Mulai saat tersebut, maka lengkaplah teori RAHMAN sebagai Perdana Mente
ri. Menjadi Perdana Menteri mahupun Presiden UMNO bukanlah mudah. Tanggungjawabnya besar. Apatah lagi cabaran yang harus dilalui DS Najib sangat banyak. Mulai dari krisis ekonomi negara, krisis kepemimpinan, krisis sosio-ekonomi, krisis perlembagaan, krisis penghakisan kuasa kehakiman, krisis salah guna kuasa dan rasuah serta bermacam-macam lagi. Sekali lihat, sebenarnya semua krisis yang berlaku memerlukan perubahan drastik di dalam dan luar UMNO. Di samping beberapa kontrovesi mengelabungi beliau pada masa yang sama, beliau harus keluar dari bayang-bayang Tun Dr Mahathir dan ayah beliau Allahyarham Tun Razak lalu berdiri sebagai pemimpin dengan identiti tersendiri.


Saya tanpa syak, yakin bahawa parti ini harus dibersihkan dari gelaja rasuah ya
ng mengancam survival parti tersebut. Saya tanpa syak, yakin parti ini hanya akan pulih andaikata pemimpin parti tersebut melihat dengan mata hati dan benar-benar ikhlas untuk memulihkan imej parti tersebut di mata rakyat. Saya tanpa syak, berasa ahli-ahli parti ini harus insaf dan berhenti berasa takbur dengan dominasi parti tersebut di dalam negara. Saya tanpa ragu-ragu merasakan parti ini memerlukan pemimpin yang tulen dan mempunyai jati diri untuk memulihkan imej parti ini. Ahli-ahli ini harus berhenti berlaku sombong dan bermegah diri lagak pahlawan apabila bangsa Melayu kononnya dihina tetapi apabila kezaliman dan maksiat berleluasa berdiam diri seribu bahasa. Sudah sampai masanya kita menghentikan budaya "double standard" tetapi berjuang atas dasar prinsip yang jelas.
Pada pandangan saya, andaikata DS Najib mahu memulihkan imej parti beliau di mata rakyat, beliau harus bersedia melakukan perubahan drastik dalam parti tersebut. Selain dari cadangan yang telah saya kemukakan dalam UMNO Parti Di Persimpangan, ini merupakan peluang keemasan untuk beliau merubah parti tersebut secara habis-habisan. Orang mungkin pikir, cara apa lagi nak bersihkan UMNO nih? Dah tak der jalan keluar parti ini. Golap masa depan kata orang.

Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai rakyat Malaysia memberi c
adangan kepada pemimpin negara untuk memperbaiki situasi negara. Keberangkalian besar, cadangan-cadangan saya ini hanya akan tinggal cadangan. Terpulang kepada beliau untuk memilih jalan tersendiri untuk memulihkan parti. Buat masa ini, biarkan saya akhiri dengan ucapan tahniah buat DS Najib kerana dipilih sebagai Presiden UMNO sekaligus akan menerajui negara Malaysia Insya-Allah mulai 2 April ini. Harap DS Najib beristighfar dan melakukan tugas dengan penuh takwa. Marilah kita lihat dan menilai sejauh mana beliau memimpin negara tercinta ini ke arah kesejahteraan, ketenteraman, ketelusan, keadilan dan keamanan.
