Sunday, 23 November 2008

Haji - Perjalanan ke Mekah: Jasad dan Nurani (Part 2)

Kali ini saya menyambung lagi tentang haji, tapi nampak gayanya saya still akan sambung sedikit tentang Arafah. Ish, tak habis-habis ker pasal Arafah? Orang lain dah sampai madinah ngko masih kat Arafah megat? Mungkin saya lebih banyak mengupas tentang arafah sebab arafah adalah “core” haji. Tanpa Arafah, takde la Haji. Begitulah sabda rasul SAW, “Al-Hajju Arafah” (hadith tirmidhi dan abu dawood) yang membawa makna, “The Hajj is Arafah”.

Saya sukakan tamsilan yang dibawa oleh Abu Muneer Ismail Davids di dalam bukunya Getting The Best out of Al-Hajj. Di dalam buku tersebut, apa yang saya faham disebabkan sabda rasul saw bahawa haji itu arafah, maka kita harus mengira bahawa seluruh kos untuk perbelanjaan haji kita sebenarnya adalah untuk arafah. Andaikata kos menunaikan haji dengan menaiki bas dari Qatar adalah dalam QR8000 dan andaikata waktu untuk berdoa di arafah adalah 5 jam, maka setiap satu jam bernilai QR1600. Itu naik bas dari Qatar. Kalau naik “flight” dalam harga QR20000, maka setiap satu jam bernilai QR5000. Nah, sapa yang hendak membazirkan duit pelaburan sebanyak QR1600 ke QR5000 dengan tidur, berborak, termenung etc terpulang. Tapi berdoalah agar kita tidak termasuk dalam gologan yang membazirkan peluang tersebut. Itu andaikata kita nilai dengan neraca dunia, apa pula neraca akhirat. Sudah pasti berlipat kali ganda ruginya.

Kita juga harus memahami wukuf di arafah dalam konteks yang lebih luas. Kita harus memahami wuquf kita yang pertama telah dilaksanakan di hadapan Allah swt ketika di alam ruh.

“O Prophet, remind mankind about the incident when your Rabb brought into existence the offspring from the loins of Adam and his descendants (virtually each single individual of mankind) and made them testify about themselves. Allah asked them: “Am I not your Rabb?” They all replied: “Yes! We bear witness that You are.” This We did, less you mankind should say on the Day of Resurrection: “We were not aware of this fact that You are our Rabb and that there will be a Day of Judgment.” [7:172 Translation of meaning]

Hal di atas berlaku ketika Allah swt mengumpulkan kita di dalam satu perhimpunan sebelum kelahiran sesiapa. Disinilah antara kepentingan wuquf di Arafah. Ia adalah satu proses “pengiktirafan” buat kali kedua bahawa kita bersaksi Allah itu rabb dan Ilah kita. Di Arafah ini kita menghisab amalan kita yang lepas. Kita memohon kepada Allah swt akan maghfirah dan keredhaan-Nya. Kita bertekad untuk tidak mempersekutukan Allah swt dengan sebarang makhluk atau sistem kemanusiaan yang lain.

Hajj, adalah penghijrahan jasad fizikal, mental dan rohani secara keseluruhan. Ia fizikal kerana jalan kakinya, berdirinya, berlari anaknya, mencari batunya dan melontarnya. Ia juga fizikal kerana tidak sedikit wang yang harus dikeluarkan untuk menuju ke jalannya. Ia mental kerana kita harus memahami perjalanannya dengan baik dan harus menerima apa sahaja dugaan dengan penuh rasa tawadhu’ dan sabar. Tidak boleh kita rafas, fusuk dan jidal di bumi mekah ketika menunaikan fardhu haji. Ia memerlukan kekuatan mental tinggi untuk mengatasi cabaran dan dugaan ketika melakukan ibadah wajib ini. Ia juga mental, kerana kita harus mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu tentang haji.



Tak boleh pergi "selamba dok" jer. Ada perbezaan bagi yang pergi berisi dengan yang pergi tak berisi. Macam orang main golf yang menghayati golf dengan main golf sebab nak pukul bola jer. Yang menghayati golf, bila dia main dia cuba biasakan diri dengan "terrain" padang golf tersebut. Bagaimana nak sesuaikan pukulan dengan sesuatu keadaan atau tepat, kayu apa harus dipakai, apa di belakang pokok tuh, padang ker hutan ker bunker ker laut. Pemain golf menghayati bahawa permainan golf harus dimain dengan penuh ketenangan dan keikhlasan. Ia permainan, melawan diri sendiri. Tapi kalau yang nak main golf takat pukul-pukul jer....akhirnya mungkin dia dapat selesai main golf tapi permainan tersebut bukan satu corak permainan yang diterima oleh pakar golf. Dengan lain kata, permainan golfnya tak mabrur. Kalau main golf kena ada persediaan sepenuhnya, apatah pula menunaikan fardhu haji. Kena tau arkanul (rukun) hajj, wajibatul hajj dan sunnatul hajj. Harus juga tau, ikhthoul (kesalahan) hajj.

Ia satu penghijrahan rohani, kerana ia adalah ibadah kepada Allah swt dalam keadaan "kotor" dan mengharapkan apabila selesai haji, kita kembali "bersih" sebagaimana bersihnya seorang anak apabila ia baru keluar dari perut ibunya. Kita datang mengetuk pintu keampunan Allah, diri kita yang penuh dosa dan nista. Yang penuh kemungkaran dan kemaksiatan. Membawa dosa yang menggunung tinggi dan hanya mampu merayu agar Allah mengampunkan dosa kita - lalu dosa kita terampun! Nah, bukti apakah lagi yang kita mahu untuk meyakinkan Allah Maha Pengampun? Bukti apakah lagi yang kita mahu? Kalau orang tercalar kereta kita, kita pun dah nak mengamuk tak ingat dunia. Kalau orang fitnah kita, habis 7 keturunan kita nak sumpah agar hidup papa kedana. Kalau yang melakukan kesilapan yang menggunung terhadap diri kita, agaknya mungkin ler kita akan mintak 7 dulang hati nyamuk, jambatan emas macam kisah Puteri Gunung Ledang tuh....tapi itu manusia. Allah swt hanya meminta kita agar berdoa kepadanya. Tak lebih, tak kurang. Doa yang disertai dengan keikhlasan, PASTI dimakbulkan Allah swt.

Kesemua persiapan tersebut perlu dari awal. Itulah antara cabarannya. Haji ini bukan perjalanan pergi semata-mata, tetapi perjalanan pulang kepada sumber kekuatan kita. Pulang kepada Allah swt di dalam keadaan kita masih bernyawa lagi.
Ya Allah, terimalah amal ibadat kami dan masukkan nama kami beserta golongan yang hajinya mabrur di sisiMu. Amin Ya Rabbal Alamin.