Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, 16 December 2013

Syiah - janganlah menyelesaikan isu Gred A dgn pendekatan Gred F

- Di tempat kerja saya ada beberapa kawan dari Iran yg sudah berkewarganegaraan US atau Canada. 

- Mereka ini agak liberal dari ajaran "syiah" dan menolak corak pemerintahan kerajaan republik Iran. Mereka berhijrah keluar kerana hidup mereka di Iran dulu agak tertekan sehingga untuk temuduga kerja pun harus melalui pejabat agama. Tapi kita simpan cerita tersebut untuk status yg akan datang.

- Status saya kali ini adalah pandangan ttg bagaimana kerajaan kita menangani perkembangan ajaran syiah di Malaysia apalagi dgn kenyataan YB Dato' Zahid Hamidi berkenaan bukti kelas A dan bukti kelas B.

- Di dalam maqasid syariah, hifzuddeen (pemeliharaan agama) adalah perkara paling utama berbanding perkara yg lain. Isu syiah adalah isu aqidah. Oleh itu ia adalah isu yg serius yg perlu ditangani sebelum ia meluas. Tiada siapa yg mahu hidup terkongkong dengan tafsiran sempit agama ala Iran atau penindasan seperti di Syria.

- Bolehlah dikatakan, isu perkembangan ajaran syiah di Malaysia adalah isu bertaraf Gred A sebenarnya.

- Namun, cara kerajaan menanganinya setakat ini dengan hanya memfokuskan kepada seorang individu yg kebetulannya adalah Timbalan Presiden PAS adalah bertaraf Gred F. 

- Pendekatan kerajaan seharusnya lebih bijak dan menyeluruh kerana cara kerajaan mengendalikannya setakat ini telah menimbulkan persepsi bahawa usaha ini adalah percubaan mudah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu kos sara hidup yg semakin meningkat.

- Kerajaan seharusnya lebih serius dgn memperbanyakkan lagi penerangan tentang bahaya ajaran syiah. Kerajaan juga harus memantau dan menghalang dgn tangkas usaha langsung pihak terbabit dlm menyebarkan ajaran syiah. 

- Pandangan saya, janganlah menyelesaikan isu Gred A dgn pendekatan Gred F. Kelak, yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

- Manakala bagi teman-teman saya yg tidak merasakan syiah itu bermasalah atas sebab penganut syiah msh blh ke Mekah atau Madinah silalah dengar penerangan ringkas dari Syeikh Assim Al-Hakim di video youtube di bawah. 


- Teman saya tidak bersetuju dengan pandangan Syeikh Assim di FB saya dan memberikan jawapan yang lebih tegas:

"Kerana shiah boleh masuk mecca lah dan pada masa yg sama membunuh umat Islam dan sebarkan 'Islam' yg sesat itu lah bahayanya. Kalau seorang rakyat muslim msia kutuk najib, sudah tentu tiada yg bagi alasan rakyat ini masih baik krn boleh masuk mecca. kalau seorang rakyat msia kutuk nik aziz, tiada ulama pas akan kata dia tak bahaya krn masih boleh masuk mecca. SHIAH KUTUK CERCA KAFIRKAN FITNAHKAN SAHABAT WITH THE WORST EVER FITNAH YOU CAN NEVER IMAGINE AND YET WE QUOTE THEM POSITIVELY IN OUR SPEECHES AS THOUGH THEY ARE TRUE WALIs."

Wallahua'lam.

Friday, 18 May 2012

Permuafakatan PAS dan UMNO- persepakatan atas dasar aqidah

Mengumpamakan menolak kerjasama PAS dengan UMNO menggunakan analogi mudah seperti menolak org Islam ajak minum beer sekali pada saya adalah tidak tepat. Ada 4 sebab kenapa:


  • Pertama sekali, kalau ada org Islam ajak saya minum beer saya mmg tidak akan menyertainya insya Allah. Saya akan menegur dosa beliau atas prinsip ukhuwwah Islamiyyah dan melarang setakat mampu kerana minum arak adalah dosa yang sangat jelas. Saya akan cuba halang beliau menzalimi diri sendiri dan mungkin menzalimi keluarga beliau. 
  • Keduanya, kawan saya yg ajak beer tuh masih Islam selagi beliau tidak melanggar prinsip aqidah, maka prinsip interaksi saya dan beliau harus berpandukan alquran dan assunnah. Saya tak boleh putus terus silaturrahim dengan beliau dan menolak segala bentuk kerjasama sama sekali kerana dosa tersebut. Pokoknya, titik pertemuan masih aqidah. 
  • Ketiganya, saya xkan pula bekerjasama ngan kawan kawan bukan Islam saya yang tak minum beer untuk halang kemaksiatan beliau dengan menyebarkan kesalahan beliau dan memburukkan beliau di depan org ramai. Takut-takut, ada pihak bukan Islam ambik kesempatan atas pergaduhan ini. 
  • Akhir sekali, niat nak kerjasama ngan bukan Islam utk halang kawan kita minum beer mungkin baik, tetapi caranya harus berpandukan alquran dan assunnah. Teringat saya kisah Ibnu Kathir ketika Saidina Ali ra berperang ngan Muawwiyyah ra di dalam Perang Siffin. Pihak musuh Islam ingin mengambil kesempatan untuk menyerang umat Islam. Muawwiyyah ra mengetahuinya lalu beliau menghantar surat kepada Maharaja Byzantine, 'By God, if you do not stop your design and go back to your place, I will end my dispute with my cousin and will drive you out of the entire land you rule, until I make the earth too tight for you.'

Namun, akan ada pihak yang akan bertanya, Kalau nama nya kerjasama utk kearah Islam, memang la tak sesuai berkerjasama dgn org bukan islam, tapi bagaimana pula kalau berkerjasama dgn org bukan Islam utk melawan pemimpin yg zalim lagi menindas utk menuju kearah keadilan dan kebenaran.??" Mula-mula sekali, saya katakan konteks di atas berkenaan dgn alasan sesetengah pihak di kalangan umat Islam yg kata kenapa x blh bekerjasama antara PAS dan UMNO. Di dalam konteks melawan pemimpin yg zalim dan menindas, saya simpulkan maksud pemimpin tersebut juga seorg muslim di bumi Malaysia jadi saya kerangkakan pandangan saya menurut soalan tersebut.

Terlebih dahulu, saya letakkan batu asas terhadap jawapan saya supaya pemahaman dapat diselaraskan. Umat Islam yg beriman adalah umat yg mempercayai Allah swt sbg Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad saw adalah contoh kehidupan buat kami. Kami diwajibkan utk bergerak di dalam satu susunan yg kemas dan satu barisan tanpa mengira warna kulit, keturunan, kedudukan dan bangsa. Jika ada kekurangan, kelemahan sesama kami maka ia harus cepat-cepat diperbaiki. Hatta ketika kami sembahyang sekalipun, imam solat boleh ditegur mengikut caranya. Itulah seharusnya asas kami berinteraksi sesama umat Islam.

Oleh itu, Islam meletakkan pemimpin muslim yang zalim sebagai sasaran dakwah sebelum disasarkan sebagai musuh. Perbezaan politik sesama umat Islam tidak mengeluarkan saya dari hubungan persaudaraan dgn pemimpin muslim yg zalim tersebut. Namun saya wajib menghalang dia dari menzalimi orang lain dan membantu golongan orang yg dizalimi hatta yang bukan beragama Islam sekalipun. Ini bermakna umat Islam harus menyelesaikan masalah tersebut sesama kami kerana prinsip hidup kami dalam beriman kpd Allah Yang Esa menyeru ke arah kebaikan dan menghalang kerosakan. Ini adalah kewajipan kami.

Namun cara hidup ini dan pemahaman ini tidak boleh kami paksakan kpd yg bukan Islam. Yang bukan Islam, bebas dengan cara hidup mereka. Namun, alangkah indahnya andaikata yg bukan Islam membantu kumpulan Islam yg inginkan keadilan dan kebenaran tersebut. Dalam konteks demokrasi berperlembagaan di Malaysia, ini bermakna memastikan kepemimpinan di Malaysia beralih kepada pemimpin Islam yg mahu melaksanakan keadilan dan menerangkan kebenaran.

Tumpukan kepada ruang persamaan, bukan titik perbezaan

Pada saya, sekarang lebih banyak persamaan antara apa yang UMNO bisingkan sekarang dan apa yang PAS perjuangkan dahulu.

Sejarah Persekutuan Tanah Melayu - saya peminat sejarah dan apabila kita membaca semula sejarah tuntutan kemerdekaan, PAS sebenarnya lebih gigih mempertahankan kedudukan bangsa Melayu daripada UMNO sebagaimana kita lihat alternatif kpd perlembagaan suruhanjaya Reid yg diutarakan..bukan kerana PAS parti assabiyyah ttp hakikatnya jati diri melayu itu berkait rapat dengan identiti Islam, ie bangsa melayu adalah bangsa Islam, majoriti besar penduduk Persekutuan Tanah Melayu berbangsa melayu (e.g 84% pengundi berdaftar tahun 1955 adalah melayu) dan suruhanjaya Reid tdk mengambil kira pandangan selain dari komponen Perikatan. Walaupun nama UMNO ada perkataan melayu, ia terpaksa mencairkan identiti melayu Islam atas kerjasama dengan komponen Parti Perikatan waktu tersebut dengan menerima cadangan Suruhanjaya Reid. Hanya UMNO Pulau Pinang dan Terengganu yg meminta cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid dikaji semula kerana merugikan melayu. Tidak pula menafikan UMNO lah yg mempertahankan kedudukan Islam sbg agama rasmi Persekutuan di dalam cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid ketika raja-raja dan ahli suruhanjaya menolaknya di dalam draf perlembagaan.

Berbeza dgn Suruhanjaya Cobbold yg membuat referendum di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak utk menilai pandangan rakyat tempatan ttg kemasukan ke Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid hanya bergantung kpd pandangan raja-raja dan pemimpin parti Perikatan ketika itu. Nilailah sendiri apa impak keputusan Suruhanjaya Reid itu sekarang. Bagi yang nak tau apa alternatif yang PAS berikan kepada Suruhanjaya Reid untuk Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka adalah seperti berikut:

1. Mengaku bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini.
2. Mengaku bahawa orang Melayulah sebagai Bumiputera negeri ini dan hendaklah mempunyai hak yang istimewa dan bukan pada kulit sahaja.
3. Hendaklah ditegaskan di dalam kerakyatan negeri ini satu syarat yang besar, iaitu tiada seseorang pun boleh menjadi rakyat negeri ini melainkan dibuat syarat dan ikatan bahawa ia benar-benar taat kepada negeri ini.
4. Hendaklah ditegaskan bahawa agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi tetapi bukanlah agama Hari Raya, agama Puasa atau agama Pejabat Agama tetapi agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini dan kepada pemerintahan.
5. Hendaklah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan serta merta.
4 point yang pertama tu lah yang dicairkan. Sekarang, parti UMNO pulak yang nak perjuangkan terutama 2 point pertama tuh. Kalau awal-awal dah dimasukkan dalam perlembagaan, kan dah settle masalah sekarang?

Fokus di atas membincangkan zaman sebelum merdeka terutama ketika 1955-1959 ketika arwah Dr Burhanuddin Al Helmy memimpin PAS. Banyak thesis di USM, UKM, UM malah UIA dah kluar pasal pemikiran dan perjuangan arwah Dr Burhanuddin Al Helmy pada waktu tersebut. Saya membaca rujukan-rujukan tersebut. Klu ada x bersetuju, persilakan tapi bawa fakta pada zaman tersebut (1955-1957) UMNO juga menyokong 5 alternatif di atas atau membawa cadangan perlembagaan yang lebih baik. Yang paling hampir, adalah UMNO Negeri Pulau Pinang dan Terengganu.

Akhir kata, dlm suasana sekarang, mungkin ada baiknya kita kaji balik sejarah tanah melayu. Saya lihat, kelemahan UMNO adalah sejarahnya kerana "memberi ruang" ketika perlembagaan Suruhanjaya Reid dibuat. Tapi kekuatan UMNO masa depannya, jika mereka dapat menerima cadangan permuafakatan umat atas dasar aqidah. Manakala PAS kekuatan mereka terletak pada masa silam dan sejarah penubuhannya. Manakala kelemahan PAS adalah pada masa depannya jika mereka mengulangi kesilapan yang UMNO lakukan semasa kerjasama Parti Perikatan.

Pikir-pikirkanlah.

Friday, 4 May 2012

PAS tidak boleh bersama UMNO?

Memang sudah lama saya tak menulis blog (what a cliche). Sebabnya bukan untuk entri kali ini.

Hari ini, Insya-Allah saya mulakan semula entri saya. Entri saya ini agak pendek. Almaklumla, baru nak masuk balik gear 1.

Tadi, saya terbaca entri YB Khalid Samad memberi tamsilan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO. Beliau memberikan tamsilan bahawa "Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak". Boleh dibaca dengan lebih lanjut di blog YB di sini. http://www.khalidsamad.com/2012/05/mengapa-pas-tidak-boleh-bersama-umno.html

Saya tidak bersetuju dengan perumpamaan tersebut. Ia terlampau mudah untuk dijadikan alasan kenapa kita harus menolak kerjasama dengan UMNO. Menggunakan perumpamaan tersebut untuk menolak kerjasama PAS dengan UMNO pada saya adalah tdak tepat.

Pertama sekali, kalau ada org Islam ajak saya minum beer adalah wajib saya untuk menolak ajakan tersebut.Sebagai orang Islam, sudah semestinya saya akan menegur dosa beliau atas prinsip ukhuwwah Islamiyyah dan melarang setakat mampu kerana minum arak adalah dosa yg jelas. Saya akan cuba halang beliau menzalimi diri sendiri dan apatah lagi ada kemungkinan menzalimi keluarga beliau sendiri.


Keduanya, kawan saya yang mengajak untuk minum beer tersebut masih Islam selagi beliau tidak melanggar prinsip aqidah, maka prinsip interaksi saya dan beliau harus berpandukan alquran dan assunnah. Saya tidak boleh sama sekali terus memutuskan silaturrahim dengan beliau dan menolak segala bentuk kerjasama di masa hadapan dengan beliau semata-,mata kerana dosa tersebut. Pokoknya, titik pertemuan masih aqidah. Manusia mana tidak berdosa? Susahla macam tuh kalau seseorang buat dosa terus putuskan untuk menolak kerjasama dengan beliau dalam perkara lain. Prinsip Islam jelas dalam hal ini.

Ketiganya, saya tidak akan pula bekerjasama dengan kawan kawan bukan Islam saya yg tidak minum beer utk menghalang kemaksiatan peribadi beliau dengan menyebarkan kesalahan beliau dan memburukkan beliau di depan org ramai. Ini bukan caranya. Apatah lagi, tindakan sebegini takut-takut, ada pihak bukan Islam ambik kesempatan atas pergaduhan ini.

Di sini saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Hazizi di blog nya. "Isu ini adalah isu hukum syarak. Ia bukan isu logik minum arak dengan orang Islam dan minum teh dengan orang kafir. Analogi jahil syariah itu mampu memesongkan pemikiran anak muda yang tidak belajar fekah dan usul fekah, dan mereka itu ramai bilangannya. Sikap pandang ringan dan mudah-mudah mengeluarkan analogi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah sikap yang merbahaya dan kurang beradab kepada syarak." http://ustazhazizi.wordpress.com/2012/04/29/sampaikanlah-pandanganku-ini/

Akhir kata, niat untuk bekerjasama dengan bukan Islam untuk menghalang kawan kita minum beer mungkin baik, tetapi caranya harus berpandukan alquran dan assunnah. Saya ingin mengambil langsung pandangan Ustaz Fauzi yang beliau lontarkan di FB seperti berikut:

~~~~~~~Mula entri Ustaz Fauzi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wala'

Wala' bukan terhad kepada wala' kepada pimpinan Islam shj. Ia lebih luas merangkumi hubungan kasih sayang antara orang-orang beriman. Yang berjihad dan berdakwah dibantu. Yang salah ditegur. Yang maksiat dibimbing ke arah kebaikan. Yang fasik diajak bertaubat dengan perasaan kasih macam ayah nasihat anaknya si penagih dadah.

Kalau saya tegur PAS dalam masalah tahaluf siasi, ia dibuat atas dasar hubungan wala' bukan untuk mengisytiharkan bara' (permusuhan).

Atas dasar wala' juga saya bersimpati terhadap Azmin atas pendedahan yang dilakukan oleh Utusan ke atasnya.

Atas dasar wala' juga saya memohon agar semua pengkomen isu Bersih 3.0 menggunakan bahasa yang beradab dalam berbicara sesama mukmin.

Atas dasar wala' juga sepatutnya kita menjadikan pemimpin muslim yang zalim sebagai sasaran dakwah sebelum disasarkan sebagai musuh. Perbezaan politik sesama mukmin tidak mengeluarkan kita dari hubungan wala'.

Bara'

Hubungan kita dengan non muslim dibina atas dasar bara'; berlepas diri dari perbuatan mereka mensyirikkan Allah, membenci perbuatan tersebut dan mengisytiharkan permusuhan terhadap jenayah syirik dan sebarang pencabulan terhadap hak-hak Allah.

Kalau mereka memusuhi Islam, kita akan memusuhi mereka. Di antara bentuk permusuhan adalah usaha menukar status negara kepada status yang lebih jauh dari status negara Islam. Suka saya tegaskan, ciri utama negara Islam adalah kedudukan Al-Quran / Hadis sebagai rujukan tertinggi negara dan bukan setakat isu-isu ketelusan, keadilan dsb (walau pun tidak dinafikan kepentingan isu-isu tersebut di dalam negara Islam).

Kalau mereka tidak memusuhi Islam, kita wajib bermuamalah dengan baik terhadap mereka. Tetapi muamalah yang baik tidak membatalkan kewajipan bara' terhadap syirik tersebut. Kalau kita kasihan pada mereka sebab mereka syirik kerana jahil, agenda menerangkan akidah Islam dan kedudukan hak-hak Allah dalam kekuasaan menjadi kewajipan nombor 1 dalam hubungan mukmin-non mukmin tersebut.

Tahaluf Siasi (pakatan politik)

Hukum asal bagi pakatan politik adalah kewajipan melakukan pakatan atau persepakatan antara parti-parti dan badan-badan orang Islam. Jika tidak berlaku, mesti dengan alasan yang kukuh kenapa tidak boleh berlaku.

Hukum asal adalah tidak harus melakukan pakatan antara badan / parti Islam dan badan / parti bukan Islam. Jika berlaku, ia adalah hukum pengecualiaan yang mesti dilakukan dengan alasan yang kuat (tabrir syar'ie). Sebagaimana hukum ini terkena atas UMNO maka begitu jugalah hukumnya atas PAS. Kalau UMNO buat, PAS tak boleh gunakan alasan itu untuk dia juga buat.

Tahaluf boleh membawa kepada wala' kalau tak hati-hati. Maksud tahaluf adalah saling berbantu; badan Islam tolong badan bukan Islam dan balasannya adalah badan bukan Islam memberikan balasan sekian-sekian. Begitu juga badan bukan Islam tolong badan Islam dan badan Islam memberikan balasan sekian-sekian kepada badan bukan Islam.

Saya tidak percaya jika orang kata badan bukan Islam tak minta apa-apa dari badan Islam dalam tahaluf siyasi ini. Apa yang UMNO dan PAS janji kepada badan bukan Islam akan menjadi salah satu ciri yang menentukan hukum halal haram tahaluf.

Kerana itu selama-lamanya saya menyeru agar badan/parti Islam serta seluruh umat Islam mengusahakan kesepakatan sesama kita melebihi usaha berpakat dengan badan / parti bukan Islam untuk memusuhi badan / parti orang Islam yang lain.

Wallahu a'lam.

~~~~~~berakhir entri Ustaz Fauzi~~~~~~~~~~~~~~

Teringat saya kisah Ibnu Kathir ketika Saidina Ali ra berperang ngan Muawwiyyah ra di dalam Perang Siffin. Pihak musuh Islam ingin mengambil kesempatan untuk menyerang umat Islam. Muawwiyyah ra mengetahuinya lalu beliau menghantar surat kepada Maharaja Byzantine, 'By God, if you do not stop your design and go back to your place, I will end my dispute with my cousin and will drive you out of the entire land you rule, until I make the earth too tight for you.'

Pikir-pikirlah.


Friday, 5 November 2010

DSAI Bersara, Galas, Batu Sapi dan Masa Depan Malaysia

·         DSAI bersara
– secara logiknya, kita merasakan memang patut mereka yang seangkatan dengan DSAI untuk bersara dari politik. Ini termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Najib, Ku Li dan ramai lagi.  Malah, ulama yang saya hormati Dr Mohd Asri juga menekankan sedemikian buat DSAI, buat pihak Pakatan mahupun Barisan.

·         Pada saya, hakikat ini sebenarnya lebih baik dipakai untuk kabinet kerajaan persekutuan sekarang. Sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, rata-rata barisan kabinet negara terdiri dari mereka yang berusia 20-30an. Purata umur mereka, di bawah 30 tahun.  Tun Razak waktu tersebut 28 tahun manakala Tun Dr Ismail 30 tahun. Sekarang, umur termuda menteri kabinet adalah 45 tahun! Saya suka dengan kata-kata Ku Li:

"If they tell you the future is in your hands kindly request that they hand that future over first.  Ask them how come the youngest member of our cabinet is 45 and is full of discredited hacks? Our Merdeka cabinet had an average age below thirty. You’re not the first generation to be bright. Mine wasn’t too stupid. But you could be the first generation of students and young graduates in fifty years to push this nation through a major transformation. And it is a transformation we need desperately."

·         Apabila ada suara mengatakan DSAI patut bersara, saya berpendapat marilah kita terlebih dahulu melihat dari sudut DSAI sebagai seorang insan biasa. DSAI telah ditangkap, dipukul, dimaki, dihina, dicerca, dipenjara, dibogelkan, difitnah, dimalukan lebih daripada mana-mana rakyat Malaysia dalam sejarah Malaysia sendiri. Tidak ada sesiapa dalam sejarah Malaysia yang telah melalui apa yang beliau dan keluarga beliau lalui selama bertahun-tahun lamanya. Sistem yang bertanggungjawab dalam tindakan tersebut, masih berkuasa dan berdiri dengan kukuh. Andaikata kita yang menjadi mangsa seperti DSAI, adakah kita akan menyerah kalah dengan mudah lalu bersara sedangkan “the powers that be” masih dengan takbur melakukan kemungkaran? Sentuhan politik DSAI mungkin kurang berkesan, tetapi sebagai seorang insan biasa beliau ada hak untuk memperjuangkan keadilan berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui. Tiada siapa dapat menafikan hak tersebut. Sama ada beliau berjaya atau tidak, sama ada beliau berpura-pura atau ikhlas, itu hak beliau sebagai mempertahankan maruah beliau. Hanya kebetulan, beliau dulu TPM. Hanya kebetulan, beliau Ketua Umum Pakatan. Sekalipun beliau keluar, beliau menjadi simbol bahawa wujudnya kepincangan dalam sistem kehakiman, perundangan, media massa, penguatkuasaan undang-undang dan struktur sosio-ekonomi. Pada saya, DSAI mempunyai hak untuk tidak bersara dari politik kerana pengalaman peribadi beliau, yang telah melalui satu proses yang sangat pedih dan berat untuk ditanggung.

·         Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi telah berlalu
– apa maknanya? Saya melihat terdapat banyaknya pengajaran buat kesemua pihak yang terbabit.

·         Buat Pakatan Rakyat, ini seharusnya menjadi mesej bahawa Pakatan Rakyat harus mempunyai kekuatan tersendiri dari hanya bergantung dengan kelemahan parti lawan. Pakatan Rakyat harus berhenti dari hanya mengeksplotasi korupsi dan kesalahan BN tetapi memfokuskan daya serta usaha kepada isi yang benar-benar rakyat boleh melihat dengan mata kepala rakyat sendiri. Pakatan Rakyat harus berhenti dari mengeluarkan slogan-slogan tidak bermakna seperti BN. PR harus berhenti dari ceramah politik sensasi tetapi menumpukan kekuatan yang dapat dirasakan oleh rakyat di peringkat kawasan luar bandar dan bandar.  Pakatan harus berusaha meyakinkan pengundi tegar BN dan pengundi atas pagar bahawa ini masa perubahan dan ini bukti kemampuan kami. Jangan hanya penuhi ceramah dengan retorik panas tetapi kosong. Hanya sekadar hiburan sewaktu pilihanraya sebegini.

·         Pakatan Rakyat juga harus mula berfikiran jauh. Andaikata Pakatan Rakyat mahu kekal sebagai suatu permuafakatan, mereka harus melihat era selepas DSAI, selepas TG Nik Aziz, selepas Lim Kit Siang. Penyokong Pakatan, tidak melihat usaha konkrit ke arah ini. Yang ada di sebalik selimut, seakan-akan cerita permusuhan, pengkhianatan dan saling berebut kuasa.

·         BN terutama UMNO pula jangan menyangka rakyat sudah mula menyokong kembali. Rakyat masih mual. Penyokong tegar BN sendiri, apabila saya bertanya mengakui hakikat BN itu umpama kapal karam…namun lebih baik tinggal di kapal karam selagi tak nampak bayang pulau atau daratan.  BN harus berubah. UMNO harus berubah. Tiada perubahan terbaik, selain kembali ke pangkal perjuangan Islam. 

·         “Kami memang pejuang agama”, kata sesetengah pihak.

·         “Kami pertahankan nama Allah! PAS tak pun.”

·         Islam bukan sahaja bererti pertahankan nama Allah, tetapi mempertahankan sistem dan cara hidup yang Allah swt syariatkan. Itu lebih utama.  Ini bermakna sistem yang adil, telus dan saksama tanpa kompromi kepada aqidah Islam dan penganutnya. Sistem yang adil dan diisi dengan penguasa yang berjiwa adil serta bertakwa kepada Allah. Mempunyai sistem yang adil, tetapi penguasa yang berhati jahat – hanya akan melahirkan rakyat yang membenci sistem hatta kesalahan sebenarnya adalah cara penguasa melaksanakan sistem tersebut.


·         Forum Perdana
– baru-baru ini, Qatar telah mengatur program forum perdana bertajuk “Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia.” Ada kata ini tajuk kontroversi, ada kata tajuk ini tepat, tak kurang pula kata ini tajuk tak tepat sebab ada perkataan melayu. Dalam ramai-ramai, saya tertarik dengan pandangan seorang sahabat yang saya kasihi.

“Moral atau pengajaran yang kita perolehi dari forum ini sebenarnya mudah, nasib melayu dan masa depan Malaysia bergantung kepada kembalinya kita kepada cara hidup Islam. Kalau ini pun orang tak nampak, saya sedih.”

·         Kalau kita nak bincang tajuk ini, sebenarnya boleh buat thesis. Dalam forum pun tak habis modal bincangkan, apatah pula di sini. Biarlah saya ringkaskan apa yang saya faham.

·         Pada saya mesej dari forum tersebut, ada sekurang-kurangnya 3 formula pendekatan yang akan menentukan masa depan Malaysia:
o   Pertama – Islam untuk semua
o   Kedua – Islam, Melayu
o   Ketiga – Melayu, Islam

1.       Islam untuk semua –
a.       ini adalah benar dan ideal.  Untuk masyarakat majmuk, ini sebenarnya satu pendekatan mulia dan terbaik. Cuma, adakah pintu pendekatan kepada masyarakat majmuk ini melalui pintu politik? Adakah kita mahu berdakwah kepada masyarakat majmuk melalui pintu politik? Andaikata pintu politik yang terbaik, adakah rasul saw berdakwah kepada masyarakat di Mekah melalui pintu politik?
b.      Saya tidak mempunyai masalah dalam hal ini, dengan syarat DAP dan PKR bersetuju untuk hidup di bawah sistem Islam. Saya tidak mempunyai masalah andaikata parti-parti lain mengiktiraf sanggup berada di bawah sistem pemerintahan Islam. Kesukaran di sini, DAP dan PKR juga membawa falsafah politik mereka yang tersendiri. Kedua-dua mereka, saya nampak membawa falsafah demokrasi ala barat yang bertunjangkan hak-hak asasi manusia. Sedangkan kita tahu, definisi hak-hak asasi kemanusiaan Islam terletak di dalam pagar al-quran dan as-sunnah. Yang memburukkan lagi keadaan, ada di kalangan mereka yang agak liberal dalam definisi hak-hak kemanusiaan lalu meletakkan agama sama antara semua. Sedangkan di dalam aqidah Islam, agama ini tidak berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan agama lain. Di situ sebenarnya ada titik pertemuan antara cara hidup Islam dan konsep liberal yang dibawa oleh PKR dan DAP. Namun, titik pertemuan itu harus berhenti apabila ia menyentuh soal aqidah.
c.       Ada juga mahu membawa formula parti Islam turki yang mencairkan imej Islamnya lalu mengaku sekular. Di dalam konteks Turki pada saya tidak menjadi masalah, kerana komposisi masyarakat mereka tidak pelbagai seperti di Malaysia. Lebih 95% di Turki masih mahu mengaku Islam sekalipun ia bukan cara hidup mereka. Tetapi konteks di Malaysia, hanya tidak lebih 55% yang beragama Islam. Mencairkan identiti Islam hanya menggugat kedudukan umat Islam

2.       Islam, Melayu –
a.       Ini bererti kita letakkan Islam sebagai platform tetapi pada waktu yang sama memastikan beberapa “hak-hak” melayu terpelihara.
b.      Saya boleh bersetuju dengan cara ini, andaikata pimpinan tertinggi persatuan atau parti tersebut sama ada peringkat Pusat, negeri dan daerah terdiri dari masyarakat majmuk. Jelas kelihatan komposisi majmuk di dalam persatuan atau parti tersebut. Presiden bangsa Iban, Naib presiden Bidayuh, Bendahari melayu, setiausaha Melanau, Mursyidul Am Cina. Ia tidak mustahil. Alangkah indahnya dan ini yang saya impikan. Ini bermakna, tunjang kekuatan Islam di Malaysia terdiri dari bangsa Malaysia. Identiti Islam di Malaysia, adalah bangsa Malaysia yang majmuk. Barulah mudah untuk kita pamerkan kepada PKR atau DAP, bahawa ini adalah alternative yang sebaiknya kepada sistem yang mereka ingin bawa. Ternyata dan terbukti, pembentukan satu identiti di bawah nama bangsa Malaysia bertunjangkan Islam.
c.       Tetapi itulah hakikatnya, ia hanya impian.
d.      Sebelum kita mahu ke sana, kita harus bawa masuk pemimpin-pemimpin bangsa lain yang  beragama Islam sebagai pimpinan persatuan atau parti. Ahli-ahli muallaf, kita tarbiyyah dan hantar ke timur tengah sebagai kekuatan baru nanti. Kita juga harus menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai pagar rintangan harus diredahi dan dikuasai. Kita sebenarnya mahu mengubah struktur sosial di Malaysia, dalam acuan Islam melalui cara ini.

3.       Melayu, Islam –
a.       Ini bererti melalui platform melayu, wadah Islam diperjuangkan. Tanpa mengorbankan identiti melayu dan pada waktu yang sama berprinsip bahawa budaya melayu adalah tunjang kepada kekuatan Islam di Malaysia sebagaimana budaya Arab adalah tunjang kepada kekuatan Islam di bumi Arab.
b.      Kesukaran besar melalui jalan ini, saya nampak ada 4 cabaran:
                                                               i.      Seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
                                                             ii.      Seakan-akan dakwah Islam itu ekslusif untuk Melayu
                                                            iii.      Seakan-akan meletakkan hanya bangsa Melayu memerintah Malaysia
                                                           iv.      Seakan-akan membantutkan usaha progresif mentajdid minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan usaha perpaduan nasional

c.       Untuk 5 persoalan di atas, saya lihat ini sebagai jawapan:

                                                               i.            Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
a.       UMNO – saya suka mengambil kata-kata ustaz anuar salleh dalam hal ini Cuma apabila saya bercakap tentang Melayu bukan bermaksud menyokong pimpinan UMNO yang korup disebabkan mereka meninggalkan dasar-dasar Islam dan apabila saya memperjuangkan Islam saya tidak lupa kepada keperluan menyatukan ummah termasuk Melayu. Sebenarnya yang menjadi ahli UMNO atau PAS tidak sampai 4 Juta umat Islam di Malaysia dan umat Islam yang lebih 10 juta masih belum mempunyai halatuju perjuangan hidup di dunia ini. Kepada mereka saya tujukan seruan ini..”
b.      Nasionalis – di mesir, nasionalis di Mesir mahu meninggalkan budaya Islam sebagai asas kehidupan. Di Malaysia, ultra nasionalis melayu yang paling ekstrem pun membudayakan Islam kerana melayu dan Islam amat berkait rapat. Cuma mungkin Islam yang difahaminya hanya bertumpu kepada soal ibadah dan isu pembebasan palestin. Di mesir, golongan nasionalis membawa ke budaya kegemilangan sebelum zaman Islam yakni zaman kegemilangan tamadun Firaun. Nasionalis di Malaysia tidak membawa kepada kegemilangan kerajaan Srivijaya dan Majapahit…tetapi kerajaan melayu Islam Melaka!
                                                             ii.            Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan dakwah Islam itu eksklusif untuk melayu
a.       Saya tidak nafikan, apabila kita merentasi jalan ini kita akan kelihatan seperti mengeksklusifkan Islam untuk melayu. Malah, ini merupakan persoalan pertama yang muncul di dalam minda saya. Mungkin ini yang membuatkan muslim Cina, India etc tidak mahu mencampuri urusan politik melayu kerana tidak melibatkan Islam.
b.      Namun apabila kita fikirkan, urusan politik melayu sebenarnya berkait langsung dengan kekuatan Islam di bumi Malaysia. Mahu tidak mahu, walau apapun perjanjian yang diletakkan kedudukan Islam di bumi Malaysia terancam apabila kedudukan melayu dipersoalkan kerana yang akan mempertahankan Islam di bumi Malaysia adalah melayu hanya kerana kita majoriti umat Islam.
c.       Tambahan lagi apabila saya renung secara mendalam, sebenarnya ini secara lumrah kita sudah lama lakukan. Selama kita berdakwah, kita sering mendahului bangsa sendiri dalam dakwah, kerana ia lebih senang disebabkan satu bahasa, satu realiti dan latarbelakang.
d.      Di dalam konteks AS atau Australia, dakwah kepada bangsa asing lebih mudah kerana struktur sosial di sana secara langsung telah meleburkan identiti bangsa kepada negara bangsa baru, sama ada warganegara AS, Britain atau Australia. Konsep negara bangsa mereka telah sekular dan agama adalah hak peribadi. Secara langsung, tidak ada sifat eksklusif Islam hanya untuk bangsa tertentu di negara tersebut.
e.      Di dalam konteks Malaysia, kita belum sampai kepada tahap penegasan identiti bangsa Malaysia sebagai identiti Islam. Strata sosial kita, masih bercirikan bangsa sama ada kita suka atau tidak.
f.        Apabila struktur sosial ini berubah, pada waktu tersebut kesesuaian pendekatan melalui wadah bangsa harus diambil kira.
                                                            iii.            Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan hanya bangsa melayu boleh memerintah Malaysia
a.        Isu kepimpinan, berbeza dengan isu pendakwahan kepada kaum sebangsa dan kecintaan kpd tanahair yang merupakan fitrah. Kepimpinan berkait dengan komposisi umat, realiti semasa, tempat, suasana dsb.
b.      Tidak menjadi masalah untuk bangsa lain beragama Islam memimpin Malaysia. Andaikata  masyarakat India Muslim berjaya menguasai kepimpinan MIC, Cina Islam menguasai semua parti-parti Cina dan kaum Melayu yang faham dan kommited menguasai UMNO, PKR dan PAS. Kemudian mereka sepakat memilik perdana menteri dari kalangan Cina atau India yang lebih bertakwa dan berilmu jika tidak ada orang Melayu yang layak. Itulah idealnya. Namun, kita masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Maka dalam konteks sekarang, kedaulatan Islam berkait rapat dengan kebolehan bangsa Melayu memerintah Malaysia
c.       Umat melayu perlu kembali kepada Islam tulen dan menginsafi bahawa orang Melayu bertanggungjawab terlebih dahulu membetulkan bangsa dan keturunannya sebelum mengutamakan bagsa-bangsa lain daripada menunggu agar bangsa Cina dan India Muslim akan berdakwah dan mendidik orang-orang Melayu.

                                                           iv.            Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan membantutkan usaha progresif minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan “communalism” sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan perpaduan nasional
a.       isu perjuangan bangsa Melayu dan mengajak mereka kembali kepada Islam tulen bermaksud membawa idea pertengahan antara perjuangan Melayu berasaskan idea sekular dan perjuangan Islam yang kadang-kadang membawa arus melupakan ruh persaudaraan Islam, ukhuwwah, mahabbah, bersifat duah, murabbi tetapi kadang-kadang terlebih menampakkan sayang kepada rakan seperjuangan yang tidak seagama dan sebangsa.
b.      Apabila memperjuangkan hak umat Islam yang masih ada dalam perlembagaan sedia ada, mempertahankannya agar tidak diubah dan diperkemaskan bukan bermaksud ingin mengenepikan hak-hak kemanusiaan bangsa-bangsa lain yang tidak seagama tetapi yakin hanya Islam mampu memberi keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

·         Pada saya, sudah jelas jalan yang harus dilalui. Daripada 3 pilihan yang ada, pilihan yang ketiga itulah pada pandangan saya tepat dengan suasana politik di Malaysia sekalipun kelihatan menentang arus

·         Saya mengimpikan Malaysia that had come together “through our own free will and desire in the true spirit of brotherhood and love of freedom”, in a union arrived at “by mutual consent by debate and discussion…through friendly argument and compromise,” and “in the spirit of co-operation and concord.”

·         Saya mengimpikan rakyat Malaysia yang terpelihara hak-hak kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Saya mengimpikan zaman kita bersama-sama dalam sikap kesukanan apabila nama-nama Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong and Mokhtar Dahari menjadi sebutan di kalangan anak muda. Saya meingimpikan zaman kesukanan apabila rakyat Malaysia, satu sorakan menyokong pasukan badminton Piala Thomas 1992.

·         Saya mengimpikan sistem politik dan pemerintahan yang adil tanpa perlu memanipulasi unsur perkauman dan sikap keagamaan yang terlampau.

·         Namun, saya percaya di dalam konteks Malaysia sekarang, usaha ini hanya akan berjaya apabila umat melayu yang menjadi teras politik di negara ini bersama-sama bekerja berpandukan dakwah islamiyyah yang asli berasaskan quran dan sunnah.

·         Ketepikan permusuhan yang sedia ada dan letak kerangka untuk satu muafakat umat Islam tanpa menjejaskan parti-parti yang sedia ada. Di dalam muafakat umat Islam ini,  bersusun nelayan dan pemborong, peniaga kecil dan usahawan, berbaris petani di samping doktor, buruh di sebelah jurutera, pelajar dengan guru, hakim serta peguam, wanita mahupun lelaki, ahli PAS, UMNO, PKR mahupun DAP, pimpinan PR mahupun BN yang beragama Islam di dalam satu saf Islam. Isu-isu pokok Islam menjadi kebersamaan antara pelbagai aliran di kalangan umat melayu ini. Dari situ insya-Allah, barulah akan lahir umat Islam yang beragenda dan masa depan Malaysia yang cemerlang.

Saturday, 31 October 2009

Perjalanan Yang Panjang

  1. Gelagat ahli-ahli politik di tanahair meyakinkan saya bahawa jalan siyasah yang dilalui oleh ramai aktivis Islam di Malaysia belum sampai tahap kematangannya. Bukan aktivis yang tak matang, tapi waqi' setempat pada marhalah kini yang belum matang. Tak menghairankan, kalau rakyat makin pening. Dilihat dari satu konteks, seakan-akan "demokrasi" hidup pada parti-parti yang nampak bermasalah...tetapi persoalan sebenar adalah kenapa perkara sebegini terjadi?
  2. Saya tak mau kupas panjang tentang masalah PAS, UMNO mahupun PKR. Apa lagi parti-parti lain. Dari satu sudut sekali pandang, cabaran dalaman PAS adalah kecil berbanding UMNO dan PKR....tetapi kalau kita analisa dengan lebih mendalam, cabaran PAS itu menunjukkan satu luka yang lebih dalam dan melibatkan kepemimpinan teratas. Saya yakin, majlis syura PAS akan menangani masalah ini dengan teliti dan berwaspada.
  3. Apabila ini semua terjadi, saya semakin yakin bahawa permasalahan umat dan negara kita hanya dapat diselesaikan dengan jalan panjang, yakni jalan tarbawi. Itulah sunnatullah dalam mengubah masyarakat. Umpama menanam padi. Di samping bertawakkal kepada Allah, insan penanam padi harus berilmu dalam kaedah penanaman padi. Kerjanya berperingkat dan berfasa. Begitu juga jemaah yang inginkan perubahan Islam di dalam masyarakat. Di samping bertawakkal kepada Allah, jemaah tersebut harus memahami sosiologi sesuatu masyarakat. Dakwah harus mengikut peringkat. Rujukilah seerah rasulullah saw. Ramai yang akan mengatakan, kalau tak habis-habis tarbiyyah, sampai bila nak ambil kisah isu negara? Apabila itu terjadi, bukan salah pentarbiyyahan, tetapi lebih kepada methodology dan hasil dari tarbiyyah.
  4. Insan-insan yang lahir dari sistem tarbiyyah yang jitu, mampu membawa diri dan seterusnya keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah swt.  Individu-individu ini yang tadinya bergerak dalam satu jemaah tarbiyyah yang mantap seterusnya berbakti kepada masyarakat dan mendidik masyarakat dengan ajaran Islam secara praktikal dari segi ruh dan amalan. Jemaah ini memfokuskan gerakan tarbiyyah di setiap fasa kehidupan bermula dari peringkat anak-anak kecil, remaja dan muda-mudi melalui platform-platform yang positif serta membina peribadi. Malah, tidak dikatakan keterlaluan jemaah juga menitikberatkan pemilihan pasangan suami atau isteri yang sesuai untuk melakar kehidupan sebagai pasangan yang ikhlas bersama kerana Allah swt. Apabila sudah lahir tenaga-tenaga baru, maka kekuatan sudah ada untuk membina pusat-pusat kebajikan masyarakat yang menawarkan khidmat kaunseling, pengajian, dakwah dan pendidikan kepada seluruh anggota masyarakat. Di sini, tidak kira apa latar belakang atau parti politik, sesiapapun boleh diterima sebagai pelawat atau memberi sumbangan. 
  5. Barulah perubahan akan terasa. Barulah masyarakat merasa bahawa ada nafas dan ruh Islam di persekitaran mereka. Barulah masyarakat terasa ada alternatif baru yang lebih lengkap dari yang sedia ada. Barulah masyarakat bukan Islam tertanya-tanya apa yang merawat perubahan masyarakat Islam ini. Barulah mereka lebih ikhlas bertanya tentang ajaran Islam. Semakin lama, semakin ramai yang memeluk Islam. Sokongan masyarakat semakin nyata. Nah, waktu itu masyarakat sudah bersedia untuk bersama. Datang badai mahupun ombak, sokongan mereka pasti ada. Waktu itu, marhalah dakwah berbeza. Barulah kesatuan umat Islam di atas bendera tauhid boleh digarap. 
  6. Umpama rama-rama. Bermula dari ulat yang hanya mampu bergerak secara perlahan-lahan makan daun, sekali tengok macam slow jer. Tetapi apabila sudah cukup masa dan bekalannya, ia keluar dengan bersusah payah dari kepompongnya yang kecil itu mampu menjangkau kawasan yang jauh tanpa ada batasan.
  7. Namun, apa yang terjadi di Malaysia adalah sebaiknya. Kebanyakan aktivis politik hanya ingin gerakan atau pertubuhan mereka terus menjadi rama-rama tanpa bekalan dan persiapan yang cukup. Masyarakat apatah lagi individu belum memahami Islam secara praktikal dan nyata. Isu-isu kecil, masih bermain di bibir dan benak pemikiran kita. Ruh masyarakat masih berkecamuk dengan idea-idea barat dan humanisme. Malah, ada yang melihat Islam hanya sebagai ritual dan adat semata. Politik pula dipraktikkan secara licik dan penuh tipu daya. Umat Islam yang satu bangsa, berpecah belah dengan pelbagai jemaah dan kesatuan. Umat yang sama, hidup tidak berpendirian dan ambil sikap tidak peduli dengan masalah masyarakat, asalkan tak kena kat batang hidung sendiri. Masing-masing hanya dengan kepentingan diri sendiri. Maka lahirlah umat yang pemimpin-pemimpin menjerit terpekik terlolong berkenaan isu-isu besar, manakala rakyat di bawah bergaduh tentang perkara-perkara kecil. Umat ini, akhirnya hidup tanpa panduan....tanpa tujuan. Jiwa semakin kosong, ruh semakin malap. Dakyah agama lain menyusup masuk, amalan syirik makin bercambah. Masyarakat hilang panduan. Itulah Malaysia.
  8. Beruntunglah jemaah yang memahami hal ini dan tabah melalui jalan yang panjang ini. Semoga Allah swt merahmati jemaah yang mahu mengikut sunnatullah dalam perubahan masyarakat. Semoga Allah swt merahmati jemaah yang tsabat dalam perjuangan. Semoga Allah swt memberi kemenangan kepada jemaah yang mahu mengikut perjalanan yang panjang, mengikut sunnah rasulullah saw. Semoga Allah swt melindungi jemaah tersebut dari 5 ancaman yakni:

  مؤمن يحسده
mukmin yang mendengkinya

ومنافق يبغضه
Munafiq yang membencinya


 , وكافر يقاتله
Kafir yang memeranginya 


, وشيطان يضله
Syaitan yang menyesatkannya


 ونفس تنازعه
Nafsu yang melawannya

Saturday, 17 October 2009

Nasihat buat Pakatan Rakyat

  1. Pakatan rakyat masih di takuk yang lama. Kemenangan mereka pada pilihanraya yang lepas telah hampir 1.5 tahun berlalu tetapi belum kelihatan usaha yang konkrit untuk menjadikan usahasama parti-parti tersebut sebagai gerakan yang komprehensif. Parti-parti tersebut, masih bergerak secara berasingan. Sekalipun apabila media statement dikeluarkan kita akan nampak pemimpin ketiga-tiga parti bersama, namun secara dasarnya di lapangan sama ada di pasar, di jalanan, di desa dan kampung apatah lagi di kotaraya rakyat tidak merasakan kesatuan ini. Malah, kekalahan di Bagan Pinang saya rasakan sebahagian besarnya disebabkan komponen PR gagal bersama dan mempamerkan kepada rakyat bahawa mereka satu alternatif yang kuat kepada Tan Sri Isa Samad. Ini setelah 1.5 tahun bersama!
  2. Saya bukannya nak hentam Pakatan Rakyat secara sembrono. Saya secara ikhlas mahu melihat suasana politik di Malaysia lebih matang. Saya inginkan rakyat Malaysia yang lebih bersikap terbuka dalam hal memilih pemimpin rakyat. Ini kerana pemilihan pemimpin ialah soal survival umat dan negara, bukannya memilih siapa yang boleh buat jambatan atas sungai atau buat sungai bawah jambatan. Usaha pematangan pemikiran ini pada hemat saya boleh terlaksana andaikata Pakatan Rakyat bergerak sebagai satu gerakan yang mantap manakala BN pula harus membersihkan diri dari amalan korupsi lantaran terlalu lama berkuasa.
  3. Saya merasakan usaha Dato’ Zaid Ibrahim untuk membentuk kerangka Pakatan Rakyat adalah satu usaha yang murni. Saya cuma dapat membayangkan usaha penyatuan ketiga-tiga komponen parti ini akan dimulai dengan unsur universal seperti human rights, equality, civility, transparency and freedom. Di sini, sedikit sebanyak ada persamaan antara PAS, DAP dan PKR. Bezanya adalah tunjang dasar-dasar tersebut. Untuk umat Islam, dasarnya jelas - aqidah Islamiyyah. Oleh itu, batasan dan hadnya harus dipelihara.
  4. Andaikata usaha Dato’ Zaid berjaya di atas kertas, usaha seterusnya adalah menghidupkan nilai-nilai ini di jalanan. Markas PAS, DAP mahupun PKR dijadikan pusat penerangan yang mesra rakyat tanpa mengira kaum mahupun parti. Tenaga-tenaga muda digunakan untuk menghidupkan suasana tersebut. Jadikan suasana di markas-markas tampak lebih mesra dan ceria. Terasa hidup suasana harmoni di pusat penerangan tersebut. Orang tua dan wanita suka ke sana kerana sikap pendokong Pakatan Rakyat yang senantiasa positif dan mahu menolong. Kanak-kanak pun tak takut nak kesana kerana ada suasana riang dan ceria. Sudah pasti ini semua memerlukan wang...di sinilah kepentingan memberi penerangan kepada rakyat dan menjadikan pusat-pusat tersebut mesra rakyat dan mempunyai prasarana yang berguna untuk rakyat. Apabila rakyat yakin PR tidak menyalahgunakan kemudahan ini, mereka lebih bersedia berkorban dan menghulurkan wang untuk menjadikan tempat tersebut lebih bermutu...kerana mereka tahu, yang datang adalah rakyat bukannya orang keparat.
  5. Teringat saya di kampung saya, takut betul nak berbasikal dekat markas PAS sebab suasana kelam dan penuh pokok-pokok tinggi macam hutan rimba. Kat atas pokok ada ler bendera PAS. Apatah lagi nak ke markas DAP sebab kebiasaannya atas restoran Cina dan apabila kita nak naik ke atas rasa macam pergi rumah urut lak kerana ramai di restoran tersebut tengok kita macam semacam. Markas PKR tak yah citer la...sampai sekarang saya tak tau kat mana kat Bandar Batu Gajah.
  6. Biarlah apabila orang sebut jer Pakatan Rakyat, langsung klik di minda ini adalah gerakan keadilan dan gerakan rakyat Malaysia secara keseluruhan. PR bukan lagi gerakan individu atu parti tertentu. Apabila ini dirasai rakyat, baru rakyat memandang Pakatan Rakyat sebagai alternatif yang sebenar dan barulah BN melihat PR sebagai kekuatan yang tidak boleh dipandang remeh.
  7. Walaubagaimanapun, nasihat saya agar PAS memainkan peranan yang lebih dalam pembentukan kerangka ini. Jangan biarkan pembentukan kerangka ini tanpa memberikan input yang positif ke dalamnya. Majlis syura PAS harus meletakkan individu-individu yang sesuai untuk membantu pembentukan kerangka ini. PAS juga harus menekankan bahawa prinsip usahasama tidak sama sekali akan menggadaikan unsur-unsur hak kebebasan manusia bertunjangkan aqidah Islamiyyah.
  8. PR terutama PKR juga harus berhenti mendekati minoriti dengan ala-ala teknik pecah dan perintah. Cara ini boleh menjejaskan PR seperti apa yang dikatakan berlaku di Sabah dan apa yang dialami oleh beberapa pemimpin kaum India di beberapa tempat.
  9. PAS pula harus meletakkan lebih ramai calon-calon Cina, India, Iban, Kadazan etc yang beragama Islam serta berkaliber sebagai wakil rakyat. Oleh itu, lujnah dakwah PAS harus lebih kerap mendekati dan membina golongan ini. Apabila rakyat melihat hal ini, barulah mereka akan merasakan PAS benar-benar Islam malah satu kekuatan yang benar-benar 1Malaysia dari segi perlaksanaannya berbanding BN.
  10. DAP pula harus bersedia untuk bertolak ansur dalam hal ini. Kebanyakan umat Islam yang mengundi DAP pada pilihanraya yang lepas adalah kerana DAP kelihatan sudah toleran dalam isu-isu Islam dan melayu dengan bersedia bekerjasama dengan PAS.
  11. Dari segi pembangunan gunakan pendekatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, kerana pada pandangan saya visi Dr Mahathir kebanyakannya berpandangan jauh dalam membina negara. Saya rasa tak salah kerana beliau masih bekas Perdana Menteri dan seorang tokoh yang amat dihormati, kawan mahupun lawan. Jangan ambil kedudukan beliau sebagai pemimpin sebuah parti tetapi ambillah peranan beliau sebagai pemimpin negara.
  12. Di peringkat negeri terutama negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, pertingkatkan usaha untuk rakyat merasakan ketiga-tiga parti ini bersama dan serius dalam mentadbir negeri. Jangan terikut dengan politik kampungan oleh pihak lawan. Perkukuhkan jentera politik dan pentadbiran. Perubahan ini harus dirasai di jalan-jalan dan kampung-kampung dan tidak hanya di pejabat. Jadikan DUN atau parlimen PR di luar negeri Pakatan Rakyat yang tidak mendapat bantuan negeri sebagai DUN atau Parlimen angkat dengan DUN atau Parlimen Pakatan Rakyat. E.g. Parlimen Titiwangsa bekerjasama dengan Parlimen Kota Bharu etc. Gunakan pendekatan yang lebih inovatif dan jangan terikat dengan cara demokrasi barat.
  13. Rancakkan usaha setempat dalam aktiviti sosial, kebajikan, keagamaan malah sukan. Apalah salahnya di negeri buat pertandingan bola sepak piala Pakatan Rakyat…bezanya, apabila tiba waktu solat berhenti untuk solat. Dari segi sosial, persiapkan bengkel komputer untuk anak-anak kampong atau berikan tugasan kepada mat-mat rempit untuk membuat website-website Pakatan Rakyat peringkat cawangan mahupun negeri. Pertingkatkan usaha membina sikap keusahawanan di kalangan pemuda-pemudi khususnya Melayu.
  14. With all due respect to Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya merasakan pendekatan beliau sudah tidak relevan lagi dengan suasana semasa. Ramai suka mendengar beliau berpidato, tetapi tidak kurang juga yang masih tidak dapat menerima hujah dan pendekatan beliau. Zaman pidato sudah berakhir. Zaman mengumpulkan beribu-ribu manusia dalam stadium untuk mendengar ceramah sudah berakhir. Ini adalah era bertindak. Ini adalah era perlaksanaan. Golongan pemuda dan pemudi dari PAS, AMK dan DAP harus bergerak lebih aktif dan memainkan peranan yang lebih andaikata mereka ingin meraih sokongan rakyat secara menyeluruh...dan tidak ada pendekatan yang terbaik selain to demonstrate to the masses that PR really means what they say when it comes to civil liberty, transparency and human rights. PR really cares about the basic needs of the society. Kesemua ini dilakukan tanpa menjejaskan aqidah umat Islam.
  15. Apabila PR berjaya dalam hal ini, barulah saya akan memilih mereka untuk menjadi wakil saya di sidang Parlimen untuk pilihanraya ke 13 nanti. Andaikata usaha transformasi dan formalisasi PR tidak berjaya....anggaplah pilihanraya yang lalu sebagai pilihanraya terakhir rakyat menerima kerjasama PAS-PKR-DAP.
  16. Sama-samalah pikirkan.