Friday, 22 February 2008

Tahajud Manis Bila Terasa Perlu

Sebagai manusia, kita berinteraksi dan jumpa macam-macam punya ragam manusia. Rasa sukar nak handle, hanya setiap kali puak nih tanya soalan, teringat pesanan orang alim sebelum ini yang pesan agar bersabar.

Dalam pikir-pikir nih, saya selalu cuba nak relate jika pengalaman saya nih ada dalam seerah Rasul saw. Rupanya ada. Rasul lagi hebat dakwahnya. Malah, tak keterlaluan nak dikatakan lagi pelik jenis manusia yang rasul jumpa. Yang ekstreme tuh tak yah cakapla. Banding pengalaman saya tuh, agaknya sangat la senang jika dibandingkan dengan suasana rasul saw.

Dalam suasana sebegitu, rasul saw sering bermunajat dan bertahajud kepada Allah. Benarlah tahajud nih memainkan peranan untuk member kekuatan kepada para daei. Dan baru saya faham, apabila kita dah terdesak dalam berinteraksi dengan manusia, dan kita rasa macam putus asa dan harapan, kita bangun sepertiga malam lalu bertahajud, mengadu kepada Allah lemah-Nya kita – baru terasa manis bertahajud.

Kalau dulu sekolah menengah ustaz-ustaz paksa kita bertahajud. Maka dengan mata separuh bukak kita pun paksa diri kita solat tahajud. Okla, at least tidur dalam aircond – bisik hati nak menyedapkan rasa. Kalau sekolah tuh buat solat tasbih (yang tak pernah dibuat rasul saw), lagila hati bergelumang dengan perasaan hampeh. Masa tuh, tahajud dibikin kerana terpaksa. Tak terasa jiwa nih memerlukan Allah sebab tak terdesak. Tengok fizikal, macam solat. Tengok hati, hmm….Allah je tau.

Namun, apabila kita dewasa.. berkeluarga, bermacam-macam kesusahan menimpa hati. Dari hal-ehwal rumahtangga, pendidikan keluarga, sanak saudara, hal kerja, hal penyakit yang menimpa etc etc. Tak campur pasal dakwah pun. Masa tuh, kekadang terasa kesempitan hidup - mungkin bukan hal kewangan sahaja, tapi aspek lain dalam kehidupan. Rasa macam nak meluahkan perasaan, mengadu masalah pada yang memahami. Masa tuh, tahajud menjadi keperluan. Nangis macam nak rak mengadu kepada Allah tentang masalah. Semoga Allah permudahkan. Semoga Allah tunjuk jalan. Semoga Allah lembutkan hati. Semoga Allah sembuhkan penyakit. Ikutla apa harapannya.

Saya rasa, waktu tuh pasti ramai yang rasa tenang, especially lepas sapu tangan kat muka habis berdoa. Terasa dekat hati dengan Allah swt. Macam bermakna hidup, ada tempat mengadu direct. Tak perlu segan silu menangis sampai keluar hingus pun. Sebab kita pasti, tangisan kita ikhlas. Takde sapa nampak. Lantakla, janji puas hati. Gamaknya itula perasaan yang timbul.

Itulah manusia. Pada hemat saya, kekuatan dalam diri individu datang apabila ia merasa memerlukan kepada perkara tersebut. Bak kata Goku dalam Dragon Ball, “Power comes from need”. Apabila ia merasa perlu untuk dilakukan perubahan. Apabila ia merasa perlu mengadu kepada Allah. Apabila ia merasa perlu mengadap Pencipta-Nya kerana dah habis ikhtiar dan usaha. Apabila ia hanya meletakkan pengharapan kepada Allah swt untuk membantu dan menunjuk jalan keluar.

Jadi, bagaimana untuk kita ada kekuatan untuk bertahajud malam? Apabila kita menanam dalam diri kita sebagai hamba Allah, lalu timbul perasaan memerlukan rahmat dan bantuan Allah, maka timbullah perasaan perlu. Apabila jiwa kita sudah tunduk kepada kebesaran Allah, kita merasa perlu kepada Allah swt. Dari situ kita merasa, tak cukup solat lima waktu. Mahukan waktu tersendiri dengan Allah…dan waktu yang terbaik, sepertiga malam.

Mungkin baik saya ambik quote dari Ustaz Hasrizal masa beliau di Qatar sebagai penutup, "fizikal solat seperti solatnya nabi, tapi jiwa solat masih seperti jiwa tuan. Sedangkan rasul saw, jiwa baginda adalah jiwa hamba".

So, apabila ada perasaan hamba dalam diri, barulah merasa perlu kepada Allah. Bila merasa perlu kepada Allah, buatla apa ibadat sekalipun, pasti manis terasa.