Friday, 28 December 2007

Celoteh Matematik & Sains - tahu atau keliru

Kalau dikaji sejarah dengan lebih mendalam, antara formula kemajuan sesuatu tamadun adalah apabila tamadun tersebut mula menterjemah ilmu dari bahasa asing ke bahasa ibunda.

Kita perhatikan 2 contoh di dalam sejarah. Ketika era golden age of Islam ataupun puncak hadharah Islamiyyah sewaktu Khalifah Abbasiyah, semua ilmu dari tamadun China, Parsi, Rom, Yunani, Mesir dan India dibawa ke Baghdah untuk diterjemah ke bahasa Arab. Malah dikatakan, profesion yang paling tinggi bayaran sewaktu zaman tersebut adalah penterjemah bahasa. Tidak kurang juga mereka yang bekerja sebagai jurutulis sebagai manual photocopy machine kerana terdapat ramai individu yang inginkan salinan sendiri di rumah untuk menimba ilmu. Selepas dari itu, buku-buku yang diterjemah dikaji dan dituras berdasarkan kajian-kajian baru yang dibuat. Ilmu matematik, sains, kejuruteraan, fizik, sastera, muzik, botani, zoologi etc mula berkembang lalu lahirlah beratus-ratus cendekiawan Islam.

Situasi yang sama berlaku sewaktu pertembungan tamadun Barat dan Islam ketika dan selepas Perang Salib terutama sekali kurun ke 13 dan 14 Masihi. Beribu-ribu buku tamadun Rom dan Yunani yang telah diterjemah/dikaji oleh Tamadun Islam diterjemah semula oleh tamadun barat. Lantaran menjadi pemangkin kepada era renaisance di Italy. Era penterjemahan ini juga menjadi pemangkin kepada tertubuhnya University Oxford dan Cambridge. Itulah juga antara sebab Eropah sekalipun bersatu atas satu pertubuhan (European Union) masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti.

Sekarang kita kembali ke tanahair. Dahulunya kita berbangga dengan bahasa ibunda sebagai medium pelajaran untuk semua matapelajaran. Tetapi, beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan pengumuman Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa dasar untuk subjek Sains dan Matematik. Tahun ini, terdengar pula ura-ura nak patah balik kepada bahasa Melayu sebagai medium matapelajaran sebab ramai anak Melayu tak dapat nak cope dengan bahasa Inggeris. Dah jadi macam ini, baru mula terfikir apalah malang nasib sendiri. Yang menjadi mangsa, anak-anak kecil di sekolah. Akhirnya Wawasan 2020 ke mana, Islam Hadhari ke mana.

Itulah bahana apabila ada wakil rakyat yang buat pura-pura tahu tapi sebenarnya keliru. hmm....tahu-tahulah ya.