Ibadah solat merupakan penghubung kita secara terus kepada Allah. Ibadah yang membolehkan kita mengadu kepada Allah secara langsung dan setelah selesai solat berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat serta apa-apa hajat dunia; sama ada hilang buku Skim Pinjaman Buku Teks & takut tak jumpa…lalu mak bapak kita terpaksa guna duit sendiri beli buku teks, cari jodoh, menghadapi SRP, PMR, SPM, kurniakan kesihatan etc. Ibadah solah adalah “voice-mail” kita secara langsung kepada Allah swt. Apabila kita khusyuk, terasa indah. Bila tak khusyuk, nauzubillah, itu yang keluar "nyampah". Bukan senang nak khusyuk solat, cuma bila betul-betul perlu dan hajat yang "serious" baru la khusyuk nahla.
Ibadah puasa dan zakat mengenangkan bahawa kita ada tanggungjawab terhadap masyarakat. Bahawa makna hidup tidak bererti andaikata kita hanya hidup sendiri tanpa merenung kesusahan umat Islam lain di tempat lain. Tidak bermakna jika harta kita hanya berada di poket kita mengumpul riba dan tidak dikeluarkan untuk kebajikan masyarakat.
Manakala ibadah haji, membawa kita semua berkumpul di satu tempat yang lapang, memuji dan bertasbih kepada Allah. Lalu mengharapkan keredhaan Allah. Jutaan manusia berkumpul di satu tempat, berdoa dan beribadat semata-mata kerana Allah. Tidak lain dan tidak bukan. Pakaian kesemuanya serupa…tidak ada yang dapat membezakan status dan harta.
Di padang mahsyar manusia dari Nabi Adam AS hingga umat akhir zaman akan berkumpul mengikut amalan masing-masing. Masing-masing pada waktu tersebut hanya memikirkan diri sendiri. Takde masa nak fikir tentang keluarga apatah lagi rakan sekerja. Pada waktu tuh, semua manusia terpinga-pinga hari apakah ini. Yang beriman kepada Allah, tahu inilah yang dijanjikan Allah. Manakala yang ingkar, baru sedar akan realiti. Kehidupan yang enak sebelum ini hanya sementara. Rumah yang besar, kerja yang lumayan, harta yang bertimbun tidak ada nilainya. Hidup kita yang bangun dan tidur itu hanyalah “mimpi” indah. Masa tuh, masing-masing berdoa agar amalan buruk tidak ditunjuk oleh Allah swt. Masa tuh, masing-masing memikirkan kenapa tidak ditambah amal? Kenapa kita menyakiti hati ibu bapa, anak-anak, adik beradik, jiran tetangga dan rakan sekerja? Kenapa kita turuti kemahuan kita? Kenapa kita turuti nafsu kita? Pada waktu itu, manusia hanya tundukkan muka kerana takut akan kemurkaan Allah. Tidak ada kekuasaan lain. Tidak ada bunyi gelak ketawa. Itulah gambaran hari akhirat.
Hari Arafah, andaikata dihayati meletakkan kita menghampiri suasana tersebut.
Kesesakan ketika menunaikan haji, hanya mengingatkan kita bahawa akhirnya masing-masing membawa diri masing-masing. Tidak ada orang lain yang akan ambil kisah tentang diri kita. Kita hidup dan akhirnya kita akan mati kembali kepada Allah swt. Apabila terkenangkan hari akhirat dan kematian, fikiran saya melayang kepada saat yang saya kira hampir kepada maut:
Kesesakan ketika menunaikan haji, hanya mengingatkan kita bahawa akhirnya masing-masing membawa diri masing-masing. Tidak ada orang lain yang akan ambil kisah tentang diri kita. Kita hidup dan akhirnya kita akan mati kembali kepada Allah swt. Apabila terkenangkan hari akhirat dan kematian, fikiran saya melayang kepada saat yang saya kira hampir kepada maut:
- Peristiwa saya lemas di teluk Batik tahun 1984 (kalau tak salah). Seorang wanita cina selamatkan saya. Sebelum tahun tersebut, saya boleh berenang. Tapi, lepas kejadian tersebut, trauma lemas menyebabkan saya tak berani berenang.
- 1986 ketika berjalan pulang ke rumah dari sekolah, motor langgar belakang saya and handlenya tersangkut pada bag saya. Tercampak saya sebentar di tengah jalan dan berpusing kat belakang. Mujur ada bag sekolah –saya berpusing macam kura-kura lak. Mujur juga takder bas sekolah lalu atas jalan waktu tuh. Motor tuh pulak terus memecut
- 1994, lemas di Bukit Wang. Ini memang tak sangka. Kawasan yang kami mandi tuh cetek, tetapi ada satu lubuk di tengah-tengah kawasan tersebut. Masa saya lemas, ramai yang gelak sebab ingat saya main-main, nasib baik la sahabat saya Azwira ambik keputusan tolong saya. Ironisnya pada tahun 1996, junior sekolah saya yang saya kenali sebab satu rumah masa di Jenan Allahyarham Shaizul Azri meninggal kerana lemas kawasan yang sama.
- 1997, van yang saya drive berpusing 900ยบ akibat licin ketika belok depan Monash University di simpang Clayton Road dan Wellington Road. Waktu berpusing, saya hanya berdoa andaikata ini akhir hayatku, aku redha Ya Allah. Alhamdulillah, selamat.
- 2004 lemas kat Mulu. Ini pengalaman unik sebab kelima-lima kami yang pergi masa tuh lemas di satu lubuk serentak. Waktu tuh, hanya Allah jer tahu saya dah memang mengucap dan angkat tangan jer sebab apa-apa percubaan nak pegang kawan yang lain hanya memburukkan lagi keadaan. Ada la macam 2-3 minit saya tahan nafas. Alhamdulillah, salah seorang rakan berjaya sampai ke satu pohon kayu dan menarik kami satu persatu.
Memang bunyi cerita macam saya nih tak serik-serik mandi laut atau sungai atau teluk. Tapi itu moralnya. Saya sudah mengambil “precaution” selepas kejadian 1984 untuk hanya berenang di kawasan cetek. Banyak tempat yang Alhamdulillah takder kejadian lemas sama ada sungai di Victoria atau di Sungkai, laut di Cina Selatan, berkayak di Lumut atau mengharungi Selat Melaka ketika OBS. Namun, tanpa disangka-sangka ada “lubuk” atau “arus” yang tersembunyi dari mata kita. Maut selalunya datang ketika kita tak sangka ia akan datang.
“Maut” mencelah dan menegur saya ketika waktu yang saya langsung tak sangka. 3 kali ketika berkelah, sekali ketika berjalan kaki dan sekali ketika bekerja part time.
Persoalannya, adakah kita bersedia? Jawapannya hampir keseluruhan manusia tidak diberi peluang untuk bersedia seperti kita study last minute untuk exam keesokannya. Maut datang tanpa amaran.
Di sinilah kelebihan ibadah haji. Berbanding dengan ibadat lain, mungkin kita lakukan sambil memikirkan balasannya jika kita tinggalkan amalan tersebut. Amalan Haji pula, bukan sahaja membawa fikiran dan nurani kita ke satu tempat, tetapi jasad kita sekali. Badan kita akan berpenat lelah seperti di hari akhirat walaupun nisbahnya tidak dapat dibandingkan dengan hari akhirat yang sebenar. Nurani kita juga, membawa kita ke sana walaupun hakikatnya kita tidak boleh bayangkan gambaran sebenar perasaan kita sewaktu hari akhirat. Hari seorang kanak-kanak yang boleh “beruban” rambutnya kerana takutkan siksa Allah swt. Hari seorang yang ingkar akan menggigit-gigit bukan setakat hujung kukunya tetapi seluruh penumbuk tangannya kerana gelisah. Hari yang manusia sanggup menggadaikan seluruh dunia untuk bebas dari siksaan neraka sedangkan di dunia Allah swt meminta komitmen kita yang tak sampai nilai rumah dan tanah kita kat kampung.
Namun, Allah swt memberikan kepada kita satu peluang besar untuk “”menghayati” suasana akhirat ini dan member peluang yang amat besar ketika di hari Arafah untuk berdoa kepadanya. Suatu waktu yang “diwajib”kan sekali dalam seumur hidup kita melaksanakannya. Kita diberi peluang once in a lifetime berdoa pada waktu dan saat dan tempat yang amat makbul. Sebelum kita mula mengorak langkah ke Muzdalifah, Jamrah, Tawaf dan Saei, Allah memberi kita peluang untuk bermunajat kepadanya. Peluang yang diberi, hanya 4-5 jam pada waktu manusia…tetapi waktu yang singkat ini mungkin menjadi penyebab agar kita terpelihara pada masa satu hari bersamaan 50000 tahun di dunia. Tidak ada doa yang khusus selama 4-5 jam tersebut, terpulang kepada diri masing-masing.
Pada diri saya dan sahabat yang akan menunaikan haji, marilah kita garap peluang ini. Marilah kita berdoa untuk:
1. Pemeliharaan iman kita
2. Penempatan kita di syurga
3. Peningkatan ilmu yang sahih tentang Islam
4. Kemudahan menghafal Al-Quran
5. Kesihatan kita
6. Rezeki kita
7. Pekerjaan kita
8. Kesejahteraan pasangan dan anak-anak, dunia dan akhirat
9. Umat Islam keseluruhannya, ibu bapa kita, ahli keluarga kita, sanak saudara kita, rakan-rakan kita di sekolah rendah, menengah, universiti, tempat kerja dan jiran-jiran kita.
10. Umat Islam di Palestine, Iraq, Afghanistan etc.
11. Terpelihara dan pembaikan situasi di Malaysia
12. Pembaikan kelemahan diri kita
Etc etc
Ya Allah! Makbulkanlah doa kami dan terimalah amal kami ini nanti, amin Ya Rabbal Alamin.