Saturday, 23 August 2008

Palestin - Bumi Anbiya Yang Dijajah, 60 tahun di Dalam Nakbah

60 tahun al-nakbah telah berlalu. Al-Nakbah? Apa tuh al-nakbah? Tak pernah dengar pun. Mungkin itu kata-kata sesetengah pihak yang belum didedahkan dengan al-nakbah. Sebab utama, sejarah dan media tidak menggunakan istilah ini. Hanya jika kita tanya rakan-rakan dari Palestin, mereka memahami ini dengan penuh makna.


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin (atau al-nakbah) merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Pada mulanya, saya tak dapat nak hayati sangat al-nakbah nih. Mungkin kerana saya tak melaluinya sendiri dan tak der bacaan yang memberikan penerangan yang mendalam tentang al-nakbah. Sebagai umat Islam, saya tau kekejaman zionis Israel namun sejarah hampir-hampir memadamkan peristiwa sebenar yang terjadi pada tahun 1948. Namun, apabila saya baca buku Ethnic Cleansing of Palestine oleh Dr Ilan Pappe, saya kelu. Bukan kerana buku ini ditulis oleh seorang yahudi yang menetap di bumi jajahan tersebut...tapi kerana penerangan teliti beliau beserta bukti dan dokumen bagaimana peristiwa al-nakbah terjadi. Bagaimana satu persatu perkampungan Palestin dihilangkan dari kaca mata dunia. Bagaimana kemudian Zionis Israel menghilangkan kesan-kesan kemanusiaan di sesuatu tempat dan dengan pantas menggantikan kawasan tersebut dengan taman, perancangan perumahan baru etc etc. Bagaimana tong-tong yang diisi minyak dibakar lalu ditolak dari kawasan berbukit ke arah perkampungan Palestin untuk menakut-nakutkan penduduk tempatan.

Rakyat Palestin dikejar dan diburu zionis Israel untuk dibunuh, sehingga mereka membawa diri ke Lebanon, Syria, Jordan, Mesir, Yaman dan beberapa Negara Teluk, sampai saat ini mereka tidak dapat kembali ke rumah dan kampung halamannya. Walaupun peristiwa al-Nakbah sudah berlalu 60 tahun, akan tetapi sangat sulit untuk rakyat Palestin melupakannya. Peristiwa itu diawali dengan tindakan "terror", penangkapan dan penganiayaan yang dilakukan oleh pengganas Irgun pimpinan Menachem Begin terhadap warga Palestin Tiberius pada tanggal 18 April 1948, menyebabkan 5500 orang rakyat Palestin lari menyelamatkan diri. Setelah melakukan keganasan dan tindakan berutal kepada anak-anak dan kaum wanita, menghancurkan rumah penduduk, maka sekitar 70000 orang rakyat Palestin lari meninggalkan kampung halamannya dengan perasaan sedih dan linangan air mata, akhirnya kota Haifa jatuh ke tangan zionis Israel. Sungguh sangat menyedihkan!

Sampai satu tahap saya berasa mual dengan kekejaman zionis dalam buku tersebut, saya cepat-cepat alihkan muka surat. Usaha dan gerakan menghalau umat Palestin pada masa tersebut ternyata zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Panjang cerita al-nakbah nih, mungkin Insya-Allah bulan ramadhan tahun ini wajar diadakan sesi ceramah yang panjang lebar tentang peristiwa ini Insya-Allah - moga-moga umat Islam mengambil iktibar. Moga-moga dalam kelaparan ini, moga-moga terbukak hati sikit nak merasa kesengsaraan umat Islam Palestin. Palestin adalah salah satu identiti umat Islam. Setiap muslim mempunyai peranan yang besar terhadap bumi Palestin dan rakyatnya. Umat Islam daripada seluruh dunia mesti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi yang nak tau secara summary, boleh download khutbah khas tentang peristiwa al-nakbah. Hyperlink khutbah boleh seperti berikut: khutbah 60 tahun al-nakbah dalam kenangan.