Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 22 April 2020

Ramadhan 1441 - A Ramadhan to be remembered

3 more days to Ramadhan

I read my 16 year old son’s short blog about his feelings of ramadhan this year. A sentence caught my attention - it truly is going to be a strange ramadhan.

Ramadhan is always about reminding us how vulnerable we are. It is about breaking our ego and grand delusion of self independence. It is about breaking our arrogance and labelling another side with derogatory connotations. We see this frequently in our lives and unfortunately more abundant in the social media, thinking we can do whatever we want without any consequences. The arrogant unchecked, ultimately leads to the first great sin - sense of superiority against other people.

It’s easy to detect an outwardly arrogant person - we can see this in what now many label as “kluster kayangan”.  Feeling that they should be treated differently due to pride of abundance. Yet we forget, “kluster kayangan” syndrome also comes in more subtle ways - feelings of superiority due to pride of lineage, pride of beauty, pride of physical strength, pride of popularity and pride of knowledge. This sense of pride is buried deep inside our heart but are sometimes vaguely manifested through ones action by treating others with contempt especially in social media. Sometimes it appears in the mask of righteousness.

All finally leading to one outcome - “I’m always right” and judging others harshly. This subtle sin affects the rich and the poor, people living overseas or in villages, in villas or flats, driving jaguar or a BMX bicycle, PH or a PN supporter. It affects all of us.

Which is why the month of Ramadhan is important for Muslims. It resets everything. It is a path to humility. It allows  us to examine our heart and strive to purify it. The month that allows us to reflect how interdependent we are with each other for survival. A reminder, how weak we are if we’re divided.

A reminder, how much we depend on Allah swt and His divine blessings. A reminder, how less we know and how much we need to learn.

The coming of Ramadhan in 3 days, has a common theme that resonates with us strongly, especially for the past 2 months - a sense of humility. The past 2 months changed the way we have been living since a while. It created the sense of helplessness but at the same time the sense of togetherness. We’re isolated from our beloved family members, friends yet we are closer to them virtually and in our hearts. No big gatherings for prayers or “buka puasa” together because our medical team, security personnel and food delivery drivers are still at the forefront while we stay at home.

As Ramadhan approaches us in this lockdown period, let us overcome our internal arrogance and remember our humble origins. How we were nurtured by our parents, teachers and family members. How we become human being not through our own accord but through compassionate caretakers. Let us eliminate the sense of pride by remembering that one day we will end up in our graves. Remember the inevitable standing before Allah swt and the accountability that lies ahead. Finally, the sense of gratitude - that all the blessings comes truly from Allah. Gratitude - to use our gifts and talents in the best way, that reinforces positive behavior and outcome within our society.

Let us learn to be humble because truly, this will be a strange Ramadhan.

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak.

Wallahua’lam.

Friday, 10 January 2014

Mengapa Asyik Bangkitkan Isu Aqidah?


- Semasa akhir tahun 80an dan awal 90an apabila pelbagai projek mega diumumkan seringkali kedengaran dalam ceramah umum tentang bahaya pembangunan ekonomi tanpa diseimbangkan dengan pembangunan rohani. Apabila Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991, ramai di kalangan para ulama yang menegur mengatakan bahawa pembangunan material yang berlebihan tanpa meletakkan Islam sebagai panduan akan merugikan umat untuk jangka masa yang panjang.

- Andaikata zaman tersebut mempunyai internet, sudah pasti kritikan-kritikan tersebut sudah berada di dalam rakaman alam maya.

- 23 tahun sudah berlalu…amaran-amaran yang diberikan oleh para ulama dan ustaz terdahulu semakin menjadi realiti. Gejala sosial makin menjadi-jadi dan cara hidup hedonisme dan cinta materialisme secara berlebihan semakin ketara.

- Saya tidak mengatakan bahawa peningkatan taraf hidup dan projek-projek mega ekonomi tersebut tidak membawa keuntungan kepada rakyat. Tidak! Namun saya mengatakan bahawa apabila hanya ekonomi menjadi fokus tanpa meletakkan aqidah sebagai paksi, kemajuan yang tercapai tidak mampu dipelihara oleh tamadun tersebut.

- Mungkin kata-kata almarhum Syeikh Ramadhan al-Buthi rahimahullah di dalam kitab Fiqh Sirah lebih tepat dalam menerangkan hal ini.

- "Tidak ada erti hidup tanpa agama, tidak ada erti hidup sekiranya agama sudah hancur, malah penghidupan tanpa agama lambat laun akan musnah dan binasa. Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati sanubari manusia, suruhannya dapat dipraktikan di dalam masyarakat, percayalah bahawa segala apa yang dikorbankan demi kesucian agama itu tidak hilang begitu saja malah bangsa itu dianggap segagah-gagah bangsa dan kesucian agamanya tidak dicerobohi.

- Ini adalah undang-undang Tuhan di muka bumi ini sejak dahulu lagi, di mana kekuatan rohani merupakan bekalan pelindung dan ‘azimat untuk mengawasi dan mengawal kedaulatan dan keutuhan kebendaan setiap bangsa yang tinggi akhlaq, ‘aqidah kepercayaannya yang sihat dan penghidupan kemasyarakatannya yang harmoni, maka suasana kebendaannya juga turut seimbang dan kukuh. Bangsa yang pincang, masyarakat yang akhlaqnya sudah runtuh dan ‘aqidah pegangan sudah tidak ada lagi maka percayalah suasana material dan sumber kekayaannya juga akan turut runtuh menjunam ke dasar kehancuran yang menyeluruh.

- Kemungkinan engkau akan bertemu dengan satu bangsa di mana pemasyarakatannya sudah pincang dan perjalanan rohaninya sudah tempang tetapi masih lagi tegak dan gagah ekonomi dan materialnya. Sebenarnya bangsa ini dalam perjalanan ke jurang kehancuran. Mungkin engkau tidak nampak dan rasa perjalanannya ini kerana umur manusia terlalu singkat, perjalanannya menuju ke jurang kehancuran ini dapat dilihat dan mata sejarah sahaja dan sejarah sahaja yang menjadi saksi.

- Kemungkinan juga engkau akan bertemu dengan suatu bangsa yang begitu merosot ekonominya
kerana mempertahankan ‘aqidah kepercayaannya yang suci dan ingin membina sebuah masyarakat yang adil dan sihat. Percayalah masa kemerosotan ekonomi ini tidak akan berlarutan dan di dalam beberapa masa yang singkat sahaja, bangsa ini akan bangun menyuburkan penganjur ideologinya akan membimbing tangan rakyat jelatanya untuk membangunkan semula kemajuan ekonomi dan tidak berapa lama terlihatlah satu bangsa yang kuat pegangannya dalam ‘aqidah dan ekonominya kembali stabil, iaitu satu bangsa yang lemah tetapi kembali kuat dan makmur kerana mempertahankan kedaulatan agamanya.

- Kita tidak akan dapat suatu contoh yang sihat tentang ‘alam manusia dan penghidupan kecuali di dalam ‘aqidah kepercayaan Islam sahaja. Ini ialah kerana Islam agama Allah untuk seluruh hambaNya, begitu juga kita tidak akan dapat suatu sistem masyarakat yang tersusun rapi kecuali Islam saja yang sanggup merangka dan rnenyusun sistem dan penencanaan masyarakat yang adil. Oleh itu maka antara teras—teras da’wah Islamiyyah ialah mengorbankan harta benda, negara dan penghidupan seluruhnya demi mempertahankan kedaulatan Islam. Pengorbanan demikian akan memberi jaminan kepada keselamatan kekayaan negara dan penghidupan rakyatnya."

- Adakah kita mahu mengulangi kesilapan yang sama 23 tahun yang lepas dan mengabaikan topik aqidah semata-mata apabila disentuh oleh orang politik kepartian dari parti lawan, ia menjadi busuk dan kelihatan palsu? Saya berharap jawapan kita tidak. Semoga menjadi peringatan buat diri, teman dan keluarga.

Wallahua’lam.

Thursday, 28 August 2008

Selamat Datang Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, bulan ramadhan menjelma semula. Insya-Allah kita akan diberikan kesempatan untuk menambahkan amal di bulan yang sangat mulia ini. Bulan yang penuh keberkatan dan penuh kemuliaan. Inilah bulan, andaikata kita ini seorang pemarah...kita latih diri kita untuk kurangkan perasaan amarah kita terutama apabila berada di tempat kerja, di rumah, dengan pasangan suami atau isteri, dengan anak-anak, dengan ibu bapa, dengan ahli keluarga dan jiran tetangga. Inilah bulan, andaikata kita seorang yang kurang bersedekah, tambahkan lagi amalan bersedekah terutama bagi mereka yang memerlukan. Inilah bulan, kita menambahkan amal. Inilah bulan, kita mengawal diri dari tekanan dan kehendak nafsu syahwat.

Sempena bulan ini, marilah kita sama-sama merenung kata-kata hikmah yang boleh dikutip dari Imam As-Syahid Hassan Al Banna tentang bulan ramadhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramadhan adalah bulan ruhi, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafus-soleh mengucapkan selamat tinggal sesama mereka & bertemu semula ketika solat hari raya. Kerena mereka rasakan ini adalah bulan untuk menggandakan ibadah, bulan untuk melaksanakan puasa dan qiyam dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Saudara & saudari sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk meneruskan pengajian Selasa ini pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apatahlagi, ramai di antara kita yang melaksanakan solat tarawih dan memanjangkannya, serta mengejar & mengambil pelunag untuk mengkhatamkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.

Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw dipanggil menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Saudara & saudari sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafa’at untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani).

Wahai saudara & saudari, dalam diri saya terdetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.

Saudara & saudari sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu kesannya yang paling terasa adalah wujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam satu tempoh masa, maka bukan bererti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majlis yang baik ini. Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini (kuliah selasa malam yang biasa Hassan al Banna sampaikan di’cutikan’ sempena meraikan ramadhan), insyaAllah.

Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan solat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, iaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, saudara & saudari sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. “Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan solat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak solat sebagai hak bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan zikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai hak bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai memberi hak bagi dirinya.
Adapun puasa, dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak masa kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan solat tarawih.

Saudara& saudari sekalian, hendaklah sentiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)

Saudara & saudari, pada akhir ayat ini Anda mendapati: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185)

Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka mentaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri.

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)

Kemudian, lihatlah kesan dari semua ini. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah; 186)

Saudara & saudari, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang sangat istimewa.

Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan akan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!”

Saudara & saudari, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berlumba-lumba melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat. Syaitan-syaitan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga syaitan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karnia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an.

Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. menyebutkannya dalam kitab-Nya.” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

Ada kaitan antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Kerana puasa ertinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakiki dalam diri manusia. Ini bererti bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam keadaan seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga kata-kata ini dapat dijadikan iktibar. Selamat menyambut ramadhan. Ramadhan Kareem.

Bacaan tambahan: