Friday, 19 September 2008

Cerita Lailatul Qadr - Ramadhan 1990

Perlumbaan ramadhan sudah nak masuk pusingan terakhir. 10 malam terakhir nih, adalah malam yang memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Ada yang "happy", sebab dah tak sabar nak bersiap untuk raya. Inilah masanya shopping complex sibuk dengan orang yang membeli belah. Sama ada baju raya, kasut raya, kuih raya atau kad raya. Teringat masa kecik-kecik dulu bila dah dekat raya mak bapak bawak kami sekeluarga ke Super Kinta untuk shopping. Itu je lah tempat paling happening dan paling hampir dengan bandar Batu Gajah. Teringat mak pilihkan baju biru belang-belang, kakak pilihkan tali pinggang..abang-abang pergi cari kek. Bapak nya dah pergi ke bahagian mana entah. Lagu-lagu raya mula berkumandang di pusat membeli belah. Saya rasa, suasana tuh masih ada kat Malaysia. Malah semakin meriah dan lebih banyak pilihan kut.

Ada pula happy, kerana Insya-Allah akan bertemu dengan malam lailatul qadar sepuluh malam terakhir nih. Masa kecik tuh, macam-macam citer pasal malam lailatul qadr. Teringat saya, macam-macam versi cerita pasal malam lailatul qadr. Ada kata malam tersebut, cuaca dingin. Air beku lah, angin tak bertiup lah, tak hujanlah, paginya matahari tak panas, pokok akan sujud ke arah kiblat dan macam-macam cerita. Yang paling "tahpapa", malam tujuh likur. Ada "riwayat" sembrono cakap kena pasang lampu supaya lailatul qadar jumpa rumah kita. Alamak, ala-ala Deepavali ler pulak. Tapi itu hampir kesemuanya takdak dalam nas quran atau hadith.

Ada satu ceramah yang saya ingat, malam lailatul qadr tersebut...penuh ketenangan. Apabila kita baca quran malam tersebut, perasaan ketenangan berbeza daripada biasa kerana para malaikat memberikan salam kepada jiwa pembaca quran secara langsung kerana ribuan malaikat turun ke bumi.

Setiap diri kita mungkin ingat waktu pertama kita mula menjejak lailatul qadr. Saya mula menjejaki lailatul qadr masa saya Form 1, 1990 di Jenan (aka Sek Men Sultan Abdul Halim Jitra). Bulan 4 kalau tak salah sebab April Fool tahun tuh masa bulan puasa. Mulai tahun tersebut, saya mulai mengkhatam quran setiap kali menjelma ramadhan. Memandangkan masjid dalam sekolah dan sebelah dorm saya, maka amalan beriktikaf saya mulakan tahun tersebut. Boleh kata, hampir setiap hari bulan ramadhan saya iktikaf kat masjid untuk membaca quran sampai senior perli kata kalau tak nak balik dorm bawak katil pergi masjid la. Mungkin pengaruh April Fool ada jugak sebab sebagai Form 1 kami diberi amaran akan menjadi mangsa April Fool. Kerana takutkan April Fool ramai la Form 1 suka tidur masjid, terutama malam 1 April tuh. Alhamdulillah, yang tidur masjid tak terkena. Tapi masa pergi sahur kami terserempak dan terdengar le cerita mangsa-mangsa April Fool.


Saya masih ingat tahun 1990 sebab tahun tuh jugakla senior block A dan Block B perang mercun. Entah macammana, salah satu mercun tersesat dan tertuju ke stor tilam kat bawah block A. Hasilnya, tak yah cakap la. Block A terbakar. Panik giler malam tuh, udahla waktu sahur. Ingat lagi kami dikejutkan oleh senior cakap, "Api, Api, Api." Bergegas kami terjaga dari tidur dan terus ikut barisan manusia ke lapangan depan dewan makan. Dalam keadaan gelap lagik sebab blackout. Mula-mula saya ingat block B terbakar. Tapi bila turun ke arah dewan makan nampak Block C menyala-nyala. Bila sapai kat lapangan tuh nampak lah dengan jelas Block A terbakar. Nampak la beberapa pelajar buat stunt turun kut tingkap. Apapun, alhamdulillah tiada yang cedera kecuali sotong-sotong goreng yang tersidai di tingkap. Mujurla Block A terbakar sehari sebelum budak-budak balik kampung untuk beraya. Kalau tak sure pening pengetua nak pikir camner nak tempatkan budak-budak Block A nih.

Balik kepada lailatul qadr, ada satu malam ramadhan tahun 1990 tersebut (antara malam-malam terakhir tetapi sebelum Block A terbakar) saya penat sangat dan tertidur. Lepas baca beberapa ayat terus lentok. Malam tuh, sampai sekarang saya teringat mimpinya. Dalam mimpi tuh saya dalam keadaan jaga dan berada kat lapangan depan asrama Block B. Tetiba saya ternampak ramai kanak-kanak kecil dalam keadaan happy dan ceria menuju masjid. Heran saya tengok. Dalam saya terpinga-pinga salah seorang budak tersebut datang ke arah saya dan bertanya, kenapa tak baca quran malam nih? Terus saya terjaga, sedar-sedar dah dekat nak waktu sahur. So, bergegaslah ke arah dewan makan untuk makan nasik kawah ngan telur masin. Berpeluh jugakla pasal mimpi tuh.

Memang bulan puasa 1990 susah nak lupa dan alhamdulillah, sejak tahun tersebut saya sentiasa berusaha untuk menghidupkan bulan ramadhan terutama sepuluh malam terakhir. Jadik, walaupun ikut hati banyak gak nak menulis sebab begitu banyak cerita sensasi ramadhan nih, tapi saya hentikanlah buat seketika untuk fokus 10 malam terakhir nih. Mungkin mula menulis semula selepas aidil fitri.

Selamat beribadat dan moga bertemu malam Lailatul Qadr Insya-Allah. Malam penuh rahmat dan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Beruntunglah mereka yang beribadat pada malam tersebut.