Wednesday, 12 May 2010

Bila Nak Dengar Ceramah?

Zaman sekarang, ramai orang memberi ceramah. Mudah sebenarnya mendengar ceramah. Baca bismillah sket, cerita pengalaman, baca sket ayat Quran, bagi pandangan etc etc. Kalau boleh, buat lawak sket-sket. Kalau orang faham dan gelak, Insya-Allah akan dijemput lagi. Kalau orang blank, hmmm....tak der la orang teringin nak jemput. Yang payahnya, mana satu ceramah kita nak dengar?

Dulu, masa awal remaja saya suka pemberi ceramah yang banyak unsur lawak. Seronok. Menaikkan semangat apatah lagi masa kat asrama takder TV. Harap celoteh penceramah jer la....bila saya dah meningkat dewasa, saya lebih suka isi ceramah dari dengar jenaka ceramah. Mungkin titik tolak yang mengubah persepsi saya masa dengar ucapan Tun Dr Mahathir Mohammad masa 1997. Ucapan beliau adalah 2 jam tetapi penuh isi dan langsung saya tak mengantuk. Tak tau sapa apa rahsianya. Saya mula mencari penceramah yang lebih serious dalam penyampaiannya.

Dalam umur saya ketika ini, saya lebih banyak memilih mendengar ceramah. Saya mendengar dari orang yang saya yakini latar belakangnya. Saya mendengar dari orang yang memang saya tau itulah kemahirannya. Andaikata kemahirannya ekonomi dan topik beliau ekonomi, saya akan pergi dengar. Andaikata kemahirannya aqidah dan topik beliau aqidah, saya akan pergi. Andaikata kemahirannya sirah dan topik beliau sirah, Insya-Allah saya berminat untuk mendengar. Andaikata kemahiran beliau tarbiyyah, maka sudah pasti Insya-Allah saya akan pergi kalau topik penyampaiannya berkenaan tarbiyyah. Kebiasaannya, saya mendengar ceramah dari mereka yang telah melalui tarbiyyah kerana saya lebih yakin dengan sumber-sumber yang diperolehi dan selalunya mereka yang melalui tarbiyyah meletakkan kepentingan umat atas kepentingan diri.

Namun, apabila  kemahiran beliau lain, manakala topik yang beliau sampaikan berbentuk "generic", motivasi, pengalaman diri...saya agak keberatan untuk pergi. Apabila beliau terkenal dengan keluaran beliau dan nampak ada keuntungan yang beliau mungkin perolehi, saya agak keberatan. Beliau mungkin ikhlas dalam memberi penyampaian, namun andaikata beliau tidak melalui sistem tarbiyyah yang jelas, isi penyampaiannya mungkin akan didasari dengan waham dan interpretasi sendiri.

Sebab itulah, secara peribadi bila ada penceramah atau nak panggil seseorang berceramah, saya tanya dulu, apakah latar belakang beliau? Sudahkah beliau melalui tarbiyyah? Imam Malik bin Anas berkata:



إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu "  ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)


Jangan pulak lepas nih takut mengajar ilmu. Memberi ceramah berbeza dengan mengajar KAFA. Objektif berbeza, mad'u pun berbeza, tahap pemikiran dan isi penyampaian juga harus berbeza.

Wallahua'lam.