Alhamdulillah, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan bursa saham Malaysia statistik ekonomi negara berdasarkan unjuran pelaburan setakat ini Nampak agak positif. Kerajaan juga pasti mewar-warkan pertumbuhan positif ekonomi dari segi pelaburan luar apabila dibandingkan dengan kedudukan ekonomi 2-3 tahun lepas. Masya-Allah (penggunaan masya-Allah cara sunnah), andaikata statistik ini benar suasana sebegini seharusnya bermakna banyak peluang pekerjaan untuk “expat” seperti saya pulang dan bekerja di industri yang sama.
Namun, apabila kita memalingkan pandangan kepada statistik akhlak, nauzubillah. Saya yang berada di luar negara rasa masih belum sesuai untuk saya pulang ke kampung.
Ekonomi dikatakan unjuran positif tetapi akhlak unjuran negatif.
Baru-baru ini, The Star mendedahkan statistik berikut
- A study done by Universiti Putra Malaysia revealed that more than 300 Malay teens aged between 13 and 25 admitted to having had sex, with 85% stating that they did not regret their actions and found sex very enjoyable.
- This was followed by a news report of a nine-year-old girl in Penang who allegedly gave birth in a hospital after sleeping with her 14-year-old neighbour.
- Welfare Department statistics reveal that by April this year, a total of 111 young girls have sought help for their pregnancies. Last year, there were 131 cases received while in 2008, there were 107 teenage girls who got pregnant.
- Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) co-chair Rashidah Abdullah points out that the trend of pre-marital sex among young people has been growing for more than two decades.
- Quoting the country report of Malaysia from the International Conference on Population and Development (ICPD) 15 Monitoring and Advocacy on Sexual and Reproductive Health and Rights, she highlights a media survey by the National Population and Family Development Board (LPPKN), which showed that between 1994 and 1996, about 24% of 13- to 19-year-olds had engaged in sexual intercourse and 18.4% had their first intercourse between the ages of 15 and 18 years.
- A study by the Malaysian Aids Council in 1999/2000 revealed that the youngest to have had sexual intercourse was nine years old. In its 2004 Malaysian Population and Family Survey (MPFS), LPPKN found that about 2.2% of the population have had sexual intercourse out of wedlock.
- The board also drew attention to reports from government clinics and hospitals, which showed that cases of unwanted pregnancies and consensual sex among teens have increased: about 19% of cases of unmarried mothers involve teens below 18.
- According to Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, a 2004 survey conducted on 1,700 young adults aged between 13 and 24 revealed that more than 50% of the respondents did not know in detail about the functions of reproductive organs. Teenagers lack information and access to birth control methods. Many teenagers are also not taught about ways to deal with peer pressure and how to say ‘no’ to sex before they are ready,” she said at a recent press conference.
- 2004 MPFS showed that a little less than half of young people aged 13-24 had heard of at least one contraceptive method. “Surprisingly, although condoms are available at pharmacies, only one in four knew about the method.”
Bagi umat Islam, penyelesaian isu akhlak di atas bukan hanya dengan cara barat kerana permasalahan ini hanya timbul apabila kita mencedok tamadun mereka. Penyelesaian adalah kembali kepada ajaran AlQuran dan Sunnah.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, “sesungguhnya aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak”. Baginda tidak diutuskan bukan untuk meningkatkan taraf ekonomi. Bukan untuk memastikan KLSE berada di atas 1300 mata. Bukan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara sekurang-kurangnya 8% setiap tahun. Tidak, rasulullah saw diutuskan untuk memperbaiki akhlak yang rosak umat jahiliyyah ketika itu. Islam yang sama ketika 1400 tahun dahulu, Islam yang sama untuk rakyat Malaysia beragama Islam pada tahun 2010. Tetapi bagaimana mahu mempraktikkan ajaran Islam di Malaysia?
Malaysia mudah amal dasar Islam jika bersatu?
Satu forum telah diadakan di Kelantan baru ini membincangkan bolehkah umat melayu bersatu. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang dibincangkan oleh ahli panel tetapi saya bersyukur sudah ada usaha mahu membincangkan perkara sebegini di peringkat tempatan.
“bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna kecuali ia berasaskan visi perjuangan Islam tulen.”
“Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan sebenar.”
“Buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah-belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam”
Di dalam hal ini, saya kemukakan beberapa perkara dasar untuk mana-mana ahli parti yang beragama Islam sama ada PAS, PKR, UMNO, DAP atau parti-parti lain yang inginkan kesatuan ini berjaya menilai dan menjawab persediaan ini:
· Bersediakah menerima kritikan dan menjawab tohmahan bahawa perlaksanaan Islam tidak mungkin tercapai di zaman moden ini yang hampir keseluruh elemen kehidupan tidak langsung berdasarkan agama?
· Bersediakah menerima kritikan dan menjawab tohmahan perlaksanaan Islam adalah kolot serta membawa tamadun 1000 tahun ke belakang?
· Bersediakah menerima kenyataan serta kemungkinan bahawa kesatuan ini atau usaha untuk kembali kepada perlaksanaan Islam akan membimbangkan jiran serantau secara khusus atau negara barat secara umum?
· Bersediakah menerima bantahan minoriti bukan Islam di semenanjung dan majoriti bukan Islam di Sabah dan Sarawak?
· Bersediakah untuk mengisytiharkan dan mengiktiraf hak kebebasan manusia secara umum – iaitu hak yang diberikan kepada individu, bangsa dan komuniti dalam bentuk paling mulia tanpa mengutamakan perkauman?
· Bersediakah untuk menerima dan memelihara prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Islam?
· Bersediakah untuk mengurangkan pergantungan kepada negara asing tetapi mengutamakan pergantungan kepada hasil pengeluaran sendiri, negara Islam dan negara sahabat?
· Bersediakah yang mempunyai kuasa, melepaskan kuasa – mengurangkan sikap materialisme dan hedonisme?
· Bersediakah memberikan mahkamah kuasa sepenuhnya untuk mengadili sebarang penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang melibatkan harta negara?
· Bersediakah untuk melepaskan perasaan tamak haloba dan berlumba-lumba mengejar kekayaan demi kebaikan dan survival aqidah umat?
· Dan yang terakhir, bersediakah menolak politik kepartian dan bersatu di bawah satu payung atau ruang yang merangkumi kesatuan umat Islam?
Saya yakin umat Islam mahu melihat kesatuan ini. Rakyat Malaysia yang beragama Islam sudah lama menantikan penyatuan ini. Saya yakin, umat Islam bersedia berkorban sepenuhnya tetapi dengan cara yang betul dan teratur, di bawah pimpinan kerajaan yang mantap, jelas visinya serta tidak teragak-agak dan keliru.
Apatah lagi dengan pelbagai isu gejala akhlak di atas telah meletakkan peri pentingnya untuk umat Islam bersatu agar isu gejala sosial ini dapat diselesaikan. Malah, sebenarnya kita berhadapan dengan pelbagai isu. Kesemua isu ini hanya dapat diselesaikan apabila umat melayu bersatu atas dasar keimanan dan bukannya atas dasar assabiyyah perkauman. Umat melayu bersatu dan kembali semula kepada perkara yang diwajibkan kepada umat islam di zaman awal. Kita perlu bergabung dan bersatu. Melayu bersatu bukan atas dasar perkauman buta semata, tetapi atas dasar aqidah islamiyyah yang sahih. Kita harus bersatu, untuk melaksanakan prinsip-prinsip Islam sepenuhnya agar dapat memperbaiki akhlak umat Islam khususnya di Malaysia. Hanya dengan kekuatan perpaduan dan penyatuan umat Melayu atas dasar akidah yang tuntas, kita dapat berhadapan dengan gejala sosial di Malaysia dengan lebih efektif.
Semua pihak yang beragama Islam bertanggungjawab sama ada badan kerajaan, parti pemerintah atau parti alternatif. Begitu juga kita sebagai pendokong pembaharuan sama ada melalui NGO atau tidak. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia?
Pikir-pikirkanlah.