Monday, 11 February 2008

Keseronokan Menjadi Tetamu Arab

Minggu lepas, saya akhirnya berkesempatan ke Majlees sahabat sekerja saya yang berasal dari Qatar. Banyak dah jemputan tapi kesemuanya saya terpaksa tolak "last minute" atas tuntutan kerja atau tanggungjawab sosial. Kali ini, saya berkesempatan. Mula-mula, saya dihidangkan dengan susu unta segar! Hanya Allah jer tau betapa susah nak habiskan susu satu gelas kecik tuh. Tapi teguk je lah. Dah habis minum, kami diajak ke bilik makan pulak. Terkejut kambing saya dibuatnya. Biasanya saya tengok jer dalam gambar yang diforward tapi kali ini first hand experience. Ada la satu talam besar yang dipenuhi dengan nasik dan seekor kambing kat tengah-tengah. Yang dijemput adala dalam 12 orang untuk menghabiskannya.

Tapi Allah sahaja yang tau 12 orang nih memang tak boleh habiskan satu talam sebesar nih. Bukannya tak sedap, tapi banyak sangat. Kalau ada sambal belacan mungkin boleh habis la kut...ala kulli hal, memang terpaksa bersungguh-sungguh makan. Apa yang saya nak cerita buat pertama kali saya merasai kesungguhan orang Arab melayan tetamu. Memang mereka betul memuliakan tetamu dan bersungguh-sungguh melayan tetamu. Mulanya saya ingat kalau dah tak larat makan, boleh pergi basuh tangan dan duduk sahaja tepi diaorang sambil tengok diaorang makan...baru jer saya pergi bangun basuh tangan sahabat Qatari saya bertanya, "leish?" Saya cakap dengan ikhlas dah kenyang. Ikut hati nak tapau, tapi segan la pulak.


Ambil air lepas tuh ingat nak duduk tepi, tapi sahabat saya tarik saya ke tepi dan bisikkan sesuatu, " actually it's not proper for a visitor to finish eating earlier than the house owner. You should not do that. But since this is your first time, I forgive you." Malu sekejap saya. Terkedu. Dia tarik saya dan panggil rakan dia suruh layan saya di bilik sweets pulak. Rasa bersalah pun ada. Sementara 11 rakan saya sedang makan nasik dengan sahabat saya di bilik sebelah, saya dan saudara beliau sedang makan manisan di bilik lagi satu. Ada la tiga cawan puding saya makan nak cover perasaan malu tuh. Akhirnya, lepas setengah jam diaorang pun kluar. Semua dengan muka kekenyangan. Saya tanya, habis ker...semua dengan spontan jawab, "no" sambil tersenyum.

Kami pun mula berborak-borak. Seperti biasa, sahabat Qatari saya yang kebetulan lahir pada tarikh dan tahun yang sama dengan saya nih mulalah keluarkan cerita-cerita agama. Ada yang saya tak tau, ada yang saya tak ingat dan ada yang saya tau. Kawan-kawan lain, seronok mendengar cerita beliau. Dari cerita syiah dan kaitannya dengan pelbagai ajaran sesat dalam agama Islam nih. Dari kisah rasul saw dan para sahabat, dari kisah Qiamat dan akhir zaman, dari kisah zabur, taurat, injil dan Quran. Macam-macam kluar. Semua orang melayan penuh khusyuk, ada jugak la khusyuk sangat sampai tertidur. Dan bila makin ramai yang tersengguk dan menerima panggilan telefon dari isteri menanda tamatnya visa keluar rumah, semua orang bersetuju untuk bersurai.
Seronok jugak sebenarnya. Seronok dengan ukhuwwah yang terjalin. Seronok kerana dapat merasai "hospitality" orang Arab. Seronok kerana jauh di sudut hati saya saya merasakan masih ada harapan untuk umat ini.