Wednesday, 24 December 2008

Bahagian 1 - Hari-hari Sebelum Haji 1429H

Pengalaman Haji 1429H bersamaan 2008 Masihi

PEMBUKA
Alhamdulillah, sudah selesai menunaikan fardhu haji. Setelah 2 tahun menunggu akhirnya tercapai peluang tersebut. Sepanjang perjalanan ibadah tersebut pada setiap hari saya rakamkan pengalaman saya dalam nota bertulis agar pengalaman yang dilalui dapat dikongsi bersama dan menjadi peringatan buat diri dan keluarga. Apabila ditulis kat blog nih pulak, ada tambahan dan pengurangan yang dibuat. Sedar-sedar, berbelas muka surat. Memandangkan panjang, terpaksa dibahagikan kepada 3 bahagian – hari-hari sebelum Haji, hari-hari Haji dan hari-hari selepas Haji. Saya bahagikan mengikut hari-hari yang dilalui.

1. 26 November 2008 (Rabu)
· Saya memulai membaca Al-Quran dari surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah.
· Bertolak dari AlKhor jam 6.30 pagi – adala seramai 40 lebih orang bertolak dari AlKhor. Walaupun hari bekerja, ramai jugak yang menghantar pagi tuh, seperti tahun-tahun sebelumnya. 6 bas bertolak dari Doha transport. Setiap bas telah dilantik ketuanya. Bas saya, Pak Ali Mustafa ketua PERMIQA menjadi ketua.
· Bertolak dari Doha jam 10.30 pagi – delay 2 jam dari perancangan asal. Ramai orang yang terperangkap di dalam “jam” di Doha waktu tuh so ramai yang tiba lewat.
· Tiba di sempadan Saudi jam 2 petang – macam-macam pengalaman kat sempadan Saudi. Dengan tiba-tiba waktu tuh immigration Qatar tukar shiftnya, terpaksa membantu Pak Ali berhubungan dengan immigration Saudi jadi ada la pengalaman naik turun keluar masuk nak carik kaunter untuk pengurusan haji. Masa tuh, dengan bekalan bahasa arab yang sedikit terkumat kamit tanya pegawai-pegawai immigration Saudi. Mujurla hanya hamlah kami aja yang ada di border masa tuh. Jam 8pm, akhirnya kami berlepas dari border Saudi.
· Sepanjang perjalanan melepasi border Saudi, saya mendengar ceramah Dr Anwar Awlaki tentang Sirah Nabi di Madinah.

2. 27 November 2008 (Khamis)
· Kami hanya berehat di satu perhentian untuk solat subuh
· Tiba di Miqat Qarnul Manazil jam 11 pagi. Alhamdulillah tak ramai orang di masjid Miqat jadik mandi ihram (haji tamattuq) dengan selesanya di sana.
· Tiba di hotel Talal Als-Syams di Aziziyah (jalan Abdullah Khayat selatan) jam 2.30pm. Setelah selesai meletakkan barang di bilik, langsung menunaikan ibadah tawaf, saei dan tahallul. Masa tawaf, tawaf di bawah. Pada mulanya agak selesa tetapi semakin menghampiri maghrib semakin lama semakin ramai orang. Hanya Allah jer tahu berapa puluh kali ditolak dan berapa kali saya bagi laluan untuk orang “menentang” arus. Alhamdulillah sebelum solat maghrib dah selesai tawaf tapi waktu tuh membawa isteri keluar dari medan tawaf sebab perempuan tak dibenarkan solat di kawasan lelaki. Kami terpaksa ke tingkat sekali untuk solat maghrib. Itupun saya kena sujud betul-betul celah kaki orang sebab dah takder tempat sangat. Dalam jam 7.30 pm, selesai bertahallul (memendekkan rambut keseluruhannya). Waktu tuh di”charge” 15 riyal.
· Selesai tahallul langsung ke hotel naik teksi, dikenakan “charge” 30 riyal.
· Di bilik 410, saya berkongsi dengan 3 orang rakan dari Indonesia – Pak Widodo, Pak Adi dan Pak Slamet. Sebelum tidur, kami mula berbincang strategi-strategi untuk meng”optimize”kan tenaga yang ada. Agak selesa juga bilik tersebut dan Alhamdulillah bekalan air mineral sentiasa ada.

3. 28 November 2008 (Jumaat)
· Memandangkan hari Jumaat, kami bercadang untuk memanjangkan masa di Haram sebab nak balik ker Aziziyah agak jauh.
· Setelah selesai solat subuh, pergi pekena roti canai kat Restoran Felda D’Saji. Ramai betul orang. Nak beli roti canai terpaksa beratur. Di depan saya sorang Pakcik dan di depan pakcik tuh orang Uzbekistan. Ada satu waktu, orang Uzbekistan tuh nak beratur untuk beli air so dengan bahasa isyarat yang “limited” bagitau pakcik depan saya yang dia “book” depan pakcik tuh. Dengan anggukan yang bersungguh-sungguh, pakcik tuh bersetuju. Apabila tiba giliran pakcik tuh, roti canai tinggal sedikit. Jadik apabila orang Uzbekistan tuh beratur balik, mamat penebar roti canai suruh pakcik Uzbekistan pergi belakang. Mamat Uzbekistan tuh tunjuk la dia depan pakcik tuh tapi entah kenapa pakcik depan saya buat selamba dok dan order terus. Saya terpaksa campur tangan cakap pakcik Uzbekistan tuh memang kat depan pakcik tuh. Lepas pakcik tuh dah dapat roti canai baru la dia bersuara, “dia memang depan pakcik tadi” Dan terus blah. Saya tak dapat lupa reaksi mamat Uzbekistan tuh. Sambil menggoyangkan jari penunjuknya pada pakcik tuh. Nasib baik ler dia tak pelangkung pakcik tuh. Alhamdulillah saya dapat jugakla merasa roti canai. Memang sedap especially kuah kari dia. Patutla orang beratur panjang.
· Ambil peluang untuk berjumpa dengan Ustaz Abdul Halim. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan sahabat lama Norman Hamdan, ex-Aussie gak. Sempat jugakla menghadiri kuliah subuh ustaz di hotel beliau. Ustaz Abdul Halim memperingatkan tentang syariat rasulullah saw telah disempurnakan apabila rasul saw wafat. Tidak akan ada penambahan syariat setelah rasul saw wafat. Malaikat pencatat amal pula hanya mencatit amalan yang berdasarkan syariat. Jadik sebagai “kerani”, kalau ada amalan yang tak ikut specification, malaikat tak akan catit sebagai amalan yang hasanah. Contohnya berzikir memuji-muji wali Allah. Ustaz pun mengumandangkan zikir Arqam yang pernah saya baca masa di sekolah menengah dulu dan masih terngiang-ngiang. Baru saya sedar rupanya zikir tersebut memuji-muji para wali Allah. Astaghfirullah. Begitu juga amalan haji. Harus memastikan ia berdasarkan Al-Quran dan sunnah rasul. Jangan ler pergi sapu kain kat Maqam Ibrahim ker, baling kasut kat Hijr ker dan segala macam barang ngarut lagi. Ustaz juga berbincang tentang Istilam di Rukun Yamani dan kepentingan etika ilmu dalam beribadat. Ustaz memperingatkan kepentingan menyimpan tenaga pada 10 hari pertama zulhijjah sebab banyak tenaga akan digunakan pada ibadat di hari Akbar nanti. Jadik, ustaz peringatkan jaga kesihatan dan jangan terlampau banyak beraktiviti fizikal sampai penat tak terhingga pada hari yang perkara wajib akan dilaksanakan. Ustaz juga memperingatkan bahawa 10 hari pertama Zulhijjah adalah hari yang mulia sebagaimana sumpah Allah swt di dalam surah Al-Fajr. Perbanyakkan amalan kebajikan seperti membaca quran, solat sunat, qiyamullail, iktikaf etc terutama di bumi Mekah yang mana kebajikannya 100000 kali ganda. Ustaz juga memperingatkan jangan solat bercampur lelaki perempuan dengan sengaja, contohnya membiarkan isteri untuk solat di sebelah sedangkan masih lapang lagi kawasan di Haram.
· Jam 10.30 pagi, pergi ke Masjidil Haram balik. Subhanallah! Penuh dah orang dekat lapangan di depan Zam-Zam Tower dan Hilton. Nak tak nak terpaksa solat di luar. Terpaksa berpanas ketika. Waktu tuh, terkenangkan hari Hisab bagaimana kita menanti giliran dipanggil Rabbul Jalil dan matahari hanya sejengkal dari kepala kita. Namun, ada pandangan yang menyejukkan mata. Dalam kepanasan tersebut ada manusia yang masih berhati mulia dan mengedarkan air zam-zam sejuk kepada orang ramai. Dapat jugakla saya setengah gelas. Lagik setengah gelas saya kongsi bersama rakan sebelah kanan saya (berbangsa Bosnia kut) yang waktu tuh tak segan untuk minum dari bekas air saya.

4. 29 November – 3 Disember 2008 (Sabtu – Rabu)
· Pada hari-hari tersebut, saya lebih banyak berfikir dan memerhatikan suasana di Tanah Haram. Di samping explore Haram serta melengkapkan diri dengan perbekalan ilmu dan barang-barang untuk dibawa ke Mina dan Muzdalifah, ada jugakla shopping untuk ahli keluarga. Sempat juga berjumpa dengan beberapa rakan dari Bintulu (Jaafar) dan Doha, Zahid Hamidi, Jailani dan Razif Sidek dan keluarga belah isteri (Kak Jah dan suami). Khabarnya, Sheila Majid dan Aznil pun buat haji tahun nih tapi tak pulak saya terserempak. Begitu juga Zulkifli Nordin yang duduk di sebelah hotel Dora Mawaddah (yang saya sendiri tak tau kat mana). Saya tau dia buat haji tapi tak terjumpa lak. Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Sallehuddin Ayyub juga dilaporkan buat haji tahun nih.
· Saya jugak mencari-cari spot solat yang terbaik di Haram dari segi hampir ngan tempat wudhu’ dan tandas. Yang tempat wudhu’ saya jumpa (tingkat tiga berhampiran dengan kubah di tepi laluan sa’ei) tapi tandas saya tak jumpa. Nak tak nak kena control pemakanan kalau iktikaf di Haram.
· Antara yang saya fikirkan macammana nak kurangkan solat bercampur lelaki perempuan nih. Memang kadangkala tak dapat dielakkan. Tapi saya dapati mungkin 30-40% of the time dapat dielakkan. Saya dapati terutama dari Asia Tenggara, Turkey, Turkmenistan etc banyak contribute kepada permasalahan tersebut. Ketika luar waktu solat, tak salah duduk bersebelahan muhrim atau suami. Tapi sewajarnya apabila menghampiri solat, isteri atau suami harus berubah tempat. Sama ada suami berpindah ke depan atau isteri berpindah ke belakang. Satu lagi ketika tawaf. Yang membawa isteri atau saudara perempuan harus berhenti tawaf lebih awal untuk membolehkan isteri mencari tempat yang sesuai untuk menunaikan solat fardhu. Terutama di tingkat tiga, berapa kali saya perhati ada lelaki yang bukan muhrim yang terpaksa sujud di celah-celah kaki perempuan yang berhenti tawaf setelah qamat.
· Saya juga memerhatikan kekasaran pegawai-pegawai di Haram. Ada sesetengah perkara saya setuju mereka boleh bersikap keras/tegas tapi tidak semestinya bersikap kasar. Mereka boleh bersikap keras/tegas terhadap mereka yang melakukan amalan bidaah atau syirik. Malah, seharusnya mereka juga harus bersikap tegas terhadap emir atau syeikh-syeikh atau orang kenamaan yang membawa berpuluh bodyguard dan menyebabkan kesesakan. Tapi tak perlula bersikap kasar dengan orang yang nak masuk atau keluar dari pintu Haram. Apa salahnya meminta orang keluar atau masuk dengan senyuman. Apa salahnya memeriksa beg dengan berhemah mulia, memberi salam dan bertanya khabar. Ini, sambil duduk atas kerusi menarik beg untuk periksa apa di dalamnya. Saya rasa, kalau beg emir takde nak tarik-tarik beg beliau atau bodyguard beliau kut.
· Saya juga berfikir tentang orang-orang kenamaan seperti pemimpin negara dan artis-artis yang membayar ratusan ribu ringgit untuk melakukan ibadat haji. Adakah mereka juga turut serta berada di dalam lautan manusia ketika sa’ei dan tawaf? Adakah mereka juga beratur menggunakan tandas di Arafat dan Muzdalifah? Apa yang saya dengar, laluan di makam rasul ditutup seketika untuk membenarkan seorang pemimpin negara dari Afrika kalau tak salah menziarahi makam rasul di Madinah. Kenapa double standard sebegini? Bila ada pemisahan sebegini, pemimpin-pemimpin tidak bergaul dengan masyarakat. Tidak memahami suasana masyarakat, terpisah dengan kesusahan dan reality masyarakat. Bila ada pemisahan sebegini, ada sesetengah pegawai akan bersikap sambil lewa dan mengambil sikap double standard ketika melayani tetamu-tetamu Allah. Apabila ada pemisahan sebegini, masyarakat tidak dapat mencontohi amalan ibadat yang mereka lalukan. Lantaran terjadilah pelbagai perkara bidaah kerana tidak kelihatan tauladan dari pemimpin-pemimpin negara. Mungkin, kalau nak keluar dari tawaf secara lawan arus pun takut-takut sebab tak nak bertolak-tolak dengan Crown Prince dari Saudi.
· Saya juga terus terang tak bersetuju dengan kos haji yang semakin lama semakin meningkat dan semakin mahal. Kadar peningkatan harga mengatasi kadar inflasi pulak tuh. Saya difahamkan, hamlah dari Malaysia tak boleh mencari penginapan di Aziziyah sedangkan andaikata dibenarkan, kos haji mungkin tak sampai Ringgit 10k bagi pakej swasta. Saya jugak tak faham kenapa harga tiket kapal terbang dinaikkan 2 kali ganda musim haji? Taksi pun satu hal. Waktu biasa SR 15 jer. Tapi bila tiba ramai orang, SR300-500 yang harus dibayar. Argument yang diberikan adalah permintaan yang tinggi tapi apa salahnya untuk ibadat fardhu ini hukum supply and demand ini tidak diikuti untuk menambahkan keberkatan? Apa juga salahnya membiarkan saudara-saudara dari palestin, Iraq etc melakukan ibadah haji dengan kos yang minimal? Ini tidak, di”charge” juga dengan kos yang berlipat kali ganda. Sudahla mereka hidup susah di negara mereka, nak buat haji pulak diperah habis-habisan. Ada yang kata mereka yang susah ini tidak wajib lagi menunaikan fardhu haji jadi takyah bantu, so kalau camtuh camna diaorang nak jumpa saudara seagama untuk bermusyawarah dan minta bantuan? Di mana bukti ukhuwwah Islamiyyah? Bukankah ini masanya yang memiliki kekayaan membantu yang tidak mampu? Apa salahnya kos yang dibayar beratus ribu ringgit oleh para artis atau orang kenamaan includes cost of sponsoring 3-4 person as part of an act of charity? Jadi pahala yang membayar bukan sahaja untuk diri beliau tapi 3-4 orang miskin juga. Kalau untung dapat pahala 5 haji mabrur!
· Saya juga rasa kerajaan Saudi boleh membasmi pengutip sedekah di Saudi dengan sekelip mata. Bagi pengutip sedekah yang benar-benar memerlukan, tempatkan mereka di rumah kebajikan atau beri upah untuk mereka berkhidmat sebagai pencuci Haram. Bagi yang mengambil kesempatan, tangkap mereka dan tempatkan mereka di pusat pemulihan atau penjara. Bagi penjaja-penjaja jalanan, daripada melakukan aksi kejar mengejar, tempatkan mereka di satu kawasan khusus.
· Tandas lelaki dan wanita – nih saya rasa satu kekurangan yang besar. Mungkin kena ada satu taskforce khas untuk selesaikan masalah ini terutama ketika Haji. Rasa sakit hati tengok orang terdesak-desak nak pergi tandas. Tapi ini bukan salah orang yang terdesak-desak nak pergi tuh. Waktu buat tawaf ifadhah, ada rakan saya bagitau diaorg nampak ada orang terbuang air besar di kawasan Sa’ei sebab tak tahan sangat. Mujur ler pencuci Haram cepat bertindak untuk membersihkan.

5. 4-5 Disember 2008 (Khamis&Jumaat)
· Apabila semakin menghampiri hari Tarwiyyah, manusia semakin ramai. Mencabar dan bermacam perangai kelihatan. Pada waktu tuh, terjelma aku aku engkau engkau. Paling tinggi pun, fikir keluarga dan rakan-rakan. Kalau baik sikit, satu negara. Kalau baik lagi, satu rumpun. Namun, dalam suasana gawat masih ada yang saya nampak yang terbaik, tak fikir bangsa dan bahasa. Kekadang terfikir, kenapa perlu tolak menolak. Ada jugak kelihatan beberapa orang cuba menagih simpati pegawai di Haram untuk mengawal keadaan tapi pegawai tersebut buat selamba. Mungkin beliau pun tahu, tak guna nak kawal keadaan yang terdesak tuh. Ada jugak saya perhati bermacam-macam style digunakan untuk mendapatkan tempat sewaktu tiba solat fardhu terutamanya fardhu Jumaat. Kalau solat Jumaat, jam 10am di Haram belum pasti dapat tempat. Saya rasa kena datang seawal jam 9am. Ada sejenis puak, nak cop tempat terus solat sunat tengah jalan. Nih memang cari nahas. Ada yang baik hati kasik laluan. Ada yang rempuh jer dengan mengeluarkan favourite word of the season, “Hajj, hajj, tariq, tariq”. Ada yang tak nak tertidur masa tunggu solat jumaat baca Quran sambil berdiri. Ya la, kalau tidur nanti terbatal wudhu’ lalu kena pergi toilet untuk berwudhu’ yang akan mengambil masa lebih lama.
· Apabila membaca surah Al-Hajj, terjelma bayangan di padang mahsyar. Pada waktu itu, berbillion manusia berkumpul dan berbaris. Masa tuh, bukan polis manusia yang mengawal tetapi para malaikat. Waktu tuh, saya yakin takder orang akan tolak-menolak. Malah, mungkin semua tunduk malu mengenangkan dosa-dosa yang silam. Semua menunggu giliran dihisab. Takder nak piker pasal anak-anak, isteri, rakan taulan dan sahabat handai. Dan yang paling mencabar, giliran kita akan datang selepas beratus atau beribu tahun. Ya Allah, nak tunggu turun escalator 10 minit pun lemas inikan pulak ribuan tahun menunggu giliran dihisab. Kalau waktu dihisab ada orang bagi air takpe ler jugak. Ini nasib badan sendiri pun tak tentu. Inilah Hari Pengadilan. Lemah rasa badan memikirkan nasib diri ketika itu. Setiap satu jenis dosa akan membebankan diri manakala hanya yang mati shahid akan terbebas dari dihisab di padang mashyar.
· Sehari sebelum Hari Tarwiyyah, heboh di bilik cerita seorang wanita jawa yang dibawa lari oleh pemandu teksi kerana suami keluar dulu dari teksi kerana ingin menawar “charge” teksi. Jenazah wanita tersebut hanya ditemui di padang pasir 2 hari selepas hebohnya berita tersebut. Wallahua’lam.
· Malam 4 Disember 2008, pada saya antara malam yang berharga di bumi Mekah. Malam tersebut, Insya-Allah pada diri saya pemangkin untuk saya bergerak. Beberapa tazkirah yang saya dengar dari para ustaz seperti Ustaz Mazrul, Ustaz Sharifuddin dan Ustaz Abdul Halim menyentuh perasaan. Terkenang akan kisah (Al-Hajj ayat 26-30) bagaimana Nabi Ibrahim AS menyeru manusia menunaikan fardhu haji. Bayangkan, ketika Nabi Ibrahim AS berseru waktu tuh takder orang pun kat Mekah. Mekah hanya padang pasir dan kering kontang. Namun, Allah swt yang Maha Mengetahui. Allah swt yang menggerakkan manusia untuk ke Mekah, sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Kita semua datang menyambut semula seruan Nabi Ibrahim AS sejak ribuan tahun dahulu. Kini, umat Islam dalam keadaan lemah, tanpa pemimpin yang strategis, tegas dan adil. Yang memburukkan lagi keadaan, kita mengharapkan musuh Islam untuk kesejahteraan negara. Terasa macam banyak sangat benda wajid dilakukan untuk merubah keadaan. Waktu tuh, terkenang kata-kata hikmat, “Kita harus berfikiran jauh, namun beramal seperti Nabi dengan mengambil langkah-langkah kecil”. Apa yang dimaksudkan dengan langkah kecil adalah membina iman dan peribadi, membina keluarga, usrah dan biah hasanah dengan roh dan minda Islami. Berjumpa dengan tenaga-tenaga baru mengingatkan saya bagaimana dakwah ini bermula dan terus berkembang. Dakwah yang saya kenali lebih dekat ini bermula tahun 1994 (saya didedahkan pada tahun 1998) tapi kini telah melangkah jauh. Moga ia terus berkembang luas.
· 5 Disember 2008, hari sebelum hari Tarwiyyah. Hari Jumaat. Setelah selesai solat Jumaat, isteri dan saya memerhatikan jutaan manusia di dataran Haram – merentasi kawasan Misfalah dan ke arah Ajyad. Pemandangan yang tidak mungkin saya dapat lakarkan. Pada hari itu, sukar mencari teksi ke arah Azizizyah. Kalau ada pun, saya dengar sampai 500 riyal. Kami berdua akhirnya ambil keputusan untuk berjalan kaki ke hotel. “Warm up” la katakan. Ada la 2 jam perjalanan. Itupun sesat-sesat dan lalu ikut terowong kenderaan. Apabila kami tiba ke hotel, rakan-rakan yang mengambil teksi pun tiba. Malah, ada yang tiba 15-30 minit lebih lewat dari kami yang berjalan kaki. Yang lebih bijak, naik ke fly over berhampiran ajyad dan ambil teksi dari sana. Kalau ikut jalan tersebut, boleh sampai ke hotel dalam masa 15 minit kerana tak banyak permintaan teksi di jalan tersebut. Apapun, malam tuh hati kami semua sudah mulai berdebar. Hari tarwiyyah akan menjelma. Badan mulai rasa kurang sihat, takut jugak kalau demam. Saya berdoa sebelum tidur agar Allah swt berikan kekuatan untuk menjalani ibadat haji. Alhamdulillah, ketika tidur tiba-tiba rasa ketenangan dan kekuatan. Hanya Allah swt Maha Mengetahui.
· Teringat khutbah jumaat di Haram, khatib menangis apabila mula bercerita tentang kebesaran Hari Arafah. Hati mana yang tak tersentuh. Itulah saat yang saya tunggu-tunggu. Saat Allah swt meng”demonstrate” keagungan sifat Rahim dan Rahman-Nya.