Friday, 9 January 2009

Untukmu Gaza

Hari ini, genap 14 hari pencerobohan dan serangan Rejim Zionis Israel ke atas Gaza. Malah, sebelum dari itu Israel dan "kuncu-kuncunya" telah menutup sempadan Gaza dari sebarang bantuan makanan, perubatan, elektrik atau apa-apa bentuk bantuan kemanusiaan, yang telah berlangsung lebih dari 3 tahun.

Alhamdulillah, di Qatar "response" masyarakat Islam agak di luar jangkaan. Bermula dari bacaan Qunut Nazilah semasa solat 5 waktu, kutipan derma yang telah menjangkau jutaan riyal, pemberhentian beberapa acara sambutan sebagai tanda sokongan terhadap Gaza seperti sambutan tahun baru, perhimpunan untuk Gaza di stadium Qatar dan perarakan untuk Qatar, sesi-sesi ceramah umum di masjid-masjid, stadium dan kelab-kelab sedikit sebanyak menunjukkan kebanyakan jika tidak segelintir umat Islam masih sayangkan bumi Palestin. Percubaan-percubaan musuh-musuh Islam untuk melunakkan dan melembutkan perasaan umat Islam tentang Palestin selama berpuluh tahun nampak gaya tidak membawa hasil yang mereka jangkakan.

Apabila saya melihat remaja dan kanak-kanak kecil bersemangat semasa perhimpunan dan perarakan yang saya sertai, saya tersenyum bangga kerana masih ada harapan buat umat ini, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Malah, teknologi internet telah digunakan sebaiknya oleh pelbagai pihak untuk menerangkan situasi sebenar di Palestin, sesuatu yang tidak dapat dilakukan 20-3o tahun dahulu. Mungkin ini agaknya yang membingungkan rejim Zionis Israel. Dah puas media dipusing-pusing, tapi masih ada puak yang tak percaya. Macam mana nak percaya, orang yang sama mengatakan tidak ada humanitarian crisis di Gaza juga mengatakan Hamas bersembunyi di tempat-tempat awam. Kalau ada gak yang percaya propaganda rejim Zionis Israel nih tak tau ler....saya cuma seru panjangkan akal sedikit, melihat siapa sebenarnya merampas tanah siapa. Siapa yang menduduki Palestin sebelum 1948? Siapa yang bercucuk tanam di Palestin sebelum 1924? Kalau kampung halaman kita dirampas atas alasan orang yang merampas tuh ditindas oleh orang lain, maka mereka ada hak ke atas kampung halaman kita, apa logiknya? Itulah punca pertelingkahan dan perbalahan. Tak perlu dilihat satu peluru berpandu Qassam yang menjadi punca rejim Zionis Israel melanggar Gaza. Tidak sama sekali. Jawapannya sebenarnya bermula lebih 60 tahun...ketika Nakbah terjadi.

Artikel dan penerangan oleh Ustaz Abdul Halim, Ustaz Hasrizal dan Syeikh Anwar Awlaki saya kira sudah cukup untuk memberi gambaran sebenar tentang isu Gaza. Malah, ceramah-ceramah yang saya dengar selari dengan pandangan yang mereka kemukakan. Semua penceramah sama ada dari Mesir, Sudan, Kuwait atau Qatar pasti menyentuh inilah janji Allah, kemenangan Allah semakin hampir, jangan risau dan gundah gulana serta sebagainya untuk dijadikan motivasi bagi umat ini untuk terus berjuang. Malah, kupasan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dalam khutbah Jumaat tadi saya rasa agak komprehensif dan tepat. Pada saya, apa yang jelas kali ini adalah jelas kelihatan ulama mana yang benar-benar saya rasa boleh katakan ulama jihad dan ulama mana pula saya kategorikan sebagai ulama teori dan fiqh semata-mata. Ulama mana yang jiwanya terkesan dengan kesusahan umat Islam dan ulama mana yang mengutamakan kemudahan. Benarlah ceramah yang saya dengar suatu hari dulu, "Amalan jihad inilah yang akan membezakan siapa sebenarnya pendokong Islam dan siapa sebenarnya opportunis Islam, sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kisah Nabi Daud AS dan kisah perang Badar serta perang Uhud." Moga-moga Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang tsabat dan cekal di dalam Deennya.

Apa yang pasti, "response" pemimpin-pemimpin Islam masih lemah dan lesu. Terkenang akan ceramah yang saya hadiri 1 Januari, bagaimana seorang syeikh dari Kuwait dalam ceramah tersebut mengeluarkan kain kafan dan mencampakkannya sambil mengatakan dengan terjemahan yang lebih kurang, "kami menganggap kamu sudah mati wahai pemimpin negara Islam, kerana kamu gagal bertindak sewajarnya". Apa yang saya lagi kecewa bagaimana kerajaan Malaysia bertindak dengan lambat dan agak pasif dari biasa.

Saya tidak mahu mengupas terlampau panjang kali ini, tapi saya mahu membawa perhatian kepada nasyid Raihan "Untukmu Palestin" dan sepotong sajak dari rakan Facebook untuk tatapan dan renungan bersama.
Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestinkan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh
Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah
Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Palestin
Sajak "Whole body aches"
The whole body aches.. sore to the root..
So i must make a choice..to keep on waiting for fairy tales
or to subscribe to a 'different' system
or to deny all biological needs and focus to what i do best..
sometimes i cant bear the pain,
though i know i am the one who choose to feel it.. here goes..
Son..I am ready to lose sleep,
I am ready to sacrifice my super precious time
I am ready to put down my book and chase you around
I am ready to laugh at you silly
I am ready to bring the best in you baby
I am ready to tie your shoes and see you fall riding your wave
I am ready to pick you up and tell you to be brave..
I can't bear watching babies of the Palestine
Bathing in blood and crying for help
Because i can feel how its like, to be a mother with so much pride bearing so much pain..
O Allah, if i can pick them up and keep them safe in my house,
I will give my every sweat to make sure they grow up be roused..
If not, i would like to send them my heartiest prayers..
You can take some years of my life and give it to them..
Because they need it more than i do
For i am not yet a mother that I have a child to live for to..
Jasmiza for Palestine