Sunday 15 June 2008

Ustazku - Allahyarham Ustaz Abdullah Md Isa

Tak ramai kenal dia atau tahu kewujudan beliau. Kalau surf atau google nama beliau di internet, memang takkan jumpa nama beliau. Namun, bagi segenerasi dengan saya di Jenan especially F1 1990, nama beliau memang terpahat di dalam ingatan. Generasi saya beliau ajar agak lama, dari 1990 hingga 1992. Jadi sudah pasti banyak kenangan pahit manis bersama allahyarham. Seingat saya, beliau mula mengajar Jenan 1989, jadik kami nih generasi pertama yang beliau ajar secara langsung dan 3 tahun berturut-turut. Dalam ramai-ramai cikgu atau ustaz, beliau yang paling saya hormati malah kasihi. Saya yakin, mereka yang dikategorikan yang paling "barua" dalam batch kami pun respect akan beliau.

Kami respect allahyarham,bukan kerana plat kereta beliau MF2300 - ala-ala mafia pulak. Sampaikan orang dah boleh cam bunyi enjin kereta beliau. Masuk jer parking awal pagi, budak-budak kamar Blok B dan C (terutama rumah Andeka dan Satria) pasti terkejut sebab enjin kereta beliau tuh seakan-akan berbunyi "siapla korang yang belum bangun subuh lagik". (Waktu tuh, block A dah terbakar masa kami F1, 1990 jadik penghuni block A suma dah berhijrah ke Block B and C).

Kami respect, bukan juga kerana kutilan maut beliau atau sepukan maut beliau yang buat ramai terkemek-kemek muka tahan sakit atau songkok terkelepek sebab kena squash dengan sepukan ustaz. Teringat salah seorang rakan sebelum kena kutilan maut allahyarham sempat baca auzubillah. Tersenyum ustaz, "nak kena baru nak ingat tuhan". Yang kena bukan sahaja lelaki, pompuan pun kena. Kalau yang tak bertudung kat kelas lagila, hari-hari Ustaz Abdullah sindir. Rambut tebuan la, nampak dahi la....macam-macam la. Yang laki dalam kelas, mula la tersengih-sengih. Lepas tuh ustaz test bacaan quran budak laki, yang tak lepas, siapla. Masa tuh, budak pompuan lak sengih-sengih.

Kami respect, bukan kerana beliau boleh lecture budak yang kena tangkap "ting-tong" atau dating sampai ngalir air mata. Kami yang ngintip duk bising masa prep malam macammana allahyarham berjaya lecture diaorang nih sampai insaf. Tambah-tambah lagi kalau budak yang kena tangkap ting-tong tuh yang kami anti.

Kami respect, bukan kerana beliau sebat sapa tak pergi solat subuh pagi Jumaat, especially kalau terlepas sujud sajadah. Teringat rakan se"dorm" saya, Pak Li yang melompat dari katil ke katil ala ala Crouching Tiger Hidden Dragon sebab nak ngelak kena sebatan ustaz. Lepas katil ke empat, kena jugak. Ada yang sorang lagi yang kulit agak gelap tutup muka dan tunjuk dahi jer, ustaz cakap, "nih Joseph?", suma senyap tak tau nak ya ker tidak. Ustaz pun blah. Slamat! Saya ingat bukan kenapa, saya sendiri kena pagi tuh. Tapi saya dah predict awal-awal so saya pakai tebal-tebal buat lapik belakang. hehe...itupun sakit jugak sekali kena piap. Macam ustaz tahu ler pulak.

Tidak, apa yang buat saya ingat kerana dedikasi beliau ketika mengajar kami. Sesuatu yang waktu remaja dulu kami tak paham kenapa tapi apabila dah besar panjang nih pahamla kenapa.
Beliau mengajar kami petang-petang luar waktu sekolah. Prep petang dari Form 1 sampai Form 3 kira penuh dengan Pendidikan Islam. Kami respect beliau kerana beliau juga mengajar lebih dari syllabus Pendidikan Islam sekolah. Beliau kupas mengikut kitab tafsir dan mengunakan pelbagai kitab sebagai rujukan. Sampai kalau jawab exam memang terlebih panjang.

Kami respect beliau kerana penghormatan beliau pada ilmu. Teringat ada ustaz yang lebih muda tegur beliau mengatakan ada hadis lebih kuat tentang zikir lepas solat, beliau terima dan tolak syllabus pendidikan agama yang beliau dah ajar kami lebih 3 tahun. Kami respect beliau, sebab kesediaan beliau ambik degree dalam usia agak lanjut 40tahun. Beliau selalu menceritakan kesusahan beliau mengambil degree dalam usia sebegitu, tetapi berkat kesabaran beliau dan keluarga dapat juga beliau graduate dalam usia agak lanjut.

Beliau bersara pada awal tahun 1998. Kali terakhir saya lawat beliau, bersama sahabat baik saya Tobiaq hujung tahun 1998 atau awal 1999. Tak berapa ingat. Beliau dah bersara. Kereta MF2300 pun dah ditukar dengan kereta Iswara KAL4679. 4 bulan kemudian, beliau kembali ke rahmatullah.

Satu soalan yang saya ingat yang beliau tanya saya adalah, "Megat, la nih hang belah mana?" Soalan allahyarham merujuk kepada gerakan reformasi yang aktif pada waktu tersebut dan keratan akhbar 5 September 1997. Saya waktu tuh, tak tau allahyarham sokong siapa, jadi saya jawab yang generic. "Belah yang benar la ustaz. Ustaz pulak sokong sapa?". Allahyarham jawab, "belah sana la." Ish, memang susah nak dekodikasikan maksud ustaz, tapi saya rasa ustaz pun menyokong yang sama dengan saya.


Ala kulli hal, susah nak carik cikgu macam ini sekarang. Saya bersyukur, sewaktu saya di sekolah rendah mahupun menengah ramai cikgu-cikgu yang berdedikasi. Cikgu Zainab aka Kak Nab, Cikgu Senapi, Cikgu Maznah, Cikgu Bashirah, Cikgu Zainun, Cikgu Idris aka Cikgu Derih, Cikgu Azmi aka Tok Pin, Cikgu Ridzwan aka Cikgu Dwen, Cikgu Abdul Rahim Abu aka Cikgu Rambo, Cikgu Rahim Matematik aka Cikgu Assssssalamualaikum, Cikgu Mashitorh, Cikgu Mizuar, Cikgu Fauziah, Cikgu Poziah, Ustaz Hafiz, Ustaz Kassim, Cikgu Tan, Cikgu Chua dan ramai lagi. Banyak kenangan bersama setiap cikgu nih dan merekalah yang mencorakkan diri saya sewaktu remaja dahulu. Tak lupa juga yang mengajar secara tak langsung, Kak Mah yang duduk kat bawah Block B.

Sewajarnya, cikgu-cikgu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Saya yakin, pengorbanan mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah swt. Mereka harus dihargai atas pengorbanan mereka. Tapi, sekarang sepanjang apa yang saya tau dari professyen guru nih mereka banyak sangat paper work nak dibuat. Dengan pengiktirafan gaji yang tak seberapa, aktiviti kokurikulum, report nih, report tuh. Belum nak mark kertas exam lagik....dan yang paling frust, student yang tak hormat cikgu. Agak sedih saya dibuatnya. Pelbagai komen disuarakan oleh para pendidik ini, termasuk dari kalangan intelek seperti Profesor Diraja Ungku Aziz...tapi nampaknya semua pandangan mereka tidak diambil kira. Moga-moga, ada usaha yang ikhlas dari pihak parti pemerintah untuk memperbaiki keadaan dan sistem yang sedia ada.

Sudah 10 tahun dunia kehilangan Allahyarham Ustaz Abdullah Md Isa. Ramai yang merindui beliau dan cara beliau mendisiplinkan para remaja. Malah, di kalangan cikgu-cikgu di Jenan nama beliau seperti legenda kerana zaman beliau disiplin remaja terkawal di Jenan. Saya pasti, di kalangan pelajar Jenan terutama generasi 1990-1994, nama beliau terpahat dalam memori kenangan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan memelihara keluarga beliau. Semoga Allah swt membalas keikhlasan dan pengorbanan beliau dengan ganjaran syurga Amin Ya Rabbal Alamin.