Saturday, 29 December 2007

A L O N G - Mari Mengira

Mari kita buat pengiraan mudah. (basis assumption - semua amalan puasa, zakat, umrah, haji, ziir etc diterima Allah)

Mari kita assume dalam sehari kita ambil 1/2 jam untuk solat 5 waktu & sunat. 12 jam untuk kerja (dari persiapan sebelum kerja sampai balik rumah), 6 jam tidur dan 1 jam mandi, makan, baca paper etc. Jadi adala tinggal 4.5 jam dalam baki harian hidup. Katakanlah for argument sake 4.5 hours tuh tengok TV sahaja (movies + sitcom + TV series).

Mari kita buat pengiraan dalam peratusan.

0.5/24 = 2% dari masa sehari menunaikan solat
50% dari masa sehari bekerja
25% dari masa sehari tidur
4% dari masa sehari mandi, makan, baca paper etc
19% dari masa sehari tengok TV

Oleh yang demikian, 7-8 hari dalam setahun kita solat dan 70 hari dalam setahun kita tengok TV.

Katakan had umur 63 tahun, sekarang berumur 30 tahun. Adala 33 tahun lagi baki.

So, 0.02x33 tahun = adalah 0.66 tahun (241 hari) solat dan (6.27 tahun atau 2290 hari) tengok TV.

Hmmm...mujurlah bekerja di office atau di rumah boleh diniatkan sebagai beribadah kepada Allah. Memang Allah swt Maha Pemurah. Atau mungkin kena kurangkan sikit tengok TV dan buat benda lain macam baca buku/website berfaedah? Sama-sama la pk.