Saturday, 10 May 2008

Words of Wisdom - 4

Kekadang dalam hidup nih, kita akan berhadapan dengan persimpangan atau pilihan yang berat hendak dibuat. Satu contoh yang mudah, 5 tahun lepas kita dapat offer beli tanah atau rumah dekat kampung. Rasa keberatan nak beli, so kita decline offer. 5 tahun lepas tuh, tetiba kawasan kampung kita menjadi tarikan sebab kawasan dekat kampung terjumpa lombong emas. Harga tanah tetiba melonjak. Waktu tuh, mungkin rasa menyesal tak beli.

Macam tu jugaklah dengan kebenaran dan dakwah. Para pendakwah sering mengajak manusia kepada kebenaran. Tak ramai yang mahu mendengar malah tak kurang jugak yang menentang. Para pendakwah tugasnya mudah, memperingatkan manusia akan keEsaan Allah swt dan suatu hari kita akan kembali kepada Allah swt. Terkenang saya kepada ucapan Hassan Al-Basri,

"Sesungguhnya apabila bencana fitnah sudah datang menjelang, maka ia akan dapat diketahui oleh setiap orang yang berilmu sedangkan apabila ia sudah berakhir, maka ia akan diketahui oleh semua orang jahil."
Tepatlah kata-kata Hassan Al-Basri, orang yang berilmu menyedari ini lalu mereka akan kembali kepada fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Walhal, mereka yang mendengar tapi terus mengekalkan kejahilan mereka hanya akan mengetahui kebenaran apabila tiba janji Allah yang dekat, yakni maut. Pada waktu tersebut, siapa yang rugi.
Fudhail bin Iyadh lebih tegas dalam hal ini. Kata-kata beliau dalam bahasa Arab sangat menyentuh perasaan tetapi saya cuba alih bahasakan sebaik mungkin. Bicara beliau;
"Ke atas kamu Al-Quran,
Ke atas kamu kewajipan As-Sunnah
Ke atas kamu kewajipan menunaikan solat.
Celakalah kalian!
Zaman ini bukanlah zaman untuk berbicara
Akan tetapi ia adalah zaman:
Kamu menjaga lidahmu
Kamu sembunyikan kedudukanmu
Kamu ubati diri dengan ibadah di malam hari
Kamu melakukan amal ma'ruf yang kamu ketahui
Kamu tinggalkan kemungkaran yang patu dingkari"
Ya, kata-kata tersebut mungkin diucap beratus tahun dahulu tapi bila dihayati, sangat kena dengan waktu kita sekarang nih. Fikir-fikirlah.