· DSAI bersara
– secara logiknya, kita merasakan memang patut mereka yang seangkatan dengan DSAI untuk bersara dari politik. Ini termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Najib, Ku Li dan ramai lagi. Malah, ulama yang saya hormati Dr Mohd Asri juga menekankan sedemikian buat DSAI, buat pihak Pakatan mahupun Barisan.
– secara logiknya, kita merasakan memang patut mereka yang seangkatan dengan DSAI untuk bersara dari politik. Ini termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Najib, Ku Li dan ramai lagi. Malah, ulama yang saya hormati Dr Mohd Asri juga menekankan sedemikian buat DSAI, buat pihak Pakatan mahupun Barisan.
· Pada saya, hakikat ini sebenarnya lebih baik dipakai untuk kabinet kerajaan persekutuan sekarang. Sewaktu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, rata-rata barisan kabinet negara terdiri dari mereka yang berusia 20-30an. Purata umur mereka, di bawah 30 tahun. Tun Razak waktu tersebut 28 tahun manakala Tun Dr Ismail 30 tahun. Sekarang, umur termuda menteri kabinet adalah 45 tahun! Saya suka dengan kata-kata Ku Li:
"If they tell you the future is in your hands kindly request that they hand that future over first. Ask them how come the youngest member of our cabinet is 45 and is full of discredited hacks? Our Merdeka cabinet had an average age below thirty. You’re not the first generation to be bright. Mine wasn’t too stupid. But you could be the first generation of students and young graduates in fifty years to push this nation through a major transformation. And it is a transformation we need desperately."
· Apabila ada suara mengatakan DSAI patut bersara, saya berpendapat marilah kita terlebih dahulu melihat dari sudut DSAI sebagai seorang insan biasa. DSAI telah ditangkap, dipukul, dimaki, dihina, dicerca, dipenjara, dibogelkan, difitnah, dimalukan lebih daripada mana-mana rakyat Malaysia dalam sejarah Malaysia sendiri. Tidak ada sesiapa dalam sejarah Malaysia yang telah melalui apa yang beliau dan keluarga beliau lalui selama bertahun-tahun lamanya. Sistem yang bertanggungjawab dalam tindakan tersebut, masih berkuasa dan berdiri dengan kukuh. Andaikata kita yang menjadi mangsa seperti DSAI, adakah kita akan menyerah kalah dengan mudah lalu bersara sedangkan “the powers that be” masih dengan takbur melakukan kemungkaran? Sentuhan politik DSAI mungkin kurang berkesan, tetapi sebagai seorang insan biasa beliau ada hak untuk memperjuangkan keadilan berdasarkan pengalaman yang telah beliau lalui. Tiada siapa dapat menafikan hak tersebut. Sama ada beliau berjaya atau tidak, sama ada beliau berpura-pura atau ikhlas, itu hak beliau sebagai mempertahankan maruah beliau. Hanya kebetulan, beliau dulu TPM. Hanya kebetulan, beliau Ketua Umum Pakatan. Sekalipun beliau keluar, beliau menjadi simbol bahawa wujudnya kepincangan dalam sistem kehakiman, perundangan, media massa, penguatkuasaan undang-undang dan struktur sosio-ekonomi. Pada saya, DSAI mempunyai hak untuk tidak bersara dari politik kerana pengalaman peribadi beliau, yang telah melalui satu proses yang sangat pedih dan berat untuk ditanggung.
· Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi telah berlalu
– apa maknanya? Saya melihat terdapat banyaknya pengajaran buat kesemua pihak yang terbabit.
– apa maknanya? Saya melihat terdapat banyaknya pengajaran buat kesemua pihak yang terbabit.
· Buat Pakatan Rakyat, ini seharusnya menjadi mesej bahawa Pakatan Rakyat harus mempunyai kekuatan tersendiri dari hanya bergantung dengan kelemahan parti lawan. Pakatan Rakyat harus berhenti dari hanya mengeksplotasi korupsi dan kesalahan BN tetapi memfokuskan daya serta usaha kepada isi yang benar-benar rakyat boleh melihat dengan mata kepala rakyat sendiri. Pakatan Rakyat harus berhenti dari mengeluarkan slogan-slogan tidak bermakna seperti BN. PR harus berhenti dari ceramah politik sensasi tetapi menumpukan kekuatan yang dapat dirasakan oleh rakyat di peringkat kawasan luar bandar dan bandar. Pakatan harus berusaha meyakinkan pengundi tegar BN dan pengundi atas pagar bahawa ini masa perubahan dan ini bukti kemampuan kami. Jangan hanya penuhi ceramah dengan retorik panas tetapi kosong. Hanya sekadar hiburan sewaktu pilihanraya sebegini.
· Pakatan Rakyat juga harus mula berfikiran jauh. Andaikata Pakatan Rakyat mahu kekal sebagai suatu permuafakatan, mereka harus melihat era selepas DSAI, selepas TG Nik Aziz, selepas Lim Kit Siang. Penyokong Pakatan, tidak melihat usaha konkrit ke arah ini. Yang ada di sebalik selimut, seakan-akan cerita permusuhan, pengkhianatan dan saling berebut kuasa.
· BN terutama UMNO pula jangan menyangka rakyat sudah mula menyokong kembali. Rakyat masih mual. Penyokong tegar BN sendiri, apabila saya bertanya mengakui hakikat BN itu umpama kapal karam…namun lebih baik tinggal di kapal karam selagi tak nampak bayang pulau atau daratan. BN harus berubah. UMNO harus berubah. Tiada perubahan terbaik, selain kembali ke pangkal perjuangan Islam.
· “Kami memang pejuang agama”, kata sesetengah pihak.
· “Kami pertahankan nama Allah! PAS tak pun.”
· Islam bukan sahaja bererti pertahankan nama Allah, tetapi mempertahankan sistem dan cara hidup yang Allah swt syariatkan. Itu lebih utama. Ini bermakna sistem yang adil, telus dan saksama tanpa kompromi kepada aqidah Islam dan penganutnya. Sistem yang adil dan diisi dengan penguasa yang berjiwa adil serta bertakwa kepada Allah. Mempunyai sistem yang adil, tetapi penguasa yang berhati jahat – hanya akan melahirkan rakyat yang membenci sistem hatta kesalahan sebenarnya adalah cara penguasa melaksanakan sistem tersebut.
· Forum Perdana
– baru-baru ini, Qatar telah mengatur program forum perdana bertajuk “Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia.” Ada kata ini tajuk kontroversi, ada kata tajuk ini tepat, tak kurang pula kata ini tajuk tak tepat sebab ada perkataan melayu. Dalam ramai-ramai, saya tertarik dengan pandangan seorang sahabat yang saya kasihi.
– baru-baru ini, Qatar telah mengatur program forum perdana bertajuk “Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia.” Ada kata ini tajuk kontroversi, ada kata tajuk ini tepat, tak kurang pula kata ini tajuk tak tepat sebab ada perkataan melayu. Dalam ramai-ramai, saya tertarik dengan pandangan seorang sahabat yang saya kasihi.
“Moral atau pengajaran yang kita perolehi dari forum ini sebenarnya mudah, nasib melayu dan masa depan Malaysia bergantung kepada kembalinya kita kepada cara hidup Islam. Kalau ini pun orang tak nampak, saya sedih.”
· Kalau kita nak bincang tajuk ini, sebenarnya boleh buat thesis. Dalam forum pun tak habis modal bincangkan, apatah pula di sini. Biarlah saya ringkaskan apa yang saya faham.
· Pada saya mesej dari forum tersebut, ada sekurang-kurangnya 3 formula pendekatan yang akan menentukan masa depan Malaysia:
o Pertama – Islam untuk semua
o Kedua – Islam, Melayu
o Ketiga – Melayu, Islam
1. Islam untuk semua –
a. ini adalah benar dan ideal. Untuk masyarakat majmuk, ini sebenarnya satu pendekatan mulia dan terbaik. Cuma, adakah pintu pendekatan kepada masyarakat majmuk ini melalui pintu politik? Adakah kita mahu berdakwah kepada masyarakat majmuk melalui pintu politik? Andaikata pintu politik yang terbaik, adakah rasul saw berdakwah kepada masyarakat di Mekah melalui pintu politik?
b. Saya tidak mempunyai masalah dalam hal ini, dengan syarat DAP dan PKR bersetuju untuk hidup di bawah sistem Islam. Saya tidak mempunyai masalah andaikata parti-parti lain mengiktiraf sanggup berada di bawah sistem pemerintahan Islam. Kesukaran di sini, DAP dan PKR juga membawa falsafah politik mereka yang tersendiri. Kedua-dua mereka, saya nampak membawa falsafah demokrasi ala barat yang bertunjangkan hak-hak asasi manusia. Sedangkan kita tahu, definisi hak-hak asasi kemanusiaan Islam terletak di dalam pagar al-quran dan as-sunnah. Yang memburukkan lagi keadaan, ada di kalangan mereka yang agak liberal dalam definisi hak-hak kemanusiaan lalu meletakkan agama sama antara semua. Sedangkan di dalam aqidah Islam, agama ini tidak berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan agama lain. Di situ sebenarnya ada titik pertemuan antara cara hidup Islam dan konsep liberal yang dibawa oleh PKR dan DAP. Namun, titik pertemuan itu harus berhenti apabila ia menyentuh soal aqidah.
c. Ada juga mahu membawa formula parti Islam turki yang mencairkan imej Islamnya lalu mengaku sekular. Di dalam konteks Turki pada saya tidak menjadi masalah, kerana komposisi masyarakat mereka tidak pelbagai seperti di Malaysia. Lebih 95% di Turki masih mahu mengaku Islam sekalipun ia bukan cara hidup mereka. Tetapi konteks di Malaysia, hanya tidak lebih 55% yang beragama Islam. Mencairkan identiti Islam hanya menggugat kedudukan umat Islam
2. Islam, Melayu –
a. Ini bererti kita letakkan Islam sebagai platform tetapi pada waktu yang sama memastikan beberapa “hak-hak” melayu terpelihara.
b. Saya boleh bersetuju dengan cara ini, andaikata pimpinan tertinggi persatuan atau parti tersebut sama ada peringkat Pusat, negeri dan daerah terdiri dari masyarakat majmuk. Jelas kelihatan komposisi majmuk di dalam persatuan atau parti tersebut. Presiden bangsa Iban, Naib presiden Bidayuh, Bendahari melayu, setiausaha Melanau, Mursyidul Am Cina. Ia tidak mustahil. Alangkah indahnya dan ini yang saya impikan. Ini bermakna, tunjang kekuatan Islam di Malaysia terdiri dari bangsa Malaysia. Identiti Islam di Malaysia, adalah bangsa Malaysia yang majmuk. Barulah mudah untuk kita pamerkan kepada PKR atau DAP, bahawa ini adalah alternative yang sebaiknya kepada sistem yang mereka ingin bawa. Ternyata dan terbukti, pembentukan satu identiti di bawah nama bangsa Malaysia bertunjangkan Islam.
c. Tetapi itulah hakikatnya, ia hanya impian.
d. Sebelum kita mahu ke sana, kita harus bawa masuk pemimpin-pemimpin bangsa lain yang beragama Islam sebagai pimpinan persatuan atau parti. Ahli-ahli muallaf, kita tarbiyyah dan hantar ke timur tengah sebagai kekuatan baru nanti. Kita juga harus menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai pagar rintangan harus diredahi dan dikuasai. Kita sebenarnya mahu mengubah struktur sosial di Malaysia, dalam acuan Islam melalui cara ini.
3. Melayu, Islam –
a. Ini bererti melalui platform melayu, wadah Islam diperjuangkan. Tanpa mengorbankan identiti melayu dan pada waktu yang sama berprinsip bahawa budaya melayu adalah tunjang kepada kekuatan Islam di Malaysia sebagaimana budaya Arab adalah tunjang kepada kekuatan Islam di bumi Arab.
b. Kesukaran besar melalui jalan ini, saya nampak ada 4 cabaran:
i. Seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
ii. Seakan-akan dakwah Islam itu ekslusif untuk Melayu
iii. Seakan-akan meletakkan hanya bangsa Melayu memerintah Malaysia
iv. Seakan-akan membantutkan usaha progresif mentajdid minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan usaha perpaduan nasional
c. Untuk 5 persoalan di atas, saya lihat ini sebagai jawapan:
i. Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan seperti UMNO dan berunsur nasionalis
a. UMNO – saya suka mengambil kata-kata ustaz anuar salleh dalam hal ini “Cuma apabila saya bercakap tentang Melayu bukan bermaksud menyokong pimpinan UMNO yang korup disebabkan mereka meninggalkan dasar-dasar Islam dan apabila saya memperjuangkan Islam saya tidak lupa kepada keperluan menyatukan ummah termasuk Melayu. Sebenarnya yang menjadi ahli UMNO atau PAS tidak sampai 4 Juta umat Islam di Malaysia dan umat Islam yang lebih 10 juta masih belum mempunyai halatuju perjuangan hidup di dunia ini. Kepada mereka saya tujukan seruan ini..”
b. Nasionalis – di mesir, nasionalis di Mesir mahu meninggalkan budaya Islam sebagai asas kehidupan. Di Malaysia, ultra nasionalis melayu yang paling ekstrem pun membudayakan Islam kerana melayu dan Islam amat berkait rapat. Cuma mungkin Islam yang difahaminya hanya bertumpu kepada soal ibadah dan isu pembebasan palestin. Di mesir, golongan nasionalis membawa ke budaya kegemilangan sebelum zaman Islam yakni zaman kegemilangan tamadun Firaun. Nasionalis di Malaysia tidak membawa kepada kegemilangan kerajaan Srivijaya dan Majapahit…tetapi kerajaan melayu Islam Melaka!
ii. Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan dakwah Islam itu eksklusif untuk melayu
a. Saya tidak nafikan, apabila kita merentasi jalan ini kita akan kelihatan seperti mengeksklusifkan Islam untuk melayu. Malah, ini merupakan persoalan pertama yang muncul di dalam minda saya. Mungkin ini yang membuatkan muslim Cina, India etc tidak mahu mencampuri urusan politik melayu kerana tidak melibatkan Islam.
b. Namun apabila kita fikirkan, urusan politik melayu sebenarnya berkait langsung dengan kekuatan Islam di bumi Malaysia. Mahu tidak mahu, walau apapun perjanjian yang diletakkan kedudukan Islam di bumi Malaysia terancam apabila kedudukan melayu dipersoalkan kerana yang akan mempertahankan Islam di bumi Malaysia adalah melayu hanya kerana kita majoriti umat Islam.
c. Tambahan lagi apabila saya renung secara mendalam, sebenarnya ini secara lumrah kita sudah lama lakukan. Selama kita berdakwah, kita sering mendahului bangsa sendiri dalam dakwah, kerana ia lebih senang disebabkan satu bahasa, satu realiti dan latarbelakang.
d. Di dalam konteks AS atau Australia, dakwah kepada bangsa asing lebih mudah kerana struktur sosial di sana secara langsung telah meleburkan identiti bangsa kepada negara bangsa baru, sama ada warganegara AS, Britain atau Australia. Konsep negara bangsa mereka telah sekular dan agama adalah hak peribadi. Secara langsung, tidak ada sifat eksklusif Islam hanya untuk bangsa tertentu di negara tersebut.
e. Di dalam konteks Malaysia, kita belum sampai kepada tahap penegasan identiti bangsa Malaysia sebagai identiti Islam. Strata sosial kita, masih bercirikan bangsa sama ada kita suka atau tidak.
f. Apabila struktur sosial ini berubah, pada waktu tersebut kesesuaian pendekatan melalui wadah bangsa harus diambil kira.
iii. Apabila memperjuangkan Islam atas wadah bangsa, seakan-akan hanya bangsa melayu boleh memerintah Malaysia
a. Isu kepimpinan, berbeza dengan isu pendakwahan kepada kaum sebangsa dan kecintaan kpd tanahair yang merupakan fitrah. Kepimpinan berkait dengan komposisi umat, realiti semasa, tempat, suasana dsb.
b. Tidak menjadi masalah untuk bangsa lain beragama Islam memimpin Malaysia. Andaikata masyarakat India Muslim berjaya menguasai kepimpinan MIC, Cina Islam menguasai semua parti-parti Cina dan kaum Melayu yang faham dan kommited menguasai UMNO, PKR dan PAS. Kemudian mereka sepakat memilik perdana menteri dari kalangan Cina atau India yang lebih bertakwa dan berilmu jika tidak ada orang Melayu yang layak. Itulah idealnya. Namun, kita masih jauh untuk sampai ke tahap itu. Maka dalam konteks sekarang, kedaulatan Islam berkait rapat dengan kebolehan bangsa Melayu memerintah Malaysia
c. Umat melayu perlu kembali kepada Islam tulen dan menginsafi bahawa orang Melayu bertanggungjawab terlebih dahulu membetulkan bangsa dan keturunannya sebelum mengutamakan bagsa-bangsa lain daripada menunggu agar bangsa Cina dan India Muslim akan berdakwah dan mendidik orang-orang Melayu.
iv. Apabila berjuang atas wadah bangsa, seakan-akan membantutkan usaha progresif minda masyarakat. Pada waktu meritokrasi dan liberalisasi semakin dibudayakan, gerakan “communalism” sebegini membawa gerakan menentang arus. Ini juga seakan-akan mahu membantutkan perpaduan nasional
a. isu perjuangan bangsa Melayu dan mengajak mereka kembali kepada Islam tulen bermaksud membawa idea pertengahan antara perjuangan Melayu berasaskan idea sekular dan perjuangan Islam yang kadang-kadang membawa arus melupakan ruh persaudaraan Islam, ukhuwwah, mahabbah, bersifat duah, murabbi tetapi kadang-kadang terlebih menampakkan sayang kepada rakan seperjuangan yang tidak seagama dan sebangsa.
b. Apabila memperjuangkan hak umat Islam yang masih ada dalam perlembagaan sedia ada, mempertahankannya agar tidak diubah dan diperkemaskan bukan bermaksud ingin mengenepikan hak-hak kemanusiaan bangsa-bangsa lain yang tidak seagama tetapi yakin hanya Islam mampu memberi keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
· Pada saya, sudah jelas jalan yang harus dilalui. Daripada 3 pilihan yang ada, pilihan yang ketiga itulah pada pandangan saya tepat dengan suasana politik di Malaysia sekalipun kelihatan menentang arus
· Saya mengimpikan Malaysia that had come together “through our own free will and desire in the true spirit of brotherhood and love of freedom”, in a union arrived at “by mutual consent by debate and discussion…through friendly argument and compromise,” and “in the spirit of co-operation and concord.”
· Saya mengimpikan rakyat Malaysia yang terpelihara hak-hak kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Saya mengimpikan zaman kita bersama-sama dalam sikap kesukanan apabila nama-nama Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong and Mokhtar Dahari menjadi sebutan di kalangan anak muda. Saya meingimpikan zaman kesukanan apabila rakyat Malaysia, satu sorakan menyokong pasukan badminton Piala Thomas 1992.
· Saya mengimpikan sistem politik dan pemerintahan yang adil tanpa perlu memanipulasi unsur perkauman dan sikap keagamaan yang terlampau.
· Namun, saya percaya di dalam konteks Malaysia sekarang, usaha ini hanya akan berjaya apabila umat melayu yang menjadi teras politik di negara ini bersama-sama bekerja berpandukan dakwah islamiyyah yang asli berasaskan quran dan sunnah.
· Ketepikan permusuhan yang sedia ada dan letak kerangka untuk satu muafakat umat Islam tanpa menjejaskan parti-parti yang sedia ada. Di dalam muafakat umat Islam ini, bersusun nelayan dan pemborong, peniaga kecil dan usahawan, berbaris petani di samping doktor, buruh di sebelah jurutera, pelajar dengan guru, hakim serta peguam, wanita mahupun lelaki, ahli PAS, UMNO, PKR mahupun DAP, pimpinan PR mahupun BN yang beragama Islam di dalam satu saf Islam. Isu-isu pokok Islam menjadi kebersamaan antara pelbagai aliran di kalangan umat melayu ini. Dari situ insya-Allah, barulah akan lahir umat Islam yang beragenda dan masa depan Malaysia yang cemerlang.