Semalam, bila tengok sumpah si penuduh di Masjid Kuala Lumpur, saya merasa terkilan dan gementar. Terkilan, kerana ada beberapa unsur bidaah ketika menyumpah - memegang Quran, belum selesai perbicaraan di mahkamah, tanpa ada Qadi - hanya imam, tak sampai 4 kali etc etc, banyak sangat gap tapi suratkhabar memperbesarkan dengan mengatakan sumpah ini berdasarkan syariat Islam. Gementar kerana isi sumpah begitu bermakna dan membawa risiko yang sangat besar. Satu sumpah, apabila para pendeta di zaman rasul saw diajak bersumpah, mereka sendiri mengelak kerana mereka memahami isi sumpah tersebut....tidak ada makhluk Allah yang mahu menempah kemurkaan Allah secara sengaja.
Pagi ini, saya cuba memahami dengan lebih lanjut. Maka biarlah saya ambil direct dari website Mufti Perak agar jelas jangan kita mempermain-mainkan sumpah dan tuduhan sebegini. Di bawah ini tulisan beliau melalui pembantu beliau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Latar belakang.
Tulisan ini cuba untuk memberi sedikit gambaran mengenai bagaimana Islam sebagai cara hidup yang lengkap menjaga keharmonian maruah masyrakat tanpa membenarkan sewenang-wenangnya sebarang unsure yang boleh memecah belahkan masyarakat dengan perkara yang boleh menjatuhkan maruah manusia .Tulisan ini cuba member penjelasan kepada kekeliruan yang meungkin timbul dalam isu membawa empat orang saksi dalam kes tuduhan zina ataupun liwat dan di peringkat manakah sumpah itu dijadikan medium untuk mendapatkan keadilan.
Dalil Quran :
"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu)".(QS An Nisa� 15)
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"; -(QS An Nur 4)
"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi okum Allah, adalah orang-orang yang dusta." �(QS An Nur 13)
Dalil Hadith :
�� ��� �� ����� ��� ����� ���� ��� ���� ���� ���� ��� ���� ���� ! �� ���� �� ������ ���� � ������ ��� ��� ������ ����� � ��� " ��� � .
������: ��� ����� - ����� ������: ���� - ������: ���� - ������: ������ ������ - ������ �� �����: 1498
Bahawa Saad bin Ubadah berkata kepada Rasulullah SAW Ya Rasulalllah jika aku dapati isteriku bersama seorang lelaki adakah masih aku kena mencari 4 saksi , jawab nabi ya
�� ���� �� ���� ��� ������ ��� ����� ��� ���� ���� ���� ����� �� ����� � ���� ����� ��� ���� ���� ���� : ( ������ �� �� �� ���� ) . ���� : �� ���� ���� � ��� ��� ����� ��� ������ ���� � ����� ����� ������ � ���� ���� : ( ������ ���� �� �� ���� ) . ���� ���� ������ .
������: ������� �� ���� - ����� ������: [����] - ������: ������� - ������: ������ ������ - ������ �� �����: 2671
Hilal bin Umayyah telah menuduh isterinya berzina maka Rasulullah SAW meminta beliau datangkan bukti atau dijalankan hukuman ke atasnya sebab menuduh zina tanpa bukti .Kata Hilal :Apabila salah seorang dari kami melihat seorang lelaki berada diatas isterinya perlu lagi ia mencari bukti?di jawab kembali oleh Rasulullah SAW bawakan bukti jika tidak hukuman hudud ke atas kamu .
Catatan :peristiwa ini membawa kepada turunnya ayat li�an
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar" (QS An Nur 6-9)
Kes sebegini adalah terhad kepada kes apabila yang menuduh itu suami manakala yang dituduh adalah isteri.Hikmah nya ialah jarang suami menuduh isterinya berzina di mahkamah melainkan apa yang didakwanya sememangnya benar .Apabila diminta untuk mengemukakan saksi ia sudah tentu membebankan .Malah langkah ini mencemar nama baiknya serta bercanggah dengan etika yang sepatutnya memelihara maruahnya .
Dalil kaedah fiqh
Kaedah Fiqh
������ ��� ������ � ������� ��� �� ����
Bermaksud :Bukti diminta dari pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh yang menafikannya.
Kaedah ini diambil dari hadith Rasulullah SAW
- �� ���� ����� ������� ����� ��� ���� ��� �������� � ���� ������ ��� ������ � ������� ��� �� ���� Bermaksud : sekiranya manusia diberi sesuatu berdasarkan dakwaannya sahaja nescaya ramai manusia akan mendakwa darah dan harta lelaki lain(sebagai haknya) maka hendaklah pendakwa membawa bukti dan sumpah kepada yang mengengkarinya. |
ADAKAH LIWAT SAMA DENGAN ZINA? Dari sudut haramnya liwat adalah lebih keji daripada zina .Apabila ditinjau di dalam beberapa kitab mazhab Syafie seperti Al Muhazzab ,Al Mizan lissyarani ,mughni al Muhtaj, tahkrijul Furu�a�la usul hukuman liwat sama seperti hukuman zina manakala pandangan ulama� mazhab Maliki ,Hanbali dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad pelakunya hendaklah direjam .(sila lihat hasyiah Dusuki ,al Mughni,al Muntaqa ala Muwatta�, al Qawanin al Fiqhiyyah) MENGAPA PERLU 4 SAKSI ? Kes zina /liwat adalah kes yang memerlukan saksi tidak kurang empat orang .Hikmah di sebalik perlunya 4 saksi dalam kes zina ialah perbuatan zina atau liwat dilakukan oleh 2 orang iaitu lelaki dan perempuan .Seolah-olah saksi diperlukan terhadap dua perbuatan ,kerana itu ia memerlukan empat orang saksi .Selain itu zina/liwat merupakan kesalahan yang paling keji .Oleh itu lebih ramai saksi diperlukan supaya ia tidak dihebahkan di kalangan orang ramai dengan sewenangnya PENGGUNAAN UJIAN DNA ,CCTV DAN PENEMUAN SAINS ADAKAH BOLEH M,ENGGANTIKAN 4 SAKSI ? Islam tidak menafikan kepentingan penemuan dan peranan Sains kepada kemaslahatan umat manusia amnya, namun Sains itu sendiri sepanjang sejarahnya sendiri, dalam mengemukakan teori yang yang hebat, masih mempunyai peratus kecil ketidaktentuan yang hanya tersingkap hakikatnya dizaman selepasnya. Contoh, Orbital Theory yang banyak memberi penjelasan dan menfaat kepada dunia sains berkurun-kurun namun pada hari ini telah diambilalih oleh Quantum Physics yang lebih tepat dalam menerangkan sifat sesebuah nukleus atom dan elektronnya. Teori �Jisim tidak boleh dicipta dan dimusnahkan� dalam Molecular Theory yang digunapakai berkurun-kurun lamanya sehingga kehari ini didalam pengajian di universiti dan industri terbukti salah apabila jisim boleh dimusnahkan menjadi tenaga dalam Nuclear Physics, diantaranya dengan formula E=mc2. Bayangkan ratusan teori sains yang lain termasuk DNA, boleh dipakai baik di zaman ini, belum tentu tepat dizaman akan datang. Oleh itu sebahagian teori sains, walau setinggi mana kehebatan, namun mempunyai peratusan ketidaktentuan. CCTV seperti termaklum boleh digubah seperti proses superimposed dsb. Dalam Syarak menyebut �Idrak hudud bisy Syubuhaat� (jangan dilaksanakan Hudud jika ada ketidaktentuan� (Hadis). Oleh itu pada pandangan saya, ujian dan bantuan Sains tidak boleh mengambil tempat 4 orang saksi yang tidak dikemukakan (bermakna hanya berpada dengan bukti DNA, tayangan CCTV dll tanpa perlu 4 orang saksi). Orang akan bertanya, kalau begitu bagaimana Islam memenfaatkan sains dalam hal ini. Jawapannya teknologi di atas sangat berguna untuk menjadikan si tertuduh akhirnya membuat pengakuan setelah kuat sokongan terhadap pendakwaan ke atasnya, seperti kes bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek, yang mengaku sendiri berzina, kerana wujudnya CCTV menyokong pertuduhan. Adapun sekiranya setelah ditunjukkan hasil ujian DNA, tayangan CCTV dll, si tertuduh masih tidak merekodkan sebarang pengakuan dengan kerelaan sendiri, malah masih bersumpah menafikan, dan si pendakwa tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang melihat benar alat adegan tersebut, maka tuduhan zina atau liwat jatuh akan turun tarafnya menjadi tuduhan atau sabitan Khalwat misalannya. Hukuman atas Khalwat adalah takzir (denda) yang boleh mencapai hampir hukuman Hudud sekiranya dienekmenkan sedemikian, perbahasan Takzir pula adalah panjang. (Dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com/-dengan sedikit pindaan.) ADALAH AMAT SUKAR UNTUK MENDATANGKAN SAKSI SERAMAI EMPAT ORANG PADA HARI INI ...BAGAIMANA PENYELESAIANNYA? Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dengan sedikit pengamatan terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia Barat. (Dipetik dari http://inijalanku.wordpress.com/-dengan sedikit pindaan.) BAGAIMANA PENYELESAINNYA? 1) Kes tuduh zina (qazaf) mesti dilaksanakan dihadapan hakim .Menurut Imam Nawawi rahimahullah dalam matan minhaj �Pendakwaan di hadapan hakim adalah syarat dalam kes seperti qisas dan tuduh zina (qazaf).Waris mangsa berhak menuntut qisas dan boleh bertolak ansur dengan menuntut diyat .Begitu juga dengan lelaki dan wanita yang dituduh berzina tanpa bukti .Mereka boleh menggugurkan hak mereka daripada menuntut hukuman. 2) Pendakwa hendaklah membawa bukti empat orang saksi dalam kes zina atau liwat dengan syarat-syarat saksi seperti yang dihurai dalam memperkatakan mengenai syarat-syarat saksi.Berdasar hadith Abdullah bin Amr bin Al Ash ra �Bukti diminta daripada pendakwa dan sumpah diminta daripada tertuduh (HR at Tirmizi) 3) Jika pendakwa berjaya membawa empat saksi maka hakim akan membenarkan dakwaannya .Hakim tidak perlu meminta tertuduh pula bersumpah bagi menafikan dakwaan tersebut.Demikian juga tertuduh tidak berhak meminta hakim menyuruh pendakwa bersumpah selepas mengemukakan bukti nya.Ini kerana tindakan itu membebankan pendakwa kerana terpaksa bersumpah selepas mengemukakan bukti. 4) Sekiranya pendakwa gagal mengemukakan saksi yang menyokong dakwaannya samada ia langsung tiada bukti ataupun bukti tidak mencukupi MAKA hakim perlu meminta tertuduh bersumpah bagi menafikan dakwaan itu.Setelah tertuduh bersumpah ,hakim akan memutuskan dia tidak bersalah. 5) Sekiranya pendakwa tidak mempunyai sebarang bukti dan pihak tertuduh pula enggan bersumpah ,dalam keadaan ini pendakwa pula dikehendaki bersumpah .Sekiranya pendakwa bersumpah , keputusan akan menyebelahinya dan akan membenarkan sumpahnya. 6) Sekiranya pendakwa pula enggan bersumpah setelah diminta oleh hakim tanpa sebab yang munasabah ,dakwaannya digugurkan kerana keenggannya dan ia terdedah kepada hukuman menuduh orang berzina tanpa bukti. 7) Dalam prosedur ini hakim digalakkan menjelaskan kesan keengganan bersumpah kepada pihak yang tidak mengetahui. 8) Sekiranya pihak tertuduh mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab dakwaan pendakwa tanpa sebarang alasan yang menasabah ,tindakan tersebut dianggap sebagai menafikan dakwaan dan juga enggan bersumpah .Dengan ini pendakwa pula diminta bersumpah. PENUTUP Mudahan dengan usaha kecil ini dapat menjernihkan sedikit kekeruhan yang berlaku dalam mesyarakat dan masyarakat merasa yakin bahawa ISLAMlah jalan penyelesaian yang terbaik. |