Saturday, 19 December 2020

2020 - Satu Refleksi

Tahun 2020 akan berlalu dalam masa beberapa hari. Begitu banyak krisis yang berlaku. Daripada krisis pandemik COVID-19, krisis sosio-ekonomi dan krisis politik, kesemua yang berlaku mengucar-ngacirkan kehidupan harian rakyat.

Yang paling mengusarkan, krisis politik itu sendiri.

Sebelum tumbangnya kerajaan PH pada 24 Feb 2020 dengan perletakan jawatan Tun M sebagai PM, ramai menaruh harapan dengan kerjasama Muafakat Nasional. Permuafakatan 2 parti terbesar Melayu di Malaysia, mampu mengubah lanskap politik negara setelah sekian lama berseteru. Ramai yang cintakan kedamaian dan keadilan, mahu melihat terjalinnya persepakatan ini agar suara majoriti umat Islam terbentuk dalam satu kesatuan. Tiada lagi pertelingkahan. Tiada lagi perselisihan.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Namun, setelah hampir 10 bulan, ada di kalangan rakyat mula merasakan tiada beza antara PH dan PN. Perselisihan antara parti yang sering kelihatan antara parti-parti komponen PH, mula kelihatan antara UMNO dan Bersatu. Malah, kedengaran pula suara-suara apa gunanya MN kalau pembahagian kerusi adalah antara PN dan BN? Krisis politik di Sabah dan Perak, tambahan suara-suara tuntutan di Kelantan, Terengganu dan Johor memperlihatkan bahawa koalisi politik di Malaysia masih lagi bersifat terlalu dinamik. Apa sahaja kemungkinan pasti berlaku. Malaysia juga sudah hilang hala tuju yang jelas. Tahun Malaysia dijangka mencapai Wawasan 2020, bertukar menjadi tahun kecaluruan. Ironiknya, ia berlaku oleh tangan yang mengimpikan visi itu sendiri. 

Hakikatnya, rakyat tidak mahu melihat lagi pergelutan politik kerana kuasa. Rakyat juga tidak mahu ahli-ahli politik veteran kekal menanam cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Rakyat juga tidak mahu ahli-ahli politik yang dibebani dengan skandal-skandal politik yang tidak berkesudahan menjadi pemimpin.

Namun, apa yang saya perhatikan, pemimpin-pemimpin muda sendiri tidak mampu menyaingi ketokohan pemimpin-pemimpin veteran tersebut. Ketokohan pemimpin-pemimpin veteran, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, sama ada UMNO, PAS, PKR, DAP masih jauh meninggalkan pemimpin-pemimpin muda yang sedia ada. Pemimpin-pemimpin muda di dalam parti nasionalis dan islamis masih belum berjaya menambat hati Malaysia “heartland” seperti Tun M, Dato’ Seri Najib dan Tuan Guru Haji Hadi.

Satu sudut, kita inginkan pemimpin muda namun di satu lagi sudut, pemimpin-pemimpin muda masih belum mempunyai kekuatan akar umbi seperti pemimpin-pemimpin veteran.

Apakah jalan keluar? Secara peribadi, saya tidak mahu objektif kesatuan MN terbantut dan tergendala. Satu kerugian besar kepada umat dan civil nationalism apabila ini berlaku. Namun situasi kini terlalu dinamik dan sukar untuk kita jangka apakah bentuk kesatuan politik yang akan menjelma sempena PRU15 nanti. Manakala PN itu pada pandangan saya serupa seperti BN. Bezanya parti PPBM yang menjadi tunjang PN tidak mempunyai suara majoriti tetapi mahu kekal menjadi parti dominan.

Kalau bentuk kesatuan politik masih belum jelas, maka sebagai rakyat biasa kita harus memperjuangkan isu-isu dasar dan polisi. 

Isu-isu ekonomi dan pelaburan.

Isu kos sara hidup.

Isu perumahan.

Isu peluang pekerjaan.

Isu keadilan terhadap Allahyarham Adib

Isu ketelusan Tabung Haji.

Masyarakat sudah lemas dengan isu-isu politik kerana perkara yang sering diperdebatkan serta kuasa yang sering menjadi rebutan tiada kaitan dengan realiti kehidupan seharian. Ahli-ahli politik seakan-akan terpisah dari dunia masyarakat di sekeliling mereka. Kesusahan rakyat yang hilang sumber rezeki, kepayahan mereka yang tidak bergaji mencari sesuap nasi setiap hari, kerunsingan pasangan ibu bapa memikirkan nasib anak-anak bersaing mencari pekerjaan yang semakin mengecil, impian mahasiswa yang baru mendapat ijazah untuk mencari pekerjaan serta pelbagai isu lagi.

Hakikatnya, masih ramai yang hidup susah. Mereka inginkan ahli-ahli politik seperti Ebit Lew yang kelihatan begitu gigih membantu mereka yang hidup dalam kesusahan. Mereka mahukan ahli-ahli politik yang asli atau “authentic”, ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan. Mereka mahukan ahli-ahli politik yang mampu menyuarakan isu-isu rakyat serta memberikan penyelesaian yang praktikal.

Mereka mahukan pemimpin yang jelas halatujunya tanpa berkompromi terhadap identiti asal Malaysia berteraskan kesultanan berperlembagaan dan kontrak sosial yang murni. Mereka mahukan pemimpin yang jelas kiblatnya serta mampu menyatukan pelbagai bentuk kepelbagaian di tanahair ini tanpa mengorbankan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Mereka mahukan pemimpin yang menyatu-padukan, bukan memecah-belahkan.

Moga-moga tahun mendatang, akan lahir pemimpin sebegini di tanahair tercinta.

Tuesday, 1 September 2020

Parti Anak Muda dan Dinamik Politik Norma Baharu

Membaca laporan akhbar tentang usaha Syed Saddiq ingin menubuhkan parti anak muda agak menarik perhatian. Pada petang 31 Ogos, Syed Saddiq berjaya mengumpulkan hampir 30 tokoh-tokoh anak muda - mereka yang berjaya sama ada di medan sosial seperti Syed Azmi dan beberapa pengasas dunia keusahawanan seperti CEO HartaBumi, CEO FatHopes Energy, CEO TheLorry dan CEO Arba Travel. Mereka berbincang di Kelab Sultan Sulaiman (KSS) hampir 3 jam di bawah nama Rundingan Muda Malaysia. 

Mengadakan pertemuan pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos di Kelab Sultan Sulaiman membawa maknanya tersendiri. Mungkin Syed Saddiq ada sebab tersendiri memilih lokasi KSS dan tarikh tersebut. Namun, Kelab Sultan Sulaiman mengingatkan saya tentang sejarah kesatuan melayu itu sendiri - yang akhirnya dengan izin Allah membuahkan kemerdekaan tanahair pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya asas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.


Kesatuan Melayu

Ringkasnya, pada 1 Mac 1946, Hari Perpaduan Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Ini diikuti dengan Kongres Melayu Se-Malaya pertama selama 3 hari, disertai hampir 200 orang terdiri daripada 41 wakil pertubuhan dan kesatuan sosial Melayu di serata pelusuk negeri termasuk dari Singapura. Antara wakil persatuan yang hadir, adalah Allahyarham Dr Burhanuddin Helmy sendiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan 6 bulan lebih awal (17 Oktober 1945), sebuah parti yang dianggap berhaluan “kiri”. Selain daripada PKMM dan sebuah pertubuhan lain (saya tak jumpa nama persatuan ini), 39 pertubuhan yang lain sebulat suara bersetuju menubuhkan sebuah parti politik orang-orang Melayu di peringkat nasional. Ini menjadi titik tolak kepada penubuhan UMNO ketika Kongres Melayu yang ketiga di Istana Besar Johor Bahru, 11 Mei 1946.

Sumber: http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/09/melayu-adalah-masyarakat-induk-malaysia_24.html


Penyertaan PKMM pada Kongres Melayu Se-Malaya pertama ini menarik kerana akhirnya PKMM dianggap musuh politik UMNO sebelum merdeka. Slogan PKMM adalah “Malaya Merdeka” manakala slogan UMNO, pada mulanya “Hidup Melayu” ditukarkan kepada “Merdeka” pada tahun 1951. Seperti yang dinukilkan oleh Allhyarham Dr Burhanuddin Helmy di dalam penulisan beliau “Perjuangan Kita”, walaupun pada awalnya PKMM hadir di Kongres Melayu yang pertama atas semangat kesatuan Melayu, namun PKMM mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada parti UMNO kerana jiwa perjuangan kedua-dua belah parti berlainan landasan. Namun, Allahyarham mengharapkan umat Melayu bersatu padu pada suatu masa.


Politik Tradisional

UMNO, PAS dan secara unjuran parti Bersatu sendiri pada saya adalah parti politik tradisional. Proses pemilihan wakil memerlukan pencalonan dan persetujuan dari pelbagai pihak. Ada parti yang akan membiarkan pimpinan negeri untuk memilih wakil. Ada parti pula yang mahu pusat yang menentukan. Akibatnya, jika anak muda sendiri tidak aktif di dalam gerakan politik tersebut, maka tiada anak muda yang akan terpilih. Anak muda akan dikesampingkan kerana mereka sendiri tidak aktif dalam parti tersebut. Jika ada anak muda sekalipun, mereka perlu memberi keutamaan kepada yang lebih berpengalaman dan berumur kerana mereka yang berpengalaman ini telahpun mendapat sokongan daripada akar umbi parti. 


Sistem pemilhan yang panjang ini telah menjadi darah daging parti, kerana parti-parti ini, khususnya PAS dan UMNO telah melalui proses dan pengalaman yang panjang dan perit sejak sebelum sejarah kemerdekaan negara. Wakil-wakil ini perlu mendapat sokongan akar umbi untuk benar-benar terpilih. Andaikata ada perseteruan, terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi untuk menyelesaikannya, seperti yang berlaku di UMNO antara Datuk Seri Bung Mokhtar dan Datuk Rahman Dahlan baru-baru ini.


Manakala kesatuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti Melayu/Islam dan kerjasama bersama parti Pribumi GPS di Sarawak akan memberikan mereka kelebihan besar pada PRU akan datang. Tambahan, kemenangan kerjasama MN/PN baru-baru ini di Slim menambahkan lagi keyakinan mereka. Andaikata parti-parti ini mencalonkan muka-muka baru dan anak-anak muda yang bersih dari skandal-skandal politik, ini mungkin akan menarik lebih ramai pengundi-pengundi muda. 


PKR dan DAP pula saya kira parti yang agak pragmatik. Mereka lebih mudah meletakkan anak-anak muda ketika bertanding di parlimen. Malah, ketika PRU14 18% daripada ahli-ahli Parlimen mereka berusia sekitar 20-39 tahun berbanding hanya 4% daripada BN. Saya tidak terkejut pilihanraya seterusnya mereka akan terus mentrampilkan anak-anak muda sebagai wakil mereka kerana sistem pencalonan mereka kelihatan lebih kemas berbanding parti-parti tradisional. 


Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/438194



Gerakan Muda

Berbalik kepada gerakan anak muda ini. Tiada siapa yang akan dapat menjangkakan sama ada Parti Baru Anak Muda ini akan berjaya atau tidak, kerana politik di tanahair sangat dinamik. Parti Bersatu 5 tahun dahulu pun tiada siapa yang menjangka akan mengemudi negara pada waktu kritikal seperti sekarang. Malah, tidak pula dijangka apabila TSMY dipecat beliau dari UMNO beliau akan kembali menjadi PM pula. Hari ini, Tan Sri Anuar Musa pula umumkan bahawa Bersatu, UMNO (BN) dan PAS telah bersetuju untuk meletakkan satu lawan satu dengan PH lalu satu jawantakuasa akan ditubuhkan untuk pembahagian kerusi. 


Berkenaan parti anak muda, darah muda yang mengalir di dalam diri saya melihat ini sebagai suatu perkembangan positif yang harus diambil kira secara serius oleh parti2 tradisional seperti PAS dan UMNO mahupun Bersatu. Anak-anak muda seangkatan saya mahukan perubahan. Kami serik dengan kebanyakan ahli-ahli politik di kedua-dua belah pihak yang begitu lama berada di pentas politik negara sejak kami di bangku sekolah lagi - pada tahun 80an. Ketika kebanyakan Fortune 500 dikepalai oleh mereka yang berumur sekitar 35-54 dan 25 daripada syarikat tersebut mengaut keuntungan lebih daripada GDP beberapa negara di dunia, lebih daripada separuh ahli parlimen kita sudahpun berumur 56 tahun ke atas. 


Sumber: https://hbr.org/2014/04/how-old-are-silicon-valleys-top-founders-heres-the-data



Di era digital, ramai di kalangan anak-anak muda yang mahukan “disruptive politics”. Mereka tidak mahu mengikut arus biasa yang memerlukan seseorang melalui proses yang begitu sukar untuk menjadi ketua cawangan, ketua bahagian dan seterusnya menjadi wakil di Dewan Undangan Negeri mahupun ahli Parlimen. Mereka hanya mahukan seseorang yang bersih menjadi suara mereka dalam membicarakan isu-isu kemanusiaan, pekerjaan, kebebasan dan hak sebagai rakyat. Pola pemikiran mereka bukan lagi terikat kepada “economic security”, tetapi “economic freedom” dan seterusnya “economic humanity”. Mereka tidak mahu terikat kepada politik identiti.


Di mata anak-anak muda ini, era digital memperbolehkan jurang bandar dan luar bandar ini dirapatkan. Era digital telah memperbolehkan pendemokrasian dan penyebaran maklumat lalu seorang petani muda moden yang berada di Ranau dapat memberikan sumbangan pemikiran kepada pertemuan Rundingan Anak Muda di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Apabila anak-anak muda yang mempunyai aktivisme politik yang tinggi gagal mendapat tempat di dalam parti-parti tradisi seperti UMNO, PAS mahupun Bersatu, mereka akan beralih arah dan mahu bergerak di dalam gerakan baharu yang lebih terbuka dan agresif dalam menaikkan anak-anak muda sebagai ahli DUN atau Parlimen. Ini masa kita. Ini masa anak muda. Itulah slogan mereka.


Andaikata gerakan anak muda ini mengatur strategi dengan bijak, mereka mampu untuk ke hadapan. Saya melihat mereka mempunyai potensi besar. Jika saya berada di tanahair, saya juga berminat untuk membantu gerakan ini kerana saya melihat potensinya amat cerah. Namun, gerakan ini harus ikhlas dalam menjawab beberapa persoalan yang berlegar ketika ini.


Cabaran Gerakan Muda

Di Thailand dan France, gerakan anak muda seperti Future Forward/Move Forward dan La République En Marche berjaya kerana identiti nasional mereka sudah jelas. Teras identiti mereka sama. Manakala di Malaysia, sekalipun identiti nasional jelas berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini dan agama Islam seperti gagasan Kongres Kebudayaan 1971, ia seakan-akan belum ada persepakatan dan tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untuk bergerak ke hadapan, beberapa persoalan perlu diperjelaskan.


- Antara siri persoalan pertama, apakah definisi gerakan muda? Siapa yang dikategorikan muda? Adakah bawah 50an masih dikira muda? Adakah mereka yang berasa jiwa muda dan perasan muda boleh menyertainya? Apa pula akan terjadi apabila seseorang sudah melangkaui umur tersebut? Apakah platform untuk mereka?

- Siri persoalan kedua, apakah identiti yang akan dibawa gerakan muda ini? Sejauh mana keterikatan gerakan muda ini dengan Pakatan Harapan? Jika masih terbawa dengan pola pemikiran PKR dan DAP, mengapa tidak sertai sahaja parti-parti yang sedia ada? Adakah gerakan ini akan bertanding di kerusi-kerusi Bersatu tempohari atau akan bertanding di kawasan-kawasan kartel Azmin ketika mereka bersama PKR dahulu? Atau adakah gerakan ini tidak akan bertanding untuk PRU15 tetapi akan “berkempen” secara tidak langsung untuk Pakatan Harapan? 

- Siri persoalan ketiga, bagaimana gerakan ini menjana dana? Apakah ada pihak yang berkepentingan memberikan sumbangan untuk gerakan ini? Jawatankuasa yang menggerakkan gerakan muda ini harus telus dalam perkara ini agar tidak timbul kemusykilan bahawa gerakan ini dibayangi pihak tertentu.

- Siri persoalan keempat, apakah pendirian gerakan muda ini dalam isu-isu sensitif di negara kita? Daripada isu pendidikan sekolah vernakular kepada isu identiti nasional.


Akhir kata, kejayaan Kongres Melayu pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman adalah di atas dasar kebangsaan yang tinggi ketika menentang pembentukan Malayan Union. Ia merupakan perjumpaan yang mengimpikan gerakan kesatuan Melayu di peringkat kebangsaan. Ia adalah gerakan yang meletakkan kelangsungan umat Melayu Islam sebagai masyarakat induk dan masyarakat teras di tanahair ini. Perjumpaan tersebut, mengumpulkan wakil-wakil persatuan dari pelbagai pola pemikiran untuk bersama-sama menggerakkan kesatuan umat ke arah kemerdekaan negara.


Andaikata gerakan muda ini mengambil pendekatan yang sama, mengumpulkan anak-anak muda dari pelbagai pola pemikiran dan menolak prejudis politik terlebih dahulu, menolak ketaksuban terhadap tokoh politik tertentu, meletakkan identiti yang jelas berpaksikan perlembagaan negara dan berteraskan kebudayaan Melayu Islam, saya kira ia boleh sahaja menjadi kuasa ketiga yang akan memberikan tekanan untuk parti-parti politik sedia ada melakukan perubahan yang sesuai dengan tuntutan zaman. Andaikata mereka tidak terikat dengan PH mahupun MN/PN, mereka mampu menjadi alternatif baharu bagi anak-anak muda yang benar-benar dahagakan perubahan bukan atas dasar ketaksuban kepada individu atau parti, tetapi atas dasar kecintaan kepada negara.


Wallahua’lam.

Wednesday, 27 May 2020

Arak dan Kemalangan


1. Ada dua isu di sini. Isu pertama adalah isu arak manakala isu kedua adalah isu memandu di dalam keadaan memabukkan. Penulisan kali ini, agak panjang dari kebiasaan, lebih kepada isu memandu di dalam keadaan memabukkan.

2. Pada tahun ini sahaja, terdapat 7 mangsa meninggal dunia akibat pemandu mabuk yang dilaporkan di media. Ini sudah melebihi rekod kematian maut untuk tahun 2018 dan 2019 yang merekodkan 3 dan 5 kematian berkaitan mabuk/dadah. Mangsa-mangsa tidak bersalah pada tahun 2020 seperti yang dilaporkan media adalah:

a. 10 Feb 2020 - Allahyarham Khairizul Mohamad Nor, 39 tahun, menjadi mangsa rempuhan pemandu mabuk di km 140.2 Lebuhraya Utara Selatan. Manakala isteri beliau, Allahyarhamah Zuriana Hasan, juga mangsa tidak bersalah akibat kemalangan yang sama, meninggal dunia selepas koma hampir dua bulan. Pasangan meninggalkan 5 anak yang kini yatim piatu.
b. 11 Feb 2020 - Allahyarham Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21 tahun dan Allahyarham Mohd Amin Najmi Azaman, 19 tahun, menjadi mangsa rempuhan pemandu mabuk di  km 13 Jalan Lingkaran Luar Butterworth.
c. 15 Feb 2020 - Allahyarham Abdul Salam Saad, 34 tahun, menjadi mangsa tidak bersalah akibat pemandu mabuk di km 17.5 tol Pajam lebuhraya LEKAS.
d. 3 May 2020 - Allahyarham Sarjan Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun, menjadi mangsa tidak bersalah akibat pemandu mabuk di tol Kajang Selatan lebuhraya LEKAS.
e. 26 May 2020 - Allahyarham Herman Kamarudin, 41 tahun, menjadi mangsa tidak bersalah akibat pemandu mabuk di Jalan Pintasan Kuantan.

3. Kesemua mangsa, kecuali Allahyarhamah Zuriana, meninggal dunia di tempat kejadian. Kes-kes di atas, tidak lagi dikira kes-kes mabuk yang tidak mengakibatkan kematian, yang mengikut statistik kebiasaannya 30% daripada jumlah kadar kemalangan di Malaysia.

4. Pemandu-pemandu mabuk yang merempuh mangsa-mangsa tersebut, akan dan telah didakwa di bawah Akta 44(1)(B) Akta Pengangkutan Jalan (1987) dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara antara tiga hingga sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM8000 dan tidak lebih RM10000 tahun. PH seperti yang dilaporkan oleh aseanpost mahu menggubal akta tersebut dengan meningkatkan tempoh hukuman kepada 20 tahun penjara dan denda RM100000. Apapun, ketika perbicaraan, andaikata peguam pembela para pemandu mabuk tersebut berkebolehan, kemungkinan mereka akan terlepas dengan hukuman yang ringan.

5. Persoalannya sekarang, adakah hukuman-hukuman tersebut mencukupi untuk mencegah agar kemalangan yang serupa berlaku? Adakah hukuman-hukuman tersebut setimpal dengan sikap cuai pemandu mabuk tersebut? Adakah hukuman-hukuman tersebut, mampu meredakan kesengsaraan dan kemarahan keluarga mangsa?

6. Saya rasakan tidak dan kerajaan harus lebih serius untuk menangani isu ini. Kemalangan-kemalangan yang mengakibatkan kematian orang awam sebegini tidak harus berulang. Andaikata kegagalan terdahulu berulang, ia hanya membuktikan bahawa kerajaan kini tiada beza dengan kerajaan terdahulu dan tidak mempunyai iltizam politik untuk melakukan perubahan yang lebih berkesan. Kerajaan harus lebih proaktif, melihat kepada penyelesaian yang lebih menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada sidang parlimen pada bulan Julai ini untuk menggubal akta yang sedia ada.

7. Apakah bentuk pencegahan dan penguatkuasaan yang harus dilaksanakan? Semua pihak harus memainkan peranan.

8. Untuk Kementerian Pengangkutan, antara yang boleh diambil kira:
- Menurunkan had alkohol di dalam darah (BAC) daripada 80 mg/100 ml (0.08%) kepada had yang lebih rendah. Negara China, Norway dan Sweden mempunyai nilai BAC yang terendah, 0.02%. Satu kajian mendapati memandu dengan had alkohol di dalam darah melebihi 0.04% meninggikan kebarangkalian terlibat dalam kemalangan. Had akta kita sudahpun melebihi nilai BAC ini.
- Hukuman harus dipecahkan kepada tiga kategori - hukuman memandu melebihi BAC, hukuman memandu melebihi BAC dan terlibat dalam kemalangan, hukuman memandu melebihi BAC dan menyebabkan kematian di dalam kemalangan
- Hukuman harus berdasarkan kandungan alkohol di dalam darah. Lebih tinggi kandungan, lebih teruk hukuman dikenakan. Manakala hukuman denda harus berdasarkan pendapatan pesalah. Di Norway, pesalah yang ditangkap dalam keadaan mabuk dan memandu (belum terlibat dalam kemalangan) harus membayar denda minimum 1.5 daripada gaji bulanan. Kalau beliau CEO dan gaji beliau RM100,000 sebulan, maka denda minima yang harus dibayar adalah RM150,000.
- Manakala kemalangan yang mengakibatkan kematian harus dikenakan hukuman yang lebih berat dari peruntukan akta sekarang.  Hukuman denda harus dipertingkatkan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga mangsa. Hukuman penjara harus dipertingkatkan kepada penjara seumur hidup ataupun hukuman mati yang harus dimasukkan di bawah Akta Jenayah sepertimana pendekatan negara Taiwan. Ini kerana pemandu mabuk tersebut menghancurkan keluarga, membahayakan keadaan dan tidak berperikemanusiaan apabila mengambil keputusan untuk memandu di dalam keadaan berbahaya.

9. Manakala Kementerian-kementerian lain harus memainkan peranan lebih proaktif untuk membantu pencegahan memandu di dalam keadaan mabuk dengan mengambil kira saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pengalaman negara-negara lain terutama negara Scandinavia seperti:
- Mempertingkatkan kadar cukai atau lesen ke atas penjualan alkohol. Hasil cukai tersebut digunakan untuk kempen-kempen mempertingkatkan kesedaran bahayanya memandu di dalam keadaan mabuk.
- Semua pihak yang terlibat dalam penjualan arak secara langsung diwajibkan untuk memantau pelanggan mereka agar tidak memandu dalam keadaan mabuk. Ini boleh dilakukan contohnya dengan mengambil kunci kereta pelanggan yang kelihatan terlalu mabuk dan menyerahkan kepada “designated driver” jika ada atau memanggil teksi.
- Untuk memastikan semua pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan, Akta juga harus dipinda untuk mengenakan hukuman kepada penjual atau kawan-kawan pemandu yang secara langsung menjual atau bersama dengan pemandu sebelum kemalangan. Ini akan memastikan penjual dan rakan-rakan pemandu bersikap lebih proaktif untuk tidak membenarkan pembeli atau kawan-kawan mereka memandu di dalam keadaan mabuk.
- Mengurangkan tempoh waktu kedai-kedai yang menjual arak ketika hari-hari bekerja (Ahad-Khamis).
- Mempertingkatkan kesedaran berkenaan bahayanya memandu di dalam keadaan mabuk dan menyediaan bantuan untuk mereka yang mahu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol.
- Mengenali “zon-zon panas” dan mempertingkatkan pemeriksaan pernafasan (Random Breath Testing) di “zon-zon panas” terutama di malam minggu untuk memastikan kadar alkohol pemandu di bawah had yang dibenarkan. Di Australia, peningkatan RBT membantu mengurangkan kadar kemalangan akibat alkohol sebanyak 23%.

10. Ada banyak lagi saranan yang boleh diambil dari negara-negara lain. Pelajaran itu ada bagi pihak kerajaan andaikata mereka benar-benar serius dalam menyelesaikan masalah ini. Isu arak adalah isu besar manakala isu memandu dalam keadaan mabuk jika tidak dicegah adalah berbahaya kepada masyarakat, memusnahkan kebahagiaan keluarga, memecah-belahkan jiran tetangga, memusnahkan harta benda tanpa mengira agama mahupun bangsa.

11. Semoga tiada lagi kematian-kematian berulang daripada mangsa rempuh pemandu mabuk selepas usaha memperketatkan perundangan dan pencegahan yang lebih drastik. Benarlah kata-kata Saidina Uthman ra.

اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِث -
Jauhilah khamar (arak) kerana ia adalah ibu segala kemaksiatan.

Wallahua’lam.

Wednesday, 22 April 2020

Ramadhan 1441 - A Ramadhan to be remembered

3 more days to Ramadhan

I read my 16 year old son’s short blog about his feelings of ramadhan this year. A sentence caught my attention - it truly is going to be a strange ramadhan.

Ramadhan is always about reminding us how vulnerable we are. It is about breaking our ego and grand delusion of self independence. It is about breaking our arrogance and labelling another side with derogatory connotations. We see this frequently in our lives and unfortunately more abundant in the social media, thinking we can do whatever we want without any consequences. The arrogant unchecked, ultimately leads to the first great sin - sense of superiority against other people.

It’s easy to detect an outwardly arrogant person - we can see this in what now many label as “kluster kayangan”.  Feeling that they should be treated differently due to pride of abundance. Yet we forget, “kluster kayangan” syndrome also comes in more subtle ways - feelings of superiority due to pride of lineage, pride of beauty, pride of physical strength, pride of popularity and pride of knowledge. This sense of pride is buried deep inside our heart but are sometimes vaguely manifested through ones action by treating others with contempt especially in social media. Sometimes it appears in the mask of righteousness.

All finally leading to one outcome - “I’m always right” and judging others harshly. This subtle sin affects the rich and the poor, people living overseas or in villages, in villas or flats, driving jaguar or a BMX bicycle, PH or a PN supporter. It affects all of us.

Which is why the month of Ramadhan is important for Muslims. It resets everything. It is a path to humility. It allows  us to examine our heart and strive to purify it. The month that allows us to reflect how interdependent we are with each other for survival. A reminder, how weak we are if we’re divided.

A reminder, how much we depend on Allah swt and His divine blessings. A reminder, how less we know and how much we need to learn.

The coming of Ramadhan in 3 days, has a common theme that resonates with us strongly, especially for the past 2 months - a sense of humility. The past 2 months changed the way we have been living since a while. It created the sense of helplessness but at the same time the sense of togetherness. We’re isolated from our beloved family members, friends yet we are closer to them virtually and in our hearts. No big gatherings for prayers or “buka puasa” together because our medical team, security personnel and food delivery drivers are still at the forefront while we stay at home.

As Ramadhan approaches us in this lockdown period, let us overcome our internal arrogance and remember our humble origins. How we were nurtured by our parents, teachers and family members. How we become human being not through our own accord but through compassionate caretakers. Let us eliminate the sense of pride by remembering that one day we will end up in our graves. Remember the inevitable standing before Allah swt and the accountability that lies ahead. Finally, the sense of gratitude - that all the blessings comes truly from Allah. Gratitude - to use our gifts and talents in the best way, that reinforces positive behavior and outcome within our society.

Let us learn to be humble because truly, this will be a strange Ramadhan.

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak.

Wallahua’lam.

Thursday, 27 February 2014

Anti Hadis - pandangan ikhlas berkenaan artikel anti Hadis oleh Tun Dr Mahathir

1. Apabila saya membaca penulisan Tun Dr Mahathir berkenaan anti hadis, saya merasa terpanggil untuk memberikan pandangan saya. Atas perasaan kasih dan menghormati Tun sebagai seorang tokoh Islam, saya akan membahasakan diri Tun dengan ayahanda Tun Mahathir.

2. Seperti biasa, penulisan ayahanda harus dibaca berkali-kali untuk benar-benar memahaminya. Para pembaca sama ada penyokong atau penentang beliau harus membaca dengan hati terbuka agar tidak berat sebelah dalam menilai penulisan tersebut. Berdasarkan apa yang saya faham, saya dapat membahagikan artikel beliau kepada beberapa bahagian, tetapi disebabkan oleh ruang yang ringkas ini saya akan mengupas dengan mengutamakan bahagian yang saya anggap penting untuk dibincangkan.

3. Ringkasan utama dari artikel ayahanda Tun Mahathir
- Ayahanda Tun Mahathir mengatakan Tun dilabel anti hadis kerana menyokong Kassim Ahmad
- Ayahanda Tun menggunakan hujah bahawa seringkali dikatakan yang tidak tahu berbahasa Arab tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam. Hujah diberi:
a. lihat orang arab yang fasih berbahasa arab tetapi mereka saling mengeluarkan hujah Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghalalkan perbuatan mereka.
b. Begitu juga kerjasama BN dengan MCA dan MIC dulu dihukum kafir, kini pihak yang sama bekerjasama dengan orang kafir tetapi dibenarkan pula
c. Mereka yang bergelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia. Tiada ulama yang mendesak umat Islam bersatupadu dan bersaudara semula
d. Dalam ajaran Islam, ada wajib dan sunat. Hadis adalah sunnah nabi maka ia sebenarnya sunat dan tidak wajib untuk diterima.

4. Pandangan terhadap hujah Tun 
Umum telah mengetahui siapa Kassim Ahmad. Dalam artikel terbaru Kassim Ahmad beliau mengatakan  amalan selawat kepada Nabi Muhammad saw dan syahadah kedua adalah penyelewengan yang datang kemudian. Cukuplah saya meletakkan Al-Quran Al-Ahzab ayat 56 dan Al-Fath ayat 29 untuk menolak hujah Kassim Ahmad dalam kedua hal tersebut. Malah, sudah ramai tokoh dan ilmuwan Islam yang telah menjawab serta membukukan jawapan balas terhadap segala hujah Kassim Ahmad. Maka saya kira “label” yang diberikan kepada Kassim Ahmad adalah perlu untuk kita menjelaskan kepada masyarakat awam seperti saya akan bahayanya pemikiran Kassim Ahmad.

5. Namun saya bersetuju adalah tidak adil untuk sesiapa melabel ayahanda Tun Dr Mahathir sebagai anti hadis juga. Saya percaya dengan pengakuan ayahanda bahawa beliau juga solat 5 waktu. Oleh itu, bagaimana orang yang solat boleh dikatakan anti hadis sedangkan cara untuk solat itu sendiri tidak diterangkan di dalam Al-Quran tetapi diperjelaskan melalui hadis dan perbuatan Nabi Muhammad saw sendiri? Bagaimana orang yang solat dikatakan anti hadis sedangkan pada tahiyyat pertama dan terakhir harus berselawat dan membaca 2 kalimah syahadah? Oleh itu, tidak wajar label tersebut diberikan kepada ayahanda Tun Dr Mahathir.

6. Walaubagaimanapun pada waktu yang sama ayahanda perlu menjelaskan kepada masyarakat adakah ayahanda Tun Dr Mahathir menyokong sepenuhnya hujah-hujah Kassim Ahmad ataupun ayahanda hanya bersetuju sebahagian sahaja? Jika ada yang ayahanda Tun Dr Mahathir tidak setuju, sewajarnya dijelaskan apa yang ditolak dan apa yang diterima. Selagi ayahanda sebagai seorang tokoh tidak menjelaskan sejauh mana batas hubungan dengan Kassim Ahmad selagi itulah ayahanda Tun Dr Mahathir akan dikaitkan dengan golongan anti hadis ini.

7. Berkenaan perlunya mengetahui bahasa Arab untuk bercakap berkenaan agama Islam, di sini ada 5 segmen yang perlu diterangkan.

- Segmen pertama: Saya bersetuju bahawa keimanan seseorang tidak dinilai sama ada beliau mampu berbicara dalam bahasa Arab atau tidak.

- Segmen kedua: Namun, dari segi penguasaan ilmu Islam adalah penting untuk seseorang yang dikatakan ulama’ menguasai bahasa Arab terlebih dahulu kerana sumber rujukan agama kesemuanya dalam bahasa Arab. Lihatlah bagaimana saudara Nouman Khan menerangkan ayatul Kursi dan kita akan kagum dengan bagaimana keindahan bahasa Arab disusun di dalam satu ayat tersebut. Oleh itu, kita harus menghormati golongan yang telah melalui disiplin ilmu Islam tersebut sebagaimana golongan ilmuwan Islam ini harus menghormati kepakaran ayahanda Tun Dr Mahathir di dalam bidang perubatan. Sekalipun mereka boleh membaca tentang ilmu perubatan melalui google, namun ini tidak boleh dijadikan hujjah bahawa mereka benar.

- Segmen ketiga: ini tidak menolak untuk sesiapa di kalangan rakyat awam untuk berbicara tentang Islam. Namun, apabila ada hujjah yang lebih kuat dikemukakan oleh ilmuan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah yang difahami oleh para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin maka hujjah tersebut adalah lebih utama daripada pandangan peribadi tersebut.

- Segmen keempat: Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa semua ilmuan Islam itu berada di atas landasan yang benar. Di dalam Al-Quran dan hadith sendiri telah diterangkan akan wujudnya ulama yang lebih memandang keduniaan dan menjual agama untuk kepentingan dunia. Bahkan, Al-Quran telah merakamkan bagaimana golongan yang pertama sekali menolak Nabi Isa as itu adalah di kalangan ulama Bani Israel sendiri. Ini merupakan peringatan kepada para ilmuan Islam bahawa golongan berilmu juga terdedah kepada kesilapan yang sama dilakukan oleh ulama pada zaman Nabi Isa as.

- Segmen kelima: di sinilah pentingnya kita meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai kayu ukur dalam menilai sesuatu kebenaran yang diperkatakan oleh seseorang ulama’.

8. Di sini saya ingin mengambil kesempatan menjawab persoalan ayahanda Tun Dr Mahathir yang sebenarnya tersilap dalam menyamakan sunnah itu sunat. As-Sunnah menurut istilah syari’at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad saw dalam bentuk qaul (ucapan), fi’il (perbuatan), taqrir (penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri’ (pensyari’atan) bagi umat Islam. Manakala sunat pula adalah salah satu dari hukum fiqh. Ada sunnah Rasulullah saw yang wajib diterima, ada sunnah Rasullullah saw yang sunat diamalkan dan sebagainya.

9. Ayat terakhir ayahanda Tun Dr Mahathir itu benar-benar menyentuh hati saya. Mungkin kerana ayah saya sendiri juga berumur hampir dengan beliau. Secara peribadi, saya menghormati ketokohan ayahanda Tun Dr Mahathir. Banyak pendekatan politik beliau yang saya setuju dan tidak kurang juga yang saya tidak bersetuju. Namun zaman kepemimpinan beliau sudah berakhir…kini tiba giliran “generasi baru” untuk memimpin negara.

10. Malangnya apabila dilihat blok-blok politik yang sedia ada, saya juga menumpang kesedihan melihat perpecahan umat Islam di tanahair atas assabiyah politik yang seakan-akan tidak menemui jalan penyelesaian. Kepemimpinan Perdana Menteri sekarang seakan-akan hilang fokus dan tidak tahu ke mana hendak dibawa negara Malaysia. Manakala blok politik alternatif seakan-akan celaru dengan agenda mereka sendiri. Perbezaan idealogi mereka hanya disatukan oleh titik kebencian bermottokan ABU.

11. Namun, saya yakin andaikata pemimpin kedua-dua blok politik tersebut meletakkan agenda  keutamaan kepada Islam dan umat ini, ia akan menjadi titik permulaan dan batu asas untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negara.

12. Setiap manusia akan kembali menemui Allah swt dan akhirnya semua akan diadili. Hukuman Allah swt di akhirat sangat berat, dan saya memohon Allah swt mengampunkan segala dosa saya, keluarga saya dan seluruh umat Islam tanpa mengira idealogi politik mereka.

13. Semoga Allah swt juga mengampunkan dosa ayahanda Tun Dr Mahathir sekeluarga dan semoga Allah swt merahmati ayahanda Tun.

14. Semoga Allah swt memperlihatkan kepada kita kebenaran dan memberikan kita kekuatan untuk berpegang teguh dengan kebenaran tersebut. Semoga Allah swt memperlihatkan kepada kita kebatilan dan memberikan kita kekuatan untuk menjauhi kebatilan tersebut. Sesungguhnya tubuh kita yang lemah ini tidak akan mampu menanggung siksaan pada hari yang tiada perlindungan melainkan dengan rahmat Allah swt yang Esa dan Maha Adil.

15. Saya akhiri dengan kata-kata Imam Malik rahimahullah yang mahsyur ketika berada di samping maqam Rasulullah saw, “setiap pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali pendapat pemilik kubur ini (Rasulullah saw)”

16. Maka andaikata pandangan saya benar, terimalah ia. Andaikata ia salah, tolaklah ia. Wallahua’lam.

Friday, 10 January 2014

Mengapa Asyik Bangkitkan Isu Aqidah?


- Semasa akhir tahun 80an dan awal 90an apabila pelbagai projek mega diumumkan seringkali kedengaran dalam ceramah umum tentang bahaya pembangunan ekonomi tanpa diseimbangkan dengan pembangunan rohani. Apabila Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991, ramai di kalangan para ulama yang menegur mengatakan bahawa pembangunan material yang berlebihan tanpa meletakkan Islam sebagai panduan akan merugikan umat untuk jangka masa yang panjang.

- Andaikata zaman tersebut mempunyai internet, sudah pasti kritikan-kritikan tersebut sudah berada di dalam rakaman alam maya.

- 23 tahun sudah berlalu…amaran-amaran yang diberikan oleh para ulama dan ustaz terdahulu semakin menjadi realiti. Gejala sosial makin menjadi-jadi dan cara hidup hedonisme dan cinta materialisme secara berlebihan semakin ketara.

- Saya tidak mengatakan bahawa peningkatan taraf hidup dan projek-projek mega ekonomi tersebut tidak membawa keuntungan kepada rakyat. Tidak! Namun saya mengatakan bahawa apabila hanya ekonomi menjadi fokus tanpa meletakkan aqidah sebagai paksi, kemajuan yang tercapai tidak mampu dipelihara oleh tamadun tersebut.

- Mungkin kata-kata almarhum Syeikh Ramadhan al-Buthi rahimahullah di dalam kitab Fiqh Sirah lebih tepat dalam menerangkan hal ini.

- "Tidak ada erti hidup tanpa agama, tidak ada erti hidup sekiranya agama sudah hancur, malah penghidupan tanpa agama lambat laun akan musnah dan binasa. Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati sanubari manusia, suruhannya dapat dipraktikan di dalam masyarakat, percayalah bahawa segala apa yang dikorbankan demi kesucian agama itu tidak hilang begitu saja malah bangsa itu dianggap segagah-gagah bangsa dan kesucian agamanya tidak dicerobohi.

- Ini adalah undang-undang Tuhan di muka bumi ini sejak dahulu lagi, di mana kekuatan rohani merupakan bekalan pelindung dan ‘azimat untuk mengawasi dan mengawal kedaulatan dan keutuhan kebendaan setiap bangsa yang tinggi akhlaq, ‘aqidah kepercayaannya yang sihat dan penghidupan kemasyarakatannya yang harmoni, maka suasana kebendaannya juga turut seimbang dan kukuh. Bangsa yang pincang, masyarakat yang akhlaqnya sudah runtuh dan ‘aqidah pegangan sudah tidak ada lagi maka percayalah suasana material dan sumber kekayaannya juga akan turut runtuh menjunam ke dasar kehancuran yang menyeluruh.

- Kemungkinan engkau akan bertemu dengan satu bangsa di mana pemasyarakatannya sudah pincang dan perjalanan rohaninya sudah tempang tetapi masih lagi tegak dan gagah ekonomi dan materialnya. Sebenarnya bangsa ini dalam perjalanan ke jurang kehancuran. Mungkin engkau tidak nampak dan rasa perjalanannya ini kerana umur manusia terlalu singkat, perjalanannya menuju ke jurang kehancuran ini dapat dilihat dan mata sejarah sahaja dan sejarah sahaja yang menjadi saksi.

- Kemungkinan juga engkau akan bertemu dengan suatu bangsa yang begitu merosot ekonominya
kerana mempertahankan ‘aqidah kepercayaannya yang suci dan ingin membina sebuah masyarakat yang adil dan sihat. Percayalah masa kemerosotan ekonomi ini tidak akan berlarutan dan di dalam beberapa masa yang singkat sahaja, bangsa ini akan bangun menyuburkan penganjur ideologinya akan membimbing tangan rakyat jelatanya untuk membangunkan semula kemajuan ekonomi dan tidak berapa lama terlihatlah satu bangsa yang kuat pegangannya dalam ‘aqidah dan ekonominya kembali stabil, iaitu satu bangsa yang lemah tetapi kembali kuat dan makmur kerana mempertahankan kedaulatan agamanya.

- Kita tidak akan dapat suatu contoh yang sihat tentang ‘alam manusia dan penghidupan kecuali di dalam ‘aqidah kepercayaan Islam sahaja. Ini ialah kerana Islam agama Allah untuk seluruh hambaNya, begitu juga kita tidak akan dapat suatu sistem masyarakat yang tersusun rapi kecuali Islam saja yang sanggup merangka dan rnenyusun sistem dan penencanaan masyarakat yang adil. Oleh itu maka antara teras—teras da’wah Islamiyyah ialah mengorbankan harta benda, negara dan penghidupan seluruhnya demi mempertahankan kedaulatan Islam. Pengorbanan demikian akan memberi jaminan kepada keselamatan kekayaan negara dan penghidupan rakyatnya."

- Adakah kita mahu mengulangi kesilapan yang sama 23 tahun yang lepas dan mengabaikan topik aqidah semata-mata apabila disentuh oleh orang politik kepartian dari parti lawan, ia menjadi busuk dan kelihatan palsu? Saya berharap jawapan kita tidak. Semoga menjadi peringatan buat diri, teman dan keluarga.

Wallahua’lam.

Tuesday, 7 January 2014

Apa Nak Jadi?

Apabila kepemimpinan negara hilang hala tuju, 
Jadilah negara kacau dan haru biru;
Timbul isu tetapi dibiar berlalu;
Tanpa tindakan dan komen senyap membisu.

Identiti negara tak tau nak jadi apa,
Sekejap pertahan Islam sekejap lagi sekularisma,
Yang dikendong terlepas yg dikejar keciciran,
Akibat nakkan undi lupakan hak tuhan.

Mahkamah sudah keluar perintah,
Sultan Selangor sudah bertitah;
Mereka tuntut pula 10 perjanjian,
Umat Islam terpinga-pinga apa sebenarnya perlembagaan.

Itulah nasib umat ini,
Semakin menjauhi rahmat Ilahi,
Agama diletakkan sama rata,
Dibiarkan Islam tinggal amalan semata.

Semoga yang prihatin terus berjuang,
Jangab takut dengan sebarang penghalang,
Celaan dan makian akan berlalu.
Balasan dan redha Allah idaman kalbu.

Kalau ditanya pula Allah yang mana satu?
Itulah jawapannya, Allah hanya Satu.
Allah tiada anak dan tiada sekutu,
Rugilah mereka yg beranggapan dan membenarkan selain itu.

Friday, 3 January 2014

Kesatuan Eropah vs Liga Arab

"Selagi umat Arab masih berpeluk tubuh dan sering menyalahkan satu sama lain, mereka akan terus berpecah. Dan selagi mereka kekal berpecah, selagi itulah mereka dalam keadaan lemah". Itulah pandangan George Galloway kenapa isu Palestin belum dpt diselesaikan sehingga kini.

Ketika saya melawat Norwegian Nobel Institute di Norway tahun lepas, saya membaca ttg sejarah pembentukan Kesatuan Eropah dan kenapa EU dipilih sebagai pemenang anugerah Nobel Peace Prize tahun 2012.

European Union terdiri daripada 28 buah negara, seramai 500 juta penduduk dan mempunyai 24 bahasa rasmi. Walaupun begitu, di dalam kesatuan tersebut ada sekurang-kurangnya 225 bahasa asli yang dipertuturkan dan hanya 54% dari penduduk Kesatuan Eropah memahami bahasa Inggeris. Sekalipun begitu banyak perbezaan dari persamaan, negara-negara Eropah ini berjaya membentuk satu kesatuan politik, persempadanan, perdagangan, matawang, pertahanan, ekonomi dan perundangan. EU dianugerahi Nobel Prize pada tahun 2012 kerana setelah begitu lama rantau tersebut berada di dalam kemelut peperangan sesama mereka, keamanan berjaya diperolehi melalui Kesatuan Eropah.

Saya memikirkan pula tentang Liga Arab. Ia terdiri daripada 22 negara dengan seramai 400 juta penduduk (tidak termasuk Palestin). Negara-negara Arab ini mempunyai satu bahasa rasmi, satu aqidah yg sekaligus bermakna satu kiblat, mengakui Nabi Muhammad saw sbg rasul terakhir, satu sejarah tamadun Islam, satu sistem hidup yakni Islam, satu kitab Al-Quran, bacaan surah Al-Fatihah di sebuah kampung di ceruk selatan Yaman sama dengan bacaan surah Al-Fatihah di sebuah kampung di ceruk utara Algeria. Bayangkanlah kekuatan yg mereka boleh capai melalui permuafakatan. Namun, sekalipun begitu banyak persamaan di antara mereka, perbezaan yg kecil sering diperbesarkan. Ini membuatkan sebarang permuafakatan politik apatah lagi ekonomi agak sukar utk dijalinkan sesama mereka dan tidak mampu menyelesaikan segala kemelut yg sedang melanda di rantau tersebut.

Di Eropah, moto mereka adalah In varietate concordia (United in Diversity) dan mereka membuktikan dgn tindakan. Persepakatan Kesatuan Eropah membawa kepada kekuatan ekonomi yg dibuktikan dgn GDP mencecah 17 trillion dollar yg tertinggi di dunia sekalipun 50% daripada sumber tenaga mereka diimport dari luar Eropah.

Negara Arab pula, kalimah tauhid sudah cukup untuk menyatukan kebanyakan dari mereka namun kerakusan dunia dan kebejatan nafsu mereka yg mempunyai kuasa telah merobek-robek kesatuan umat ini. Setiap negara hanya menjaga periuk nasi masing-masing. Secara individu tampak kuat namun keseluruhan Liga Arab hanya mempunyai GDP yang mencecah 2 trillion dollar sahaja sedangkan 25% daripada sumber petroleum dunia adalah daripada rantau ini. Perpecahan bangsa Arab di rantau Arab sebenarnya hanya melemahkan negara mereka.

Sesungguhnya di sini terkandung pengajaran bagi kita yang mahu berfikir.

Wallahua'lam.

Our Real Enemy

Hafiz Ahmad wrote [1] that some Malays are probably out of their mind being concerned about something that is not affecting their daily life. He pointed out that corruption, not liberalism is Malays real enemy. I assume that when he indicated Malays he was also cross-referring to Muslims, as most Malays in Malaysia’s context are Muslims.
I will thus attempt to approach this from an Islamic perspective and remind him that our real enemy doesn’t need to show up in broad daylight. Our enemy could come in many forms and in most cases; the silent enemy is deadlier than the obvious ones.
When Amr bin Lahiyy brought the first idol to Mecca, there was hardly any resistance and nobody in Mecca at that time would have thought that the pure monotheistic belief as thought by the Prophet Ibrahim pbuh[2] and Ismail pbuh would gradually be discarded. He probably thought it was a progressive innovation at that time. He broke the tradition, altered the religion and spread idolatry. The falsehood grew as people installed more idols around Mecca.
As time progressed, social ills in the Mecca society became their norms and customs. Only hundreds of years later through Prophet Muhammad pbuh that all these idols were removed and the social ills were brought to a halt. Islam was re-established again in Mecca and throughout the world generations by generations benefited from this Islamic civilization.
I agree that liberalism has been used loosely and can refer to a wide range of ideological positions. Liberalism has evolved over time and constantly adapted itself into different branches. From classical liberalism that extols the virtues of laissez-faire capitalism to social liberalism that favors welfare reforms and state intervention.

At the end of Cold War, democratic liberalism finally stood triumphant against all other ideologies that existed. As like any other human ideologies or secular religions that existed in the Western world in the 17th and 18th century, democratic liberalism provided rules and norms on every aspect of human life – individual, economic, political, military, moral and philosophy. One opponent however remained standing and it is not secular by any means – it is Islam.
Islam is unlike any other religion. It presents itself as an alternative way of life that permeates every aspect of life and culture. Taking from the words of Sheikh Hassan Al-Banna rahimahullah [3]:
“Islam is a comprehensive system which deals with all spheres of life.
It is a country and homeland or a government and a nation.
It is conduct and power or mercy and justice.
It is a culture and a law or knowledge and jurisprudence.
It is material and wealth or gain and prosperity.
It is Jihad and a call (dakwah) or army and a cause (fikrah).
And finally, it is a true belief and the correct worship.” 
I leave it to the liberalism supporters to debate amongst themselves what actually constitute liberalism. My focus here is the liberalism threat that comes under the disguise of progressive Islam or Islamic revivalism.
As these two incompatible value systems (i.e. liberalism and Islam) battle for the hearts and minds, four kinds of Muslims emerges (Syeikh Yasir Qadhi categorized them into three, but I prefer to add the last one as shown below).
• A Muslim that totally embraces the western way of life and rejects Islam as a whole
• A Muslim that attempts to strike a balance by redefining Islam in order to adapt to the “progressive” way of life as defined through the western culture
• A Muslim that strives to return back to the traditional Islamic belief without abandoning Al-Quran and As-Sunnah
• A Muslim that literally follows As-Sunnah without adapting to the current situation
The first and the last category of people are probably easy to identify. The third Insya-Allah is what we aspire to be. However, those in the second category, the so-called “liberal Muslims” are probably the most dangerous of them all. They may not corrupt us in the material sense, but they do corrupt us ideologically. They claim that they are modernized Muslims but in reality they have a different sets of paradigm on how to revive Islam. To them, they see that Islam can only be progressive by adapting to the same principles that the Western world is adhering to. Absolute logic becomes their spiritual and moral compass.
As a result, we have people like Irsyad Manji, an openly lesbian Muslim who admitted that she does not need to pray. We read about Dr Amina Wadud that became the first Muslim lady leading the Friday prayer to a mixed congregation. We were recently shocked to hear about Imam Daayiee Abdullah, America’s first openly gay Imam that allows women and men to kneel side by side during praying and marries same sex couples.
These examples of course do not stop there as their approach and thinking have now silently reached our region. In Indonesia, they established Jaringan Islam Liberal (JIL) while here in Malaysia there have been several NGOs formed to spread this idea. These NGOs even formed a coalition that we know today as COMANGO.
Thus to answer Hafiz’s confusion;
Yes, Malays should be aware of the day-to-day issues related to the economy, education and security to name a few, but they should also be cognizant of the silent cancerous ideologies that are slowly corrupting the already seemed weak Malays Islamic way of life, which is already facing hostilities from many fronts.
Yes, the image of Islam is tarnished by the corrupt Muslims politicians but this does not mean we should ignore the more alarming fact that the very principles of Islam is being eroded through the spreading of liberalism, secularism and all other man made ideologies.
Yes, rampant corruption is a threat to Malays but don’t forget all other social ills related to materialism such as prostitution, drug addiction, poverty, gangsters, alcoholism, pre-marital sex, rising crime rates, business monopoly and other immoral conducts.
Yes, the purchasing power of Malays will reduce drastically in the future and the rising cost of living will threaten our stomachs but being complacent and just tackling the symptoms would not help us either.
Since we know all these so what is the solution then? The answer to all these problems largely depends on the direction and identity we aspire for this nation. We should not fight corruption merely with bullets and ballots but with clear ideals and principles. Material corruption is not just solved by changing the ruling party of today’s government but by promoting and advocating the right ideology for the nation.
I personally believe liberalism or any other approach does not provide the comprehensive and complete solution as Islam does.The need for ideologies in conflict with Islamic principles to be challenged is not to serve as a diversion or to cover up from the real issues, but in actual sense to address the seemingly lack of all-rounding Islamic understanding and practice among the Muslims. It is thus important to adhere to the Islamic way of life in a complete manner and not mix it with any other forms of ideology.
Allah says in the Quran:
“And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth, while you know (the truth)” Al-Baqarah:42.
Liberalism or any other ideologies dilute Islamic principles in many ways. It may solve some issues related to individual liberty, fair elections, civil rights, press freedom and few others but it also brings about other social issues as clearly seen in the Western countries. This is due to the lack of comprehensive ethical and moral boundaries, not only concerning our worldly business but also its consequences in the hereafter, as has been clearly set in Islam.
Finally, Hafiz is also right that Malays need to wakeup and face the reality. The reality is that our trueenemy materializes in the form of ideas from a person or a group of people who mislead others by corrupting the understanding of Islam through their liberal interpretation.
This reminds me the story of Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. He is known as a famous scholar not because he is against the excessiveness of the Khalifahs’ during his time, but his refusal to abandon his true Islamic belief and theology. He became famous, as he stood tall against the might of Muktazilah philosophy under the sponsorship of Khalifah Al-Makmun that championed the role of rationalism in all aspects of life including theology. He could have just opined that “as long as the Muslims are living comfortably we should be fine”, but he didn’t because he knew that the worst kind of corruption is not related to materialism but any form of ideology or practice that corrupts the Islamic belief.
It is up to us to decide which issue should be our first priority to address at this age and time. Bear in mind however that if we do not challenge the concept that are brought forward by the self-proclaimed liberal Muslims today it will gradually be accepted by our society in the future. As Muslims, it is our duty that we should not retreat against this steady yet certain wave that is hitting our shores.
History has proven so many times that the uncontested ideologies of today are the accepted slogans of tomorrow. They come to be accepted by degrees, by consistent yet constant pressure on one side and gradual retreat on the other until one day when they are suddenly declared to be the country’s official ideology. If and when that happens, no amount of wealth could save our future generations.
Footnote:
[2]: Peace be upon him
[3]: Allah has mercy upon him

Saturday, 21 December 2013

Khutbah Jumaat Sebelum Hari Krismas 2013

Solat Jumaat yang lepas, Imam masjid memberikan khutbah yang menarik bersempena Krismas tidak lama lagi. Sepanjang khutbah beliau diisi penuh dengan ayat-ayat Al-Quran berkenaan Nabi Isa as dan ibu baginda Siti Maryam. Bermula dari kisah kelahiran Maryam dan pemilihan beliau untuk kelahiran Nabi Isa - kepada persoalan apakah yang akan ditanya kepada Nabi Isa as pada hari kebangkitan nanti. Semua yang beliau sampaikan, hanya dipetik daripada Al-Quran semata-mata. Tiada langsung tambahan. Tanpa saya sedari, apabila beliau tiba di penghujung khutbah saya menitiskan air mata mendengar jawapan Nabi Isa as ketika ditanya Allah swt tentang dakwah baginda.

Saya akan meringkaskan khutbah imam dengan mudah (dan setakat yang saya ingat):

Wahai umat Islam, sudahkah kamu menyampaikan mesej Islam kepada rakan-rakan kristian kamu? Sudahkah engkau menerangkan kepada mereka siapakah dan apakah ajaran Nabi Isa as sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran? Sudahkah mereka tahu, apakah pandangan umat Islam tentang ibu Nabi Isa as - Siti Maryam? Sudahkah mereka mendengar Firman Allah swt berkenaan ajaran tauhid Nabi Isa as? Jika belum, marilah kita sama-sama mendengar kisah tersebut dan sampaikanlah kepada mereka. Terangkanlah kepada mereka kisah sebenar sebagaimana yang terjadi, moga-moga mereka menerima cahaya kebenaran Islam.

Begitu banyak pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran berkenaan Nabi Isa as namun secara ringkas, khutbah ini akan saya bahagikan kepada 3 bahagian mengambil langsung daripada Al-Quran tanpa sebarang tambahan:
Bahagian 1 - berita kelahiran seorang Nabi dan mukjizat baginda
Bahagian 2 - misi dan dakwah Nabi Isa as 
Bahagian 3 - Pertanyaan Allah swt kepada Nabi Isa as pada hari kebangkitan

Bahagian 1 - berita kelahiran seorang Nabi (Surah Al-Imran: 42-48, 59-60, Surah-Maryam 20-26) dan mukjizat baginda (Surah Maryam 27-36)

Surah Al-Imran

42.Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

43."Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

44.Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

45.(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

46."Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

47.Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia.”

48.Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

59.Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

60.Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

Surah Maryam
20.Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

21.Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

22.Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

23.(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

24.Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

25.Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

26."Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

27.Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

28." Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

29.Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

30.Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

31.Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

32." Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

33.Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

34.Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

35.Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.

36.Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ".

Bahagian 2 - Misi Nabi Isa as (Surah Al-Imran: 49-51; Surah An-Nisa’ 171-172)

Surah Al-Imran
49.Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

50."Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

51."Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".

Surah An-Nisa'
171.Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

172.(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

Bahagian 3 - Pertanyaan Allah swt kepada Nabi Isa as pada hari kebangkitan (Al-Maidah: 116-120)

Inilah bahagian penutup dari khutbah ini. Inilah peringatan kepada umat manusia bahawa ajaran Nabi Isa as adalah ajaran tauhid seiring dengan mesej para nabi sebelum baginda dan mesej dakwah nabi selepas baginda, Nabi akhir zaman penutup segala Nabi - Nabi Muhammad saw.

Surah Al-Maidah
116.Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

117."Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

118."Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

119.Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”.

120.Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Wahai umat Islam, inilah kisah sebenar Nabi Isa as dan ibu baginda Siti Maryam sebagaimana yang diceritakan Allah swt. Inilah kisah hidup Nabi Isa as dan ibu baginda Siti Maryam. Inilah kisah benar, sebagaimana yang telah Allah swt jelaskan di dalam Al-Quranul Kareem.

Maka ambillah iktibar, bertakwalah kepada Allah swt dan sampaikanlah dan jelaskanlah mesej tauhid Nabi Isa as dan Rasulullah saw ini kepada teman-teman kamu yang beragama kristian moga mereka beroleh kebaikan.

Wallahua'lam.