Kat kolam tuh, katak berjumpa dengan kawan-kawan ikan dia yang lain.
Katak pun berkata - wahai kawan-kawan ikanku. Awasilah cacing-cacing yang diumpan oleh manusia. Sekalipun nampak sodap dimakan, tapi sebenarnya kesenangan itu hanya sementara. Aku sudah melihat janji cacing itu dan aku nampak siksaan air yang panas yang menggelegak menunggu kamu.
Kawan-kawan ikan katak pun berkata - wahai katak, buat apa kami percaya kamu?
Katak pun menjawab - aku dah melihat dengan mata katak aku sendiri. Yakinilah!
Kawan-kawan ikan katak pun menjawab - itu hanya helah semata-mata. Tidak mungkin ada air panas yang menggelegak. Mustahil. Tengoklah sekeliling kita. Air ok jer...tak panas pun. Kamu hanya membuat sangkaan sebab jeles tak dapat cacing. Nyah ngko dari sini.
Katak hanya menggeleng kepala. Hanya beberapa ekor ikan jer percaya tapi yang lain, tak nak percaya termasuk rakan baik katak, ikan kaloi.
Pada satu hari, sedang ikan kaloi berenang-renang anak di kolam, ternampak dia seekor cacing menggedik-gedik. Ish, sodap dimakan cacing nih, desus hati ikan kaloi. Tapi tetiba, teringat beliau pesanan kawan baiknya katak. Patut ke aku ambik? Cacing tuh pun terus menggedik-gedik seakan-akan menggoda si ikan kaloi "ngaplah saya". Akhirnya, setelah pikir lama-lama, ikan kaloi pun tak tahan lalu ngap lah beliau akan cacing tersebut. "hhmmm...sodap dimakan". Tetiba, ikan kaloi merasa beliau ditarik ke atas lalu mencungap-cungap takde udara. Akhirnya, ikan kaloi pun pengsan. Apabila ikan kaloi terjaga, dalm keadaan sedar tak sedar beliau ternampak beliau sedang menuju ke arah air panas yang sedang menggelegak dalam sebuah periuk belanga. Ikan kaloi tersedar, kawan kataknya berkata benar tapi pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya lagi.
Itulah adat hidup. Cacing adalah umpama nikmat hidup dunia ini. Ikan-ikan umpama manusia biasa dan mesej yang dibawa katak adalah amaran tentang wujudnya hari pembalasan. Kita terlampau leka dan melupakan amaran Rasul saw tentang wujudnya hari pembalasan. Kita leka, sebab kita tak nampak lagi hari pembalasan nih. Kita berasa selamat. Namun kematian datang pada bila-bila masa. Kematian akan menyentak hidup kita pada waktu yang kita tak sangka. Apabila kita sedar, nauzubillah sudah terlambat. Janganlah kita mengambil mudah tentang hidup ini. Janganlah kita terlampau leka dengan kesenangan hidup yang diperolehi kini. Hidup ini hanya dugaan dan suatu hari, realiti hidup kita sebagai makhluk Allah atas muka bumi ini pasti muncul. Ada dua peringatan Allah atas muka bumi ini. Pertama, peringatan yang berbicara - Al-Quran. Kedua, peringatan yang senyap - maut. Janganlah sampai kita lalai dengan peringatan Allah yang berbicara kerana apabila peringatan yang senyap menjelma, tangisan darah tidak berguna.