Friday, 18 April 2008

Soalnya Hati - Yakin dan Ikhlas

Malam Khamis baru-baru ini, saya makan malam bersama rakan-rakan lama saya di Amsterdam. Kesemuanya bukan dari Malaysia. Seorang dari Australia, 2 dari Belanda dan sorang dari Canada. Mula-mula, ingat nak belanja. Tapi, bila diaorang dah order wine, tak jadik la pulak. Mujur jugak tak belanja sebab bil makan untuk kami sahaja malam tuh dah mencecah 2000 Riyal. Mujur la diaorang tak order wine yang berharga 15000 Riyal tuh.

Apa yang menarik malam tuh, adalah persoalan mereka tentang Islam. Berada di Qatar, soalan itu pasti muncul. Tambah-tambah lagi saya dah lama tak makan dengan diaorang dan diaorang hampir lupa saya antara kategori "special Muslim" sebab saya tak minum. Diaorang cakap, kat KL bersepah orang Islam yang minum arak terutama di hotel. Saya antara orang Islam yang diaorang jumpa tak minum arak. hahaha...tertawa saya bila mendengarnya.
Mereka nih memang orang baik. Saya mengagumi keikhlasan mereka. Mereka memang menjaga hubungan dengan isteri dan keluarga. Tapi entah mengapa susah mereka nak peluk Islam. Saya fikirkan beberapa sebab:
  • Mungkin takde orang nak terangkan konsep kepercayaan orang Islam, terutama tentang keesaan Allah. Mereka tau orang Islam cara hidupnya pelik dari kebiasaan solat, tak minum arak, makan "pork", bertudung etc etc etc. Tapi mereka mungkin tak tau apakah titik pertemuan sesama orang Islam yang menyebabkan mereka mengamalkan perkara-perkara tadi. Mereka tidak jelas tentang konsep tauhid. Malah, teringat soalan teman saya tahun 2004 tanya orang Islam nih sembah batu hajar aswad kat Mekah tuh ker? Mujur jawapannya senang.
  • Mungkin orang dah terangkan tapi masih berdegil. Itu yang susah. Terkenang kisah Abu Talib. Walaupun bapa saudara Nabi malah sanggup berlapar dan bersusah bersama Nabi semasa pemulauan kafir Quraisy terhadap Bani Hashim, tapi still tak masuk syurga. Secara logiknya, dah boleh masuk syurga dah tuh. Banding ngan kita, memang dah terbukti beliau tolong Nabi secara langsung. Tapi kenapa beliau memilih mati dalam keadaan tidak percaya kepada Allah? Kenapa? Inilah kata-kata beliau, "Memang aku tahu sesungguhnya, agama Muhammad itu sebaik-baik agama buat umat manusia. Kalaulah tidak lantaran hendak menghidarkan cela dan makian (orang banyak), nescaya kan kau dapati aku memeluk agama itu dengan sepenuh hati." Kalau pikir dari segi amalan, layak masuk syurga - susah senang dan pertahan Nabi Allah secara langsung. Tapi amalan tanpa pembawaan hati dan penerimaan akidah, akhirnya tak kemana. Terkenang isi borak dengan seorang yang saya hormati di bowling baru-baru ini - lebih baik kita nampak kafir di mata orang tetapi beriman di sisi Allah daripada dipandang beriman di sisi manusia tapi kafir di sisi Allah. Mendalam maknanya tuh.

Itulah yang dikatakan soalnya hati. Titik tolaknya, yakin dan ikhlas. Pada saya, peringkat amalan seseorang membuktikan sejauh mana keyakinan beliau terhadap mesej yang beliau bawa. Lihatlah Malik al-Shabbaz atau Malcolm X. Apa yang mendorong beliau bekerja keras untuk Nation of Islam dan kemudian untuk Islam? "Conviction" atau keyakinan beliau yang mendalam terhadap Islam sebagai penyelesaian. Begitu juga Gandhi. Apakah yang mendorong beliau untuk berpuasa satyagrapha dan berjalan beratus kilometer dalam peristiwa garam di India? Tak lain dan tak bukan, conviction atau keyakinan yang mendalam bahawa India harus dimerdekakan dari imperialis British. Sama ada amalan seseorang diterima Allah atau tidak, ikhlaslah penentu. Dalam hal ini, ikhlas dengan mesej bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.


Yakin nih sebenarnya pemberi kekuatan. Kalau benar-benar yakin - macam orang jual MLM. Diaorang tau product diaorang baguih. Diaorang jual berhempas pulas tanpa mengira kawan atau lawan. Kulit muka memang tebal orang species nih. Mungkin sebab utama product diaorang memang baguih. Tapi sebab paling utama diorang tau ada ganjaran menanti! Diaorang yakin dengan "aftersales" profit. Diaorang pernah merasa kebenaran "aftersales" profit tersebut. Lain kata, mereka yakin 100% dengan hari "aftersales" tersebut. Malah, saya sendiri dah nampak penyata kawan salah seorang kawan saya yang mencecah belasan ribu sebulan. Mana taknya diaorang sanggup bertungkus lumus untuk MLM mereka. Malah, baru-baru ini sorang kawan saya resign dari PETRONAS ingatkan nak ker Middle East, tapi rupanya nak bertumpu MLM beliau. Dah ada office lagi. Memang gua tabik sama itu kawan.

Bagaimana pula kita yang beragama Islam? Product kita Islam. Kita tau product kita baguih. Malah, dijamin oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Tapi kita somehow belum sampai tahap keyakinan "after life" seperti pengedar MLM nih. Kita belum merasa profit "after life" ini. Kita tak nampak ganjaran pahala dan siksa neraka. Jadik, keyakinan kita sebenarnya belum sampai tahap yang kita sanggup penjadi pengedar MLM untuk Islam. Bak kata orang biasa, "cukupla sembahyang 5 waktu jer. Yang lain tuh, comes naturally" Hasilnya, cara kita package kan product Islam macam ni lah...jadik Islam sembrono atau Islam pada nama.
Ikhlas pula bagaimana? Memang bukan mudah. Keyakinan kepada Allah itu Esa memang berkait rapat dengan keikhlasan. Tak caya, tengok surah Al-Ikhlas. Tidak timbul satu pun perkataan ikhlas dalam surah tersebut tapi nama surah tersebut menampakkan hubungan yang kuat antara ikhlas dan satu surah yang 1/3 dari Al-Quran berkisar tentangnya, yakni aqidah yang shahih. Tanpa keikhlasan, tak kirala berapa kali pergi haji atau berpuasa atau solat tahajjud, akhirnya Allah tak terima juga. Terkenang cerita Hasan Basri apabila ada seorang memulangkan kain yang telab dibeli dari Hasan Basri. Tup tap tup tap, Hasan Basri menangis. Terkejut mamat yang pulangkan kain tadi lalu bertanya kenapa beliau menangis. Lalu Hasan Basri menjawab, "Apabila engkau memulangkan kain ini kepadaku tiba-tiba aku terkenangkan hari akhirat lalu takut di hari tersebut Allah akan menolak dan mencampakkan amalan-amalanku ke mukaku kerana ada cacat cela di dalam keikhlasan aku dalam beramal".

Apakah penyelesaiannya? Bagaimana nak menyuburkan keyakinan dan keikhlasan dalam diri. Nih pada pandangan saya yang boleh dibuat sebagai mengorak langkah menguatkan keyakinan dan keikhlasan dalam beramal.
  1. Menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Lebih banyak kita berguru dan membaca, Insya-Allah lebih mendalam keyakinan kita terhadap Islam.
  2. Dekati orang-orang yang saleh. Kurangkan pergaulan bebas dan jauhi tempat-tempat maksiat.
  3. Amalkan cara hidup yang sederhana dan kurangkan pembaziran
  4. Jika belum bersedia untuk berdialog tentang Islam dengan rakan-rakan, berikan beliau terjemahan Al-Quran. Malah, dengan kemudahan teknologi zaman sekarang, berikan beliau link tentang Islam. Kena bagi website yang baikla.
  5. Kalau travel, jangan sekali-kali tinggalkan solat terutama sekali kalau travel on business trip bersama dengan rakan-rakan belum memeluk Islam. Beramallah dengan amalan Islam ketika berurusan yakni tepati masa, penuhi janji, berlaku adil, tidak memecah amanah atau khianat etc.
  6. Jika berjawatan didalam sesuatu pertubuhan NGO Islam atau politik (tak kira PAS, PKR atau UMNO), banyakkan pamphlete tentang Islam di bilik gerakan. Pamphlete mudah tentang apa itu Islam, tujuan hidup, Nabi Muhammad saw etc etc. Kalau mampu, sediakan beberapa keping di pejabat just in case.
  7. Berdoa dan bermunajat kepada Allah semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan keikhlasan dalam kita beramal.
Nah, bila sudah begini barulah nampak Islam sebagai product yang cemerlang. Barulah jelas matlamat dan tujuan. Barulah makin ramai yang memeluk Islam kerana melihat kualiti umat Islam yang benar-benar menurut ajaran Islam.
Benarlah kata Saidina Ali ra, "Sesungguhnya tidak ada manfaat sesuatu ibadah tanpa mengetahui apa yang disembah, tidak ada faedah sesuatu ilmu tanpa memahami isinya, tidak ada kebaikan sesuatu pembacaan tanpa merenungkan apa yang terkandung di dalamnya." Sama-samala kita pikir.