Tapi, sebagaimana semua alat-alat yang ada kat atas dunia nih, kita harus berhati-hati atau kata lain yang lebih tepat lagi, bertakwa ketika menggunakannya. Bertakwa dalam bidang teknologi? Ish, jarang bebenor la dengar. Tapi itu hakikatnya dan ramai yang tak mengupas aspek ini.
Contohnya, macam handphone - kebaikannya ada, tapi fitnah yang kita boleh terjerumus ke dalamnya banyak jugak. Ftinah yang saya maksudkan kat sini bukan fitnah yang difahami orang Malaysia, tetapi fitnah yang saya maksudkan adalah ujian atau tribulasi. Masa saya menunaikan umrah may 2007, ada lak orang tawaf pakai handphone. Apa ke jadahnya...confuse saya. Seronok makcik arab tuh berborak sambil tawaf. Satu round, dua round...saya yang tawaf bersama anak sulung saya pulak jadik x khusyuk. Ini yang saya maksudkan fitnah. Umat Islam diuji dengan HP dan ramai yang terbawa-bawa hatta ketika beribadat di rumah Allah sekalipun. X ambil kira yang ambik gambar, bunyi handphone masa solat etc etc etc.
TV nih satu teknologi yang confusing gak. Dulu, saya ingat masa kecil terdengar suara-suara yang mengatakan TV nih haram. Satu masa dulu pulak, ada yang kata nih alat dajjal. Saya teringat satu cerita dalam email yang saya pernah dapat...satu family yang betul-betul jaga suasana rumah dia, yang mendidik anak-anak dia tentang keburukan menipu, menzalimi manusia lain, pergaulan bebas, minum arak etc. Malahan, dia juga mengawal sapa kawan-kawan anak dia. Dia control anak dia dari bergaul dengan orang luar. Tapi dia lupa, yang di dalam rumah sendiri anak dia ada best friend yang lebih dahsyat. Best friend dia nih bawak orang minum arak dalam rumah, bawak orang yang suka bergaduh sesama keluarga dalam rumah, bawak orang yang kurang ajar dalam rumah, bawak orang yang bergaul bebas dalam rumah etc etc. Sapa best friend anak dia tuh? TV. Bukan nak cakap TV takder kebaikan, tidak sama sekali. Namun, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal harus berhati-hati atau bertakwa bila menonton siaran program di TV terutama ketika menonton program bersama anak.
Malah, saya sendiri belajar banyak dari program TV, salah satunya cerita Good Night & Good Luck arahan George Clooney pada tahun 2005 tentang wartawan bernama Edward R Murrow. Beliau ini seorang wartawan terkenal zaman 40-50s' di Amerika telah mengungkap, "This instrument can teach, it can illuminate; yes, and it can even inspire. But it can do so only to the extent that humans are determined to use it to those ends. Otherwise it is merely wires and lights in a box. There is a great and perhaps decisive battle to be fought against ignorance, intolerance and indifference. This weapon of television could be useful." Namun, apa yang kita lihat sekarang TV digunakan semata-mata untuk tujuan komersil serta meraut keuntungan dan tidak digunakan untuk mendidik nilai-nilai mulia, toleransi dan indiskriminasi.
Sama la macam komputer. Kebaikannya banyak - hubungan silaturrahim dapat dipelihara, media dakwah, video conference, jumpa jodoh tapi masya-Allah, awas...jalan fitnah ke arahnya banyak jugak. site-site yang teruk, tak kurang yang berpura-pura dalam MySpace, Friendster etc penipuan, skim cepat kaya etc. hmmm.....moralnya, bertakwalah ketika menggunakan alat-alat berteknologi ini di mana sahaja kita berada terutama apabila kita seorang diri! Masa kita seorang diri, kekadang timbul bisikan syaitan yang macam-macam tuh.
Apapun, dalam keseronokan kita berteknologi nih, hati-hatilah dalam menjaga ketakwaan kita. Teringat saya kisah Saidina Omar ra apabila orang tanya apa maksud bertakwa, jawabnya "bagaimana kau berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri?" Orang tuh menjawab, "tentu dengan berhati-hati!". Saidina Omar ra menutup perbualan, "Itulah makna ketakwaan."