Tuesday, 11 December 2007

Farewell Boss

Kelmarin, kami mengadakan majlis perpisahan untuk boss kami di Ritz Carlton, Doha seorang berbangsa Amerika. Yang istimewa pada saya bukan sahaja kerana dia yang interview saya pada tahun 2005 di Mandarin Oriental, tetapi kerana his style of management.

Actually, dah ramai boss yang saya report for duty sejak mula bekerja tahun 2000, 6-7 orang. Apatah lagi ramai boss-boss yang saya kenal semasa bekerja di syarikat awal dahulu yang saya tak report directly. Namun, saya berani katakan beliau ini antara yang terbaik saya kenali.

Cara beliau mengendalikan situasi dalam keadaan normal atau krisis amat professional. Beliau juga tidak terlalu campur tangan dengan hasil kerja orang bawahannya. Pandangannya tajam dan soalannya tepat - bukan seperti sesetengah orang yang menanyakan soalan for the sake of asking instead of understanding. Beliau juga tidak hipokrit dan understanding. Apabila seseorang bercuti, dia memang meletakkan principal yang orang tersebut bercuti dan tidak boleh dikacau! Beliau juga amat diplomatik apabila berurusan dengan orang atasan maupun bawahan. Keluarga memang diletakkan sebagai keutamaan. Malahan, sewaktu mengambil saya bekerja, dia memahami dan menyokong hasrat saya membawa keluarga bersama walaupun saya baru mendapat cahaya mata waktu tersebut. Yang mengejutkan, beliau menyokong supaya digantikan wang yang saya bayar sebanyak 2 bulan gaji sebagai in leau kerana saya resign dari syarikat lama saya dengan notis 1 bulan instead of 3 bulan. Secara dasarnya, dia telah menunjukkan sikap kemanusiaan ketika manusia tandus dengan peri kemanusiaan di zaman kapitalisme ini.
Amat melegakan apabila kita terasa kita bernilai sebagai manusia selain dari hanya nombor di dalam syarikat ini. Sukar mencari kualiti seperti ini di dalam pemimpin sekarang. Tak tau apa silapnya di tempat saya bekerja dahulu, kenapa saya tak nampak dan rasa suasana begini.
Secara aritmetiknya, susah saya nak cari logik...dua-dua syarikat kekurangan orang, kedua-dua syarikat lebih kurang sama teknologi, dua-dua syarikat, majoritinya orang Islam malah sepatutnya tempat kerja baru saya ini sepatutnya lebih terasa "problemnya" memandangkan tempat ini agak muda dari segi relatif umur operasi berbanding tempat kerja pertama. Tapi, entahlah...mungkin saya harus memberikan lebih masa untuk benar-benar membezakan antara dua ini, kerana saya bekerja di tempat pertama agak lama sedangkan di sini, masih baru. Mungkin kerana faktor keluarga yang lebih dekat juga satu faktor ketenangan dan kebahagiaan saya bekerja di sini. Mungkin kerana faktor wang, apabila saya dapat menyumbangkan lebih banyak kepada keluarga dan masyarakat di Malaysia. Mungkin kerana faktor kualiti masa yang saya luangkan di sini buat masa sekarang. Ya, mungkin lebih adil jika saya tunggu lagi 5.5 tahun untuk benar-benar membezakan antara dua syarikat gergasi ini.
Apapun, yang pasti boss kami ini akan bertugas di tempat lain dan meninggalkan kami di sini. Saya mendoakan agar tempoh beliau berkhidmat di sini beliau dan keluarga mengenali Islam dengan lebih dekat dan mungkin terbuka hati untuk merindui dan mempelajari deen ini dengan lebih dekat. Hasta Luego.