Al-Muwatta, merupakan kitab penulisan Imam Malik bin Anas ra. Para sejarawan, tidak menafikan kitab ini merupakan kitab fiqh dan hadith pertama yang ditulis dalam sejarah Islam. Tidak ada kitab yang lebih awal dari ini. Oleh sebab yang demikian, Khalifah pada waktu tersebut, Abu Ja’far Al-Mansur member arahan agar semua umat Islam berpegang pada satu satu pendapat sahaja. Namun, Imam Malik bin Anas ra memberikan jawapan yang tepat:
وما أحكم الإمام مالك رضي الله عنه حين قال لأبي جعفر وقد أراد أن يحمل الناس على الموطأ:
"إن أصحاب رسول الله ص تفرقوا في الأمصار وعند كل قوم علم، فإذا حملتهم على رأي واحد تكون فتنة"
“Sesungguhnya para sahabat rasulullah saw telah bertaburan di seluruh pelusuk bumi dan kesemua mereka mempunyai fahaman tersendiri. Jika engkau paksa mereka mengamalkan satu pendapat sahaja, sudah pasti engkau akan dapati fitnah.”
Tidak salah berbeza pendapat, yang salah hanya apabila terlalu taksub dalam mempertahankan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan pendapat sampai ke tahap mengkafirkan orang lain. Nauzubillah.
Di Malaysia, isu Wahabi/Salafi telah dikelirukan sedemikian rupa sehinggakan masyarakat awam tidak tahu yang mana intan, yang mana kaca, yang mana permata. Gerakan pembersihan tauhid Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang berleluasa di jazirah arab pada abad ke 18 sering disalah fahamkan dengan kekuatan harakah tajdid aqidah, latar belakang fiqh Hanbali beliau serta fitnah terhadap gerakan dakwah beliau dan juga beberapa kritikan benar terhadap sikap segelintir pengikut dakwahnya terutama masa kini. Antara yang sering dikecam, adalah kitab beliau, ثلاثة الأصول.
Saya yakin, bagi mereka yang membaca dengan hati terbuka dan ikhlas akan dapati tidak ada langsung kesalahan di dalam penulisan kitab tersebut. Kitab tersebut, hanya dipenuhi dengan ayat-ayat al-qraun serta hadis sahih. http://l.b5z.net/i/u/6103974/i/the3fundamentalprinciples.pdf
Moga yang mengambil kesempatan membaca, terbuka hati dan minda memahami bahawa fitnah-fitnah peribadi kasar yang dilempar terhadap beliau hanyalah tohmahan yang tidak berasas. Saya yakin, umat Islam di Malaysia memerlukan pembersihan aqidah yang seumpamanya. Masakan tidak. Kalau aqidah umat Islam di Malaysia sudah baik, masakan masih ada yang percaya pada bomoh dan tangkal? Masakan masih ada yang percaya pada banyak perkara tahyul dan khurafat? Bukankah itu simptom-simptom ada masalah dalam pemahaman aqidah islamiyyah?
Namun, yang memburukkan keadaaan adalah segelintir pengikut syeikh Muhammad Abdul Wahab di waktu kini yang mengambil sikap yang sama terhadap ulama lain. Hanya menerima tohmahan dan tidak menyelidik secara rasional. Malah, turut serta mengkritik, menolak para ulama ilmu dan dakwah ini secara keras ulama seperti Ramadhan Al-buthi, Hasan Nadwi, Yusuf Qadhawi, Hasan Al Banna, Said Qutb, Said Hawwa, Fathi Yakan, Abdullah Azzam, Muhammad Ilyas etc tanpa langsung membaca hasil penulisan mereka apatah lagi menghargai jasa mereka dalam dunia dakwah Islamiyyah? Suara ulama-ulama lain yang tidak seiring dengan cepat ditolak malah dikecam.
Alangkah bezanya sifat kita dengan umat Islam terdahulu. Izinkan saya petik dari kitab Dr Yusuf Qardhawi ( الحياة الربانية والعلم),
و منهم الِيخ عبد القادر الجيلانى.ومن إنصاف ابن تيمية : أنه أثنى على كثيير من مشايخ الصوفية
“Di antara bukti objektiviti Ibn Taimiyyah adalah beliau memuji banyak tokoh tasawwuf, seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani.
الذى نقل عنه بعض كلمتاته في "القدر" ونوه بها, وكذلك ابن القيم
Beliau telah menukil kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani tentang qadha-qadar dan memujinya. Begitu juga Ibnul Qayyim, telah menukil perkataan Syeikh Abdul Qadir Jailani.”
Jelas Dr Yusuf Qardhawi lagi, sikap sedemikian lah yang mengurangkan kebaikan pihak yang mengatakan berpihak kepada aliran ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Golongan ini, kita akan dapati terlampau mengutamakan pencarian ilmu semata-mata tetapi kita tidak dapat merasakan dari mereka kemesraan silaturrahim, hati mereka kosong dari roh yang khusyuk, air mata mereka kering, tidak punyai emosi yang lembut dan mengalir kerana cinta Allah dan Rasul. Kehidupan mereka seumpama hidup mekanik yang kering dan kasar semata-mata. Bila diputar boleh berputar seperti jam, tetapi tidak terasa minyak pelincirnya.
Namun, di satu ekstrem pula terdapat satu lagi pihak yang punya emosi yang hangat, cintakan Allah dan rausl, perasaan yang halus namun jiwa mereka ini tidak dibatasi dengan batasan-batasan syarak lalu dikuasai dzauq dan emosi serta taksub kepada ajaran guru. Akhirnya, kedua-dua aliran, berlebih-lebihan dalam satu aspek.
Saya yakin, penulisan ini tidak akan menyelesaikan perbezaan yang sudah sedia ada kerana sumber asasi Islam Al-Quran dan As-Sunnah difahami dengan cara yang berbeza. Malah, perbezaan wujud di kalangan sahabat sendiri. Bezanya, sikap kita dan mereka dalam adab berbeza pendapat.
Sama-samala kita pikirkan.