Saturday, 17 May 2008

malaysiaqatar.com dan schadenfreude

3 hari lepas, saya menulis satu komen dalam emel kepada rakan-rakan saya yang saya bcc'ed, sebagai respon terhadap email yang diforward oleh rakan lain tentang possibility berlaku rasuah untuk mendesak wakil rakyat tertentu agar melompat ke parti lain. Seperti yang saya harapkan melalui tindakan saya bcc'ed addressee tuh, tak der yang reply.

Satu, sebab bila soal politik nih orang malaysia nih naik "sheh". Tiba-tiba suma "terer" dan arif tentang hal politik. Kedua, bila nampak list yang banyak dalam mailing address, keinginan nak response tuh tinggi. Tak tau kenapa. Mungkin dengan harapan dalam ramai-ramai tuh ada yang panas hati dan reply dengan penuh amarahnya. Yala, macam tengok racing. Waktu starting tuh ok la. Tapi bila ada bab accident, tuh yang best tuh, tengok kereta terpelanting. Kalau boleh, ngan enjin-enjin kluar. Ahli psikologi menamakan simptom ini sebagai "schadenfreude" - enjoyment taken on misfortune of someone else. Rupanya, hampir setiap bahasa kat dunia nih ada synonym dengan "schadenfreude" nih. Dalam bahasa kita, yang paling hampir dengannya adalah "padan muka".

Simptom ini lebih jelas dan ketara apabila perkara kurang baik berlaku ke atas artis atau orang yang berkedudukan tinggi. Lagi popular orang tuh, lagi kita "suka" tengok dia jatuh. Tambah yang tak selari dengan pemikiran kita. Somehow, personal opinion saya orang Malaysia terutama yang sebangsa dengan saya nih kuat sikit "schadenfreude" dia. Tak tau kenapa. Saya rasa, media Malaysia memainkan peranan sedikit sebanyak. Tambah-tambah sekarang nih dengan situasi politik negara yang agak hangat. Apa yang saya buat untuk mengelak hal ini, usually saya bcc. So, tak tau sapa yang dapat dan nak reply plak rasa macam tak best, tak kick sebab tak der yang kita dapat "Schadenfreude" kan.

Namun, hari nih saya dapat panggilan dari rakan-rakan. Tetiba cakap "very good". Memang baguih ngko tulih tuh. Diaorang nih tak reti-reti. bla bla....Isy, panic lak saya. Setau saya saya bcc limited number of people. Ada jawapan bocor ker. Selidik-punya selidik ada lak orang pergi post reply saya tuh kat MalaysianQatar community forum. Udahla paste bulat-bulat tuh. Tak modify langsung. Nama asal pun ada. Saya pulak jarang skali pergi MalaysianQatar forum jadi agak terkejut beruk la tau pasal benda nih. Kebiasaannya, saya kalau letak comment dalam blog orang lain atau forum terbuka saya pakai nama samaran dan email personal saya tapi ini pertama kali dalam sejarah nama saya begitu jelas terpampang. Lomah jantung den. Mujur takder bin ngan anak keberapa etc. Nasib baik la yang post tuh saya kenal dan agak rapat. Kalau tak, see you in court la. hehe....takper. I'll see you in paintball nanti (simptom schadenfreude la nih).

Ala kulli hal, saya tak kisah. Sebab saya tau Insya-Allah tak de orang nak respond sangat dan persoalannya agak sensitif. Kalau ada percubaan pun, saya yakin tak berjaya sebab saya nih bukan artis jadik orang tak berminat nak bantai saya. It'll just die away. Lain ler kalau saya nih wakil rakyat Sungai Siput. Tertekan hon kat depan hospital pun orang bantai habis-habisan nyer dalam blog. Kalau capture dalam YouTube lagik ler. Ada la orang nak twist kata-kata out of context. Sebagai peringatan dan rekod, saya pastekan response saya dalam blog ini...

~~~~~~~~~~~~~~~

I rarely write but somehow rasa terpanggil untuk menulis kali ini. To avoid any complications later, I’ve bcc’ed the addressee list. There are a lot more accusation and “negative news” out there unanswered, towards both BN and PR which I have no doubt that each one of us can shortlist, at national or international level, dari kandang khinzir ke negara Mongolia. Yang dihantar kat bawah, is just a tip of the iceberg.

Personally, I don’t prefer to dwell on these issues and I leave as it is, unless a very strong valid proof is presented which in these days is hard to come by especially in Malaysia.

Bottom line, as mentioned by our dear friend, Deen Islam wajib diutamakan…but this has to be comprehensive dan bukan ambik yang sedikit tapi buang yang banyak. Islam nih umpama mekanisme di dalam jam. Andaikata dikeluarkan satu gear sahaja tak berfungsilah “kecantikan” Islam tersebut.Di sini, harus dinilai apa pilihan yang ada.

Kita boleh tulis thesis tentang hal ini, berceramah 3 hari 3 malam tapi last skali adakah pendirian diri kita sendiri selari dengan Islam. Saya letakkan sedikit contoh di bawah untuk semua renungkan secara senyap, apa pendirian kita sebenarnya.


  1. Apakah pendirian kita berhubung isu ketuanan melayu? Apa pula pendirian Islam?

  2. Apakah sikap kita terhadap bangsa selain kita? Apa pula pendirian Islam?

  3. Apakah sikap kita terhadap pembukaan gereja, kuil dan tokong? Apa pula sikap yang dianjurkan Islam?

  4. Apakah pendirian kita terhadap biasiswa dan kuota untuk bumiputra di dalam isu pendidikan? Apa pula pendirian Islam?

  5. Apakah pendirian kita terhadap tahanan tanpa bicara? Apa pendirian Islam?

  6. Apakah pendirian kita terhadap kebebasan bersuara? Apa pendirian Islam?
Tak taulah orang lain, tapi saya rasa banyak gap dalam diri saya apabila persoalan-persoalan ini semakin detail. So, sebelum kita cari kekurangan orang lain (kalau ada dalam email nih CSI member itu lainla, kerja dia memang kena cari sapa salah)...marilah kita sama-sama mencari kekurangan diri sendiri dan perbetulkan, moga-moga ia selari dengan kehendak Islam. Selepas itu, bergabung pula dengan mereka yang bersikap sama dengan kita. Selepas itu, ahli kumpulan tersebut saling tegur-menegur, kerana itu adalah prinsip Islam. Kita tinggalkan mereka yang ”TERBUKTI” meninggalkan prinsip Islam, kita bersatu dengan mereka yang ”TERBUKTI” selari dengan prinsip Islam. Mudah dan tepat.Akhirul kalam, Insya-Allah, nanti we will all live happily ever after, dunia dan akhirat.Habis citer.



kaki nota - emel ini adalah response saya terhadap emel yang diforward tentang dakwaan pihak tertentu bahawa ada tawaran lumayan jika beliau melompat parti seperti yang dilaporkan akhbar~~~~~~~~~~~~~~~~~~