Pada minggu pertama juga saya hanya menelefon rakan-rakan dan bertanya khabar. Ramai yang tak dapat saya berjumpa sebab semua akan pulang hanya 2-3 hari sebelum pilihanraya...sedangkan saya akan pulang ke Perak untuk mengundi masa tersebut. Malam saya pulang ke Perak menaiki bas tak henti-henti berborak dengan rakan-rakan dari Kedah, Perak terutama Sungai Siput, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan via handphone nak tau suasana di tempat masing-masing. Dapatla jugak sedikit progress di negeri tersebut. Orang yang duk sebelah saya tengok semacam jer. Mesti duk terpikir sapa dok sebelah dia nih...SB ker pengundi hantu. Jangan saya pulak divideo tape macam Lingam. Mujur saya tak cakap "correct, correct, correct".
Semasa di Perak, sempat ler lepas rindu kat makanan-makanan istimewa. Terkenang pulak masa kecil dulu-dulu. Kempen pilihanraya di Perak tak ler sehebat di Terengganu. Kalau di KT tuh, poster-poster pilihanraya memang sangat banyak sampai mendung langit dibuatnya. Di Batu Gajah, macam ya tak ya jer ada pilihanraya dari segi poster. Tapi rata-rata bila jumpa orang memang suma tunggu election day nih. Masa pergi memangkah, saya kena saluran 2. Kat sini, tak ler meriah macam tempat mengundi saluran 1. Mungkin suma dah tau yang saluran 2 nih tak yah kira undi kut, dah tau jatuh ke sapa. Tempat mengundi saluran 1 nih macam pesta lak tengok. Yang saya tak leh lupa, saya ternampak segerombolan rakyat Malaysia berbangsa India yang kluar dari estate sambil bawak motor kapcai dengan muka yang penuh serius dan semangat yang membara. Nak tegur pun saya takut. Masa nak mengundi, muka masam jer kasik IC kat minah yang jaga tuh. Dalam hati saya, kalau ada pencalonan pengundi paling serius dalam PRU12 nih, saya yakin mereka nilah yang pasti menang.
Petang tuh jugak saya ke KL untuk berjumpa rakan-rakan lama. Saya menumpang kereta member lama yang bekerja sekali di Bintulu dulu. Hanya Allah jer tahu betapa lajunya dia bawak kereta, dalam hujan pulak tuh. Alhamdulillah, kami selamat sampai Masjid Syakirin sebelum Maghrib. Lepas sembahyang, pergi makan kat Suria KLCC Level 4 bersama salah seorang CEO Petronas. Rasa terharu gak sebab CEO nih yang call saya dulu dan beria-ria nak jumpa saya. Apapun, saya masih tak dapat belanja dia sebab gaji dia masih besar sedikit dari gaji saya (sebelum tax). Seronok berborak dengan rakan-rakan lama nih, terkenang semangat masa bekerja dengan PETRONAS dulu. Masa tuh, keputusan pilihanraya baru jer kluar. Yang terpampang di TV adalah keputusan pilihanraya dari Sabah, Melaka. Tak terduga saya malam 8 Mac 2008 tersebut menjanjikan keputusan pilihanraya paling menarik dalam sejarah piliharanya di Malaysia.
Dalam perjalanan saya ke Shah Alam menaiki teksi, panggilan pertama diperolehi. "Megat, Titiwangsa jatuh kat PAS. Nih kubu kuat BN nih, kalau BN tumbang kat sini, petanda baik nih." Panggilan demi panggilan seterusnya pulak tiba, "Samy Vellu kalah", "Izzah menang", "Banyak parlimen jatuh kat kita", "FRU berkumpul kat PWTC", "Ada can harga minyak turun esok"...dan macam-macam lagik. Saya rasa pemandu teksi pun seronok dengar saya borak sampai dia pun update keluarga dia waktu yang sama. Teringat pemandu teksi tuh cakap, "Saya sangat suka kalau 2 orang nih kalah, Samy Vellu dan Rafidah. Ada berita pasal Rafidah?", saya call kawan saya di KK - nampak gaya macam kalah tapi tengah pengiraan semula. Berdebar-debar malam tuh. Tiba saja di rumah kawan saya dalam pukul 10 pm tuh, suma masih segar menunggu results pilihanraya di depan TV. Rasa macam Bilik Gerakan jer rumah tuh. Tak kurang jugak beberapa YB baru call rumah tuh. Dalam pukul 11.30 pm, keputusan pilihanraya biasanya dah habis diumumkan dan majoriti 2/3 boleh dibentuk. Tapi malam tersebut tak nampak bayang 2/3 lagik. Pakatan Rakyat mengikuti Barisan Nasional macam dalam F1 race pulak. Keputusan melalui handphone dan internet lebih cepat dari yang keluar di televisyen. 2.30 pagi, hampir kesemua negeri keputusannya dah keluar kecuali Perak dan Selangor. SMS sebelum tengah malam dah inform Perak dan Selangor akan membentuk kerajaan baru. Keputusan di negeri sembilan pulak sangat memeranjatkan. Pembaca berita pulak nampak penat sampai bertukar orang dah ganti beliau. Muka-muka yang tak pernah nampak kat TV mula kluar dan menggunakan istilah berlaku tsunami dalam pilihanraya kali ini. Dalam 3.30 pagi, akhirnya pembaca berita mengumumkan BN berjaya membentuk majoriti mudah dan pengumuman ditamatkan. Masa tuh, keputusan Perak dan Selangor masih belum diumumkan. Ramai masih blur dan tak sangka-sangka dengan keputusan tersebut. Susah nak tidur malam tuh. Ada yang masih terkejut, tak sangka, gembira dan ada yang pening. Member yang buat manifesto untuk Pakatan Rakyat mula berfikir next step. Malam tuh mula meneka-neka sapa MB di Kedah, Selangor, Pinang dan Perak. Tekaan kami malam tuh suma tepat kecuali Perak sebab tak sangka Perak boleh jatuh kat PR. Niat asal jadik pembangkang yang kuat tak sangka lak boleh menang.
Pagi di Shah Alam macam tenang sahaja. Suratkhabar habis dijual. Muka depan terpampang 4-5 negeri jatuh ke pakatan DAP-PAS-PKR. Apabila saya menaiki bersarapan di kedai mamak dan menaiki tren ke KL, saya dapati muka-muka rakyat Malaysia masih macam tak percaya dan keletihan. Saya rasa, ramai yang tidur lewat malam tuh dan tak sangka, bangun pagi di bawah kerajaan negeri yang baru. The rest as people say, is history.
Jadual cuti kami sekeluarga mulai "hectic" selepas 9 March 2008. Namun alhamdulillah, seronok dan puas hati kerana berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan, terutama rakan reformasi 1999. Mungkin kerana keputusan pilihanraya kali ini, ada "extra driver" untuk berjumpa. Dari berkelah di Taman Rekreasi Sunway di Ipoh, melihat pohonan hijau di Cameroon Highlands, menziarahi PETROSAINS dan berbelanja sakan di Kuala Lumpur...segalanya berjalan dengan lancar dan selamat. Rasa macam banyak lagi nak buat kat Malaysia dan beberapa orang yang tak sempat saya jumpa tapi Insya-Allah tahun depan ler pulak.
Yang paling sedih however, saya menerima sms kematian kawan lama saya dari US 3-4 hari sebelum pulang ke Qatar. Beliau meninggal ketika pulang bercuti ke US. Umur dalam 40an dan masih belum berkahwin. Banyak rumah di Indonesia dan satu condo di KL. Penyokong kuat Bush dan Republican. Kali terakhir saya jumpa beliau tahun 2006. Memang workaholic bila bekerja. Bila ditanya sebab kematian, puncanya adalah brain aneurysm. hmmm....sapa sangka.
Akhirnya, setelah 4 minggu berlalu cuti March 2008 pun berakhir. Ketika menaiki kapal terbang pulang ke Qatar, saya sedar bahawa itulah cycle kehidupan. Seronok pun ada, insaf pun ada. Seronok kerana cuti bermakna. Insaf kerana tugas yang semakin berat di hadapan. Masa terus berlalu. Anak makin membesar. Ibu bapa semakin berusia. Perut makin ke depan. Rambut makin kurang. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang gembira, ada yang kechiwa. Ada yang berazam, ada yang berputus asa. Yang hidup terus hidup, yang mati tinggal memori. Ala kulli hal, saya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah dan berdoa, agar Allah tsabatkan kami sekeluarga atas deen yang mulia ini.