Saturday, 19 January 2008

Idealisme vs Realisme Dalam Perjuangan

Masa kita muda dulu, kebanyakan kita nih idealis. Ramai yang mungkin bercita-cita besar dan tak kurang juga yang cita-cita menggunung tinggi. Kalau tanya anak-anak kecil yang berumur 4-5 tahun especially besar nanti nak jadi apa? Dengan gumbiranya jawapan mereka adalah Power Rangers atau Transformers. Terkenang saya masa sekolah rendah darjah 1, cikgu muzik saya Puan Noraini (klu x salah nama beliau) tanya sorang-sorang kami cita-cita nak jadi apa. Kebanyakannya bagi jawapan standard masa tahun 80an - bomba, polis, doktor, peguam, askar. termasuklah saya. Sorang rakan saya berbangsa melayu jawab - jadi Perdana Menteri. Lantas sorang rakan saya yang berbangsa Cina pulak jawab, nak jadi Agong. Kami semua terpegun kecik-kecik dah cita-cita besar, tanpa kami ketahui realitinya nak jadi Perdana Menteri dan apatah lagi Agong kat Mesia bukan semudah itu. Samalah seperti sekarang bila anak-anak kecil menjawab nak jadi Optimus Prime atau Bumblebee. Akhirnya, apabila usia bertambah, kematangan diperolehi - baru kita sedar apa yang harus dikecapi.


Semasa remaja saya dulu seorang idealis. Bercita-cita untuk menjadi ahli masyarakat yang aktif dan antara keyakinan saya masyarakat hanya boleh berubah melalui kekuasaan. Saya adalah antara mereka yang meyakini agenda melayu baru dan konsep perjuangan bangsa sewaktu itu. Persekitaran dan pengaruh keluarga membentuk ideologi saya. Zaman tersebut, saya berjumpa dengan ramai yang ikhlas untuk memperbaiki nasib masyarakat dan negara. Tokoh seperti Tun Dr Mahathir dan gandingan beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim pada waktu itu membuatkan keyakinan saya terhadap perjuangan ini semakin jelas. Imej negara sewaktu zaman ini memang terang gemilang.


Sebut jer nama Malaysia di persada antarabangsa, 2 nama ini pasti muncul. Perasaan bangga dengan pencapaian masyarakat dan negara sepanjang tahun awal dan pertengahan tahun 90'an pada waktu tersebut memuncak. Sempat la jugak saya duduk barang sejam dua sebilik dengan dua tokoh besar yang disebut tadi. Malah berjam-jam dengan tokoh-tokoh lain. Agak jauh jugak saya pergi dalam memenuhi ideal saya tersebut. Seakan-akan, jelas dah jalan yang saya harus lalui. Malah, tidak keterlaluan saya katakan pada waktu itu keluarga saya dah berharap agar saya meneruskan perjuangan tersebut. 1997, merupakan kemuncak dalam saya memenuhi ideal saya ini. Namun, Allah swt ada perancangan yang berbeza untuk diri saya. Sebagaimana hanya kematangan dan pengalaman manusia dapat mengubah diri seseorang, selepas 1997 pandangan saya terhadap bentuk perjuangan dan gerakan perubahan masyarakat berubah. Mungkin saya akan cerita pasal ini lain kali tapi ringkasnya, realiti masyarakat membuatkan saya sedar bahawa ideal perjuangan yang saya inginkan tidak dapat dikecapi dengan jalan yang saya lalui dulu. Kita tidak boleh mengubah sesuatu masyarakat dan pada waktu yang sama kita berkompromi dengan kepercayaan dan cara hidup masyarakat tersebut.
Jika kita ingin mengubah masyarakat, pemahaman dan pendirian kita harus jelas. Pendirian kita harus tegas. Salah tetap salah. Betul tetap betul. Dan dalam menyatakan pendapat ini, jangan kita terlampau ekstrem sampai melukakan hati orang-orang yang berumur. Jangan terlampau keras sampai lupakan perasaan orang lain. Jangan kita pula terlampau berlembut sampai orang tak tau apa pendirian kita. Jangan pula terlampau berlapik sampai orang pijak kepala.


Lalu kita hayati dan amati seerah perjuangan rasul saw. Sewaktu baginda mula berdakwah, Makkatul Mukarramah sebenarnya hanyalah sebuah kampung kecil jika kita ukur dengan keadaan sekarang. Penduduk Mekah pada waktu tersebut, para sejarawan anggarkan paling tinggi hanya 10000 orang sahaja (termasuk kanak-kanak, orang tua dan perempuan). Tak ramai pun. Jika nak dibandingkan, penduduk AlKhor Community hanya mencecah 6000 orang. Penduduk di pekan Batu Gajah dianggarkan 34000 orang. Jadi, kalau kita fikir-fikir Mekah dulu hanya besar sikit dari AlKhor Community dan kecil lagi dari pekan Batu Gajah. Tak payah nak dibandingkan dengan kota Rom, Parsi, Greek, China, India masa tuh.


Rasul saw berdakwah selama 13 tahun di Mekah dan dikatakan ahli sejarah Rasul saw berdakwah dengan berjumpa semua orang di Mekah selama waktu itu. Secara matematik, kalau Rasul saw berjumpa 10 orang dalam sehari, maka untuk berjumpa 10000 orang rasul harus mengambil masa sekurang-kurangnya 1000 hari atau 3 tahun. Jadi, rasul saw sekurang-kurangnya berjumpa 3-4 kali seorang sepanjang 13 tahun tersebut di Mekah masa tuh untuk menyampaikan dakwah.


Pelbagai cara nak halang Rasul saw. Jelas, Rasul saw pernah ditawarkan kuasa untuk menguasai Mekah asalkan baginda berhenti ajaran tauhid, tapi baginda tolak. Kalau lojik kita lah, terimalah kuasa dulu. Bila dah "establish power" setahun dua, ajar Islam. Mesti ramai yang ikut. Rasul saw juga ditawarkan berkompromi, hari nih sembah Allah, esok sembah berhala. Rasul saw tolak jugak seperti yang Allah jelaskan dalam surah AlKafirun. Sekali lagi, ikut logik kita lah, terimalah dulu. Nanti lambat-laun mesti terbukak hati diaorg masuk Islam. Tapi tidak. Itu bukan jalan yang Rasul saw lalui. Dan bagi yang pernah bekerja di Middle East nih pasti menghargai, orang Arab nih bukannya mudah nak handle.


Pemikiran idealis, dia akan ikut lojik manusia. Masyarakat boleh berubah dengan kekuasaan. Masyarakat boleh berubah tanpa perlunya pendidikan. Masyarakat boleh berubah dengan berkompromi dalam segala dan semua urusan. Awalnya mungkin berjaya, tapi akhirnya membinasakan negara. Banyak sangat contoh-contoh sejarah. Dari Firaun, Hitler, Mussolini dan ramai diktator di dunia nih. Letak la nama apa diaorang nih, tapi pada saya merekalah idealis yang sebenar. Mereka ingin mengambil jalan mudah untuk mengubah masyarakat. Nazisme, fasicime, nasionalisme, sosialisme, komunisme etc etc. Kesemuanya bertitik dari sangka yang kuasa adalah segala-galanya. Negara yang berdiri atas konsep ini, biasanya fragile dan tenteram hanya sementara.

Pemikiran realis berbeza. Di satu sudut nampak macam mereka idealis tapi sebenarnya realis memahami fitrah dan sunnah masyarakat. Pemahaman tidak boleh dan jangan sekali-kali dipaksa. Realis menyedari, untuk menyelamatkan sesuatu masyarakat dan negara dari gejala sosio-ekonomi-politik yang lesu, ia harus bermula dengan kesedaran dan pemahaman. Kesedaran boleh tercapai melalui pendidikan yang betul, penerangan yang sahih dan ibadat yang ikhlas. Penguatkuasaan hanya datang, apabila masyarakat dah bersedia. Itulah yang harus kita hayati. Itulah yang harus difahami.
Melihat suasana negara, dalam kita bersemangat untuk turut serta dalam acara demokrasi 5 tahun sekali nih, kita harus sedar mentaliti dan pemahaman kebanyakan masyarakat Malaysia masih jauh. Sekalipun pihak alternatif mungkin menang, kerja sebenar hanya akan datang selepas kemenangan tersebut. Itulah yang paling susah. Macammana nak reform sistem pendidikan? Macammana nak revise sistem kehakiman? Macammana nak atasi masalah kesempitan ekonomi? Macammana nak atasi masalah pengangguran dan pendatang haram? Macammana nak atasi fanatik-fanatik dari parti lawan? Apa nak buat dengan kelab malam di KL? Budaya bomoh pulak camna? Belum cakap isu-isu sensitif lagi. Bukan senang nak tackle isu-isu negara satu persatu...sebab kalau masyarakat bosan, cepat berubah balik ke takuk lama. Dan yang paling saya takuti, barisan alternatif akan jatuh semula ke perangkap lama...menjadi seperti idealis-idealis lain yang akhirnya gila kuasa. Sebab yang rugi akhirnya sapa? Masyarakat dan negara.