A montage dedicated to the activities throughout 2010 with families and friends, hanya kepada Allah swt ucapan syukur atas nikmat Nya yang tidak terhingga. Semoga tahun mendatang dipenuhi dengan berkah dan redha Ilahi.
Blog ini adalah rentetan dari blog yang awal...moga-moga membawa manfaat buat keluarga dan diri ini.
Sunday, 26 December 2010
2010, A Year Passed - Montage of Memories
A montage dedicated to the activities throughout 2010 with families and friends, hanya kepada Allah swt ucapan syukur atas nikmat Nya yang tidak terhingga. Semoga tahun mendatang dipenuhi dengan berkah dan redha Ilahi.
Thursday, 21 October 2010
Ramadhan Pergi Membawa Erti
- Ramadhan 1431H atau 2010 masihi ini pergi membawa erti. Pada mulanya, saya berasa malas mahu berpuasa di Malaysia kerana dugaan dan cabaran di Malaysia agak luar biasa. Akhirnya, saya menetapkan untuk pulang awal dan menyambut ramadhan di tanahair tercinta.
- Tibanya saya di bumi tercinta, saya berjumpa dengan rakan dan keluarga. Sudah pasti, setelah hampir setahun tak berjumpa kemesraan ukhuwwah terjalin semula. Namun. keseronokan berjumpa teman dan sanak saudara sering terganggu apabila pemikiran saya cuba memahami keadaan persekitaran di Malaysia yang semakin membimbangkan.
- Bermula dengan keadaan segelintir anak-anak muda Terengganu yang semakin liar dan berjinak dengan budaya samseng dan gejala dadah, berita akhbar yang saban hari menceritakan gejala pembuangan anak, kemaksiatan yang semakin terbuka sekalipun di bulan ramadhan yang mulia, cerita-cerita TV yang dipenuhi dengan cerita hantu tahyul dan khurafat, amalan bidaah yang dimulakan sebelum solat terawih, kedudukan ekonomi umat Islam dan rakyat Malaysia amnya yang semakin terhimpit, budaya mat rempit yang bermaharajalela di Pulau Pinang dengan aksi berani mati, budaya berhibur yang ekstreme di kalangan umat Islam, fitnah sesama orang Islam…kehidupan di Malaysia tidak seindah dahulu. Perasaan terhiris itu, hanya dilunakkan dengan amalan qiyamullail, menjalin silaturrahim bersama keluarga serta sahabat handai dan ibadah di bulan puasa.
- Ketika saya berada di salah sebuah pasaraya di Ipoh, saya terfikir sejenak apabila melihat seorang gadis beragama Islam terpaksa bekerja makan gaji sebagai cashier di kedai bukan milik umat Islam. Para pembeli pula rata-rata bukan Islam, yang tanpa segan silu makan dan minum di hadapan beliau. Saya terhimbau bagaimana suasana di Qatar, takkan dapat kita lihat seorang wanita Qatari bekerja sebagai cashier di Lulu Hypermarket. Apa yang terjadi?
- Dalam saya cuba menyelami keadaan di Malaysia, saya cuba mencari erti melalui pembacaan buku dan blog Zaid Ibrahim, Dr Mahathir, Dr Mujahid, Malcolm Gladwell, Tengku Razaleigh, Barry Wain, Dr Asri, Ustaz Abdullah Zaik dan John Kotter. Saya berjumpa sahabat-sahabat lama dan membincangkan masalah yang sedia ada serta apa penyelesaiannya.
- Semakin saya baca penulisan mereka, semakin saya yakin suasana di Malaysia adalah unik dan tidak boleh diselesaikan dengan cara yang sama kita lalui 50 tahun lepas. Method yang telah diformulasasikan oleh pemimpin terdahulu, sebenarnya berada di penghujung jalan.
- Saya meminati cara DSAI berpidato, saya mengagumi pemikiran Tengku Razaleigh, saya rasa pemandangan jauh Dr Mahathir harus dicontohi, beberapa prinsip kemanusiaan Zaid Ibrahim perlu dicontohi, kezuhudan Nik Aziz menjadi neraca pembentukan peribadi…tetapi nama-nama yang disebut adalah pemimpin negara yang sudah hidup lebih separuh abad. Mereka telah melakar nama di pentas politik negara dan saya merasakan jasa mereka akan merentasi zaman.
- Namun, isu-isu yang kita hadapi sekarang memerlukan kepemimpinan yang mampu melakukan perubahan secara menyeluruh dan bukan juziyyah, satu organisasi yang mampu menjawab persoalan-persoalan dan dilemma masyarakat secara hakiki, satu kesatuan yang ahlinya mampu berdebat secara pragmatic dan terbuka. Kita mahukan satu formula baru untuk menyelesaikan kemelut masyarakat yang melanda. Kita meletakkan Islam sebagai prinsip yang pada waktu yang sama meraikan kepelbagaian kaum dan peranan setiap bangsa.
- Kalau satu masa dulu, kepemimpinan umat dipegang oleh para guru dan aristocrat negara – mereka dikira sebagai elitist negara
- Kini, golongan cerdik pandai adalah terdiri dari para professional, para blogger, para celik IT dan seumpamanya. Merekalah yang harus melakar umat melayu di bumi Malaysia. Merekalah yang harus mengorak langkah.
- Jari-jari yang dituding, kini menuju ke arah kita untuk mencorakkan masyarakat.
- Islam, kini bermasalah dengan pelbagai penafsiran tanpa merujuk al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa melihat perjalanan hidup baginda saw.
- Umat kini tersepit, jalan apa yang harus dilalui? Prinsip humanism yang meleburkan identiti bangsa secara menyeluruh tanpa ada paksi yang membataskannya atau prinsip dakwah Islamiyyah yang meraikan kepelbagaian kaum atas prinsip untuk saling kenal mengenal dan bukan untuk saling menzalimi. Kekeliruan inilah yang harus dijelaskan.
- Ramadhan telah lama berlalu, moga memberi semangat untuk pengislahan masyarakat.
Friday, 16 October 2009
Pulang berlibur, hati terhibur
- Hampir lebih 1.5 tahun tak pulang ke Malaysia. Tidaklah lama sangat berbanding sebelum-sebelum ini, tetapi balik bercuti kali nih penuh bermakna. Banyak urusan dapat dilangsaikan, banyak pelaburan dapat dilaksanakan, banyak hak silaturrahim yang ditunaikan.
- Alhamdulillah, memang sebelum balik ke Malaysia September baru nih, saya dah meletakkan beberapa perancangan. Siap dengan tulis nama keluarga dan member-member yang nak ditemui. Almaklumla, balik sekali setahun tetapi begitu banyak perkara kena settle. Tambah lagi kena pulak dengan cuti raya, jadi urusan bank, KWSP, takaful etc kena diselesaikan seberapa segera. Saya tak nak ceritakan tentang pelaburan dan tips-tips terutama bagi yang bercuti sebulan dua kat Mesia, itu saya tengah buat blog baru untuk diringkaskan.
- Apa yang saya nak cerita secara ringkas adalah tak tau kenapa, tetapi cuti kali ini saya rasa sangat bermakna. Mungkin kerana ini kali pertama saya berjumpa keluarga setelah menunaikan fardhu haji tahun lepas. Mungkin juga kerana ini kali pertama berjumpa kakak saya setelah didiagnose menghidap kanser. Mungkin kerana kali ini kami sekeluarga bercuti di Pulau Redang yang subhanallah penuh dengan keindahan ciptaan Allah swt.
- Mungkin juga kerana berasa sedih, kerana 2 jiran berhampiran di kampung saya, meninggal dunia secara tiba-tiba. Kedua-duanya di bulan puasa. Terutama arwah pakcik razak yang saya amat kenali semenjak dari sekolah rendah lagi, baru berumur 63 tahun dan beliau meninggal dunia pada malam ramadhan, malam 23. Kagum saya melihat kawan sekampung saya Bab, yang begitu cekal dan tabah walaupun masih muda, mungkin kerana beliau anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Mungkin juga kerana saya kembali ke sekolah lama bersama rakan-rakan sebaya, untuk memberikan tips-tips tentang kerjaya kepada anak-anak muda. Apatah lagi berjumpa cikgu-cikgu veteran, terasa diri muda seketika.
- Mungkin juga kerana kepuasan membeli rumah pertama bersama isteri tercinta, walaupun siap Insya-Allah dalam masa setahun dua. Mungkin juga kerana situasi tidak banyak berbeza, apabila dibandingkan dengan suasana 1.5 tahun lepas.
- Mungkin juga kerana sms-sms yang diterima dari sahabat-sahabat Arab di Qatar, bertanya khabar bila nak balik ke Qatar. Rindu kerana lama tak bersembang, apatah lagi berjumpa dengan megat yang sorang.
- Mungkin juga kerana ukhuwwah yang sedia ada, berjumpa sahabat di Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Kedah, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan membuatkan saya menghimbau kisah lama. Ia juga membuatkan saya terfikir, bahawa suatu hari saya sekeluarga harus kembali ke Malaysia....kerana medan amal dan dakwah kami lebih sesuai di Malaysia. Tanpa mengurangkan kebaikan berada di Qatar, jauh di sudut hati kelihatan semakin jelas, bahawa usaha dakwah semakin giat di bumi Malaysia. Adalah satu kerugian, andaikata peluang tersebut tidak digarap.
- Benar, banyak cabaran di bumi Malaysia. Gaya hidup dan pemikiran majoriti rakyat malaysia masih di tahap yang sama. Akhlak segelintir remaja sangat mengecewakan kita. Suasana politik pula tidak begitu memberangsangkan minda. Hidup rata-rata kosong dari ruh dan prinsip perjuangan seorang muslim. Media massa dan pengisian pendidikan hanya mengutamakan kosmetik dan bukannya pembentukan sakhsiah mulia.
- Sekembalinya saya sekeluarga ke Malaysia suatu hari nanti Insya-Allah, belum tentu saya akan berada di jalan yang saya inginkan. Mungkin juga akan tenggelam dalam dunia hiburan dan hedonisma.
- Namun, apabila seorang sahabat saya sanggup memandu dan berjumpa saya di Cheras setibanya dari lapangan terbang KLIA untuk berjumpa tak sampai satu jam, atau apabila seorang ikhwah yang memandu dari Seremban ke KLIA untuk berjumpa dan menghadiahkan saya sebuah buku, apabila seorang ustaz sanggup menerima kami ke rumah walau agak lewat malam berjumpa, apabila silatturahim yang terjalin dengan mudah walau tidak pernah berjumpa...mengingatkan saya bahawa alhamdulillah saya sekeluarga dikelilingi dengan insan-insan yang juga inginkan perubahan, yang Insya-Allah akan memberikan kami sekeluarga peringatan apabila tersesat jalan.
- Tiba-tiba hati yang pada mulanya takut untuk kembali ke Malaysia berasa tenang dan tenteram, mengenangkan sahabat-sahabat dan keluarga yang dikasihi & yakin bahawa mereka akan memberikan saya sekeluarga kekuatan untuk terus bersama di atas jalan yang diredhai Allah swt.
- Ya, mungkin itulah menyebabkan cuti saya kali ini lebih bermakna. Saya terkenangkan kata-kata seorang tabiin tentang 3 perkara yang indah dalam kehidupan di dunia. Jawapan beliau, solat tahajud, solat berjemaah dan ukhuwwah islamiyyah. Moga ukhuwwah yang terjalin kekal selamanya Insya-Allah.
Wednesday, 24 December 2008
Bahagian 3 - Hari-hari Selepas Haji & Apa Selepas Haji
· Kami ke masjid lebih awal untuk solat Jumaat, jam 10.30 am. Sini, Alhamdulillah hotel agak dekat (Hotel Mubarak AlMasi berhampiran Hilton). Alhamdulillah dapat solat di saff yang agak hadapan.· Sebelum solat Jumaat, saya berjumpa dengan seorang pakcik dari Iraq. Saya rasa umurnya late 50’s. Bahasa Inggerisnya lancar. Rupanya beliau Control Engineer di sebuah perusahaan di Libya. Di Libya, single status dan 3 bulan sekali pulang ke Iraq untuk bercuti. Beliau menegur saya selepas mendengar bacaan Al-Quran saya. Beliau terkejut seorang yang berasal dari negara tidak berbahasa Arab boleh membaca Quran dengan baik. Sepanjang pengalaman saya di Mekah semasa Haji, saya juga ditegur sedemikian dua kali, seorang dari Morocco dan 2 orang dari Oman. Yang dari Morocco tuh siap baring tepi saya sambil dengar bacaan saya. Alhamdulillah, pengalaman ini mengajar saya bahawa hanya dengan membaca Al-Quran, boleh menyatukan mereka yang seagama walau tidak sebangsa.
· Berbalik kepada cerita pakcik Iraq tuh, Nabil (nama pakcik tersebut) mula bercerita t
entang keadaan di Iraq. Tiba satu saat, beliau sebak dan menangis mengenangkan betapa lemahnya umat Islam sekarang. Kita mempunyai kitab yang sahih tetapi bergaduh sesama sendiri. Yang menjadi mangsa, mereka yang lemah dan dhaif di kalangan orang tua, wanita dan kanak-kanak. Begitu ramai wanita yang kehilangan suami dan ramai kanak-kanak menjadi anak yatim. Saya tak boleh melupakan kata-kata beliau, “We’re so weak and helpless”. Terharu saya melihat seorang yang berusia sebegini menangis. Terasa benar kita harus melakukan sesuatu untuk berubah. Terngiang-ngiang ceramah Ustaz Abdul Halim tempohari, “Kita harus berfikiran jauh, namun beramal seperti Nabi dengan mengambil langkah-langkah kecil”.· Sebelum ini, saya meyakini bahawa untuk Islam kembali gemilang, umat Arab harus kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Tapi, apabila melihat suasana orang Arab di sini, saya terasa bahawa kalau menunggu mereka memimpin umat ini kembali, tak jadik la jawabnya. Teringat firman Allah swt, AlMaidah ayat 54.
· Malamnya, yang Malaysia dari Hamlah Doha berkumpul bersama Hamlah Badar untuk aqiqah anak Jamal di rumah Ustaz Zul. Melepas ler rindu makan sambal belacan ala Malaysia. Asyik pekena sambal hijau Indonesia jer sepanjang perjalanan nih. Malam tuh, berjumpa semula dengan Ustaz Wan dan Ustaz Fikri. Seronok berjumpa dengan tenaga muda dakwah seperti mereka. Kami pakat dengan Ustaz Wan untuk membawa kami melakukan ziarah keesokannya.
2.
· Jam 8.30am, kami mula bergerak untuk membuat ziarah. Biasanya saya ziarah bersama ustaz dari Indonesia, ini kali pertama ustaz dari Malaysia. Saya mintak Ustaz Wan bawa kami ke tempat yang jarang dibawa yang mempunyai nilai sejarah, di samping ke tempat yang sunnah diziarahi seperti makam Uhud dan Masjid Quba’.
· Berpandukan pengalaman beliau dengan Ustaz Abdul Halim dan berdasarkan buku tentang sejarah Madinah karya Ustaz Abdul Basit, kami menziarahi kawasan-kawasan bersejarah di Madinah. Beliau menerangkan pintu masuk Madinah dulu hanya dari kawasan Uhud/Khandaq dan bagaimana ketika Hijrah rasul saw tidak melalui pintu masuk yang biasa tetapi melalui kebun-kebun penghuni Madinah. Dari laluan kebun tersebut, kami ke arah Quba’ dan Masjid Jumaat. Kami melalui jalan yang rasul saw pernah lalui dan bukit kecil tempat para penghuni Madinah menunggu rasul saw. Kini bukit kecil tersebut terdapat tinggalan kota lama dari zaman kerajaan Othmaniyyah.
· Kami juga melalui kebun Bani Nadhir (salah satu kaum Yahudi di Madinah satu masa dahulu, di samping Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah) dan tinggalan lama kota Ka’b bin Al-Ashraf, pemimpin Yahudi Bani Nadhir yang dibunuh oleh sahabat Nabi Muhammad bin Maslamah ra kerana Ka’b bin Al-Ashraf sering menyakiti rasul saw dan menyebarkan propaganda memburukkan rasulullah saw.

· Kami melalui juga masjid Ambaria (masjid tinggalan Turki Othmaniyyah), stesyen keretapi zaman othmaniyyah dan masjid tujuh (Masajid as-Sab’ah). Ia dinamakan Masjid Tujuh kerana ada tujuh buah masjid didirikan di kawasan Khandaq ini. Kawasan masjid tujuh adalah tempat perkubuan berhampiran khandaq dan berlakunya mukjizat Nabi menjamu makanan kepada seluruh sahabat yang menyertai khandaq ketika Jabir bin Abdullah Al-A
nshory ra mengajak baginda untuk makan. Antara masjid yang terkenal di kawasan ini adalah Masjid Fath dan Masjid Salman Al-Farsi. Kini ada satu masjid besar, dinamakan masjid Khandaq.· Kami melalui masjid qiblatain (ada mengatakan ini sebahagian dari Masjid Tujuh kerana jaraknya hanya 2 km dari kawasan Masjid Tujuh).
· Kami jugak singgah sebentar di bekas istana salah seorang Tabien, Urwah bin Zubair bin Al-Awwam rahimahullah. Beliau dilahirkan 22H (zaman Saidina Omar ra) dan meninggal dunia pada tahun 94H. Ayah beliau merupakan salah
seorang sahabat dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga manakala ibu beliau adalah Asma bt Abu Bakr ra. Ini bermakna Saidatina Aishah ra adalah ibu saudara beliau. Beliau belajar dari saidina Ali bin Abi Talib, Abdur-Rahman bin Awf, Zaid bin Thabit, Abu Ayub Al-Ansari dan ramai lagi para sahabat (radiallahuanhum) sehingga beliau menjadi salah seorang dari 7 fuqaha utama madinah pada waktu tersebut. Kawasan istana tersebut agak besar, menampilkan kemewahan yang umat Islam perolehi selepas Perang Qadisiyyah di zaman Saidina Omar ra. Malah, kekayaan tersebut menjadi penyebab · Akhir sekali, kami melawat ladang unta.
· Walaupun banyak lagi tempat boleh dilawat, tapi kami terpaksa balik jam 11am sebab bas akan berangkat ke Doha selepas Zohor.
· Alhamdulillah, sebelum solat Zohor saya berjaya mengkhatam Al-Quran.
· Jam 1.30pm, kami berangkat ke Doha.
· Jam 5am keesokannya, kami tiba di sempadan dan bas kami tiba di Doha transport jam 11pagi 14 Disember 2008, Hari Ahad.
Pelbagai perasaan muncul apabila ibadat haji dan keseluruhan perjalanan ini tamat. Perasaan gembira , sedih, mengharap dan takut.
Gembira, kerana penantian bertahun-tahun berakhir dengan selamat. Gembira, kerana merasa hikmat Allah swt men”delay”kan pemergian haji kami pada tahun lepas. Gembira, kerana yakin akan janji Allah swt bagi yang berjaya menunaikan haji secara ikhlas dan diterima Allah swt.
Sedih, kerana ketika mula berangkat meninggalkan Mekah jam 9.08 pagi seribu macam kenangan beribadat ditinggalkan- perjuangan yang dilalui, persahabatan baru yang terjalin, kebersamaan dengan umat Islam, senyuman kanak-kanak dan mereka yang berumur ketika melakukan ibadah haji. Sedih, kerana berakhirnya ibadat yang menuntut hijrah fizikal, mental, spiritual dan emosi. Sedih, kerana meninggalkan kemanisan beribadah ketika mengawal disiplin semasa ihram, ketika mendengar laungan talbiah, ketika berdoa di bumi Arafah, ketika merentasi Arafah-Muzdalifah-Mina-Haram, ketika menjalani ibadah saei dan tahallul, ketika melalui kawasan korban, ketika persiapan hari Tarwiyyah, ketika mengisi hari Tasyrik dengan zikir dan bacaan Al-Quran,, ketika mengisi malam dengan qiyamullail dan solat tahajud, ketika melihat kaabah sambil melakukan tawaf wida’ buat kali terakhir.
Perasaan mengharap…akan keredhaan Allah swt dan haji yang mabrur nsya-Allah. Mengharap, untuk mengunjungi bumi Mekah dengan keadaan umat Islam di dunia semakin baik.
Takut, andaikata tidak berjaya istiqamah dengan semangat baru yang disuntik setelah melakukan ibadah Haji.
Teringat satu pesanan,
“Dan ketika kamu kembali ke negerimu dan ketika ada sesuatu mengajakmu melakukan maksiat maka :
Ø INGATLAH hari ketika kamu tawaf sekitar kaabah dan melakukan saei di Bukit Safa dan Marwa
Ø INGATLAH hari ketika kamu wukuf di Arafah mengangkat tanganmu sambil menitiskan air mata mengharapkan rahmat dan ampunan Allah swt
Ø INGATLAH ketika kamu berdoa setelah selesai melempar di 2 jamrah yang pertama
Moga-moga, ingatanmu terhadap ibadat tersebut menolongmu dari terjerumus ke dosa-dosa besar dan maksiat.”
Ibadah ini ternyata istimewa. Tidak seperti solat, zakat dan puasa. Maka setelah selesai ibadah ini, apa yang tinggal selepas Haji? Terlalu panjang untuk dikupas, jadi lebih baik sahaja saya akhiri dengan sabda rasulullah saw sebagai renungan buat semua.
a. Riadhus Solihin
Ø Abu Hurayra said that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, was asked, "What action is the best?" He replied, "Belief in Allah and His Messenger." He was asked, "Then what?" and replied, "Jihad in the way of Allah." He was asked, "And then what?" He replied, "An accepted hajj." [Agreed upon]
Ø Narrated Aisha: (the mother of the faithful believers) I said, "O Allah's Apostle! We consider Jihad as the best deed." The Prophet said, "The best Jihad (for women) is Hajj Mabrur. "
b. Imam Nawawi – Hadith 40
Ø 29th Hadith: From Mu'adh bin Jabal, radiyallahu 'anhu, who said: I said: "O Messenger of Allah, tell me of a deed which will take me into Paradise and will keep me away from the Hell-fire." He said: "You have asked me about a great matter, yet it is, indeed, an easy matter for him to whom Allah Almighty makes it easy. (It is ) that you worship Allah without associating anything with Him, that you perform the prayers, that you pay the zakat, that you fast during Ramadan, and that you make the pilgrimage to the House."
Then he said: "Shall I not guide you to the gates of goodness? Fasting is a shield; charity extinguishes sin as water extinguishes fire; and a man's prayer in the middle of the night." Then he recited: "Who forsake their beds to cry unto their Lord in fear and hope, and spend of that We have bestowed on them. No soul knoweth what is kept hid for them of joy, as a reward for what they used to do". [Qu'ran, Surah al-Sajdah (32): Ayah 16-17]
Then he said: "Shall I not also tell you of the peak of the matter, its pillar, and its topmost part?" I said: "Yes, O Messenger of Allah." He said: "The peak of the matter is Islam (submission to Allah), the pillar is prayer; and its topmost part is jihad." Then he said: "And shall I not tell you of the controlling of all that ?" I said:" Yes, O Messenger of Allah". So he took hold of his tongue and said: "Restrain this." I said: "O Prophet of Allah, will we be held accountable for what we say?" He said: "May your mother be bereft of you! Is there anything that topples people on their faces (or he said, on their noses) into the Hell-fire other than the jests of their tongues?"
[Related by Al-Tirmidhi, who said it was a fine and sound hadith]
c. Sahih Bukhari
Ø Narrated Abdullah bin Masud: I asked Allah's Apostle, "O Allah's Apostle! What is the best deed?" He replied, "To offer the prayers at their early stated fixed times." I asked, "What is next in goodness?" He replied, "To be good and dutiful to your parents." I further asked, what is next in goodness?" He replied, "To participate in Jihad in Allah's Cause." I did not ask Allah's Apostle anymore and if I had asked him more, he would have told me more.
d. Sahih Ibn Hibban
Ø In a qudsi hadith, The Prophet pbuh said: Allah says: “How is it that I have granted good health and ample means of provision to My slave, and 5 years pass without him coming to visit My House?”
Ø A better and more accurate translation, “Verily, a servant of Mine whose body I have made healthy and sound and whose provision I have widened, whom 5 years pass by him and he does not come to visit Me, is surely a deprived person”
Ø This hadith Qudsi was recorded by Ibn Hibban in his Saheeh (#960), from the companion of Abu Saeed AlKhudri ra. It was classed as Sahih by Al-Baani in as-Silsilah as-Saheehah
Ø The Prophet (peace and blessings be upon him) said: "There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days." The people asked, "Not even jihad for the sake of Allah?" He said, "Not even jihad for the sake of Allah, except in the case of a man who went out to fight, giving himself and his wealth up for the cause, and came back with nothing." (At-Tirmidhi) – this hadith is referring to the first ten days of Dhul Hijjah are the most sacred days of the year. They are mentioned as special days in Surat Al-Fajr. These are the days of special blessings. Muslims are urged to do more dhikr (remembering Allah), charity and good deeds during this time. Fasting in these days is prescribed as nafl (supererogatory act of worship) from first to the ninth day of Dhul Hijjah.
Bahagian 2 - Hari-Hari Haji 1429H
· Kami bertolak ke Mina jam 6.30-7am. Sebelum bertolak, kami diberitahu agar tidak membawa beg besar ke Mina. Memadai beg kecil. Sesampainya di Mina, terus kami “book” tempat tidur masing-masing. Tempat saya hanya 4 “baringan” dari pintu
2. 7 Disember 2008 (Ahad) – 9 Zulhijjah 1429H; Hari Arafah
· Setibanya di padang Arafah pada waktu pagi, saya terus tidur untuk menyimpan tenaga untuk waktu istajab doa antara zohor dan maghrib. Ustaz hamlah memberikan khutbah dalam bahasa Indonesia dalam pukul 10am. Lepas tuh terus makan tengahari dan kemudiannya solat zohor. Khutbah di Masjid Namirah pulak agak lama. Ada satu jam rasanya. Sebaik selepas khutbah Masjid Namirah, terus saya mula berdoa. Pada mulanya saya berdoa di dalam khemah, tetapi kerana suasana bising dari khemah-khemah hamlah lain di tepi, saya pun bergerak ke luar, mencari ketenangan sambil berdoa. Saya terus berdoa sehingga menjelang maghrib.· Ada sorang sahabat cakap, dia dengar satu ceramah yang mengatakan bahawa antara tanda-tanda haji mabrur – doa di hari arafah beserta dengan air mata. Ya la, kalau Hari Arafah berdoa tak keluar air mata, tak tau la waktu apa lagi nak keluar air mata.
· Dari keluar khemah, masuk balik khemah, menuju ke bas dan di dalam bas tak henti-henti berdoa. Terasa tak cukup masa berdoa. Sedih juga di hati, apabila melihat ramai manusia menyia-nyiakan waktu berdoa tersebut dengan bergurau senda, tidur etc terutama selepas jam 3.30pm. Yang lagi menyedihkan, sampah dibuang merata-rata. Arafah, sea
kan-akan menjadi satu kawasan sampah yang besar pada hari tersebut. Hari mulia tersebut dicemari dengan kekotoran dan pembaziran. Setelah masuknya waktu maghrib, bas mulai bergerak perlahan-perlahan menuju ke Muzdalifah. Setelah satu jam terperangkap di dalam “traffic” yang tidak bergerak, isteri dan saya turun dari bas dan mulai berjalan ke Muzdalifah. Yang menariknya, bas mulai berjalan lancar sejam selepas kami turun dari bas. Apa nak buat, redha la dengan keputusan yang telah dibuat.3. 8 Disember 2008 (Isnin) – 10 Zulhijjah 1429H; Hari Nahar/Akbar
· Kami bertolak dari Arafah jam 6.30pm dan tiba di sempadan Muzdalifah jam 9.00pm. Tiba saha di Muzdalifah, “traffic” jam manusia pulak. Entah kenapa, lautan manusia berhenti bergerak seketika. Apabila disiasat, rupanya ada yang berhenti kerana melambai-lambai pada kamera TV. Terasa kelakar lak. Bermacam jenis manusia kami temui sepanjang perjalanan kami. Tapia pa yang paling saya kagumi apabila terserempak dengan orang-orang tua yang berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan bertongkat, lebih laju dari kami pulak tuh. Ada waktunya saya terfikir ini manusia atau jin yang menyamar manusia? Satu lagi puak yang saya kagumi adalah orang yang membawa anak-anak kecil. Hairan saya. Kalau naik bas ok la, tapi berjalan dari Arafah ke Muzdalifah? Subhanallah yang menggerakkan dan memberikan mereka kekuatan.
· Jam 10pm, selepas berjaya mencari tempat di celah-celah manusia, selesai solat, bersembang dengan orang sebelah dan makan terus kami tidur. Agak nyenyak tidurnya.· Jam 1am, terjaga dengan bunyi hon-hon bas yang menggerakkan orang yang tidur di celah dan bawah bas. Jam 1.30am, selepas mengutip batu mulai bergerak ke Mina dan tiba di khemah jam 2.30am. Sempat ler saya mandi sebentar. Sebelum masuk ke khemah, ada pengawal-pengawal bertugas yang “mengumpulkan” barang-barang tak lekat di badan di satu tempat. Sleeping beg kami menjadi mangsa. Mujurla sleeping bag murah. Kelakar ler pulak sebab baru sekali pakai dah kena “rampas”.
· Jam 3am, bertolak ke jamrah. Setelah selesai melempar, kami terserempak dengan seorang lelaki yang dibawa pergi oleh pegawai polis kerana kepalanya berdarah terkena lemparan orang lain. Ish, Alhamdulillah kami tak terkena. Jam 3.30am, terus bertolak ke Haram. Ada ternampak beberapa pemuda menawarkan perkhidmatan motorsikal dengan charge SR50 sorang, teringin nak ambik tapi takpela sebab tak selamat tengok cara pembawaan diaorang.
· Jam 4.30am, mulai sa’ei di tingkat 3 sebab kami merasakan tawaf terlalu ramai orang dan hampir pada waktu subuh. Setelah selesai solat subuh, sambung sa’ei. Ketika sa’ei saya terserempak dengan Dr Tariq Suwaidan, tokoh Islam dari Kuwait yang amat dikenali. Rasa nak berhenti bersalam dengan beliau tapi takut hilang masa sebab ramai yang bersalam dengan beliau. Tak disambung dengan tawaf ifadhah kerana isteri agak kepenatan dan kaki kami melecet. Kami ambil keputusan untuk tawaf ifadhah beserta tawaf wada’ nanti.
· Jam 6.30 am, saya tahallul di kawasan Ajyad (dekat hotel yang saya umrah bulan 5 tempohari) sebab dalam ambik teksi ke Aziziyyah depan hotel tuh jer.
· Jam 7.15am, kami naik teksi ke Aziziyyah. Di”charge” kami SR60. Tiba sahaja di hotel, jumpa rakan sebilik. Rupanya bas yang saya turun dari Arafah tuh tiba di Mina lebih awal. Selepas Mina baru mereka mencari kenderaan sendiri atau berjalan kaki. Bas-bas yang lain, awal-awal dah tersekat kat Muzdalifah. Selepas makan tengahari, terus saya tidur. Namun, terserlah wajah-wajah gembira dan kepuasan ketika berjumpa rakan-rakan di dewan makan. Tak nampak pun sorang wajah letih. Semua sudak melepaskan ihram nampak gayanya dan memakai baju baru.
· Jam 4.30pm, kami berangkat semula ke Mina tapi hanya tiba di khemah jam 7.3
0pm-8pm. Itupun setelah berjalan dari terowong Muaissem ke khemah kami. Lepas makan dan solat, semua tidur. Saya pasti semua penat. Hari tersebut adalah kemuncak haji. Aktiviti selepas ini agak ringan.· Berjalan memang seronok. Bermacam gelagat dan dapat merasai keunikan fardhu haji dengan lebih dekat lagi. Saya rasa, kalau buat haji dan tak berhimpit-himpitan atau bersesak-sesakan tak terasa “kemanisan” haji. Jangan bertolak-tolakan sudahla. Tapi saya rasa kali ini terlalu ramai dan tidak seperti yang digambarkan pada tahun 2007 yang mungkin lebih “lengang” berdasarkan kuota yang dipotong tahun lepas.
4. 9-10 Disember 2008 (Selasa&Rabu) – 11-12 Zulhijjah 1429H; Hari Tasyrik (Nafar Awal)
· 11 Zulhijjah, lontaran pertama. Tidak seperti tanggapan ramai, batu tidak mudah dicari di Mina. Kalau nak cari, cari awal-awal bukan waktu dalam perjalanan nak melontar. Apa yang saya perhatikan, melontar immediately lepas zohor (12-2pm) agak lapang. Lepas 2.30pm, sibuk. Sebaiknya, melontar di tingkat teratas, tapi hati-hati. Tidak ada papan tanda untuk ke tingkat atas dan laluannya hanya kecil di sebelah paling kiri. Kalau terlepas, terpaksalah melontar di bawah. Sebaiknya, bawa payung sekali kerana kalau ramai orang, terpaksa berjemur.
· 12 Zulhijjah, lontaran kedua dan terakhir untuk nafar awal. Mulai jam 9 pagi sehingga 2pm, jalan ke jamrat penuh dengan manusia. Kami bergerak jam 12 tengahari dan sampai ke jamrat jam 1pm. Itupun kami ambik lane paling kiri sebab lane paling kiri lengang – mungkin sebab terkena cahaya matahari di lane paling kiri. Kami selesai melontar jam 1.10pm. Waktu melempar, saya tunduk-tunduk gak sebab takut terkena lemparan orang. Maklumla, kali ini tingkat atas pun ramai orang. Alhamdulillah tak kena. Selesai melontar, kami patah balik ke khemah untuk solat zohor dan ambik beg. Jam 2.05 pm, kami bertolak ke Aziziyyah. Tiba di hotel 2.45pm setelah melalui shortcut.· Hari Tasyrik, kelihatan mudah namun sebenarnya apabila dihayati waktu inilah rasul saw mula berdakwah kepada kabilah lain sebelum berlakunya Hijrah. Terngiang-ngiang ceramah Dr Anwar Awlaki. Malah, Ustaz Abdul Hakim mengupasnya dengan baik di dalam blog beliau - http://inijalanku.wordpress.com/2008/12/13/mina-membakar-semangat-juang/
5. 11 Disember 2008 (Khamis) – 13 Zulhijjah 1429H; Hari Tasyrik – Tawaf Ifadhah/Wida’
· Bas disediakan untuk kami ke Haram jam 12malam, 1 pagi dan 3 pagi. Namun, sapa yang pakai bas yang bertolak jam 12 malam hanya tiba di Haram jam 3pagi, itupun setelah jalan kaki. Yang bertolak jam 3 pagi tak melalui kesesakan tersebut. Pada pandangan saya, kalau nak bertolak jam 12malam yang terbaik adalah ambil teksi, berhenti di mahbassatul jin (tempat free parking) dan jalan melalui pedestrian walk ke Haram.
· Jam 3pagi, kami melakukan tawaf di bawah. Mula-mula agak lengang tapi lama kelamaan semakin ramai orang. Advantage tawaf bawah nih cepat sikit walaupun terpaksa bersesak, dengan syarat tawaf paling jauh di lingkaran tengah. Kalau tawaf di lingkaran luar, baik pergi tingkat 3 sahaja sebab lapang dan tak bertiang seperti di tingkat 2. So, kalau nak tawaf di bawah, tips terbaik adalah bila kita tengok orang tawaf dan terus nampak lingkaran tengah, boleh tawaf di bawah. Tapi kalau tengok orang tawaf dan nampak lingkaran paling luar di pinggiran, langsung ke tingkat atas.
· Kami buat 6 pusingan di bawah (satu tawaf 5-10 minit) dan 1 pusingan tawaf di atas (satu tawaf 15-20 minit).
· Jam 4.40am, selesailah tawaf ifadhah/wida’ kami, maka selesailah ibadat haji kami. Kami langsung pulang ke hotel di Aziziyyah (taxi charge SR100) dan solat subuh di masjid berhampiran.
· Jam 9.08 am – Kami bertolak menuju ke bumi penuh ketenangan, bumi Haram, tempat persemadian kekasih Allah swt, bumi Madinah yang diterangi cahaya. Tiba Madinah jam 2.30-3pm setelah pemandu berpusing-pusing mencari hotel. Sempat solat Asar di Masjid Nabawi. Malamnya, selesai solat Isya’ saya mengambil kesempatan ziarah makam Nabi.
Bahagian 1 - Hari-hari Sebelum Haji 1429H
PEMBUKA
Alhamdulillah, sudah selesai menunaikan fardhu haji. Setelah 2 tahun menunggu akhirnya tercapai peluang tersebut. Sepanjang perjalanan ibadah tersebut pada setiap hari saya rakamkan pengalaman saya dalam nota bertulis agar pengalaman yang dilalui dapat dikongsi bersama dan menjadi peringatan buat diri dan keluarga. Apabila ditulis kat blog nih pulak, ada tambahan dan pengurangan yang dibuat. Sedar-sedar, berbelas muka surat. Memandangkan panjang, terpaksa dibahagikan kepada 3 bahagian – hari-hari sebelum Haji, hari-hari Haji dan hari-hari selepas Haji. Saya bahagikan mengikut hari-hari yang dilalui.
1. 26 November 2008 (Rabu)
· Saya memulai membaca Al-Quran dari surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah.
· Bertolak dari AlKhor jam 6.30 pagi – adala seramai 40 lebih orang bertolak dari AlKhor. Walaupun hari bekerja, ramai jugak yang menghantar pagi tuh, seperti tahun-tahun sebelumnya. 6 bas bertolak dari Doha transport. Setiap bas telah dilantik ketuanya. Bas saya, Pak Ali Mustafa ketua PERMIQA menjadi ketua.
· Bertolak dari Doha jam 10.30 pagi – delay 2 jam dari perancangan asal. Ramai orang yang terperangkap di dalam “jam” di Doha waktu tuh so ramai yang tiba lewat.
· Tiba di sempadan Saudi jam 2 petang – macam
-macam pengalaman kat sempadan Saudi. Dengan tiba-tiba waktu tuh immigration Qatar tukar shiftnya, terpaksa membantu Pak Ali berhubungan dengan immigration Saudi jadi ada la pengalaman naik turun keluar masuk nak carik kaunter untuk pengurusan haji. Masa tuh, dengan bekalan bahasa arab yang sedikit terkumat kamit tanya pegawai-pegawai immigration Saudi. Mujurla hanya hamlah kami aja yang ada di border masa tuh. Jam 8pm, akhirnya kami berlepas dari border Saudi.
· Sepanjang perjalanan melepasi border Saudi, saya mendengar ceramah Dr Anwar Awlaki tentang Sirah Nabi di Madinah.
2. 27 November 2008 (Khamis)
· Kami hanya berehat di satu perhentian untuk solat subuh
· Tiba di Miqat Qarnul Manazil jam 11 pagi. Alhamdulillah tak ramai orang di masjid Miqat jadik mandi ihram (haji tamattuq) dengan selesanya di sana.
· Tiba di hotel Talal Als-Syams di Aziziyah (jalan Abdullah Khayat selatan) jam 2.30pm. Setelah selesai meletakkan barang di bilik, langsung menunaikan ibadah tawaf, saei dan tahallul. Masa tawaf, tawaf di bawah. Pada mulanya agak selesa tetapi semakin menghampiri maghrib semakin lama semakin ramai orang. Hanya Allah jer tahu berapa puluh kali ditolak dan berapa kali saya bagi laluan untuk orang “menentang” arus. Alhamdulillah sebelum solat maghrib dah selesai tawaf tapi waktu tuh membawa isteri keluar dari medan tawaf sebab perempuan tak dibenarkan solat di kawasan lelaki. Kami terpaksa ke tingkat sekali untuk solat maghrib. Itupun saya kena sujud betul-betul celah kaki orang sebab dah takder tempat sangat. Dalam jam 7.30 pm, selesai bertahallul (memendekkan rambut keseluruhannya). Waktu tuh di”charge” 15 riyal.
· Selesai tahallul langsung ke hotel naik teksi, dikenakan “charge” 30 riyal.
· Di bilik 410, saya berkongsi dengan 3 orang rakan dari Indonesia – Pak Widodo, Pak Adi dan Pak Slamet. Sebelum tidur, kami mula berbincang strategi-strategi untuk meng”optimize”kan tenaga yang ada. Agak selesa juga bilik tersebut dan Alhamdulillah bekalan air mineral sentiasa ada.
3. 28 November 2008 (Jumaat)
· Memandangkan hari Jumaat, kami bercadang untuk memanjangkan masa di Haram sebab nak balik ker Aziziyah agak jauh.
· Setelah selesai solat subuh, pergi pekena roti canai kat Restoran Felda D’Saji. Ramai betul orang. Nak beli roti canai terpaksa beratur. Di depan saya sorang Pakcik dan di depan pakcik tuh orang Uzbekistan. Ada satu waktu, orang Uzbekistan tuh nak beratur untuk beli air so dengan bahasa isyarat yang “limited” bagitau pakcik depan saya yang dia “book” depan pakcik tuh. Dengan anggukan yang bersungguh-sungguh, pakcik tuh bersetuju. Apabila tiba giliran pakcik tuh, roti canai tinggal sedikit. Jadik apabila orang Uzbekistan tuh beratur balik, mamat penebar roti canai suruh pakcik Uzbekistan pergi belakang. Mamat Uzbekistan tuh tunjuk la dia depan pakcik tuh tapi entah kenapa pakcik depan saya buat selamba dok dan order terus. Saya terpaksa campur tangan cakap pakcik Uzbekistan tuh memang kat depan pakcik tuh. Lepas pakcik tuh dah dapat roti canai baru
la dia bersuara, “dia memang depan pakcik tadi” Dan terus blah. Saya tak dapat lupa reaksi mamat Uzbekistan tuh. Sambil menggoyangkan jari penunjuknya pada pakcik tuh. Nasib baik ler dia tak pelangkung pakcik tuh. Alhamdulillah saya dapat jugakla merasa roti canai. Memang sedap especially kuah kari dia. Patutla orang beratur panjang.
· Ambil peluang untuk berjumpa dengan Ustaz Abdul Halim. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan sahabat lama Norman Hamdan, ex-Aussie gak. Sempat jugakla menghadiri kuliah subuh ustaz di hotel beliau. Ustaz Abdul Halim memperingatkan tentang syariat rasulullah saw telah disempurnakan apabila rasul saw wafat. Tidak akan ada penambahan syariat setelah rasul saw wafat. Malaikat pencatat amal pula hanya mencatit amalan yang berdasarkan syariat. Jadik sebagai “kerani”, kalau ada amalan yang tak ikut specification, malaikat tak akan catit sebagai amalan yang hasanah. Contohnya berzikir memuji-muji wali Allah. Ustaz pun mengumandangkan zikir Arqam yang pernah saya baca masa di sekolah menengah dulu dan masih terngiang-ngiang. Baru saya sedar rupanya zikir tersebut memuji-muji para wali Allah. Astaghfirullah. Begitu juga amalan haji. Harus memastikan ia berdasarkan Al-Quran dan sunnah rasul. Jangan ler pergi sapu kain kat Maqam Ibrahim ker, baling kasut kat Hijr ker dan segala macam barang ngarut lagi. Ustaz juga berbincang tentang Istilam di Rukun Yamani dan kepentingan etika ilmu dalam beribadat. Ustaz memperingatkan kepentingan menyimpan tenaga pada 10 hari pertama zulhijjah sebab banyak tenaga akan digunakan pada ibadat di hari Akbar nanti. Jadik, ustaz peringatkan jaga kesihatan dan jangan terlampau banyak beraktiviti fizikal sampai penat tak terhingga pada hari yang perkara wajib akan dilaksanakan. Ustaz juga memperingatkan bahawa 10 hari pertama Zulhijjah adalah hari yang mulia sebagaimana sumpah Allah swt di dalam surah Al-Fajr. Perbanyakkan amalan kebajikan seperti membaca quran, solat sunat, qiyamullail, iktikaf etc terutama di bumi Mekah yang mana kebajikannya 100000 kali ganda. Ustaz juga memperingatkan jangan solat bercampur lelaki perempuan dengan sengaja, contohnya membiarkan isteri untuk solat di sebelah sedangkan masih lapang lagi kawasan di Haram.
· Jam 10.30 pagi, pergi ke Masjidil Haram balik. Subhanallah! Penuh dah orang dekat lapangan di depan Zam-Zam Tower dan Hilton. Nak tak nak terpaksa solat di luar. Terpaksa berpanas ketika. Waktu tuh, terkenangkan hari Hisab bagaimana kita menanti giliran dipanggil Rabbul Jalil dan matahari hanya sejengkal dari kepala kita. Namun, ada pandangan yang menyejukkan mata. Dalam kepanasan tersebut ada manusia yang masih berhati mulia dan mengedarkan air zam-zam sejuk kepada orang ramai. Dapat jugakla saya setengah gelas. Lagik setengah gelas saya kongsi bersama rakan sebelah kanan saya (berbangsa Bosnia kut) yang waktu tuh tak segan untuk minum dari bekas air saya.
4. 29 November – 3 Disember 2008 (Sabtu – Rabu)
· Pada hari-hari tersebut, saya lebih banyak berfikir dan memerhatikan suasana di Tanah Haram. Di samping explore Haram serta melengkapkan diri dengan perbekalan ilmu dan barang-barang untuk dibawa ke Mina dan Muzdalifah, ada jugakla shopping untuk ahli keluarga. Sempat juga berjumpa dengan beberapa rakan dari Bintulu (Jaafar) dan Doha, Zahid Hamidi, Jailani dan Razif Sidek dan keluarga belah isteri (Kak Jah dan suami). Khabarnya, Sheila Majid dan Aznil pun buat haji tahun nih tapi tak pulak saya terserempak. Begitu juga Zulkifli Nordin yang duduk di sebelah hotel Dora Mawaddah (yang saya sendiri tak tau kat mana). Saya tau dia buat haji tapi tak terjumpa lak. Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Sallehuddin Ayyub juga dilaporkan buat haji tahun nih.
· Saya jugak mencari-cari spot solat yang terbaik di Haram dari segi hampir ngan tempat wudhu’ dan tandas. Yang tempat wudhu’ saya jumpa (tingkat tiga berhampiran dengan kubah di tepi laluan sa’ei) tapi tandas saya tak jumpa. Nak tak nak kena control pemakanan kalau iktikaf di Haram.
· Antara yang saya fikirkan macammana nak kurangkan solat bercampur lelaki perempuan nih. Memang kadangkala tak dapat dielakkan. Tapi saya dapati mungkin 30-40% of the time dapat dielakkan. Saya dapati terutama dari Asia Tenggara, Turkey, Turkmenistan etc banyak contribute kepada permasalahan tersebut. Ketika luar waktu solat, tak salah duduk bersebelahan muhrim atau suami. Tapi sewajarnya apabila menghampiri solat, isteri atau suami harus berubah tempat. Sama ada suami berpindah ke depan atau isteri berpindah ke belakang. Satu lagi ketika tawaf. Yang membawa isteri atau saudara perempuan harus berhenti tawaf lebih awal untuk membolehkan isteri mencari tempat yang sesuai untuk menunaikan solat fardhu. Terutama di tingkat tiga, berapa kali saya perhati ada lelaki yang bukan muhrim yang terpaksa sujud di celah-celah kaki perempuan yang berhenti tawaf setelah qamat.
· Saya juga memerhatikan kekasaran pegawai-pegawai di Haram. Ada sesetengah perkara saya setuju mereka boleh bersikap keras/tegas tapi tidak semestinya bersikap kasar. Mereka boleh bersikap keras/tegas terhadap mereka yang melakukan amalan bidaah atau syirik. Malah, seharusnya mereka juga harus bersikap tegas terhadap emir atau syeikh-syeikh atau orang kenamaan yang membawa berpuluh bodyguard dan menyebabkan kesesakan. Tapi tak perlula bersikap kasar dengan orang yang nak masuk atau keluar dari pintu Haram. Apa salahnya meminta orang keluar atau masuk dengan senyuman. Apa salahnya memeriksa beg dengan berhemah mulia, memberi salam dan bertanya khabar. Ini, sambil duduk atas kerusi menarik beg untuk periksa apa di dalamnya. Saya rasa, kalau beg emir takde nak tarik-tarik beg beliau atau bodyguard beliau kut.
· Saya juga berfikir tentang orang-orang kenamaan seperti pemimpin negara dan artis-artis yang membayar ratusan ribu ringgit untuk melakukan ibadat haji. Adakah mereka juga turut serta berada di dalam lautan manusia ketika sa’ei dan tawaf? Adakah mereka juga beratur menggunakan tandas di Arafat dan Muzdalifah? Apa yang saya dengar, laluan di makam rasul ditutup seketika untuk membenarkan seorang pemimpin negara dari Afrika kalau tak salah menziarahi makam rasul di Madinah. Kenapa double standard sebegini? Bila ada pemisahan sebegini, pemimpin-pemimpin tidak bergaul dengan masyarakat. Tidak memahami suasana masyarakat, terpisah dengan kesusahan dan reality masyarakat. Bila ada pemisahan sebegini, ada sesetengah pegawai akan bersikap sambil lewa dan mengambil sikap double standard ketika melayani tetamu-tetamu Allah. Apabila ada pemisahan sebegini, masyarakat tidak dapat mencontohi amalan ibadat yang mereka lalukan. Lantaran terjadilah pelbagai perkara bidaah kerana tidak kelihatan tauladan dari pemimpin-pemimpin negara. Mungkin, kalau nak keluar dari tawaf secara lawan arus pun takut-takut sebab tak nak bertolak-tolak dengan Crown Prince dari Saudi.
· Saya juga terus terang tak bersetuju dengan kos haji yang semakin lama semakin meningkat dan semakin mahal. Kadar peningkatan harga mengatasi kadar inflasi pulak tuh. Saya difahamkan, hamlah dari Malaysia tak boleh mencari penginapan di Aziziyah sedangkan andaikata dibenarkan, kos haji mungkin tak sampai Ringgit 10k bagi pakej swasta. Saya jugak tak faham kenapa harga tiket kapal terbang dinaikkan 2 kali ganda musim haji? Taksi pun satu hal. Waktu biasa SR 15 jer. Tapi bila tiba ramai orang, SR300-500 yang harus dibayar. Argument yang diberikan adalah permintaan yang tinggi tapi apa salahnya untuk ibadat fardhu ini hukum supply and demand ini tidak diikuti untuk menambahkan keberkatan? Apa juga salahnya membiarkan saudara-saudara dari palestin, Iraq etc melakukan ibadah haji dengan kos yang minimal? Ini tidak, di”charge” juga dengan kos yang berlipat kali ganda. Sudahla mereka hidup susah di negara mereka, nak buat haji pulak diperah habis-habisan. Ada yang kata mereka yang susah ini tidak wajib lagi menunaikan fardhu haji jadi takyah bantu, so kalau camtuh camna diaorang nak jumpa saudara seagama untuk bermusyawarah dan minta bantuan? Di mana bukti ukhuwwah Islamiyyah? Bukankah ini masanya yang memiliki kekayaan membantu yang tidak mampu? Apa salahnya kos yang dibayar beratus ribu ringgit oleh para artis atau orang kenamaan includes cost of sponsoring 3-4 person as part of an act of charity? Jadi pahala yang membayar bukan sahaja untuk diri beliau tapi 3-4 orang miskin juga. Kalau untung dapat pahala 5 haji mabrur!
· Saya juga rasa kerajaan Saudi boleh membasmi pengutip sedekah di Saudi dengan sekelip mata. Bagi pengutip sedekah yang benar-benar memerlukan, tempatkan mereka di rumah kebajikan atau beri upah untuk mereka berkhidmat sebagai pencuci Haram. Bagi yang mengambil kesempatan, tangkap mereka dan tempatkan mereka di pusat pemulihan atau penjara. Bagi penjaja-penjaja jalanan, daripada melakukan aksi kejar mengejar, tempatkan mereka di satu kawasan khusus.
· Tandas lelaki dan wanita – nih saya rasa satu kekurangan yang besar. Mungkin kena ada satu taskforce khas untuk selesaikan masalah ini terutama ketika Haji. Rasa sakit hati tengok orang terdesak-desak nak pergi tandas. Tapi ini bukan salah orang yang terdesak-desak nak pergi tuh. Waktu buat tawaf ifadhah, ada rakan saya bagitau diaorg nampak ada orang terbuang air besar di kawasan Sa’ei sebab tak tahan sangat. Mujur ler pencuci Haram cepat bertindak untuk membersihkan.
5. 4-5 Disember 2008 (Khamis&Jumaat)
· Apabila semakin menghampiri hari Tarwiyyah, manusia semakin ramai. Mencabar dan bermacam perangai kelihatan. Pada waktu tuh, terjelma aku aku engkau engkau. Paling tinggi pun, fikir keluarga dan rakan-rakan. Kalau baik sikit, satu negara. Kalau baik lagi, satu rumpun. Namun, dalam suasana gawat masih ada yang saya nampak yang terbaik, tak fikir bangsa dan bahasa. Kekadang terfikir, kenapa perlu tolak menolak. Ada jugak kelihatan beberapa orang cuba menagih simpati pegawai di Haram untuk mengawal keadaan tapi pegawai tersebut buat selamba. Mungkin beliau pun tahu, tak guna nak kawal keadaan yang terdesak tuh. Ada jugak saya perhati bermacam-macam style digunakan untuk mendapatkan tempat sewaktu tiba solat fardhu terutamanya fardhu Jumaat. Kalau solat Jumaat, jam 10am di Haram belum pasti dapat tempat. Saya rasa kena datang seawal jam 9am. Ada sejenis puak, nak cop tempat terus solat sunat tengah jalan. Nih memang cari nahas. Ada yang baik hati kasik laluan. Ada yang rempuh jer dengan mengeluarkan favourite word of the season, “Hajj, hajj, tariq, tariq”. Ada yang tak nak tertidur masa tunggu solat jumaat baca Quran sambil berdiri. Ya la, kalau tidur nanti terbatal wudhu’ lalu kena pergi toilet untuk berwudhu’ yang akan mengambil masa lebih lama.
· Apabila membaca surah Al-Hajj, terjelma bayangan di padang mahsyar. Pada waktu itu, berbillion manusia berkumpul dan berbaris. Masa tuh, bukan polis manusia yang mengawal tetapi para malaikat. Waktu tuh, saya yakin takder orang akan tolak-menolak. Malah, mungkin semua tunduk malu mengenangkan dosa-dosa yang silam. Semua menunggu giliran dihisab. Takder nak piker pasal anak-anak, isteri, rakan taulan dan sahabat handai. Dan yang paling mencabar, giliran kita akan datang selepas beratus atau beribu tahun. Ya Allah, nak tunggu turun escalator 10 minit pun lemas inikan pulak ribuan tahun menunggu giliran dihisab. Kalau waktu dihisab ada orang bagi air takpe ler jugak. Ini nasib badan sendiri pun tak tentu. Inilah Hari Pengadilan. Lemah rasa badan memikirkan nasib diri ketika itu. Setiap satu jenis dosa akan membebankan diri manakala hanya yang mati shahid akan terbebas dari dihisab di padang mashyar.
· Sehari sebelum Hari Tarwiyyah, heboh di bilik cerita seorang wanita jawa yang dibawa lari oleh pemandu teksi kerana suami keluar dulu dari teksi kerana ingin menawar “charge” teksi. Jenazah wanita tersebut hanya ditemui di padang pasir 2 hari selepas hebohnya berita tersebut. Wallahua’lam.
· Malam 4 Disember 2008, pada saya antara malam yang berharga di bumi M
ekah. Malam tersebut, Insya-Allah pada diri saya pemangkin untuk saya bergerak. Beberapa tazkirah yang saya dengar dari para ustaz seperti Ustaz Mazrul, Ustaz Sharifuddin dan Ustaz Abdul Halim menyentuh perasaan. Terkenang akan kisah (Al-Hajj ayat 26-30) bagaimana Nabi Ibrahim AS menyeru manusia menunaikan fardhu haji. Bayangkan, ketika Nabi Ibrahim AS berseru waktu tuh takder orang pun kat Mekah. Mekah hanya padang pasir dan kering kontang. Namun, Allah swt yang Maha Mengetahui. Allah swt yang menggerakkan manusia untuk ke Mekah, sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Kita semua datang menyambut semula seruan Nabi Ibrahim AS sejak ribuan tahun dahulu. Kini, umat Islam dalam keadaan lemah, tanpa pemimpin yang strategis, tegas dan adil. Yang memburukkan lagi keadaan, kita mengharapkan musuh Islam untuk kesejahteraan negara. Terasa macam banyak sangat benda wajid dilakukan untuk merubah keadaan. Waktu tuh, terkenang kata-kata hikmat, “Kita harus berfikiran jauh, namun beramal seperti Nabi dengan mengambil langkah-langkah kecil”. Apa yang dimaksudkan dengan langkah kecil adalah membina iman dan peribadi, membina keluarga, usrah dan biah hasanah dengan roh dan minda Islami. Berjumpa dengan tenaga-tenaga baru mengingatkan saya bagaimana dakwah ini bermula dan terus berkembang. Dakwah yang saya kenali lebih dekat ini bermula tahun 1994 (saya didedahkan pada tahun 1998) tapi kini telah melangkah jauh. Moga ia terus berkembang luas.
· 5 Disember 2008, hari sebelum hari Tarwiyyah. Hari Jumaat. Setelah selesai solat Jumaat, isteri dan saya memerhatikan jutaan manusia di dataran Haram – merentasi kawasan Misfalah dan ke arah Ajyad. Pemandangan yang tidak mungkin saya dapat lakarkan. Pada hari itu, sukar mencari teksi ke arah Azizizyah. Kalau ada pun, saya dengar sampai 500 riyal. Kami berdua akhirnya ambil keputusan untuk berjalan kaki ke hotel. “Warm up” la katakan. Ada la 2 jam perjalanan. Itupun sesat-sesat dan lalu ikut terowong kenderaan. Apabila kami tiba ke hotel, rakan-rakan yang mengambil teksi pun tiba. Malah, ada yang tiba 15-30 minit lebih lewat dari kami yang berjalan kaki. Yang lebih bijak, naik ke fly over berhampiran ajyad dan ambil teksi dari sana. Kalau ikut jalan tersebut, boleh sampai ke hotel dalam masa 15 minit kerana tak banyak permintaan teksi di jalan tersebut. Apapun, malam tuh hati kami semua sudah mulai berdebar. Hari tarwiyyah akan menjelma. Badan mulai rasa kurang sihat, takut jugak kalau demam. Saya berdoa sebelum tidur agar Allah swt berikan kekuatan untuk menjalani ibadat haji. Alhamdulillah, ketika tidur tiba-tiba rasa ketenangan dan kekuatan. Hanya Allah swt Maha Mengetahui.
· Teringat khutbah jumaat di Haram, khatib menangis apabila mula bercerita tentang kebesaran Hari Arafah. Hati mana yang tak tersentuh. Itulah saat yang saya tunggu-tunggu. Saat Allah swt meng”demonstrate” keagungan sifat Rahim dan Rahman-Nya.
Friday, 19 September 2008
Cerita Lailatul Qadr - Ramadhan 1990
Perlumbaan ramadhan sudah nak masuk pusingan terakhir. 10 malam terakhir nih, adalah malam yang memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Ada yang "happy", sebab dah tak sabar nak bersiap untuk raya. Inilah masanya shopping complex sibuk dengan orang yang membeli belah. Sama ada baju raya, kasut raya, kuih raya atau kad raya. Teringat masa kecik-kecik dulu bila dah dekat raya mak bapak bawak kami sekeluarga ke Super Kinta untuk shopping. Itu je lah tempat paling happening dan paling hampir dengan bandar Batu Gajah. Teringat mak pilihkan baju biru belang-belang, kakak pilihkan tali pinggang..abang-abang pergi cari kek. Bapak nya dah pergi ke bahagian mana entah. Lagu-lagu raya mula berkumandang di pusat membeli belah. Saya rasa, suasana tuh masih ada kat Malaysia. Malah semakin meriah dan lebih banyak pilihan kut.
Saya masih ingat tahun 1990 sebab tahun tuh jugakla senior block A dan Block B perang mercun. Entah macammana, salah satu mercun tersesat dan tertuju ke stor tilam kat bawah block A. Hasilnya, tak yah cakap la. Block A terbakar. Panik giler malam tuh, udahla waktu sahur. Ingat lagi kami dikejutkan oleh senior cakap, "Api, Api, Api." Bergegas kami terjaga dari tidur dan terus ikut barisan manusia ke lapangan depan dewan makan. Dalam keadaan gelap lagik sebab blackout. Mula-mula saya ingat block B terbakar. Tapi bila turun ke arah dewan makan nampak Block C menyala-nyala. Bila sapai kat lapangan tuh nampak lah dengan jelas Block A terbakar. Nampak la beberapa pelajar buat stunt turun kut tingkap. Apapun, alhamdulillah tiada yang cedera kecuali sotong-sotong goreng yang tersidai di tingkap. Mujurla Block A terbakar sehari sebelum budak-budak balik kampung untuk beraya. Kalau tak sure pening pengetua nak pikir camner nak tempatkan budak-budak Block A nih.
antara malam-malam terakhir tetapi sebelum Block A terbakar) saya penat sangat dan tertidur. Lepas baca beberapa ayat terus lentok. Malam tuh, sampai sekarang saya teringat mimpinya. Dalam mimpi tuh saya dalam keadaan jaga dan berada kat lapangan depan asrama Block B. Tetiba saya ternampak ramai kanak-kanak kecil dalam keadaan happy dan ceria menuju masjid. Heran saya tengok. Dalam saya terpinga-pinga salah seorang budak tersebut datang ke arah saya dan bertanya, kenapa tak baca quran malam nih? Terus saya terjaga, sedar-sedar dah dekat nak waktu sahur. So, bergegaslah ke arah dewan makan untuk makan nasik kawah ngan telur masin. Berpeluh jugakla pasal mimpi tuh.Thursday, 21 August 2008
Tokyo Camii - Hanya Jika....
Sistem pengangkutan awam tak yah cakap ler. Canggih, maju, tepat dan jitu. S
Dan pengalaman yang paling saya hargai adalah lawatan saya ke Masjid Ca
Sunday, 15 June 2008
Ustazku - Allahyarham Ustaz Abdullah Md Isa
Tak ramai kenal dia atau tahu kewujudan beliau. Kalau surf atau google nama beliau di internet, memang takkan jumpa nama beliau. Namun, bagi segenerasi dengan saya di Jenan especially F1 1990, nama beliau memang terpahat di dalam ingatan. Generasi saya beliau ajar agak lama, dari 1990 hingga 1992. Jadi sudah pasti banyak kenangan pahit manis bersama allahyarham. Seingat saya, beliau mula mengajar Jenan 1989, jadik kami nih generasi pertama yang beliau ajar secara langsung dan 3 tahun berturut-turut. Dalam ramai-ramai cikgu atau ustaz, beliau yang paling saya hormati malah kasihi. Saya yakin, mereka yang dikategorikan yang paling "barua" dalam batch kami pun respect akan beliau.Kami respect allahyarham,bukan kerana plat kereta beliau MF2300 - ala-ala mafia pulak. Sampaikan orang dah boleh cam bunyi enjin kereta beliau. Masuk jer parking awal pagi, budak-budak kamar Blok B dan C (terutama rumah Andeka dan Satria) pasti terkejut sebab enjin kereta beliau tuh seakan-akan berbunyi "siapla korang yang belum bangun subuh lagik". (Waktu tuh, block A dah terbakar masa kami F1, 1990 jadik penghuni block A suma dah berhijrah ke Block B and C).
esuatu yang waktu remaja dulu kami tak paham kenapa tapi apabila dah besar panjang nih pahamla kenapa.Beliau mengajar kami petang-petang luar waktu sekolah. Prep petang dari Form 1 sampai Form 3 kira penuh dengan Pendidikan Islam. Kami respect beliau kerana beliau juga mengajar lebih dari syllabus Pendidikan Islam sekolah. Beliau kupas mengikut kitab tafsir dan mengunakan pelbagai kitab sebagai rujukan. Sampai kalau jawab exam memang terlebih panjang.
ang belah mana?" Soalan allahyarham merujuk kepada gerakan reformasi yang aktif pada waktu tersebut dan keratan akhbar 5 September 1997. Saya waktu tuh, tak tau allahyarham sokong siapa, jadi saya jawab yang generic. "Belah yang benar la ustaz. Ustaz pulak sokong sapa?". Allahyarham jawab, "belah sana la." Ish, memang susah nak dekodikasikan maksud ustaz, tapi saya rasa ustaz pun menyokong yang sama dengan saya.Sunday, 25 May 2008
Isabella - Ada Apa Pada Nama
Bila terbaca atau terdengar nama tuh, macam-macam kenangan dan idea keluar. Nama Isabella sahaja boleh diingati dan dikupas dari sudut hiburan, sejarah, novel, sajak dan etimologi.
Bagi yang satu generasi dan lahir satu kurun dengan saya (rasa tua lak kejap), mesti terkenang pasal lagu Isabella nyanyian Amy Search (lagu ini dinyanyikan pada tahun 1989 dan memenangi juara lagu popular muzik-muzik tahun tersebut). Terkenang satu zaman apabila rockers mula berpengaruh di kalangan anak-anak muda. Dengan rambut panjang dan seluar ketat gitu. Pompuan rambut ngerbang-ngerbang ala-ala Cindy Lauper atau Tina Turner. Kumpulan Search, Lefthanded, Wings, X.P.D.C etc etc menjadi buah mulut anak muda. Lagu-lagu rockers tapi berunsur kemaruk cintan. Tak kurang yang berangan nak jadik macam diaorang terutama pemain gitar Man Kidal, Kid dan mula duduk tepi parit sambil main gitar buruk. Bila sebut pasal Isabella, mungkin ada yang akan teringat pulak heroin cerita Hati Bukan Kristal (1989) lakonan Julia Rais. Julia Rais jugak ada dalam video muzik lagu Isabella, agaknya sebagai Isabella la kut. Beliau jugak berlakon cerita Isabella (cerita JV antara Malaysia dan Indonesia) tapi rasa orang lain pegang watak Isabella (Nia Zulkarnaen) pada tahun 1990. Waktu tuh, ramai anak-anak muda memang rasa sesuwai sangat Julia Rais dikaitkan dengan Isabella. Tak kurang yang perasan dan mengharap. Kesemua perasaan tersebut hilang bagaikan debu ditiup angin dan harapan punah bagai layang-layang putus talinya apabila beliau berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.
Bagi peminat sejarah Islam, nama Isabella juga membawa konotasi yang penuh
makna. Teringat masa usrah kat sekolah menengah, ada sorang brother senior sambil marah-marah cakap “kamu suma nih nyanyi lagu Isabella, tau tak sapa Isabella nih? Dia nih ratu Sepanyol yang menghalau orang Islam dari bumi Sepanyol”. Malangnya waktu tuh takder internet jadik susah kami nak surf dan check kebenaran kata-kata abang senior kami nih. Waktu saya di universiti, apabila internet dah mula digunakan, antara nama pertama yang saya search kat Google adalah Isabella.
Ratu Isabella I of Castille dan suami beliau, Raja Ferdinand II of Aragon (bukan watak Lord of The Rings ya) dikenali di dalam bahasa Spanish sebagai Los Reyes Católicos atau The Catholic Monarchs. Kerajaan mereka telah melengkapkan misi Reconquista di Semenanjung Iberia dan penaklukan kota Granada pada tahun 1492 – lalu kejatuhan kerajaan Islam di Spain. Beliau juga merupakan penaung kepada misi pelayaran Christopher Columbus dan gerakan Roman Catholic Inquisition di Sepanyol. Di bawah polisi inilah, sejarah menyaksikan kekejaman ke atas umat Islam (sejarawan barat menamakan muslim ini moors) dan yahudi oleh Inquisitor General Dominican friar Tomás de Torquemada (sesiapa yang pernah menonton filem Mel Brooks History of The World mungkin akan teringat bagaimana watak Torquemada ini dipersendakan...namun tidak dikaitkan pula di dalam cerita ini Torquemada juga menyiksa orang Islam). Walaubagaimanapun, tidak semuanya negatif berkenaan nama Isabella ini. Tidak lupa juga kisah Isabelle Eberhardt yang memeluk Islam pada tahun 1897 ketika melawat Utara Afrika. Beliau yang berasal dari Switzerland merupakan seorang jurnalis yang banyak menulis tentang Afrika Utara dan Islam. Antara karangan beliau yang dikenali, Nouvelles Algériennes ("Algerian News") (1905), Dans l'Ombre Chaude de l'Islam ("In the Hot Shade of Islam") (1906), and Les journaliers ("The Day Laborers") (1922). Kesemua karangan beliau hanya dikeluarkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1904 di Algeria.
Dan bagi peminat Novel Islam, Novel Isabella pasti menjadi ingatan. Watak utama di dalam novel ini adalah seorang gadis spain yang tertarik memeluk Islam setelah berdebat den
gan Umar Lakhmi di Cordova. Ironiknya penulis novel menggunakan nama Isabella dan lokasi di Cordova, ketika zaman awal pemerintahan Islam di Spain. Sedangkan sejarah tahu bahawa nama yang sama merupakan “watak” utama dalam menjatuhkan kerajaan Islam Spain dengan penaklukan Istana AlHambra. Mungkin penulis ingin membawa maksud tersirat, nama yang sama boleh sahaja menjadi faktor kepada kebangkitan Islam di Spain suatu hari nanti Insya-Allah. Panjang nak citer pasal novel ini, sebaiknya baca (boleh muat turun kat hyperlink ini – novel Isabella kredit darulislam) tapi bagi yang malaih nak baca, boleh la baca summary yang diolah dalam bentuk sajak oleh saudara Ridzal, Not Isabella 2005 dalam website beliau http://pachome2.pacific.net.sg/~ridzal/poetry.html
Dari segi etimologi pula, nama Isabella ini lebih berkait rapat dengan bahasa Hebrew Elisheva atau Elisheba, yang bermakna "My God is My Oath" or "My God is My Sustenance". Nama ini kemudiannya di”romanise”kan menjadi Elizabeth. Sekarang, kedua-dua nama Elizabeth dan Isabella ini diguna pakai secara berasingan. Kalau paling hampir dengan bahasa Arab adalah Al-Isabeth.
Apapun, memang menarik bila dikaji nama Isabella dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang seangkatan dengan saya (rasa tua balik), nostalgia lagu Isabella akan sentiasa terngiang-ngiang. Pasti ada di kalangan kita nih yang pernah dedikasi lagu nih kepada ex marka dia bila nak berpisah. Hehe….klasik gitu.
Tanpa disedari, mungkin lagu karya Bob Lokman atau sajak karangan Helmy adalah hasil inspirasi novel Isabella karya Maulana Mohammad Saeed ini. Novel ini dikarang dalam Bahasa Urdu pada tahun 1974 dan diterjemahkan dalam bahasa melayu pada tahun 1988 – setahun sebelum lagu Isabella keluar. Satu kebetulan? Mungkin. Mungkin juga Bob Lokman terbaca novel ini, lalu terdetik minat untuk menggurindamkan nama Isabella ini dalam lagu tersebut.
Ya, andaikata Isabella yang dimaksudkan adalah Isabella novel, ia memang lambang cinta kita terhadap Islam. Kini, cara hidup kita ternyata berbeza dengan cara hidup Islam Isabella novel, dua dunia yang berbeza antara kita dan dia. Adat hidup kita yang kita lalui sekarang ini, memisahkan dengan corak hidup Islamik Isabella novel. Mungkin dengan ikhtiar dan keikhlasan kita, Allah swt akan memberi kekuatan untuk mengikuti jalan Islam yang diredhai Allah dan Insya-Allah, pintu hati kita akan terbuka dan setia bersama Islam yang dicintai. Mungkin chorus lagu Isabella, patut diubah sebegini kalau Isabella novel lah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Bob Lukman. Mungkin kemudian, baru hidup dan hala tuju kita seiringan. Mungkin ketika itu, akan terbentang jalan Insya-Allah.~~~~~~~~~~
Dia Isabella
Haluan hidupku