Thursday 21 October 2010

Forum Perdana: Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia 2010


Objektif Program
Program kajian secara ilmiah dan terbuka mengenai isu-isu yang akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan Islam, kita dan generasi kita di Malaysia. Forum ini tidak membawa sentimen kemelayuan tetapi mengkaji secara ilmiah peranan kaum tersebut demi membawa kesedaran terhadap tanggungjawab dan peranan Melayu kepada Islam di Malaysia. 

Harapan
Moga usaha dan forum ini membantu rata-rata rakyat Malaysia beragama Islam secara khusus memahami keadaan semasa dan dapat memberi hala tuju (vision) dan persiapan (strategi) untuk membantu mencorakkan diri serta generasi anak-anak dari sekarang. Apatah lagi, isu yang akan di kaji oleh ahli-ahli forum menyentuh isu kesinambungan Islam di Malaysia yang rata-rata bahawa majoriti pendokong Islam di Malaysia adalah kaum Melayu. Kesedaran masyarakat Melayu akan tanggungjawab ini amatlah kritikal.