Friday, 7 December 2007

SUKARNYA UNTUK BERUBAH!





Memang lumrah hidup, susah betul nak berubah jadi orang yang lebih baik. Tambah-tambah, zaman sekarang. Tapi saya rasa jauh dalam sanubari kita, kita sebenarnya teringin nak jadikan kehidupan kita lebih baik dari semalam.


Tak percaya, tengok anak-anak kita masa mula-mula nak belajar merangkak. Somehow or rather, terdetik dalam hati anak-anak kita nak merangkak. Kalau ikut hati dan fikiran, dia dah boleh hidup senang lenang dah. Duduk baring jer, nanti nangis orang datang - tengok lampin lah, tengok perutlah, tanya nak makan ker? Nak minum ker? Boleh katakan, mereka dilayan bagai nak rak - so, buat apa nak belajar merangkak.

Lepas belajar merangkak, nak belajar berlari dan seterusnya. Jika Allah swt tidak tanamkan dalam naluri kita agar kita sentiasa berubah ke arah kebaikan, hmm...rasanya umat manusia nih akan pupus lebih dahulu dari platipus dan binatang-binatang yang se"extinct" dengannya.

Tapi, nak tak nak, bila kita berborak dengan member tentang nak jadik baik...terpacullah soalan-soalan "basic instinct" seperti di bawah:
- Apa makna lebih baik?
- Kenapa harus berubah menjadi lebih baik?
-Kenapa susah nak jadik baik?
- Saya nih belum cukup baikkah?
- Kenapa awak nak kacau, kubur masing-masing?


Hmm....biler dah kena soalan camnih, susah pulak rasa nak layan. Saya percaya, soalan-soalan di atas, kalau dijawab pertama sekali kena pastikan yang tukang tanya tuh sama dasar dan landasan pemikiran. Kalau tak sama landasan keretapinya dengan landasan keretapi kita, sampai bila takkan bertemu. Kita terangkan dengan begitu terang macam matahari di tengah hari buta sekalipun, kalau tak sama landasan pemikiran - sampai bila takder jalan penyelesaian. Tapi, ini bukan topik yang saya nak bincangkan. Kalau dikupas, memang panjang lebar.

Fokus saya yang utama, kenapa susah nak jadi baik. Kalau tak percaya, kita fikirkan sebegini pula. Di kedai buku ilmiah mana-mana sekalipun - Borders, Virgin, Kinokuniya etc, kita pasti terjumpa satu seksyen berkenaan motivasi dan self improvement. Kita juga akan berjumpa seksyen berkenaan Financial Management and Planning. Saya pasti, ramai dah beli buku-buku tersebut. Soalan saya yang paling mudah, agaknya berapa ramai yang dah mencapai apa yang disarankan oleh buku-buku tersebut?

Kita juga melihat dan mendengar kisah-kisah ilmuan zaman dahulu yang tidak dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi tetapi berjaya menghasilkan penemuan--penemuan baru - seterusnya menghasilkan revolusi industri yang mengubah lanskap dunia. Nah, fikirkan zaman kita ini. Punyalah banyak kursus-kursus dan proses persekolahan nak menjadikan anak yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi saya tak nampak yang sesiapun yang namanya benar-benar menjadi pencetus kepada revolusi pemikiran seperti Einstein, Isaac NEwton, Al-Jabr, Ibnu Sina etc.

Kenapa ini terjadi? Seharusnya jika difikirkan mereka yang terkemudian seharusnya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya yang telah merintis zaman kepayahan....tapi hakikatnya yang sebalik telah berlaku.

Begitu juga dari aspek rohani. Bayangkan sekarang, begitu banyak buku-buku agama bersepah di merata tempat jika dibandingkan zaman para tabiin dan salafussoleh. Nak mendapatkan ilmu waktu tersebut, sangatlah susah. Seorang ulama mungkin terpaksa berhijrah dari Damsyik ke Mekah menaiki unta melalui padang pasir semata-mata ingin mempelajari satu hadith dari ulama yang mahsyur. Buku-buku zaman tersebut, kualitinya pula tidak sebaik kualiti sekarang. Malah, sekarang lebih dahsyat. Semua hadith-hadith dari kitab yang enam boleh dimuat turunkan dalam PDA. Al-Quran dan terjemahan serta bacaan pun ada. Tak ambil kira buku-buku softcopy lagi tuh. Nak diringkaskan, segala macam ilmu yang begitu susah dipelajari 700-800 tahun dahulu amat mudah diperolehi sekarang. Malah, tak terlampau jika saya katakan ilmu Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Hanafi malah seluruh ilmu Islam terletak di hujung jari. Tapi, mana nilai dan roh agama tersebut? Mana hasil dari ilmu-ilmu tersebut? Di mana dia pahlawan-pahlawan dan pelindung golongan yang lemah? Di manakah dia suara yang menentang penindasan kaum dan assabiyyah serta kezaliman?

Yang kita baca di suratkhabar - pelbagai masalah dan gejala sosial. Kalau baca majalah picisan, makin sahit hati lagi ada dibuatnya dengan artis-artis berposing tak tentu arah seakan-akan tidak sedar keadaan umat masa kini. Kalau tengok keadaan pemanduan di jalan raya, sakit jantung dibuatnya. Kalau tengok layanan di hospital, jabatan kerajaan, sekolah, pejabat daerah etc - sangat jauh bezanya dengan apa yang dibaca.


Ilmu di hujung jari tetapi penghayatan ilmu - masih jauh sekali.

Ya, itu yang kurang dengan umat Islam. Penghayatan ilmu. Penghayatan nilai rabbani. Penghayatan akan kalimah shahadah. Pemahaman yang sahih. Ibadah dilaksanakan hanya sekadar adat manakala ilmu yang dikejar hanya sebagai ritual. Cukup ala kadar. Tak payah lebih-lebih. Tapi, manusia yang sama inilah yang merintih melihat generasi umat Islam kini. Manusia yang sama inilah yang tak putus-putus mengutuk kezaliman Israel dan hipokrasi Amerika Syarikat.

Itulah pada saya perkara penting yang harus dijelaskan kepada masyarakat keseluruhan. Pemahaman dan penghayatan kepada Islam. Apabila kita dah faham, apabila kita dah hayati - maka harus dicerminkan dengan amalan. Barulah nampak keindahan Islam. Barulah dunia sedar berharganya amalan hidup Islam. Barulah dunia mengambil nafas lega, Insya-Allah hari esok menjanjikan situasi yang lebih baik dari hari ini.

Namun, selagi itu tidak berlaku, umat Islam akan sentiasa dipandang hina, kita akan sentiasa dipandang lemah, kita akan sentiasa dipandang negatif. Kita akan diperkotak-katikkan.

Dah puas berleter, penanya soalan pun bertanya lagi, "tapi sekarang nih bermacam-macam pemahaman tentang Islam, antara kerajaan dengan NGO, antara parti pemerintah dengan parti pembangkang etc etc. So, pemahaman mana satu yang kita nak ikut?"

Hmmm....bila dah kena tanya camnih, kenalah saya jawab di sesi yang lain.