“Saya sorang jer, tak terasa kalau saya tak undi.”
“Ala, confirm BN menang, sama jer.”
“Kalau undi pun, pengundi hantu lagi ramai.”
"Sama jer dua-dua, hampeh belaka"
"Bukannya berdosa tak gi undi. Dapat dosa ada la kut"
"Janji diaorang tak kacau aku, aku tak kacau diaorang"
"Ala bro, bukannya kita sokong BN, pembangkang pun hampeh. So, sapa aku nak undi? Baik duk rumah diam-diam."
Itulah antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat orang yang mendengar. Orang yang pada mulanya berkobar-kobar nak mengundi sampai boleh patah pensil 2B masa memangkah, boleh terasa luntur semangat bagaikan kain berwarna yang ditabur padanya peluntur klorox.
Bila dipikirkan secara rambang, ada sedikit kebenaran pada kata-kata tersebut. Yala, apala sorang manusia boleh buat ngan pilihanraya nih. Tapi, bila dikumpulkan sorang manusia nih menjadi ramai dan apabila diperhatikan dengan mata akal dan mata hati, kata-kata itu hanyalah alasan-alasan tidak bermakna bagaikan tin sardin kosong yang dah dibuang dalam tong sampah. Bukan tong sampah recycle, tapi tong sampah biasa yang ala-ala tak sanggup disentuh oleh pekerja paling rajin dalam Majlis Bandaraya sekalipun. Begitu hina alasan-alasan yang dikemukakan tadi!
"Ish, bior bebenor kamu nih. Marah bebenor la tuh. Jangan la hina kami begitu sekali."
Hmmm....biar statistic menjadi bukti:
"Penduduk Malaysia lebih kurang 26 Juta. Dari 26 Juta nih, tolak buang anak-anak belum cukup umur kita assume 15 juta yang boleh mengundi. Dari 15 juta nih, adalah dalam 10 juta yang mendaftar untuk mengundi berdasarkan perangkaan yang dilaporkan. Dari jumlah ini, hanya 8 juta (80%) yang pergi mengundi. Dari 8 juta nih, 5 juta mengundi BN dan 3 juta mengundi pembangkang. Lebihan 2 juta nih la yang menyebabkan BN dapat majority untuk memerintah.
Mana hilang 7 juta dari 15 juta yang layak mengundi tadi? Tolak 1000 lebih expatriate kat Qatar, 2000 lebih kat UAE etc yang tak dapat mengundi atas sebab-sebab teknikal, kita assume la 10-20 ribu expat Malaysia kat satu dunia, masih ada 6.8 million pengundi yang layak mengundi tapi tak mengundi atas alasan-alasan yang tak munasabah seperti di atas. Mereka nilah yang tak mengundi dan komen banyak pasal barisan nasional serta parti-parti alternative. Yang tujuh juta nih adalah orang yang tak rasa sapa-sapa patut jadi pemerintah sebab dua-dua pihak tak diundi. "
Kalau tak mau undi, takpe. Tapi jangan komen harga barang mahal. Jangan komen harga minyak melambung lepas pilihanraya. Jangan komen kalau tol-tol semakin mencanak-canak bayarannya. Jangan marah “pelajaran” terpaksa dibayar dengan harga tinggi. Jangan komen pemimpin rasuah. Jangan komen pemimpin korupsi. Jangan komen sistem kehakiman diperbodohkan. Jangan komen sistem pendidikan caca merba. Janga komen jenayah semakin menjadi-jadi. Jangan komen nasib sebagai rakyat biasa macam diperdagangkan. Jangan komen AJK masjid diperpolitikkan dan ulama yang baik digam. Jangan komen apa-apa & duduk diam-diam tepi tong sampah berisi tin sardin kosong tadi sambil tengok orang lalu lalang.
Orang yang layak komen adalah orang yang bertindak untuk mengubah keadaan. Orang yang layak komen adalah orang yang mengambil langkah memangkah. Orang yang layak komen adalah orang yang tak segan silu memilih calon yang disukainya kerana sedar undi yang satu CAN & WILL MAKE A DIFFERENCE! Undi yang satu, MAKES A DIFFERENCE!
Biasanya, yang tak nak undi nih lah yang paling banyak komen tapi bila disuruh turun mengundi, bagi seribu satu alasan. Walhal, bila kewajipan Afundi untuk Akademi Fantasia tiba, iishh, sanggup SMS 5 kali sehari (itu minimum, saya dah jumpa orang SMS 20 kali sehari!) malah pengorbanannya boleh sampai ke tahap naga gitu. Sapa yang untung, mereka dan keluarga mereka. Bukan penyanyi dan keluarga penyanyi tuh pun, orang yang memperdagangkan bakat diaorang yang untung.
“Akademi Fantasia lain la bro.” Apa lain-lain? Sama sahaja konsepnya.
Demi TV realiti, kita memilih dan mengundi orang yang kita rasa layak menang. Pilihanraya tak gitu? Demi AFUNDI dan artis yang diminati, kita bertungkus lumus berkempen untuk penyanyi kita malah hentam penyanyi-penyanyi lain. Pilihanraya tak gitu? Demi AFUNDI, kita buat Fan Club sampai bergaduh-gaduh dengan Fan Club lain. Kita masukkan dalam blog dan website sendiri dan puji serta puja habis penyanyi-penyanyi picisan ini. Pilihanraya tak gitu?
Bezanya, AFUNDI kita keluar duit manakala pilihanraya kalau kita sendiri yang tak bertanding dan bantu calon secara direct, kita cuma perlu pangkah sebagai modal. Tak keluar satu sen pun. Bezanya, di dalam pilihanraya, memang ada calon yang ikhlas nak bantu kita keluar dari masalah-masalah yang kita hadapi di Malaysia. Artis AFUNDI ada gitu? Bezanya, AFUNDI untuk berhibur manakala pilihanraya adalah perkara serius yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Nah..mana yang lebih penting.
"Oklah, gua accept your argument, tapi bro..apapun silap bro la."
"Kenapa la pulak?"
"Awat tak bagitau awal-awal, gua tak daftar untuk mengundi lagi."
Hmm....bab-bab ni lah saya bersyukur takde botol kicap kat tangan saya....