Sejak tahun lepas, saya diperkenalkan dengan perubatan Cina. Berbeza sedikit peranan berbanding ubat barat nih. Untuk ubat batuk, konsep ubat cina nih adalah untuk membuang kahak-kahak yang ada. Jadi, sapa makan ubat Cina memang terasa mual dan nak muntah sahaja. Perit jugak masa awal-awal makan. Asyik ke bilik air sebab mual. Kalah orang mengandung. Tapi itulah peranan ubat Cina. Ambil masa lama sedikit berbanding ubar barat tapi mujarab. Hasilnya, bila sembuh memang terasa lapang dada. Mula-mula saya tak percaya, tapi bila dah mencuba, hmmm....memang mujarab.
Ubat barat pulak berbeza. Untuk ubat batuk especially yang pekat manis tuh, sedap dan lazat. Tapi konsepnya berbeza. Instead of kahak tuh dibuang, kahak tuh disuppress. Memang jangka masa pendek Insya-Allah ok tapi kesannya terasa di dada. Malah, setiap kali batuk dia akan jadik bertambah teruk dari yang sebelumnya sebab kahak lama tuh masih ada. Bukan saya nak promote ubat Cina dalam tulisan saya nih tapi apa yang saya nak bagitau kalau kita tak cuba perubatan alternatif nih tak tau kesannya. Patutla perubatan cina masih kekal sampai sekarang. Mujarab rupanya. Itu baru cuba satu.
Banyak moral yang saya pelajari daripada pengalaman nih. Pada saya, itulah umpama menguruskan manusia nih. Emosi dan perasaan manusia jangan ditahan dan ditekan. Patut dikawal, tapi jangan dikawal macam budak-budak. Kawal emosi dengan memberi kepercayaan kepada mereka. Bukan senang tuh nak percaya orang. Lagi ditekan, lagi panas. Makin lama, meluap-luap lah perasaan yang begitu lama tertekan.
Pada pandangan saya, itulah antara sebab mutakhir ini rakyat terpaksa memilih demonstrasi jalanan atau tunjuk perasaan. Sebab, dah lama terpendam dan takde ruang untuk bersuara. Bukankah ada Parlimen dan wakil rakyat untuk bersuara? Ye la, tapi ada tak check & balance dalam parlimen tuh kalau majority dari parti pemerintah? Abih tuh, kenapa tak pilih parti alternatif? Dah undi dah, tapi peluang untuk alternatif bersuara, memberi ceramah dan mengemukakan pandangan disekat. Masuk TV ngan radio lagi la...hanya ambik cebisan-cebisan jer. Kami ikut majoriti rakyat! Abih, yang pilih parti alternatif tuh bukan rakyat? Takkan habis la hujung pangkal, pokoknya jangan ditekan dan ditahan. Rakyat zaman sekarang bijak memilih apabila ruang yang adil diberikan.
Pasal tuh saya suka ambik quotation dari Ed Murrow, "We must not confuse dissent with disloyalty." Bersuara atau menegur bukannya tanda kita tidak patriotik. Malah, maknanya kita lebih patriotik sebab berani menegur.
Saya ambik contoh mudah la....saya terbaca dua artikel nih dari media alternatif. Yang pertama, sekumpulan orang muda memberi memorandum berbentuk bantal kepada Perdana Menteri kelmarin! Terkejut saya baca. Pertama, beraninya. Kedua, ini satu kreativiti. Bantal yang penuh mendalam tapi bermakna. Taknak saya hurai panjang kat sini. Kalau yang dapat tuh tak paham gak, hmmm.....alhamdulillah dapat bantal percuma. Tapi yang paling pentingnya, semua ini dibuat dalam keadaan aman dan oleh orang muda. Alhamdulillah, tidak ada peristiwa buruk. Terasa masih ada harapan negara kita nih.
Yang kedua, artikel tentang isu subsidi minyak di negara kita. Penulis mengkritik pihak pemerintah dan alternatif yang tidak memberi penyelesaian yang bermakna dalam isu minyak nih. Pihak alternatif dengan berani berkata jika diberi peluang kami akan menurunkan harga minyak. Pihak yang memerintah pulak, negara akan bangkrap kalau teruskan subsidi minyak. Saya bersetuju dengan penulis artikel tersebut, 2-2 salah. Mahu tidak mahu, saya bersetuju agar subsidi minyak dibuang. Subsidi ini hanya memperlihatkan artificially sosio-ekonomi sesebuah negara. Kalau tak percaya, cuba buang subsidi minyak kat Arab Saudi. Mencanak-canak naik harga telur nanti. Bila keadaan sosio-ekonomi kita nih artificial, gaji basic yang diperolehi pun artificial. Pasal tuh terasa sangat gaji kat Malaysia tak mencukupi.
Inilah maksud saya beri ruang untuk maklumat sebegini sampai. Jangan ditahan. Kita takkan baca atau lihat nih dalam dada akhrbar atau berita tempatan. Macammana rakyat nak pilih? Macammana rakyat nak pikir? Jika maklumat sebegini tidak ditahan malah dimasukkan dalam dada akhbar atau dibincangkan dalam forum di televisyen, rakyat diberi peluang untuk mencerna maklumat dan membuat pilihan yang lebih tepat. Jangka masa pendek, mungkin banyakla wakil rakyat kehilangan kerusi tapi jangka masa panjang, rakyat semakin matang, yang lemah tak boleh ditindas sebab suara mereka dikira, yang kuat tak boleh menzalimi kerana undang-undang dilaksana tanpa mengenal status. Hati rakyat senang, yang dipilih berkuasa pulak menjalankan tugas sebaik mungkin sebab takut tak dipilih dalam piihanraya akan datang. Kan ker best?
Ini tidak. Maklumat alternatif dan pandangan yang dissenting dihalang dari dibincang. Suratkhabar dan media penuh dengan liputan pasal artis dan cerita yang mengarut, mengkhayalkan dan penuh tahyul. Aduhai, sampai bila pemikiran rakyat nak matang. Apakan daya, kita memilih ubat yang akan menahan dan menyimpan kahak di dada. Tanpa diketahui, lama-lama mungkin makin derita.
Balik pada kisah saya sakit tadi, malangnya perubatan Cina tak dijual di sini malah bekalan kapsul DongChong Xiacao untuk batuk saya pun dah ambik. Nak tak nak, kenala jugak guna ubat barat. Moral disitu....lain kali punya cerita.