Kebebasan bersuara antara hak-hak yang Islam pertahankan buat umatnya. Selepas menonton debat minyak antara DSAI dan Dato' Shabery Chik secara tak langsung, secara keseluruhan saya rasa seronok. Rasa buat pertama kali sejak beberapa bulan satu perkembangan baik di negara. Pada saya, bukan DSAI atau Dato' Shabery Chik yang menang, tapi sikap keterbukaan media membawa debat tersebut secara langsung. Secara tak langsung, ini sebenarnya satu lagi kemenangan kepada rakyat yang bersuara dalam PRU baru-baru ini. Setelah sekian lama, kerajaan telah membuka lebih peluang untuk Pakatan Rakyat bersuara. Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa kerajaan mengiktiraf, ada desakan di kalangan rakyat yang mahukan perubahan positif ini.
Saya berkeyakinan, apabila media lebih terbuka dan rakyat dibenarkan untuk mendengar dan membuat pilihan, suasana demokrasi negara akan bertambah sihat. Rakyat akan menjadi lebih matang dan lebih berkebolehan untuk menilai antara intan dan kaca. Saya yakin, apabila media meneruskan sikap terbukaan ini, maka sewajarnya protes-protes jalanan semakin berkurang. Protes dan demonstrasi, hanya dijadikan wadah kerana tidak ada platform untuk suara alternatif mengeluarkan pendapat. Kerajaan seharusnya meneruskan budaya positif ini malah membuka laluan di dada akhbar dan siaran radio.
Jadi, sapa yang menang? Pada saya, rakyat yang menang. Moga ini dijadikan perintis buat pelbagai dialog yang bermanfaat di masa akan datang. Wallahua'lam.
Debat Minyak - Part 1
Debat Minyak - Part 2
Debat Minyak - Part 3
Debat Minyak - Part 4