Sunday, 16 December 2007

Qatar - Hari Kemerdekaan dan Hari Nasional

Bendera Qatar 1932 - 1949








Bendera Qatar 1949 - 3 September 1971










Bendera Qatar 1971 hingga sekarang







Qatar walaupun kecil sebenarnya kaya dengan sejarah. Tak perlu dikupas dengan lebih lanjut kerana banyak yang boleh kita perolehi dari wikipedia atau menggunakan mana-mana search engine yang ada. Namun, apa yang saya nak bawa perhatian adalah buat pertama kali pada tahun 2007 Qatar menyambut Hari Nasionalnya pada tarikh 18 December. Sebelum ini, sambutan Hari Kemerdekaan adalah 3 September.

Hmm..kenapa boleh berubah tarikh nih? Macam boleh ubah-ubah jer tarikh merdeka? Pelik. Pertama sekali, sebelum menuduh keterlaluan kita harus sedar istilah yang digunakan adalah Hari Nasional bukannya Hari Kemerdekaan. Kalau dikaji, memang kebanyakan tempat Hari Nasional adalah Hari Kemerdekaan, seperti di Malaysia tetapi Qatar mengambil langkah yang berbeza.
Tarikh Kemerdekaan masih sama, 3 September kerana adalah suatu fakta Qatar merdeka dari British secara rasmi pada 3 September 1971. Tarikh Hari Nasional walaubagaimanapun diambil sempena tarikh Sheikh Qassim bin Mohammed Al-Thani menggantikan ayahnya Muhammad Ibn Thani pada 18 December 1878 sebagai Hakim Qatar (Emir hanya mula digunakan selepas 1971) dan Qaim Maqam (Deputy Governor). Pada waktu pemerintahan beliau, buat pertama kalinya seluruh Qatar bersatu menentang wakil Turki Othmaniyyah Nafiz Pasha di Basrah ketika Perang Wajbah pada 26 March 1893.

Saya rasa tindakan Qatar ini sesuatu yang menarik dan moralnya boleh dipelajari oleh negara kita Malaysia yang juga kaya dengan sejarah. Hari Kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu dari cengkaman British secara rasminya adalah 31 Ogos 1957. Namun, Hari "Nasional" atau pengisytiharan Malaysia atau penggabungan Malaysia Timur adalah 16 September 1963. Andaikata kita ikhlas menyambut Hari Kemerdekaan dengan semangat integrasi, seharusnya kita mengambil langkah seperti Qatar dan menyambut Hari Nasional pada tarikh 16 September. Tidak ada masalah mengubah tarikh menyambut Hari Nasional kepada 16 September, malah kalau tak mau melupakan tarikh keramat 31 Ogos, kedua-dua tarikh tersebut boleh dijadikan cuti umum. Apabila kita menyambut tarikh 16 September ini sebagai Hari Nasional secara rasmi, kita Insya-Allah akan mengukuhkan perpaduan di antara kesemua negeri di Malaysia hasil dari sikap kebersamaan.

Gambar atas adalah bendera Malaysia secara rasmi sejak 16 September 1963.