Friday, 7 November 2008

Obama - Pengajaran Demokrasi

Saya dah lama nak tulis tentang Obama. Cuma tertangguh-tangguh dari sehari ke sehari. Akhirnya, datanglah kesempatan ini. Banyak benda positif yang saya lihat atas kejayaan Obama. Saya "reserve" pandangan tentang pentadbiran Obama kerana masih terlalu awal. Pada waktu ini, he is making the right noise. Walaupun saya berasa tidak akan ada perubahan drastik dalam polisi keseluruhan pentadbiran Amerika terutama sekali hubungan US dan Israel, apa yang saya nak garap adalah proses perubahan atau proses ke arah perlantikan beliau menjadi Presiden Amerika tersebut.

Pengajaran pertama, seringkali generasi kita melihat bagaimana perjuangan seseorang itu berakhir, JFK, Malcolm X, MLK tapi jarang kita melihat bagaimana proses tersebut dilalui. Kalau tak baca biografi mereka atau tengok cerita Hollywood tentang mereka rasa tak tau macammana mereka ini berjaya. Di dalam hal Obama, generasi ini termasuk saya menyaksikan secara "live" bagaimana seorang pemuda yang boleh la digelar "underdog" di dalam politik Amerika berjaya menjadi presiden. Bagaimana gerakan beliau berjaya mengubah persepsi sebuah negara bergelar Amerika. Gerakan beliau tidak bermula di bandar yang besar, malah beliau bukan dari keluarga politik biasa. Beliau bukan dari Bush atau Kennedy atau Roosovelt atau Clinton yang secara tradisinya keluarga politik. Malah, nama tengah beliau ada Hussein lagik. Tapi beliau berjaya "inspire" dan memberikan harapan kepada rakyat biasa. Dia menyentuh jiwa rakyat Amerika yang ikhlas mahukan perubahan. Kebanyakan artis dan jentera Hollywood pun membantu beliau. Jentera propaganda tersebut, bukan sahaja menyentuh orang dewasa tapi orang-orang muda yang pada awalnya tak berminat dalam politik di Amerika. Pada saya, dalam konteks Islam ini sebenarnya memberikan kepada kita satu iktibar besar. Suara individu ini yang mahukan perubahan berjaya merangsang umatnya untuk bergerak. Saya yakin, andaikata mana-mana gerakan Islam yang ikhlas benar-benar mengatur strategi tanpa menggadaikan prinsip Islam, kejayaan hakiki akan menghampiri dengan izin Allah.

Second lesson for me is the current state of the world especially in US is a mess and people longed for changed. Obama offered that changed. Muslims unfortunately didn't. We're still bickering amongst ourselves. We kept Islam to ourselves and limited understanding. We practised Islam in a chauvinistic manner. This alienated Islam 80-90% of the time. Only real truth seeker would find Islam true teaching amidst the ugly faces the muslims are showing now.

Third lesson, what does this translate to? America is at its civilization peak which mean democracy is at its peak. I like the example by ex-US ambassador to UN Andrew Young, "It can only happen in US. It's like an Algerian becoming a French President". Negara Amerika ini sebenarnya dibina atas sistem perhambaan. Setelah beratus-ratus tahun, nampaknya sistem demokrasi ini telah sampai ke satu puncak. Puncak demokrasi ini terjadi setelah 40-50 tahun pergerakan "civil right" bermula (civil right movement - 1955-1968). Tokoh-tokoh terkenal yang lahir pada waktu tersebut dan kebanyakan tokoh-tokoh inilah kata-kata mereka dipinjam oleh Presiden Obama. African American telah melalui kesusahan sebelum, sepanjang dan sesudah masa itu. Kini, perlantikan Presiden Obama (malah RNC Chairman yang baru dilantik January 2009 juga seorang African American) merupakan satu pengiktirafan terhadap perjuangan mereka. Ada dua sub-lesson dari sini.

First lesson, for any peak there is a trough. If democracy has reached its peak i.e. when its "servant" has become its master, what more is there for democracy? Apart from this to be a sign of end of days as per prophet pbuh saying in Hadith Jibril (slave girl gives birth to her master), I don't know the fate of this civilization in the next 10, 20 or 100 years. But I'm sure of one thing, when one civilization reached its peak, the next step is for it to slowly drop to its trough and another civilization is bound to take its place. The question at hand is which civilization will replace democracy? As a Muslim, I know that answer. I may not see it in my lifetime but I'm sure it'll come.

Pengajaran kedua adalah mengikut fitrah kebiasaan manusia di dalam konteks Malaysia, mungkin 40-50 tahun selepas tsunami 8 March 2008 akan lahir satu generasi baru yang akan membawa agenda perubahan yang menyeluruh di Malaysia. Mungkin juga tsunami ini akan terjadi selepas 40-50 tahun gerakan reformasi 1998. Ala kulli hal, generasi yang membesar kini ada di kalangan mereka yang akan terpahat di hati mereka erti perjuangan dan kemerdekaan yang sebenar. Mereka mungkin akan mengubah lanskap politik Malaysia apabila tiba waktunya mereka menjadi dewasa kelak. Agaknya itu lumrah alam kut. Wallahu'lam.

Overall, what I wanted to say however the only time this rule was an exception is when Rasul pbuh took 23 years to transform a nation. This nation was nothing before Rasul pbuh came but imagine 23 years after his prophethood, this same nation was waging war against 2 great ancient civilization, Persian and Roman. It just didn't make any sense but it happened. We know which nation is this and for those who has been living closely with this nation, definitely know by heart that it's not easy to transform this "degil" nation. It seems based on aqidah, the changes can be faster because it involves strong creed. The context is laid out clearly. It's based on a belief that God is One. No other creatures or system of life can be associated to Him.
Ternyata, kemenangan Obama walaupun saya yakin tidak akan membawa perubahan terhadap dunia Islam secara langsung, saya mengambil kemenangan beliau sebagai petanda bahawa kemenangan hakiki gerakan dunia Islam semakin hampir. Moga-moga, kita menjadi salah satu rantaian yang membantu ke arah kemenangan ini. Maha Suci Allah, yang mengatur segala urusan. Wallahua'lam.