Thursday, 25 June 2009

Ada Apa Pada Nama - Bahrain

Bila sebut jer nak pergi Bahrain, kawan-kawan Arab saya semua angkat bulu kening ala-ala seorang pelakon handalan di Malaysia (tak perlu disebut nama disini) untuk memantapkan lakonannya. Soalan berikutnya, kenapa? Jawapannya, bersama keluarga untuk menziarahi sepupu isteri. Ooh, itu takpe. Kalau pergi sorang, itu musykil kabir.

Reputasi Bahrain sebagai tempat berhibur memang terkenal. Datang jer hujung minggu, ramai dari Arab Saudi yang beratur di sempadan untuk ke sana. Tak tau la saya apa yang ada di sana, tapi agaknya apa yang ada di Bahrain tidak ada di Arab Saudi. Sekalipun itu reputasi Bahrain kini apa yang saya pasti, Bahrain dari segi sejarah Islam punyai peranan yang unik di Jazirah Arab ini terutama kawasan yang berhampiran - Qatif, Qatar dan Iran. Mungkin tidak

keterlaluan saya katakan bahawa pintu masuk Islam ke rantau persisiran Jazirah Arab di kawasan Iqlim Al-Bahrain (persisiran Kuwait ke Selatan Qatar) ini adalah melalui negara Bahrain.

Pada tahun ke 7 Hijrah atau tahun 628 Masihi , Rasul SAW telah mengirim utusan kepada segenap pemerintah yang berjiran dengan Mekah dan Madinah. Rasul SAW telah menghantar utusan ke Ethiopia, Mesir, Parsi, Kerajaan Romawi, Yamama, Damascus, Oman dan Bahrain. Utusan beliau, 'Al-'Ala' bin Al-Hadrami ra telah menghantar surat kepada Governor Bahrain ketika itu Al-Mundhir bin Sawa AlTamimi untuk menerima Islam. AlBahrain pada waktu itu di bawah pemerintahan kerajaan Parsi. AlMundhir memberikan jawapan kepada Baginda saw dalam surat beliau:

"Allâh’s Messenger! I received your injunctions. Prior to this, I read your letter, which you wrote to the people of Bahrain extending to them an invitation to Islam. Islam appealed to some of them and they entered the fold of Islam, while others did not find it appealing. In my country, there live Magians and Jews, and therefore you may inform me of the treatment to be extended to them."

Kemudian, rasul SAW menghantar jawapan kepada surat Al-Mundhir yang kini masih berada di dalam muzium di Bahrain, berbunyi:

"In the Name of Allâh, the Most Beneficent, the Most Merciful.

From Muhammad, Messenger of Allâh to Mundhir bin Sawa.

Peace be on you! I praise Allâh with no associate, and I bear witness that Muhammad is His slave and Messenger.

Thereafter, I remind you of Allâh, the Mighty, the Glorious. Whoever accepts admonition, does it for his own good. Whoever follows my messengers and acts in accordance with their guidance, he, in fact, accepts my advice.

My messengers have highly praised your behaviour. You shall continue in your present office. Give the new Muslims full chance to preach their religion. I accept your recommendation regarding the people of Bahrain, and I pardon the offences of the offenders; therefore, you may also forgive them.

Of the people of Bahrain whoever wants to go on in their Jewish or Magian faith, should be made to pay Jizya (poll-tax)."

Kesan dari surat inilah, AlMundhir mengisytiharkan bahawa beliau memeluk Islam diikuti majoriti penduduk Iqlim Al-Bahrain ketika itu. Itulah titik tolaknya pengislaman umat Arab di persisiran Jazirah Arab di sini.

Subhanallah! Macam tak percaya begitu mudah penerimaan Islam. Kalau nak diumpamakan secara mudah, macam hantar SMS jer. Selepas 2 SMS, masuk Islam. Namun sebenarnya tidak. Surat tersebut hanyalah usaha Rasul saw untuk berdakwah. Saya yakin, utusan rasul SAW ke Bahrain juga memainkan peranan beliau. Bukan mudah pulak zaman tuh nak bergerak dari Madinah ke Bahrain tinggalkan sahabat dan rasul kerana semata-mata nak dakwah kat Bahrain. Ini juga sebelum pembukaan kota Mekah. Malang seribu kali malang kita tak tahu apa usaha dan mesej dakwah yang disampaikan oleh utusan Rasul saw. Apa modus operandi beliau. Sudahla masjid takde (masjid pertama hanya dibina zaman Khalifah Umar Abdul Aziz – Masjid Khamis 692 Masihi). Dengan izin Allah swt, usaha yang dimainkan oleh utusan tersebut dan surat rasul SAW membuka pintu hati Gabenor Bahrain ketika itu memeluk Islam dan seterusnya umat Arab di dalam kawasan beliau.

Begitulah masa telah berlalu. Nama dan peranan Bahrain dari segi sejarah Islam mungkin telah dilupakan namun kesan dan peninggalan utamanya masih dapat dirasai sekarang iaitu Islamnya penduduk rantau ini. Mungkin tiada siapa yang tahu, melalui pengislaman kawasan persisiran ini terbuka jalan pengislaman di Parsi dan India dan seterusnya ke Tanah Melayu. Yang pasti, nama Bahrain dahulu membawa makna yang berbeza dari nama Bahrain sekarang.

Wallahua’lam.