Benar. Setiap amalan, ada tingkatannya. Ada amalan berkait dengan satu anggota tubuh seperti lisan yang membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir, doa, ishtigfar, quran, solawat, dakwah, amal ma'ruf, nahi mungkar atau tangan untuk menulis ilmu yang bermanfaat, menjabat tangan atau bekerja yang halal. Ada pula berupa kaki untuk pergi untuk melaksanakan ketaatan lain seperti ke pasar, masjid, koop untuk bermuamalah dan bermacam lagi.
Ada pula amalan ruhiyyah yang berhubung dengan aqal seperti memikirkan tentang makhluk Allah dan nikmat-Nya dan ini termasuk memikirkan tentang segala macam ilmu yang ada kat atas muka bumi ni. Ada pula bahagian amal berupa amalan hati seperti ikhlas, mahabbah, harap kepada Allah, zuhud, tawadhu', tawakkal, qanaah dan yang paling utama untuk diterima segala amal, ikhlas.
Medan amal memang banyak, luas dan pelbagai. Tapi sebelum kita pergi ke arah semua medan-medan tersebut, fahamkah kita kenapa kita mahu ke medan-medan tersebut? Buat apa kita nak bersusah payah ke medan tersebut? Mengapa harus ditempuh ranjau dan berkorban melalui jalan tersebut?
Jawapan yang standard yang pasti kita kedengaran, mencari redha Ilahi. Namun, jawapan itu terlalu mekanikal apabila kita mendengarnya seakan-akan tiada ruh ketika mengucapkannya. Dalam kita sibuk pergi ke kelas pengajian dan kelas ilmiah, dalam kita sibuk menghafal alquran, kita sering terlupa mengambil mesej yang sering dibawa Al-Quran:
“Ia tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada seluruh alam” – Surah Saad
“Ia bukanlah melainkan peringatan kepada seluruh alam” – Surah At-Takwir
“Ia tidak lain hanyalah peringatan kepada manusia” – Surah Al-Muddatsir
“Dan sesungguhnya ia adalah yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam, yang diturunkan melalui Roh yang jujur (Jibril), ke atas hatimu agar engkau menjadi di kalangan orang-orang yang memberikan peringatan, (ia diturunkan) dengan lisan Arab yang nyata” – Surah Asy-Syu’araa
“Sesungguhnya ini hanyalah peringatan, dan sesiapa yang kehendaki, dia akan mencari jalan bertemu Tuhannya” – Surah Al-Muzzammil & Surah Al-Insan
Itu yang saya maksudkan dengan rindu. Kali terakhir pengisian sedemikian dekat Holiday Villa bulan 3 2010. Saya rindukan perjumpaan yang bukan sahaja membincangkan tentang ilmu, tetapi membincangkan konsep faham, dakwah dan amal. Saya rindukan usrah yang benar-benar usrah. Bukan hanya membicarakan tentang aqidah dan tafsir. Tetapi isu semasa, geografi, politik dan belanjawan negara malah politik dunia. Saya rindukan perjumpaan yang bukan sahaja membincangkan tentang iman, tetapi membicarakan bagaimana mahu memperbaiki iman dan berprogram mukhayyam. Saya rindukan Islam yang disentuh secara menyeluruh tetapi terkesan di aqal dan menyentap di hati.
Pada pandangan saya, Islam tidak harus dijaja secara artifisial atau pengalaman peribadi. Pada pandangan saya, Islam tidak harus dijaja dari sudut motivasi atau jati diri. Apatah lagi apabila kelihatan unsur komersil di dalam unsur dakwah. Agak malu juga....kerana perkataaan dakwah yang begitu mulia makna dan hakikat dikomersilkan dengan begitu mudah sekali.
Saya rindukan pengisian yang mengutamakan pemahaman lalu membuahkan amalan, bukannya yang berbangga dengan, "banyak jugak yang menangis dengar ceramah tadi".
Terkenang saya kepada pengisian yang telah menarik jiwa saya kepada Faham, Dakwah dan Amal ketika di Melbourne pada tahun 1998 yang dikupas dari risalah As-Syahid Hasan AlBanna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
فهذه رسالتي إلى الإخوان المجاهدين من الإخوان المسلمين
Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan ikhwanul muslimin.
الذين آمنوا بسمو دعوتهم، وقدسية فكرتهم، وعزموا صادقين على أن يعيشوا بها، أو يموتوا في سبيلها،
Mereka meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya.
إلى هؤلاء الإخوان فقط أوجه هذه الكلمات، وهي ليست دروسًا تحفظ، ولكنها تعليمات تنفذ،
Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran untuk dihafal tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan.
إلى العمل أيها الإخوان الصادقون :
.Ayuh ke medan amal wahai saudara yang jujur
{وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ} (التوبة:105)، {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ} (الأنعام:153) .
"Dan katakanlah (wahai Muhammad), bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu akan kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (At-Taubah 105)"
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan lain kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itu Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa (Al-An'am 153)
أما غير هؤلاء.. فلهم دروس ومحاضرات، وكتب ومقالات، ومظاهر وإداريات، ولكل وجهة هو موليها فاستبقوا الخيرات، وكلا وعد الله الحسنى .
Buat yang lain selain mereka ini ada pengajian, ceramah, buku dan artikel, gaya dan kaedah yang khusus untuk mereka. Setiap umat ada arah yang dituju. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan. Semuanya dijanjikan Allah kebaikan."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sama-sama kita pikirkan.