Insya-Allah, dalam masa beberapa hari lagi, saya dan keluarga akan menziarahi Iran. Rasa tak sabar, nak melawat negara yang telah menjadi pencetus revolusi pada tahun 1979 dan menghasilkan pemimpin-pemimpin yang begitu daring menentang Amerika Syarikat. Kalau dari segi saiz, Iran nih tidaklah sebesar Amerika Syarikat tapi dari segi keberanian yang kita tampak di dada akhbar, keberanian mereka bersuara lebih dari seluruh benua Afrika dan Australia digabungkan.
Kalau dilihat lebih jauh, kita pasti tidak lupa dengan sumbangan Salman Al-Farsi ra, seorang sabahat Nabi saw. Mengikut Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Mukaddimah ramai dari ilmuan bahasa Arab Muslim pada zamannya berasal dari Iran seperti Sibawaih. Ibnu Khaldun juga merasakan bermula dari asimilasi dengan tamadun Parsi inilah ilmu-ilmu di dalam tamadun Islam terutqama sekali ilmu bahasa arab dan kehakiman dipelihara dengan terjaga dan penuh sistematik.
Entah kenapa, terdetik hati saya nak tau dari mana nama Iran muncul. Sebenarnya nama Iran hanya mula digunakan secara rasmi di mata dunia mulai 21 March 1935 oleh Shah Reza Pahlavi. Sebelum itu, seluruh dunia hanya mengenali Iran dengan nama Latinnya, Pars. Dalam bahasa Hebrew "Paras" (Hebrew פרס), atau "Paras ve Madai" (פרס ומדי). Walaubagaimanapun, di kalangan penduduk Iran nama Iran sebenarnya sudah lama digunakan. "Iran" bermakna "Tanak milik Aryans", kata nama asalnya "Aryānām" atau "Airyanem Vaejah". Dikatakan ejaan purba Iranian dari bahasa sanskrit membawa maksud orang yang mulia.
Di kalangan ahli sejarah, dipercayai bahasa Aryan ini mula digunakan oleh mereka yang berasal dari utara India.Di dalam kita Veda, perkataan Arya ini tidak pernah digunakan dari segi perkauman dan bangsa. Ia masih diguna pakai oleh penganut agama Hindu, Buddha, dan Majusi dengan membawa maksud "mulia" atau "hampir dengan Tuhan". Ia hampir sama dengan perkataan Sanskrit dan Hindi "Sri", membawa maksud hormat atau mulia (sini mungkin ada yang sudah hubungkaitkan dengan pingat-pingat kemuliaan di Malaysia, seperti Seri Di Raja etc.)
Bagi yang tau sejarah Nazi pulak, mungkin terkejut kerana Hitler di dalam karangan bukunya Mein Kampf atau "Hidup Saya" memulakan perjuangannya dengan dasar bangsa mereka adalah bangsa Aryan. Jadi, adakah Hitler nih mengaku dia dari Iran? Tidak sama sekali. Sebenarnya, Hitler juga menyalahgunakan makna Aryan dengan mengaitkan Aryan sebagai kehebatan bangsa berkulit putih di atas bangsa lain. Ini disalahgunakan sebagai prejudis terhadap golongan Yahudi. Mungkin di sini ada yang sudah boleh hubungkaitkan dengan Swastika Nazi dan Swastika (bahasa Sanskrit Svastika) Hindu dan Buddha. Di samping menggunakan perkataan Aryan, Hitler telah menggunakan Swastika Nazi ini sebagai simbol pertubuhannya. Pada tahun 1935 tersebut, dikatakan kerajaan Nazi Hitler telah mempengaruhi Persian Legation di Berlin untuk memujuk Shah Reza Pahlavi menukar nama Parsi secara rasmi kepada Iran sebagai usaha menghidupkan ruh bangsa Aryan ini.
Ada yang menyokong nama ini ditukar atas dasar:
1. semangat nasionalis,
2. hakikat Iran lebih mencerminkan masyarakat majmuk di Iran (Parsi hanya menyentuh satu bahasa sahaja) dan
3. sewaktu era Sassanids, kerajaan mereka dikenali sebagai Ēran-shahr ("empire of the Iranians") atau Ēran-zamin ("land of the Iranians").
Ada juga yang menentang kerana tidak mahu dikaitkan dengan kerajaan mereka. Akhirnya, pada tahun 1959 Mohammed Reza Shah mengambil jalan tengah mengumumkan bahawa nama Iran atau Parsi boleh digunakan.
Jadi kita tahu sekarang dari segi sejarah, Aryan sebenarnya tidak kena-mengena dengan bangsa. Namun, kegelojohan dan ketamakan manusia akhirnya menukarkan simbol dan makna keamanan ini untuk tujuan kehancuran dan kebinasaan.
Dikatakan juga terdapat ilmuan awal Kristian yang memulakan idea Aryan sebagai bangsa (tanpa sebarang bukti) sebagai untuk memisahkan mereka dari kebudayaan Yahudi. Nak samakan dengan orang Arab tak boleh pulak jadik dicipta bangsa Aryan walaupun mereka nih tak tau bahasa Aryan. Wallahua'lam. Kenalah ada kajian yang lebih mendalam.
Kekadang, ini menyebabkan saya ketawa kepada skinhead yang berasal dari Malaysia sebab mereka tak faham konsep perjuangan mereka. Mereka berbangga mereka skinhead dan berpegang teguh kepada ajaran skindhead, sedangkan intipati asal ajaran skinhead adalah untuk menghapuskan semua bangsa selain Aryan. Skinhead berasal dari nazisme. Mereka cuba mengaitkan skinhead = Aryan. Jika difikirkan dari aspek sami-sami yang mencukur habis rambut mereka memanglah logik, tetapi kenapa hanya itu sahaja ajaran yang diambil? Bagaimana pula ajaran Buddha yang mengajar tentang berbaik terhadap jiran dan ibu bapa? Kalau betul mereka nak ikut "skinhead" yang asal, maka Buddhism atau Hinduism seharusnya menjadi dasar bukannya kekerasan dan sikap Fascisme yang sombong menjadi ikutan. Yang menjadi semakin lucu, bila dilayari website-website mereka, dikatakan "kami skinhead, bukan racist". Nih macam ngaku kami gula tapi kami tak manis. Itulah yang terjadi bila mengikut ajaran membabi buta tapi tak faham dan hayati ajarannya.
Sangat menarik bukan, kupasan tentang nama ini sahaja telah membawa kita hingga ke permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia terutama remaja. Bermula dari nama, ramai yang terpedaya dengan unsur nasionalisma. Dari nama juga, umat Islam Palestin turut serta menjadi mangsa. Inilah kepentingan FAHAM.
Ya Allah ,peliharalah kami dari terpedaya dengan tipudaya syaitan sebegini.
p/s: Mungkin ada yang cuba mengaitkan Ireland dengan makna sebagai Tanah orang Aryan. Sebenarnya tidak. Nama Ireland berasal dari Ériu dan perkataan germanic/Anglo-Saxon land. Ériu adalah nama mythology bangsa Irish.