- Perundangan - ini pada pandangan saya antara "gap" besar antara DAP dan PAS. Bagi umat Islam, jelas. Al-Quran dan Sunnah mengatasi undang-undang bikinan manusia. Yang bukan beragama Islam pula, sudah pasti sistem perundangan manusia yang paling agung. Habis, di manakah jalan penyatuan?
- Perlembagaan - ini isu sensitif namun sekurang-kurangnya, ini dah jelas. Perlembagaan tidak akan disentuh oleh mana-mana parti.
- Hiburan - saya rasa, isu ini lebih rumit antara Keadilan dan PAS, bukan antara PAS dengan DAP atau PKR dengan DAP. Ini kerana Keadilan majoritinya umat Islam. Keadilan dan PAS harus bersetuju satu dasar dalam konsep berhibur. Kalau tak, apa yang terjadi di Kelana Jaya Julai 6 2008 mungkin berulang lagi. Takut yang dipersalahkan, DAP pulak.
- Dasar terhadap orang miskin - ini pun saya rasa dah jelas. Bantuan harus diberikan tanpa mengira bangsa dan agama.
- Pendidikan - aspek ini harus dilihat dengan lebih menyeluruh. Bukan hanya di sekolah, tetapi terhadap masyarakat secara amnya. Pada saya, ini adalah kekuatan besar Pakatan Rakyat. Pendidikan, penerangan dan perbincangan yang lebih terbuka harus dilaksanakan agar masyarakat saling kenal mengenali dan menghormati sesama lain. Khusus buat pendidikan di sekolah, sistem ini harus dirombak dan harus melibatkan para cendiakawan dan mereka yang arif dalam bidang ini.
- Pengurusan kewangan - ini saya rasa dah jelas jugak. Secara dasar, pengurusan kewangan haruslah lebih telus. Satu potensi isu antara DAP dan PAS adalah zakat, cukai dan jizyah.
- Pemeliharaan alam semulajadi - bukanlah agenda yang besar, namun dalam jangka masa panjang sumber tenaga alternatif harus difikirkan terutama apabila Malaysia kehilangan daya sebagai negara pengeksport minyak
- Isu pengangguran dan pekerja asing - ini isu besar dan dirasai oleh masyarakat umum di Malaysia. Saya rasa tak menjadi isu sangat antara ketiga-tiga parti ini dan mereka boleh berbincang untuk perancangan yang rapi.
- Pelaburan tempatan atau luar - Tun Dr Mahathir telah meletakkan "high standard" dalam hal ini. Saya yakin, bukan senang untuk menyaingi kebolehan Tun Dr Mahathir dalam hal ini. Saya kira, kalau dibawa berbincang pasti ada idea bernas yang boleh melanjutkan usaha ini.
- Penguatkuasaan undang-undang - ini juga luas, tapi saya rasa aspek ini banyak kebersamaan antara ketiga-tiga parti. ISA, OSA, Akta Hasutan, sekatan terhadap mahasiswa etc terangkum dalam aspek ini. Potensi isu saya rasa mungkin dalam hal-hal penguatkuasaan berkenaan aurat lelaki muslim dan wanita muslimah.
- Pertahanan - takde isu antara ketiga-tiga parti, tapi kalau nak buat isu "maintain"kan Dato' Seri Najib sebagai Menteri Pertahanan.
- Media - saya lihat tiada isu. Kalau adapun lebih menyentuh umat Islam seperti konsep tahyul, lucah etc yang harus dibanteras. Saya rasa, DAP dan Keadilan tidak akan menentang sangat dalam hal ini.
- Pengangkutan awam - kalau ini jadi punca keretakan Pakatan Rakyat, tak payahlah Pakatan Rakyat nak bermimpi tadbir Malaysia.
- Inisiatif lain - tiada isu, tapi apabila melibatkan NGO-NGO, ada beberapa ketidakbersamaan yang harus diperhatikan.
- Satu steering committee antara parti-parti komponen ini diwujudkan untuk membincangkan penyelarasan hala tuju dan kepimpinan Pakatan Rakyat tanpa mengorbankan prinsip mana-mana parti. Sekurang-kurangnya Naib Presiden setiap parti menjadi ahli dalam perbincangan tersebut. Di samping itu, 2-3 majlis tertinggi yang berupaya berbincang dengan rasional dijadikan ahli committee. Beberapa tokoh neutral harus dijemput sebagai pemerhati. Sebaik-baiknya, umumkan inisiatif ini kepada rakyat agar mereka tahu pimpinan serius memastikan Pakatan Rakyat ini mempunyai kesinambungan atas dasar prinsip bukan dasar individu.
- Sekurang-kurangnya, komponen Pakatan Rakyat terutama pimpinan harus jelas bahawa perjuangan Pakatan Rakyat terdiri dari beberapa visi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jangka masa pendek, perjuangan untuk kebebasan asas manusia dan kestabilan pakatan. Jangka masa panjang, pentadbiran yang lebih tersusun dan bijaksana. Pakatan Rakyat harus meletakkan fokus mengikut keutamaan dan visi-visi tersebut. Setiap bahagian State Function Capacity mempunyai weightage yang berbeza untuk setiap visi. Contohnya, pemuliharaan alam semulajadi mempunyai weightage yang lebih besar untuk visi jangka masa panjang dari jangka masa pendek.
- Kekalkan konfigurasi sekarang di mana setiap pentadbiran negeri adalah unik
- Jangan mudah terpengaruh dengan perangkap media dan parti pemerintah yang sedia ada
- Tukar mentaliti pembangkang kepada mentaliti pemerintah
- Jangan sesekali pula lupa daratan dan mula menjauhkan diri daripada rakyat. Walk the talk dan "hukum" sesiapa di kalangan pemimpin parti atau rakyat yang bersikap sedemikian. Kalau ada jamuan makan, jangan duduk dengan dif-dif kehormat sahaja tetapi bergaullah dengan masyarakat
- Khususnya buat parti PAS, strategi yang lebih teliti harus diletakkan di dalam perancangan mereka terutama aspek tarbiyyah. Perancangan PAS harus menjangkau masa 10-15 tahun ini
Pakatan Rakyat, ilusi atau realiti? Hanya sejarah dengan izin Allah akan merakamkan ia sebagai fantasi atau realiti. Saya yakin, rata-rata penyokong Pakatan Rakyat termasuk diri saya sendiri ingin melihat PR ini menjadi satu realiti lalu menjadi tenaga yang mampu memperbaiki ketidakadilan dan kebobrokan sosial yang sedia ada. Pilihanraya ke 12 membuktikan tiga-tiga parti pasti tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang bersepadu sesama mereka. Namun, andaikata pimpinan parti DAP, PKR dan PAS tidak mahu serius dalam kerjasama ini, maka saya yakin perjalanan Pakatan Rakyat hanya sementara dan pakatan ini akan hilang menjadi ilusi. Dalam pada itu, demokrasi di bumi Malaysia akan terbantut dan BN akan kekal memerintah buat beberap dekad lagi. Siapa yang rugi, kebenaran dan demokrasi. Siapa yang menjadi mangsa dan akan terus terpijak, rakyat keseluruhannya.
Fikir-fikirlah.