan mengupas cara-cara mencapai Ke Arah Menjana Umat Islam Gemilang.
Penat tapi seronok. Pengisian kesemuanya bermakna dan alhamdulillah meresap ke hati. Namun, sesi ceramah ini tidak dapat dijayakan tanpa bantuan tenaga dan hasil infaq kesemua ahli masyarakat muslim Malaysia. Kesungguhan mereka yang dari AlKhor, keikhlasan mereka yang dari Dukhan, komitmen dari mereka yang menetap di Doha, sifat kerjasama mereka yang berada di Dubai dan tidak lupa pengorbanan keluarga ustaz Abdullah Yasin dan Ustaz Hasrizal untuk membenarkan suami/ayah mereka berdakwah di sini, hanya boleh dibalas oleh Allah swt.

Saturday, 12 January 2008

Runsing Runsing Kepalaku Runsing

Runsing runsing kepalaku runsing.


Baru-baru ini, polis memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia keseluruhan jenayah pada tahun 2007 meningkat sebanyak 7% di Malaysia secara purata. Antaranya;
  1. Jenayah ganas meningkat 13.4 peratus.
  2. Kes rogol naik 30 peratus
  3. Rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus
  4. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus
  5. Pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus
  6. Pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus
  7. Curi motosikal meningkat 3.2 peratus
  8. Curi kereta naik 11.4 peratus
  9. kecurian lain naik 5.1 peratus

Belum sampai sebulan tahun 2008 dan tahun 1428 H, pagi ini saya baca Utusan Malaysia 2 berita jenayah perhatian saya, isu penculikan Sharlinie yang berusia 5 tahun dan isu pembunuhan ADUN Negeri Johor di lif bangunan MIC Johor.

Bercampur baur perasaan yang timbul. Malu pun ada, takut pun ada, kecewa pun ada, marah pun ada. Malu, sebab kita tak mau negara kita dijaja sebagai negara yang diwarwarkan Islam Hadhari tapi jenayah yang terjadi macam tak kenal had dan hari. Takut, sebab anak-anak sendiri masih kecil dan bila nak balik bercuti di Malaysia nanti benda yang sama terjadi, nauzubillah. Kecewa, sebab saban hari macam takde penyelesaian dengan kes-kes jenayah kat Malaysia. Kalau pembesar negara pun boleh terancam, nih kan pulak rakyat marhaen yang hidupnya takder pengawal atau pagar setinggi Tembok Cina. Polis memang semakin hari tak cukup tangan nak menyelesaikan kes-kes ini. Kes Nurin belum selesai, datang pulak kes lain. Marah, sebab seakan-akan takde orang ingin bertanggungjawab terhadap situasi negara yang semakin buruk.

Kalau isu minyak masak, kewibawaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dipersoalkan. Kalau isu AP, Menteri Perdagangan menjadi perhatian. Isu tol dan jalan raya, Menteri Kerja Raya yang disoal. Isu keselamatan dalam negeri, siapa? Isu perasaan kurang selamat untuk membiarkan anak bermain di taman permainan depan rumah siapa yang bersalah? Isu takut dirompak apabila berjalan di siang hari di tengah-tengah orang ramai sapa yang patut main peranan? Isu takut rumah disamun bila pulang bercuti raya sapa yang harus mengambil peranan?

Kalau tiada sesiapa yang mahu memandang serius untuk menangani isu ini, maka tak hairanlah jiran tepi rumah saya yang beragama Islam di kampung pun (kampung jer, tak pergi tengah bandar) dah mula bela beberapa ekor anjing untuk mengawal rumah sebab rumah dia 2 kali dipecah masuk. Satu kali dia diikat oleh pencuri. Tak hairanlah kereta kawan saya di sebuah taman perumahan boleh dicuri ditengah-tengah malam sedangkan pagar rumah dah dikunci. Tak hairan seorang kawan sekerja saya mati dibunuh berhampiran rumahnya sendiri.

Masyarakat harus mengambil serius isu ini. Peningkatan kadar jenayah hanyalah simptom-simptom masyarakat di Malaysia yang sedang tenat menghadapi banyak masalah sosio-ekonomi. Ini semua berkait rapat dengan isu pengangguran, pendatang asing, kenaikan kos sara hidup dan keruntuhan institusi keluarga. Berkait rapat dengan hakikat rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Berkait rapat dengan hakikat yang berkuasa dan berduit boleh lepas begitu sahaja. Berkait rapat dengan kemerosotan kualiti pendidikan negara dan syllabus matapelajaran yang caca merba dan hanya fokus dengan nilai-nilai sains dan fizikal semata-mata. Berkait rapat dengan isu perundangan negara. Berkait rapat dengan isu media yang hanya fokus dengan isu-isu komersil dan sensasi lalu lupa tanggungjawab sosial mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni.


Kesemuanya kait-mengait. Ia umpama jam tangan. Jarum jam, hanya bergerak baik apabila semua komponen jam tersebut berfungsi. Tetapi, apabila satu komponen sahaja gagal berfungsi dengan baik, contohnya gear sahaja, maka seluruh jam tak berfungsi dengan baik. Itu baru satu komponen, bayangkan banyak komponen, tak ke haru. Macam tuh jugak situasi di negara kita. Semuanya berkait rapat. Apabila komponen-komponen ini rosak, maka keadaan negara semakin rosak. Dan kalau situasi ini dibiarkan....

Runsing, runsing kepalaku runsing,

Belum dikira isu politiking,

Lama-lama moral rakyat semakin kering,

Jalanan penuh dengan orang samseng.

Runsing, runsing kepalaku runsing.

Tuesday, 8 January 2008

Bekalan Telur vs Bekalan Minyak - Peluang Beramal


Ketika sambutan Eidul Adha dan Hari Natal baru-baru ini, Qatar menghadapi krisis bekalan telur tidak mencukupi. Sekali baca, macam kelakar jer tapi bagi yang hidup di Qatar, terasa merana. Telur dijual secara senyap-senyap dan berharga lebih kurang 1QR sebiji. Waktu tuh, mencari telur macam nak cari sewa rumah kurang dari RM300 kat tengah-tengah KL. Terpikir kejap, macammana la bekalan telur boleh tak cukup dan betapa pentingnya sesebuah negara wajib mempunyai industri bahan asasi yang mencukupi terutama sekali dari segi pertanian dan bahan kegunaan seharian. Lebih-lebih lagi jika bekalan import luar negara terjejas oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, masalah tuh tak ketara sangat sekarang walaupun harga telur masih mahal. Bersyukur bagi yang balik malaysia bercuti waktu tuh.

Di negara kita pulak, krisis baru pulak dihadapi. Bekalan minyak masak tiba-tiba hilang dan tidak mencukupi. Macammana boleh tak cukup? Macam-macam alasan dikemukakan dan sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Daya Saing Sawit telah berbincang (Utusan Malaysia 8 Januari 2008) bagi memastikan kekurangan bekalan minyak masak dapat diatasi. Di sesetengah tempat, pembelian minyak kelapa sawit dihadkan sebanyak 5 kg sahaja. Ada sesetengah pekedai meminta pembeli menunjukkan kad pengenalan untuk membeli minyak masak.

Kalau tadi isu telur kerana industri penternakan dan pertanian dalam negeri tak mencukupi, minyak masak pulak apa sebabnya? Bukan kita antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia? Maksudnya bukan takat cukup untuk dalam negeri, malah boleh dieksport ke merata tempat lagi. Apapun alasannya, saya rasa faktor utama adalah sifat tamak manusia itu sendiri. Mungkin ada peniaga yang menyimpan minyak masak secara stok untuk mendapat keuntungan berlebihan. Mungkin ada pengilang yang hanya eksport ke luar negara sebab lebih banyak hasilnya apabila menjual di pasaran antarabangsa. Mungkin tiba-tiba ramai pengguna minyak masak beli minyak masak secara berlebihan sebab takut harga minyak akan naik lagi. Pokoknya, waktu-waktu macam nih, suma hanya pentingkan diri sendiri. Tak kira la sapa. Lu lu gua gua. Itulah konsepnya. Bila terjadi macam nih, baru terasa.

Betapa buruknya perangai tamak nih. Perangai tamak inilah yang membuahkan perasaan hasad dengki. Sikap tamak inilah menyebabkan ramai orang merana, ramai orang difitnah dan ramai yang merasai kesempitan hidup. Kalau difikirkan, mungkin lojik bekalan minyak masak nih berkurang tiba-tiba di Malaysia sebab kat sana maaf cakap, ramai sangat orang pendengki. Mungkin ini antara simptomnya. Apakah lawan sikap tamak nih?

Alhamdulillah, teringat 1 peristiwa di Qatar masa kekurangan telur. Dah nak balik setelah menziarahi rumah kawan, tetiba sebelum balik kawan bagi sedozen telur. "Eh, kenapa nih? kat rumah aku ada lagi", soal saya bila dapat sedozen telur. Dia jawab, "Anggaplah ini rezeki." Terasa sejuk hati. Alangkah indahnya perasaan sebegini. Tiada hasad dengki atau tamak haloba. Teringat bagaimana sebaik-baik sedekah adalah barang yang kita hargai. Waktu kekurangan telur, kita sedekah telur. Waktu kekurangan minyak masak, kita sedekah minyak masak. Terasa indah ajaran Islam nih. Hidup berkongsi dan saling memberi.

Mungkin ini sesuatu yang harus difikirkan. Mungkin sapa yang ada disana harus ambik kesempatan. Tanya jiran, cukup minyak tak? Masa nih tanam sikap berjimat cermat. Kurangkan masakan yang penuh berminyak tuh. Tanamkan budaya pemakanan sihat. Kurangkan belanja di kedai mamak. Jangan lagi makan mee goreng mamak pukul 2 pagi kat kedai nasi kandar di Bukit Bintang. Masa nih antara waktu terbaik bagi kesedaran. Patutnya, khutbah Jumaat hentam orang pasal sikap tamak nih. Mudah, tapi itulah ajaran Islam. Baru orang tertarik, baru orang nampak praktikalnya Islam. Baru orang berminat mempelajari dan mengamalkan Islam. Baru hilang sikap tamak dan dengki. Baru cukup bekalan minyak masak dalam apa jua keadaan Insya-Allah. Kan ker senang?

Wednesday, 2 January 2008

Hollywood vs "Boleh"wood

Norbit, Click, Nacho Libre...antara cerita Hollywood yang mungkin ramai dah tengok, nak tengok atau tak terasa langsung nak tengok. Kalau kita perhatikan cerita hollywood nih betul-betul, bak kata orang dengan pandangan mendalam atau pandangan "bashirah", kita dapati kebanyakan (bukan semua) cerita Hollywood penuh dengan mesej, sama ada genre family comedy atau true story atau cerita hantu atau mana-manalah.



3 cerita di atas, sebenarnya cerita berkonsepkan family comedy. Cerita Norbit dan Nacho Libre, sekali tengok memang la melucukan. Moral cerita sebenarnya mungkin boleh disampaikan kurang daripada 5 minit tapi biasala Hollywood mengambil masa 1.5 - 2 jam untuk memasyukkan lagi cerita. Moral cerita mudah - pelihara anak yatim adalah lebih penting dari keuntungan dunia. Cerita Click pun sama. Lucu dan memang tak realistik tapi mesej yang nak disampaikan, keluarga lebih penting dari career atau kerja. Kosmetik melalui jalan cerita tentang remote control universal yang membuatkan cerita tuh panjang dan membuatkan mesej tersebut nampak menarik.

Cerita-cerita Hollywood, kebanyakannya berisi dengan pengajaran yang mendidik masyarakat mereka dengan nilai-nilai keberanian dan pengorbanan, semangat cintakan kebenaran, kebebasan, demokrasi dan yang paling banyak, nilai-nilai kekeluargaan. Kalau kita tengok citer hantu atau seram diaorg, kita mesti heran dan tutup muka kita dengan bantal busuk bila ada sorang heroin atau hero atau budak kecik masuk satu bilik untuk menyiasat dari mana sesuatu bunyi tuh datang. Sambil menjeling dari celah bantal dan tangan kita, kita heran..."Beraninya budak ini!" Walaupun kita tahu ia hanya satu lakonan. Sebab kita tahu, kalau kita dalam filem tuh, mesti tak perginya. Tapi itulah nilai yang ditanam dalam masyarakat barat. Mereka ingin mencetuskan masyarakat yang berani explore benda-benda yang diaorg tak tahu.

Kalau citer-citer seperti Enemy of the State (Will Smith), Bourne series (Matt Damon), The Net (Sandra Bullock), The Patriot & Braveheart (Mel Gibson), Volcano (Tommy Lee Jones), Dante's Peak (Pierece Brosnan), Armageddon (Bruce Willis), The Core (Hilary Swank) etc pulak mendidik masyarakat barat dengan nilai-nilai patriotik , perjuangan, hak asasi manusia, kebebasan (freedom) dan pengorbanan. Kalau sapa ingat citer Volcano akan teringat bagaimana seorang fireman biasa mengorbankan diri sanggup terjun dalam lautan api gunung berapi semata-mata nak menyelamatkan seorang budak kecil. Kita yang tengok pun rasa terharu melihat pengorbanan fireman nih yang mungkin hanya seorang pelakon tambahan tapi mesej yang nak disampaikan menusuk kalbu.

Belum lagi dimasukkan cerita seperti I Am Sam, Pursuit of Happyness, Remember the Titans dan seangkatannya. Tak cukup tisu nak kesat air mata.

Bagaimana pulak filem kita dari "Boleh"land? Mungkin yang sebaliknya pulak, tak cukup air mata mengenangkan kualiti kebanyakannya. huhuhu...
Saya teringat 2 peristiwa bila citer pasal movie local negara kita. Peristiwa pertama, masa saya study oversea housemate saya marah saya tak tonton cerita melayu. Dia cakap, "sapa nak support cerita melayu kalau bukan bangsa melayu tuh sendiri? Ni lah melayu", katanya yang penuh bersemangat. hmmm...kata-kata macam nih yang saya rasa Allahyarham Dato' Onn pun boleh naik semangat.

Peristiwa kedua, salah satu penemuramah TV stesyen tempatan tanya Dato' pengarah nih (pandai-pandailah teka) kenapa banyak ambik artis-artis sensasi seperti Awie, Erra, Ziana etc berlakon dalam filem beliau. Dia jawab, "Saya nak berterus terang. Saya mengarah filem sebagai mata pencarian dan sebab nak untung. Orang melayu hanya sanggup bayar tengok wayang terutamanya hanya nak tengok artis-artis popular nih. Saya hanya bagi apa yang mereka mahukan. Salahkah saya? Ini bukan eksploitasi. Ini hanya creative marketing." Lebih kurang begitulah bunyinya. Tak salah apa yang diperkatakan. Malah, kejujuran dia memberi komen adalah dari mata kaca capitalism (satu hari akan dikupas tentang capitalism).

Bottom line kebanyakan cerita "Boleh"wood, semuanya adalah untuk berhibur semata-mata. Saya bukannya tak tengok citer melayu, saya cuma memilih bila tengok citer melayu. Cerita-cerita seperti Sepet, Gubra, Gol&Gincu dan seangkatan dengannya pada saya menarik dan keluar daripada jalan cerita yang typical melayu. Walaupun ada sesetengah mesej/imej yang saya tak bersetuju dalam cerita-cerita tersebut namun saya rasa cerita-cerita sebegini secara keseluruhan dapat mempertingkatkan kepekaan tentang keadaan sebenar masyarakat Malaysia. Negara kita kurang dengan filem-filem sebegini. Dan ini yang harus diperbanyakkan dan bukannya cerita slogan dan retorik kosong yang hanya berkisar tentang cinta tak kesampaian.
Walaubagaimanapun, banyak lagi filem tempatan yang pada diri saya belum sampai standard memuaskan. Ehh...cakap banyak pulak saya nih...jadi pengarah filem baru tau rendah tinggi langit. hehe...
Kesimpulan yang saya sebenarnya nak sampaikan, ada perbezaan antara kebanyakan cerita Hollywood versus kebanyakan cerita "Boleh"wood. Antaranya, filem Hollywood banyak memasukkan mesej dan moral yang jelas dan berunsur kemanusiaan. Filem "Boleh"wood pula, mesejnya kadang-kadang terlalu mendalam sampai kita tak tau apa mesej yang hendak disampaikan.
Apapun, kalau nak berhibur dengan menonton filem, pilihlah filem yang baik dan bila menonton, cuba lihat dengan pandangan "bashirah" - mana tau ada mesej yang boleh kita pelajari dari filem tersebut. Sekurang-kurangnya, takdelah pulang dengan tangan kosong apabila selesai menonton filem yang mengambil masa 1.5-2 jam tersebut.

Sunday, 30 December 2007

2007 - Tahun Yang Berlalu

Dalam masa kurang daripada 48 jam, 2007 akan berakhir. Banyak yang berlaku pada tahun ini, seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Seperti biasa, sejarah dunia penuh dengan pelbagai peristiwa pahit manis. Isu kenaikan harga minyak mentah mencecah 100USD setong, isu ekonomi dalaman Amerika Syarikat dan kejatuhan nilai dollar sebagai matawang utama pasaran dunia, isu "nuklear" di Iran, pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang menjelang tiba, bencana alam di Indonesia, kemelut Iraq, Lebanon, Palestin, Darfur dan kemunculan gergasi ekonomi India dan China yang semakin kukuh telah mewarnai 2007. Yang terbaru, tragedi pembunuhan Benazir Bhutto. Sedihnya, sekali lagi dunia Pakistan bergelut dalam suasana "perang saudara". Siapa yang bersalah? Siapa yang menjadi mangsa? Siapa yang berjaya? Siapa yang terpedaya?

Di Malaysia, tentunya kemelut politik menjadi perhatian. Isu ekonomi yang semakin mencengkam golongan pendapatan rendah dan sederhana semakin membahang. Kerja bagai nak rak tapi duit untuk memenuhi kehidupan yang sederhana terasa benar belum mencukupi. Isu-isu perkauman dan agama juga semakin menjadi-jadi di Malaysia. Isu "racism" di universiti tempatan, isu lagu Negaraku diolah, isu HINDRAF, penggunaan nama Allah di dalam kitab Injil, isu murtad dan isu pengebumian hangat diperkatakan sepanjang 2007. Ada yang mengambil kesempatan, ada yang benar-benar memperjuangkan keadilan. Isu sosial juga tidak berkurang. Kes rogol, bunuh, buang anak, kecurian etc semakin lama semakin menjadi. Isu hak asasi manusia untuk bersuara juga mula mendapat tempat di kalangan ramai orang terutamanya penduduk bandar. BERSIH menjadi simbol kepada harapan bahawa masih ada di kalangan rakyat Malaysia yang patriotik menyuarakan ketidakpuashatian dengan prestasi kerajaan yang sedia ada.

Pelbagai reaksi masyarakat kita dapati tentang BERSIH. Ada yang takut nak borak pasal BERSIH kerana takut terbawak dengan isu politik. Pada saya, kesedaran dan peningkatan kepekaan tentang keadaan masyarakat adalah satu budaya yang positif dan membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Sebaliknya, apabila kepekaan sebegini dikongkong dan ditindas, hasilnya lahir umat yang hanya mementingkan diri dan keluarga sendiri dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di negaranya. Umat yang seperti ini, sebenarnya akan mencorakkan diri mereka ke arah kehancuran tanpa disedari.
Berbalik kepada tahun 2007, secara keseluruhan... sekali dipandang, seakan-akan tidak ada penyelesaian dengan kemelut dunia ini. Sekali dilihat, semakin mual rasanya dengan isu-isu yang melanda. Semakin bosan dengan masalah yang ada. Rasa nak muntah dan nak campak jer suratkhabar ke TV.
Mungkin itu sebabnya ramai yang suka menghabiskan masa di TV/wayang menonton filem bikinan Hollywood atau membaca majalah picisan tentang artis popular atau berdansa di kelab malam sampai ke 4-5 pagi. Hanya sebagai penghilang stress dengan suasana dunia yang semakin kelam. Suasana sosio ekonomi yang terlalu membebankan. TV, wayang, kelab malam, majalah picisan, novel asmaradana etc hanya menjadi tempat untuk melampiaskan perasaan gundah gulana - satu medan alternatif untuk escape dari realiti hidup.
Atau sebenarnya tempat dan bahan-bahan tersebut adalah penyebab kepada kemelut dunia sekarang? Akibat dari terlalu lalai dengan candu dunia hiburan menghasilkan umat yang berfikiran dangkal, berjiwa lemah, terlalu suka berhibur, lahirnya sikap endah tak endah, budaya kurang ajar, hedonis, pembaziran dan taksub. Umat yang sedia ada tidak mahu berjuang memperbaiki nasib kerana sudah selesa dengan environment yang sedia ada.

Jawapannya adalah salah satu, bergantung kepada which school of thought we're raised as.
Kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima pegangan kita.
Sikap toleransi, hanya bermakna apabila disertai dengan unsur faham dan redha.
Pada diri saya, penerangan yang kedua adalah penyebabnya.
Saya hanya mampu menjelaskan agar manusia jelas pegangan saya,
Jangan dicari konfrontasi, kerana hasilnya pasti rugi.
Terang dan jelaskan prinsip, pasti dihormati.
Prinsip yang hanya dijadikan slogan tanpa bukti, ramai yang benci.
Kalau dah salah, lebih baik mengaku dan mengundur diri.
Yang pasti, tahun 2008 menjanjikan suasana kontrovesi.
Pasti tak cukup modal menulis di sini.
Akhirul kalam, moga terus menjadi iktibar buat semua dan diri.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008.

Thursday, 27 December 2007

Antara 3 Generasi

Perbezaan umur antara bapak dan Aisyah adalah 80 tahun!


Alhamdulillah, cuti hujung tahun hampir selesai. Mula terasa malas nak menjalankan tugas semula dalam seminggu lagi. Email office pun sengaja tak dibuka sebab takut tension tengok email-email downtime nanti. Seronok menghabiskan masa bersama ayah dan bonda serta keluarga kakak tercinta walaupun sebentar.





Sekarang, tetiba terasa sunyi lak rumah. Bukannya Amin, Muslih, Aisyah dan Ammar x bersuara. Mereka masih aktif macam dulu (mungkin lebih aktif gamaknya), cuma dah biasa hampir 3-4 minggu ada tambahan keluarga dari kampung.





3-4 hari nih, sejak pulang dari Iran, giat explore facebook pulak. http://www.facebook.com/profile.php?id=572890072 Terjumpa ramai kenalan lama. Sampai terlupa nak update blog lama nih. 23 December, hantar mak bapak serta keluarga kakak ke Airport. Sempat singgah di kedai Taste of Asia dekat Matar Qadim, yang ura-uranya ada jual teh tarik, roti sardin ngan roti telur. hmmm...ura-ura tuh memang confirm betul. Sedap! Melepas rindu masakan tanahair. Bapak pun puas hati semacam.

Sebelum mereka berangkat pulang, seperti biasa tangan bapak dan mak dikucup dan badan dipeluk rapat. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat jugak mereka melawat anak bongsu di bumi Qatar ini. Hanya Allah swt yang tahu, bila dan siapa antara kami yang akan berjumpa dengan-Nya dahulu selepas ini. Sekurang-kurangnya, cucu-cucu mereka juga sempat bermesra dan bermain dengan mereka.

Terkenang cerita bapak semasa minum teh dengan kawan-kawan sbarang eminggu dua selepas bapak sampai ke AlKhor. Pengalaman beliau berjuang sewaktu zaman sebelum merdeka. Keikhlasan pejuang-pejuang terdahulu yang hidup bersusah payah dan tak pernah berebutkan jawatan. Pejuang-pejuang sekarang ataupun orang yang mengaku berjuang pada zaman sekarang, jauh berbeza. Apatah lagi pejuang-pejuang di masa akan datang. Konsep dan tahap pengorbanan mungkin berbeza, tetapi pokoknya sama. Dasarnya masih sama.

Itulah kehidupan, silih berganti. Hanya Allah swt yang tahu, sejarah antara 3 generasi ini. Moga-moga, kalau ada internet lagi di masa depan dan blog ini masih boleh dibaca, anak-anak kita Insya-Allah akan menjenguk dan menghayati masa yang pernah mereka tempuhi bersama datuk dan opah mereka. Moga-moga, kita dan anak-anak kita insaf, bahawa kehidupan ini hanya satu kitaran. Dari lemah semasa bayi, kepada kuat dan cantik semasa dewasa dan akhirnya lemah kembali semasa tua. Akhirnya, di mana sekalipun, kepada Allah jualah kita akan kembali.

Semoga Allah swt mengampuni kedua ibu bapa kita dan merahmati serta mengasihi kedua ibu bapa kita, sebagaimana mereka mengasihi kita sewaktu kita masih kecil dahulu.

Monday, 17 December 2007

Selamat Hari Aidiladha 1428 - Eid Mubarak

Malam tadi, ketika saya bergegas keluar dari kooperasi di Al-Khor Community saya terserempak dengan sahabat saya dari Palestin . Niat di hati mula-mula nak lambai tangan seperti biasa, tetapi tiba-tiba teringat tentang Eid Mubarak yang hanya tinggal sehari sahaja lagi. Saya berpatah balik dan masuk semula lalu bersalam dan mengucapkan Eid Mubarak kepada beliau. Adalah lepas tuh berborak lebih 5 minit dengan beliau.




Hmmm...kekadang, kita begitu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga lupa untuk pause seminit 2 untuk mengucapkan Eid Mubarak kepada rakan dan saudara. Kekadang, kita sibuk dengan diri sendiri sehingga lupa pengorbanan mereka yang mendahului kita yang dengan izin-Nya kita berada di mana kita berdiri hari ini. Selalu, kita terlupa nak menghirup udara segar di pagi hari dan mengucapkan syukur ke hadrat-Nya atas kesihatan dan kekuatan yang diberi.



Oleh itu sekurang-kurangnya, dengan kelebihan teknologi masa kini marilah sama-sama kita mengambil masa sebentar mengucapkan syukur kepada Ilahi dan sebelum memulai perjalanan ke mana-mana mengucapkan Hari Aidiladha kepada yang tercinta yang jauh di mata. Manala tau, hayat kita berhenti tak semena-mena.

Seperti kebiasaan setiap tahun, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Eid Mubarak, kullu 'am wa antum bikhair kepada semua. Berjumpa semula sekembalinya dari Iran nanti.

Minal aidin wa faizin - "Semoga termasuk dari orang-orang yang kembali kepada fitrah kesucian dan termasuk dari orang-orang yang mendapatkan kemenangan"





p/s: minal aidin wa faizin tidak bermakna maaf zahir batin seperti yang didapati di kad-kad ucapan hari raya di Malaysia, tetapi membawa maksud seperti yang di atas.

Tuesday, 4 December 2007

Every step is a journey

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Alhamdulillah, selesai sudah satu matlamat. Senang je sekali difikirkan, tapi nak menyiapkannya mengambil masa yang sangat lama. Hampir lebih satu tahun!

Waktu saya tiba di Doha Mei tahun lepas dan setelah pindah ke AlKhor hujung bulan 6, saya bermatlamat hendak menyiapkan satu blog khas, dalam bahasa Inggeris - rumusan hidup di Jenan. Pada waktu yang sama, ingin menulis beberapa pandangan tentang perjalanan hidup di Qatar. Niatnya, apabila lengkap penulisan hingga ke tingkatan 5, maka Insya-Allah maksudnya saya sudah bersedia untuk menulis dengan lebih serius dan harapannya, agar siap dalam hujung tahun 2006.

Tetapi, Allah sahaja yang mengetahui. Dalam sedar tak sedar, dah hujung tahun 2007. Hanya 26 posting sahaja dalam blog tersebut! Kesilapannya, saya sendiri tak mampu berdisiplin dengan masa yang terluang.

Benarlah kata salah seorang bijaksana seperti di atas, sekalipun seseorang itu boleh mengatasi beribu musuh dalam medan perang, kemenangan yang sejati adalah apabila seseorang itu dapat menguasai dirinya sendiri.

Mungkin saya tidak dapat menulis dengan konsisten, tetapi saya berdoa kepada Allah sekurang-kurangnya ini akan menjadi batu loncatan saya untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi.

Saya akhiri posting kali ini dengan sajak dari Ustaz Fauzi, yang saya kira jika dihayati, pasti membakar semangat "lelaki-lelaki" tulen yang masih dibuai lena...termasuk diri saya sendiri.

http://satuperkongsian.wordpress.com/kenangan/

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak
Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal
Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya
‘RIJAL TELAH HILANG’

~~~~~~~
Akhir kalam, tidak teringinkah kita menjadi rijal tersebut?
Tidah bercita-citakah kita mengembalikan maruah deen yang mulia ini?
Tidak rindukah kita melihat keadilan Islam tertegak kembali?
Tidak cemburukah kita melihat aktivis-aktivis kemungkaran mengorbankan segala masa dan harta benda untuk mempertahankan idealisme mereka?
Tidak mahukah kita, menjadi salah satu rantai dalam mempertahankan kebenaran?

Ya, saya pasti jika ditanya...semua orang pasti jawab ya. Persoalan terakhirnya, jika itu yang kita mahu, mengapa masih berpeluk tubuh? Mengapa ilmu di dada masih di takuk lama? Mengapa tidak mahu membuka pemikiran, mendalami pemahaman dan memperbaharui amalan?

Inilah cabaran kita di era ini.