Seronok tengok telatah anak-anak baya sebegini. Masih mentah dan "absorb" apa sahaja yang mereka nampak. Tapi itu yang bahaya. Tambah-tambah TV zaman sekarang. Kartun pun kena hati-hati bila dibiar anak-anak tengok. Ait? Kartun pun kena hati-hati? Terbawa kita ke memori silam mengenangkan kartun zaman 80an (bagi yang lahir era 70an). Transformers, MASK, GI Joe, Ultraman, Gaban, Ksatria Baja Hitam, My Little Pony and Friends, Smurf, JAM, Yogi and The Bear, Gummy Bear, Care Bear, Inspector Gadget, He Man, She Ra etc etc. Rasa macam takde apa. Tengok kita nih, ok jer. hhmmmm....ye ker ok? Mungkin jawapan yang terbaik, "patutla kita jadik camnih."
Kartun zaman sekarang unfortunately banyak dasar komersilnya dan unsur negatif ada diselitkan. Bukan nak kata yang baik takde, yang baik memang ada. Tapi, yang tak baik yang makin bertambah. Ada juga kartun yang baik, tapi diselitkan dalam satu dua episod nilai-nilai yang tak selari dengan Islam. Contoh yang paling ketara, ada satu dua episod tunjuk pasal girlfriend boyfriend. Contoh-contoh tahyul ada gak sekali sekala. Itu belum sentuh kartun seperti The Simpsons, Family Guy, South Par atau Boondocks. Kartun MANGA tak yah ceritala. Kita yang besar Insya-Allah boleh menilai apa yang baik, dan apa yang buruk. Namun, yang kecil dan berumur 6 tahun ke bawah belum tau menilai sangat baik atau buruk. Takut terlekat dalam pemikiran dia bahawa amalan itu satu amalan biasa dan tak salah.
Kartun Islamik ada tapi lebih sesuwai untuk yang berusia 13-16 tahun. Terlampau banyak dialog. Kanak-kanak kecil ni bukannya nak belajar sangat dialog. Janji nampak ada lawan-lawan, yang baik lawan jahat...mula-mula jahat menang, tapi bila dah terdesak last minute baru yang jahat kalah. Biasanya kalau Ultraman tuh bila lampu merah kat dada start menyala-nyala. Kalau nak buat sedih sikit, sekali sekala ada la watak hero atau heroin mati. Itulah kartun yang budak-budak suka. Colourful and good team always win.
So, apa moralnya? Sebaik-baiknya, kalau anak-anak tengok kartun, mak atau bapak harus ada bersama mereka. Senang nak calibrate semula pemikiran mereka andaikata ada nilai-nilai yang tak baik ditontoni. Kalau keluar rumah dan mampu bawa diaorang ke program dengan syarat tak menganggu program yang kita nak pergi (seperti ceramah etc), bawak diaorang skali. Kalau tak dan terpaksa ditinggalkan di rumah, sama ada pasang channel kartun yang terkawal sedikit seperti MBC3 atau tutup TV terus - biar mereka buat aktiviti melukis, bermain toy etc. Jangan diajar anak-anak yang masih kecil seperti 6 tahun ke bawah tukar channel sendiri apatah lagi pasang DVD sendiri. Terangkan kepada mereka kenapa diaorang tak dapat ikut dan terpaksa duduk kat rumah. Insya-Allah mereka faham dan tak menangis bila ditinggalkan.
Malangnya, bukan senang nak buat semua ini. Ia perlukan komitmen dan tekad ingin melihat anak-anak sendiri terdidik dengan sikap yang positif, mampu berdikari serta keimanan yang tinggi dalam diri. Yang paling penting, kena berdoa agar Allah swt bimbing kita dan pelihara anak kita agar menjadi anak yang soleh, solehah, muslih dan muslihah di atas dunia ini.