Mengumpamakan
menolak kerjasama PAS dengan UMNO menggunakan analogi mudah seperti menolak org
Islam ajak minum beer sekali pada saya adalah tidak tepat. Ada 4 sebab kenapa:
- Pertama sekali, kalau
ada org Islam ajak saya minum beer saya mmg tidak akan menyertainya insya
Allah. Saya akan menegur dosa beliau atas prinsip ukhuwwah Islamiyyah dan
melarang setakat mampu kerana minum arak adalah dosa yang sangat jelas.
Saya akan cuba halang beliau menzalimi diri sendiri dan mungkin menzalimi keluarga beliau.
- Keduanya,
kawan saya yg ajak beer tuh masih Islam selagi beliau tidak melanggar
prinsip aqidah, maka prinsip interaksi saya dan beliau harus berpandukan
alquran dan assunnah. Saya tak boleh putus terus silaturrahim dengan
beliau dan menolak segala bentuk kerjasama sama sekali kerana dosa
tersebut. Pokoknya, titik pertemuan masih aqidah.
- Ketiganya,
saya xkan pula bekerjasama ngan kawan kawan bukan Islam saya yang tak
minum beer untuk halang kemaksiatan beliau dengan menyebarkan kesalahan
beliau dan memburukkan beliau di depan org ramai. Takut-takut, ada pihak
bukan Islam ambik kesempatan atas pergaduhan ini.
- Akhir
sekali, niat nak kerjasama ngan bukan Islam utk halang kawan kita minum
beer mungkin baik, tetapi caranya harus berpandukan alquran dan assunnah.
Teringat saya kisah Ibnu Kathir ketika Saidina Ali ra berperang ngan
Muawwiyyah ra di dalam Perang Siffin. Pihak musuh Islam ingin mengambil
kesempatan untuk menyerang umat Islam. Muawwiyyah ra mengetahuinya lalu
beliau menghantar surat kepada Maharaja Byzantine, 'By
God, if you do not stop your design and go back to your place, I will end
my dispute with my cousin and will drive you out of the entire land you
rule, until I make the earth too tight for you.'
Namun,
akan ada pihak yang akan bertanya, Kalau nama nya kerjasama utk kearah Islam,
memang la tak sesuai berkerjasama dgn org bukan islam, tapi bagaimana pula
kalau berkerjasama dgn org bukan Islam utk melawan pemimpin yg zalim lagi
menindas utk menuju kearah keadilan dan kebenaran.??" Mula-mula sekali,
saya katakan konteks di atas berkenaan dgn alasan sesetengah pihak di kalangan
umat Islam yg kata kenapa x blh bekerjasama antara PAS dan UMNO. Di dalam
konteks melawan pemimpin yg zalim dan menindas, saya simpulkan maksud pemimpin
tersebut juga seorg muslim di bumi Malaysia jadi saya kerangkakan pandangan
saya menurut soalan tersebut.
Terlebih
dahulu, saya letakkan batu asas terhadap jawapan saya supaya pemahaman dapat
diselaraskan. Umat Islam yg beriman adalah umat yg mempercayai Allah swt sbg
Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad saw adalah contoh kehidupan buat kami. Kami
diwajibkan utk bergerak di dalam satu susunan yg kemas dan satu barisan tanpa
mengira warna kulit, keturunan, kedudukan dan bangsa. Jika ada kekurangan,
kelemahan sesama kami maka ia harus cepat-cepat diperbaiki. Hatta ketika kami
sembahyang sekalipun, imam solat boleh ditegur mengikut caranya. Itulah
seharusnya asas kami berinteraksi sesama umat Islam.
Oleh
itu, Islam meletakkan pemimpin muslim yang zalim sebagai sasaran dakwah sebelum
disasarkan sebagai musuh. Perbezaan politik sesama umat Islam tidak
mengeluarkan saya dari hubungan persaudaraan dgn pemimpin muslim yg zalim
tersebut. Namun saya wajib menghalang dia dari menzalimi orang lain dan
membantu golongan orang yg dizalimi hatta yang bukan beragama Islam sekalipun.
Ini bermakna umat Islam harus menyelesaikan masalah tersebut sesama kami kerana
prinsip hidup kami dalam beriman kpd Allah Yang Esa menyeru ke arah kebaikan
dan menghalang kerosakan. Ini adalah kewajipan kami.
Namun
cara hidup ini dan pemahaman ini tidak boleh kami paksakan kpd yg bukan Islam.
Yang bukan Islam, bebas dengan cara hidup mereka. Namun, alangkah indahnya
andaikata yg bukan Islam membantu kumpulan Islam yg inginkan keadilan dan
kebenaran tersebut. Dalam konteks demokrasi berperlembagaan di Malaysia, ini
bermakna memastikan kepemimpinan di Malaysia beralih kepada pemimpin Islam yg
mahu melaksanakan keadilan dan menerangkan kebenaran.
Tumpukan kepada ruang persamaan, bukan titik perbezaan
Pada
saya, sekarang lebih banyak persamaan antara apa yang UMNO bisingkan sekarang
dan apa yang PAS perjuangkan dahulu.
Sejarah
Persekutuan Tanah Melayu - saya peminat sejarah dan apabila kita membaca semula
sejarah tuntutan kemerdekaan, PAS sebenarnya lebih gigih mempertahankan
kedudukan bangsa Melayu daripada UMNO sebagaimana kita lihat alternatif kpd
perlembagaan suruhanjaya Reid yg diutarakan..bukan kerana PAS parti assabiyyah
ttp hakikatnya jati diri melayu itu berkait rapat dengan identiti Islam, ie
bangsa melayu adalah bangsa Islam, majoriti besar penduduk Persekutuan
Tanah Melayu berbangsa melayu (e.g 84% pengundi berdaftar tahun 1955 adalah
melayu) dan suruhanjaya Reid tdk mengambil kira pandangan selain dari komponen
Perikatan. Walaupun nama UMNO ada perkataan melayu, ia terpaksa mencairkan
identiti melayu Islam atas kerjasama dengan komponen Parti Perikatan waktu
tersebut dengan menerima cadangan Suruhanjaya Reid. Hanya UMNO Pulau Pinang dan
Terengganu yg meminta cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid dikaji semula
kerana merugikan melayu. Tidak pula menafikan UMNO lah yg mempertahankan
kedudukan Islam sbg agama rasmi Persekutuan di dalam cadangan perlembagaan
Suruhanjaya Reid ketika raja-raja dan ahli suruhanjaya menolaknya di dalam draf
perlembagaan.
Berbeza dgn Suruhanjaya Cobbold yg membuat referendum di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak utk menilai pandangan rakyat tempatan ttg kemasukan ke Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid hanya bergantung kpd pandangan raja-raja dan pemimpin parti Perikatan ketika itu. Nilailah sendiri apa impak keputusan Suruhanjaya Reid itu sekarang. Bagi yang nak tau apa alternatif yang PAS berikan kepada Suruhanjaya Reid untuk Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka adalah seperti berikut:
1.
Mengaku bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini.
2. Mengaku bahawa orang Melayulah sebagai Bumiputera negeri ini dan hendaklah mempunyai hak yang istimewa dan bukan pada kulit sahaja.
3. Hendaklah ditegaskan di dalam kerakyatan negeri ini satu syarat yang besar, iaitu tiada seseorang pun boleh menjadi rakyat negeri ini melainkan dibuat syarat dan ikatan bahawa ia benar-benar taat kepada negeri ini.
4. Hendaklah ditegaskan bahawa agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi tetapi bukanlah agama Hari Raya, agama Puasa atau agama Pejabat Agama tetapi agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini dan kepada pemerintahan.
5. Hendaklah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan serta merta.
2. Mengaku bahawa orang Melayulah sebagai Bumiputera negeri ini dan hendaklah mempunyai hak yang istimewa dan bukan pada kulit sahaja.
3. Hendaklah ditegaskan di dalam kerakyatan negeri ini satu syarat yang besar, iaitu tiada seseorang pun boleh menjadi rakyat negeri ini melainkan dibuat syarat dan ikatan bahawa ia benar-benar taat kepada negeri ini.
4. Hendaklah ditegaskan bahawa agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi tetapi bukanlah agama Hari Raya, agama Puasa atau agama Pejabat Agama tetapi agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini dan kepada pemerintahan.
5. Hendaklah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan serta merta.
4
point yang pertama tu lah yang dicairkan. Sekarang, parti UMNO pulak yang nak
perjuangkan terutama 2 point pertama tuh. Kalau awal-awal dah dimasukkan dalam
perlembagaan, kan dah settle masalah sekarang?
Fokus di atas membincangkan
zaman sebelum merdeka terutama ketika 1955-1959 ketika arwah Dr Burhanuddin Al
Helmy memimpin PAS. Banyak thesis di USM, UKM, UM malah UIA dah kluar pasal
pemikiran dan perjuangan arwah Dr Burhanuddin Al Helmy pada waktu tersebut.
Saya membaca rujukan-rujukan tersebut. Klu ada x bersetuju, persilakan tapi
bawa fakta pada zaman tersebut (1955-1957) UMNO juga menyokong 5 alternatif di
atas atau membawa cadangan perlembagaan yang lebih baik. Yang paling hampir,
adalah UMNO Negeri Pulau Pinang dan Terengganu.
Akhir
kata, dlm suasana sekarang, mungkin ada baiknya kita kaji
balik sejarah tanah melayu. Saya lihat, kelemahan UMNO adalah sejarahnya kerana
"memberi ruang" ketika perlembagaan Suruhanjaya Reid dibuat. Tapi
kekuatan UMNO masa depannya, jika mereka dapat menerima cadangan permuafakatan
umat atas dasar aqidah. Manakala PAS kekuatan mereka terletak pada masa silam
dan sejarah penubuhannya. Manakala kelemahan PAS adalah pada masa depannya jika
mereka mengulangi kesilapan yang UMNO lakukan semasa kerjasama Parti Perikatan.
Pikir-pikirkanlah.