Wednesday 24 December 2008

Bahagian 3 - Hari-hari Selepas Haji & Apa Selepas Haji

Pengalaman Haji 1429H bersamaan 2008 Masihi

1. 12 Disember 2008 (Jumaat)
· Kami ke masjid lebih awal untuk solat Jumaat, jam 10.30 am. Sini, Alhamdulillah hotel agak dekat (Hotel Mubarak AlMasi berhampiran Hilton). Alhamdulillah dapat solat di saff yang agak hadapan.
· Sebelum solat Jumaat, saya berjumpa dengan seorang pakcik dari Iraq. Saya rasa umurnya late 50’s. Bahasa Inggerisnya lancar. Rupanya beliau Control Engineer di sebuah perusahaan di Libya. Di Libya, single status dan 3 bulan sekali pulang ke Iraq untuk bercuti. Beliau menegur saya selepas mendengar bacaan Al-Quran saya. Beliau terkejut seorang yang berasal dari negara tidak berbahasa Arab boleh membaca Quran dengan baik. Sepanjang pengalaman saya di Mekah semasa Haji, saya juga ditegur sedemikian dua kali, seorang dari Morocco dan 2 orang dari Oman. Yang dari Morocco tuh siap baring tepi saya sambil dengar bacaan saya. Alhamdulillah, pengalaman ini mengajar saya bahawa hanya dengan membaca Al-Quran, boleh menyatukan mereka yang seagama walau tidak sebangsa.
· Berbalik kepada cerita pakcik Iraq tuh, Nabil (nama pakcik tersebut) mula bercerita tentang keadaan di Iraq. Tiba satu saat, beliau sebak dan menangis mengenangkan betapa lemahnya umat Islam sekarang. Kita mempunyai kitab yang sahih tetapi bergaduh sesama sendiri. Yang menjadi mangsa, mereka yang lemah dan dhaif di kalangan orang tua, wanita dan kanak-kanak. Begitu ramai wanita yang kehilangan suami dan ramai kanak-kanak menjadi anak yatim. Saya tak boleh melupakan kata-kata beliau, “We’re so weak and helpless”. Terharu saya melihat seorang yang berusia sebegini menangis. Terasa benar kita harus melakukan sesuatu untuk berubah. Terngiang-ngiang ceramah Ustaz Abdul Halim tempohari, “Kita harus berfikiran jauh, namun beramal seperti Nabi dengan mengambil langkah-langkah kecil”.
· Sebelum ini, saya meyakini bahawa untuk Islam kembali gemilang, umat Arab harus kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. Tapi, apabila melihat suasana orang Arab di sini, saya terasa bahawa kalau menunggu mereka memimpin umat ini kembali, tak jadik la jawabnya. Teringat firman Allah swt, AlMaidah ayat 54.

“O you who believe! Whoever from among you turns back from his religion (Islam), Allah will bring a people whom He will love and they will love Him; humble towards the believers, stern towards the disbelievers, fighting in the Way of Allah, and never afraid of the blame of the blamers. That is the Grace of Allah which He bestows on whom He wills. And Allah is AllSufficient for His creatures needs, AllKnower.”

· Malamnya, yang Malaysia dari Hamlah Doha berkumpul bersama Hamlah Badar untuk aqiqah anak Jamal di rumah Ustaz Zul. Melepas ler rindu makan sambal belacan ala Malaysia. Asyik pekena sambal hijau Indonesia jer sepanjang perjalanan nih. Malam tuh, berjumpa semula dengan Ustaz Wan dan Ustaz Fikri. Seronok berjumpa dengan tenaga muda dakwah seperti mereka. Kami pakat dengan Ustaz Wan untuk membawa kami melakukan ziarah keesokannya.

2. 13 Disember 2008 (Sabtu)
· Jam 8.30am, kami mula bergerak untuk membuat ziarah. Biasanya saya ziarah bersama ustaz dari Indonesia, ini kali pertama ustaz dari Malaysia. Saya mintak Ustaz Wan bawa kami ke tempat yang jarang dibawa yang mempunyai nilai sejarah, di samping ke tempat yang sunnah diziarahi seperti makam Uhud dan Masjid Quba’.
· Berpandukan pengalaman beliau dengan Ustaz Abdul Halim dan berdasarkan buku tentang sejarah Madinah karya Ustaz Abdul Basit, kami menziarahi kawasan-kawasan bersejarah di Madinah. Beliau menerangkan pintu masuk Madinah dulu hanya dari kawasan Uhud/Khandaq dan bagaimana ketika Hijrah rasul saw tidak melalui pintu masuk yang biasa tetapi melalui kebun-kebun penghuni Madinah. Dari laluan kebun tersebut, kami ke arah Quba’ dan Masjid Jumaat. Kami melalui jalan yang rasul saw pernah lalui dan bukit kecil tempat para penghuni Madinah menunggu rasul saw. Kini bukit kecil tersebut terdapat tinggalan kota lama dari zaman kerajaan Othmaniyyah.
· Kami juga melalui kebun Bani Nadhir (salah satu kaum Yahudi di Madinah satu masa dahulu, di samping Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah) dan tinggalan lama kota Ka’b bin Al-Ashraf, pemimpin Yahudi Bani Nadhir yang dibunuh oleh sahabat Nabi Muhammad bin Maslamah ra kerana Ka’b bin Al-Ashraf sering menyakiti rasul saw dan menyebarkan propaganda memburukkan rasulullah saw.
· Kami melalui juga masjid Ambaria (masjid tinggalan Turki Othmaniyyah), stesyen keretapi zaman othmaniyyah dan masjid tujuh (Masajid as-Sab’ah). Ia dinamakan Masjid Tujuh kerana ada tujuh buah masjid didirikan di kawasan Khandaq ini. Kawasan masjid tujuh adalah tempat perkubuan berhampiran khandaq dan berlakunya mukjizat Nabi menjamu makanan kepada seluruh sahabat yang menyertai khandaq ketika Jabir bin Abdullah Al-Anshory ra mengajak baginda untuk makan. Antara masjid yang terkenal di kawasan ini adalah Masjid Fath dan Masjid Salman Al-Farsi. Kini ada satu masjid besar, dinamakan masjid Khandaq.
· Kami melalui masjid qiblatain (ada mengatakan ini sebahagian dari Masjid Tujuh kerana jaraknya hanya 2 km dari kawasan Masjid Tujuh).
· Kami jugak singgah sebentar di bekas istana salah seorang Tabien, Urwah bin Zubair bin Al-Awwam rahimahullah. Beliau dilahirkan 22H (zaman Saidina Omar ra) dan meninggal dunia pada tahun 94H. Ayah beliau merupakan salah seorang sahabat dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga manakala ibu beliau adalah Asma bt Abu Bakr ra. Ini bermakna Saidatina Aishah ra adalah ibu saudara beliau. Beliau belajar dari saidina Ali bin Abi Talib, Abdur-Rahman bin Awf, Zaid bin Thabit, Abu Ayub Al-Ansari dan ramai lagi para sahabat (radiallahuanhum) sehingga beliau menjadi salah seorang dari 7 fuqaha utama madinah pada waktu tersebut. Kawasan istana tersebut agak besar, menampilkan kemewahan yang umat Islam perolehi selepas Perang Qadisiyyah di zaman Saidina Omar ra. Malah, kekayaan tersebut menjadi penyebab Saidina Omar ra menangis kerana dapat merasakan fitnah kekayaan yang dirasai zaman beliau ini mungkin akan menyebabkan umat Islam leka selepas ini. Malah, ketika saidatina Aishah ra melawat Urwah di istana tersebut dan Urwah menjamu beliau makanan, saidatina Aishah ra menangis kerana Saidatina Aishah ra terkenangkan Rasulullah saw yang tidak pernah menjamah makanan sesedap yang dijamu ketika itu.
· Akhir sekali, kami melawat ladang unta. Ingat nak pekena susu unta tapi waktu tuh tak dijual pulak.
· Walaupun banyak lagi tempat boleh dilawat, tapi kami terpaksa balik jam 11am sebab bas akan berangkat ke Doha selepas Zohor.
· Alhamdulillah, sebelum solat Zohor saya berjaya mengkhatam Al-Quran.
· Jam 1.30pm, kami berangkat ke Doha.
· Jam 5am keesokannya, kami tiba di sempadan dan bas kami tiba di Doha transport jam 11pagi 14 Disember 2008, Hari Ahad.

PENUTUP
Pelbagai perasaan muncul apabila ibadat haji dan keseluruhan perjalanan ini tamat. Perasaan gembira , sedih, mengharap dan takut.
Gembira, kerana penantian bertahun-tahun berakhir dengan selamat. Gembira, kerana merasa hikmat Allah swt men”delay”kan pemergian haji kami pada tahun lepas. Gembira, kerana yakin akan janji Allah swt bagi yang berjaya menunaikan haji secara ikhlas dan diterima Allah swt.
Sedih, kerana ketika mula berangkat meninggalkan Mekah jam 9.08 pagi seribu macam kenangan beribadat ditinggalkan- perjuangan yang dilalui, persahabatan baru yang terjalin, kebersamaan dengan umat Islam, senyuman kanak-kanak dan mereka yang berumur ketika melakukan ibadah haji. Sedih, kerana berakhirnya ibadat yang menuntut hijrah fizikal, mental, spiritual dan emosi. Sedih, kerana meninggalkan kemanisan beribadah ketika mengawal disiplin semasa ihram, ketika mendengar laungan talbiah, ketika berdoa di bumi Arafah, ketika merentasi Arafah-Muzdalifah-Mina-Haram, ketika menjalani ibadah saei dan tahallul, ketika melalui kawasan korban, ketika persiapan hari Tarwiyyah, ketika mengisi hari Tasyrik dengan zikir dan bacaan Al-Quran,, ketika mengisi malam dengan qiyamullail dan solat tahajud, ketika melihat kaabah sambil melakukan tawaf wida’ buat kali terakhir.
Perasaan mengharap…akan keredhaan Allah swt dan haji yang mabrur nsya-Allah. Mengharap, untuk mengunjungi bumi Mekah dengan keadaan umat Islam di dunia semakin baik.
Takut, andaikata tidak berjaya istiqamah dengan semangat baru yang disuntik setelah melakukan ibadah Haji.

Teringat satu pesanan,
“Dan ketika kamu kembali ke negerimu dan ketika ada sesuatu mengajakmu melakukan maksiat maka :
Ø INGATLAH hari ketika kamu tawaf sekitar kaabah dan melakukan saei di Bukit Safa dan Marwa
Ø INGATLAH hari ketika kamu wukuf di Arafah mengangkat tanganmu sambil menitiskan air mata mengharapkan rahmat dan ampunan Allah swt
Ø INGATLAH ketika kamu berdoa setelah selesai melempar di 2 jamrah yang pertama
Moga-moga, ingatanmu terhadap ibadat tersebut menolongmu dari terjerumus ke dosa-dosa besar dan maksiat.”

Ibadah ini ternyata istimewa. Tidak seperti solat, zakat dan puasa. Maka setelah selesai ibadah ini, apa yang tinggal selepas Haji? Terlalu panjang untuk dikupas, jadi lebih baik sahaja saya akhiri dengan sabda rasulullah saw sebagai renungan buat semua.

a. Riadhus Solihin
Ø Abu Hurayra said that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, was asked, "What action is the best?" He replied, "Belief in Allah and His Messenger." He was asked, "Then what?" and replied, "Jihad in the way of Allah." He was asked, "And then what?" He replied, "An accepted hajj." [Agreed upon]
Ø Narrated Aisha: (the mother of the faithful believers) I said, "O Allah's Apostle! We consider Jihad as the best deed." The Prophet said, "The best Jihad (for women) is Hajj Mabrur. "

b. Imam Nawawi – Hadith 40
Ø 29th Hadith: From Mu'adh bin Jabal, radiyallahu 'anhu, who said: I said: "O Messenger of Allah, tell me of a deed which will take me into Paradise and will keep me away from the Hell-fire." He said: "You have asked me about a great matter, yet it is, indeed, an easy matter for him to whom Allah Almighty makes it easy. (It is ) that you worship Allah without associating anything with Him, that you perform the prayers, that you pay the zakat, that you fast during Ramadan, and that you make the pilgrimage to the House."

Then he said: "Shall I not guide you to the gates of goodness? Fasting is a shield; charity extinguishes sin as water extinguishes fire; and a man's prayer in the middle of the night." Then he recited: "Who forsake their beds to cry unto their Lord in fear and hope, and spend of that We have bestowed on them. No soul knoweth what is kept hid for them of joy, as a reward for what they used to do". [Qu'ran, Surah al-Sajdah (32): Ayah 16-17]

Then he said: "Shall I not also tell you of the peak of the matter, its pillar, and its topmost part?" I said: "Yes, O Messenger of Allah." He said: "The peak of the matter is Islam (submission to Allah), the pillar is prayer; and its topmost part is jihad." Then he said: "And shall I not tell you of the controlling of all that ?" I said:" Yes, O Messenger of Allah". So he took hold of his tongue and said: "Restrain this." I said: "O Prophet of Allah, will we be held accountable for what we say?" He said: "May your mother be bereft of you! Is there anything that topples people on their faces (or he said, on their noses) into the Hell-fire other than the jests of their tongues?"
[Related by Al-Tirmidhi, who said it was a fine and sound hadith]

c. Sahih Bukhari
Ø Narrated Abdullah bin Masud: I asked Allah's Apostle, "O Allah's Apostle! What is the best deed?" He replied, "To offer the prayers at their early stated fixed times." I asked, "What is next in goodness?" He replied, "To be good and dutiful to your parents." I further asked, what is next in goodness?" He replied, "To participate in Jihad in Allah's Cause." I did not ask Allah's Apostle anymore and if I had asked him more, he would have told me more.

d. Sahih Ibn Hibban
Ø In a qudsi hadith, The Prophet pbuh said: Allah says: “How is it that I have granted good health and ample means of provision to My slave, and 5 years pass without him coming to visit My House?”
Ø A better and more accurate translation, “Verily, a servant of Mine whose body I have made healthy and sound and whose provision I have widened, whom 5 years pass by him and he does not come to visit Me, is surely a deprived person”
Ø This hadith Qudsi was recorded by Ibn Hibban in his Saheeh (#960), from the companion of Abu Saeed AlKhudri ra. It was classed as Sahih by Al-Baani in as-Silsilah as-Saheehah
e. Sahih Tirmidhi
Ø The Prophet (peace and blessings be upon him) said: "There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days." The people asked, "Not even jihad for the sake of Allah?" He said, "Not even jihad for the sake of Allah, except in the case of a man who went out to fight, giving himself and his wealth up for the cause, and came back with nothing." (At-Tirmidhi) – this hadith is referring to the first ten days of Dhul Hijjah are the most sacred days of the year. They are mentioned as special days in Surat Al-Fajr. These are the days of special blessings. Muslims are urged to do more dhikr (remembering Allah), charity and good deeds during this time. Fasting in these days is prescribed as nafl (supererogatory act of worship) from first to the ninth day of Dhul Hijjah.