Dalam perjalanan ke Doha petang kelmarin bersama keluarga, tetiba kedengaran anak saudara saya bertanya ayahnya sambil menunjukkan jari ke langit, "Tuh apa ayah?" "Itu anak bulan." Jawab ayahnya.
"Keciknya. Agaknya mak bulan lagi besar ye?". Ayahnya menjawab lagi, "Tak. Itu crescent. Dalam bahasa melayu dipanggil anak bulan." Seperti kanak-kanak lain, anak saudara saya tuh masih tak puas hati lau bertanya, "Jadi, kalau itu anak bulan mak bulan mana?"
Tersenyum saya mendengar telatah anak saudara saya tuh. Banyak moral sebenarnya kita boleh perolehi dari telatah anak-anak kecil. Mahu tidak mahu, gelagat mereka mampu kita jadikan sebagai pengajaran hidup, terutama kita yang rasa dah dewasa nih.
Pengajaran yang pertama, anak-anak kecil sentiasa dahagakan ilmu. Mereka sangat prihatin dan melihat alam ini dengan pandangan yang positif. Anak-anak kecil, tak pernah merasakan ilmu mereka cukup. Mereka tak pernah merasakan untuk berhenti belajar. Asal nampak jer benda yang tak pernah mereka nampak, pasti tanya soalan. Bertanya itu memang senang....tapi kita yang nak menjawab tuh yang susah apatah lagi kalau soalan-soalan "pukulan maut" yang kita sendiri tak tau. Akhirnya, kita sendiri surrender, "Ala, biar je lah. Jangan sibuk". Mungkin di sini silap kita. Instead of mengambil jalan sabar dan menjawab dengan hikmah, kita mengambil jalan mudah dan menjawab dengan cara mengalah. Mungkin ini yang secara tak langsung kita tanam dalam diri anak-anak kita, kalau dah takder jalan, mengalah sahaja. Mungkin jika ini kerap berlaku, sikap mengalah ini menjadi semakin ketara lalu semakin menebal dan "reinforce" dalam diri mereka. Semuanya, hasil tarbiyyah kita sendiri. Hasilnya nanti, mungkin anak-anak kita apabila besar tidak berani mengambil jalan risiko. Tidak berani mengkehadapankan diri. Takut berasa dirinya di jalan yang salah. Sentiasa mengambil jalan yang konservatif dan tidak mengecewakan ramai orang.
Yang kedua, tak segan bertanya walaupun soalan tuh pada yang dah tau macam "soalan kurang pandai" kata sesetengah orang. Soalan-soalan yang tak logik di akal dan pengetahuan mereka, mereka pinta agar diperjelaskan hubungkaitnya. Kalau sebelum ini diajar, setiap yang menjadi anak, pasti ada ibunya. Bagaimana pula anak bulan? Anak tekak? Anak mata? Bagi yang pakar dalam hal linguistik, bolehlah menerangkan hal ini dari segi gaya bahasa melayu yang unik. Bagi yang tak pakar macam kita nih, terkebil-kebil nak menerangkan dan mungkin terpaksa memberikan misal dari segi English pula. Apapun, sikap tak segan bertanya adalah sikap yang mulia. Kalau begini sikap kita, saya yakin setiap kali habis sesi ceramah atau syarahan, pasti bertungkus-lumus orang nak tanya. Ini tidak, habis penceramah bercakap selama sejam di pentas, bila tiba soal sesi jawab, semua mula tengok lantai, tengok handphone, pejam mata, tengok jam etc. Akhirnya, penceramah cakap, "nampak gaya semua orang dah paham". Semua gelak sebab tau mereka sendiri tak paham tapi pasal malu bertanya. Ada pula yang sengaja menanam penanya soalan di sesi ceramah/forum perdana kerana biasanya bila satu soalan dah keluar, barulah ada yang berani keluar bertanya. Kadang-kadang obvious sebab orang pertama yang bertanya mesti pakai lengkap dengan samping, songkok senget dan baju melayu berkilat-kilat. Tapi apapun, moralnya, mana hilangnya sikap yang tidak segan bertanya dahulu kita nih? Ini membawa kita kepada pengajaran yang ketiga.
Ketiga, semua sikap-sikap positif ini sebenarnya satu naluri. Satu fitrah dan sikap semulajadi. Kita tak perlu ajar mereka untuk selalu bertanya. Mereka yang akan bertanya. Allah swt sudah menanamkan dalam diri kita dengan sikap sebegini sejak kecil agar kita boleh dan sentiasa memperbaharui diri kita. Memperbaiki diri kita. Lalu, apabila kita dewasa segala persoalan-persoalan utama kita sudah ketahui dan mampu pula kita membimbing anak-anak kita dan menjaga ibu bapa kita. Begitulah kitaran hidup. Itulah sunnahnya. Namun, apa yang terjadi kadang-kadang sebaliknya.Apabila kita meningkat dewasa, kita dah gelapkan fitrah kita. Fitrah kita yang sesuci bagai kain putih yang baru keluar dari kilang akhirnya semakin dicemari dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Apabila dah gelap pekat kain tersebut, kita lupa asal-usul diri kita. Kita lupa akan naluri kita yang bersih dahulu. Akhirnya, hilang sikap-sikap positif tersebut. Secara tidak langsung, kita akhirnya mengajar anak-anak kita akan sikap-sikap ghair sunnatullah ini. Apabila anak kita dewasa dan mampu membuat keputusan, terpulang kepada mereka nanti untuk memilih jalan mana. Ilmu sudah mereka perolehi, terpulang bagaimana dan yang mana hendak dipraktikkan. Andaikata baik didikan dan lengkap persiapan mereka, Insya-Allah mereka besar menjadi anak yang soleh dan solehah. Andaikata mereka dikelilingi dengan unsur-unsur negatif ditambah dengan keluarga yang tidak mengambil endah dan suka mencari jalan mudah, hmmm...awas.
Keempat, kita harus banyak-banyak bersabar dalam memberi dan mencari ilmu. Teringat saya iklan petronas tentang iklan burung. Burung apa tu bah? Burung apa? Burung apa? Abah, burung apa? Soalan demi soalan tak habis habis. Bertalu-talu. Dalam realitinya, mungkin dah kena pelempang dengan ayah dia. Tapi iklan tuh ingin menanamkan sikap positif dan menunjukkan sikap yang ideal lebih daripada sikap yang real. Dalam hal ini, kita akan lihat ramai yang berjauhan dari sanak saudara untuk mencari ilmu atau mengajar ilmu. Terpaksa menempuhi traffic jam yang saban hari makin teruk. Terpaksa melalui cuaca yang ekstrem panas atau sejuk. Terpaksa bersengkang mata di tengah malam sebab waktu siang anak-anak bising dan kacau waktu pengajian. Hakikatnya, seorang pendidik dan pencari ilmu kena dan wajib banyak-banyak bersabar. Tak taulah macammana nak stress lagi benda nih.
Kesimpulannya, bagaimana diri kita? Adakah kita ini sentiasa dahagakan ilmu? Adakah kita ini tidak malu bertanya? Adakah kita ini masih bersih naluri dan fitrahnya? Adakah kita ini, bersabar dalam memberi dan mencari ilmu? Adakah kita, bersedia menerima kesalahan? hmm...tepuk dada tanyalah selera. Janganlah lepas ini ada yang tanya, "macammana selera nak jawab?"...memang wajib kena pelempang.