Ait, apahal lak citer pasal UMNO nih? Itulah gamaknya apa yang terpacul dalam pemikiran sesapa yang baca nih. Banyak sebabnya, namun sebab utama mahu tidak mahu sesiapa yang berminat dengan perkembangan politik tanah air terpaksa mengakui hakikat bahawa UMNO banyak memberi peranan kepada negara Malaysia. Sama ada secara negative atau positif, bukan tajuk perbincangan saya kali ini. Tambahan pula, UMNO adalah satu-satunya pertubuhan yang mempunyai paling ramai ahli beragama Islam…secara hukumnya, mereka ini paling hampir hubungan dengan saya dan sudah pasti mereka wajib ditegur andaikata ada berlaku kesalahan.
Secara peribadi, saya dibesarkan oleh orang UMNO. Ayah saya membesarkan kami agar menghormati bangsa dan agama lain. Malah, saya lebih mudah berkawan dengan bangsa lain semasa di sekolah rendah atau di kawasan perumahan. Waktu saya kecil, BN dan UMNO (apatah lagi Tun Dr Mahathir) memang saya sanjung habis. Pernah sewaktu di sekolah rendah saya dan rakan-rakan bangsa lain menubuhkan kelab “Barisan Nasional” dengan nama “ Tiga Bintang” (saya tak ingat kenapa kami pilih Tiga Bintang sebab macam ala-ala Parti Komunis Malaya ler pulak) melawan kumpulan yang kami gelar Tupai Ganz & Gagak Hitam atas sebab-sebab mereka suka membuli orang lain dan sebab yang saya tak dapat berkongsi di sini. Kami, pejuang keadilan Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf. Kelakar lak bunyi nya tapi itulah bagaimana pengaruh politik membentuk kami semasa kami kecil. Ala kulli hal, kumpulan itu hilang ditelan zaman kerana keahlian “limited” kepada geng-geng kami jer yang saya sampai sekarang tak tau kat mana.
Di samping saya berjumpa semula dengan bakal isteri saya melalui Kelab UMNO Luar Negara (ini tak boleh cerita sini, kena buat telenovela hehe...), ada beberapa sebab semasa kecil sehinggalah tahun 1997 saya menyokong UMNO:
1. Pengaruh media – media sering memaparkan parti-parti lain sebagai parti “pembangkang” dalam bentuk negatif. PAS dituduh dengan ajaran sesatnya dan DAP dituduh dengan ajaran komunisnya. Parti pembangkang sering dikaitkan dengan ketaksuban dan berpandangan ke belakang (inilah antara sebab saya berprinsip media harus lebih terbuka dan adil apabila melaporkan berita)
2. Pengaruh persekitaran – apabila saya melihat penyokong PAS semasa saya kecil sering menghina dan memulaukan ahli keluarga saya yang menyokong UMNO, walaupun satu keluarga (di sini saya belajar bahawa jangan sekali-kali kita menilai ahli sesuatu pertubuhan berdasarkan perwatakan ahlinya, tetapi lihatlah perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan pertubuhan tersebut untuk menilai secara adil.)
3. Anwar Ibrahim – Imej dan karisma Anwar Ibrahim ternyata memukau ramai remaja yang idealis pada masa tersebut. Pakatan Mahathir-Anwar sewaktu tuh ternyata membuat ramai yakin akan masa depan politik yang cerah di Malaysia.
Pertengahan tahun 1997, saya mula mengenali parti dan NGO lain dengan lebih dekat. Malah saya lebih mengenali Islam dengan lebih dekat. Tidak keberatan saya mengatakan tahun 1997-1998 adalah tempoh saya memikirkan ke mana saya mahu bawa diri saya ini. Saya tidak dapat melihat bagaimana isu keadilan dalam Islam boleh berkompromi dengan mana-mana pertubuhan yang sering melaungkan isu perkauman sebagai perjuangan utama. Islam, suatu cara hidup dan deen yang universal tidak harus disempitkan dengan politik perkauman. Islam harus berdiri atas prinsip aqidahnya yang jelas dan bukan atas sesuatu bangsa yang pada hari ini Islam hanya kerana rahmat-Nya.
Tiba 2 September 1998, laungan reformasi bergema. The rest, as people say is history.
Kini, UMNO diancam dengan pelbagai tekanan yang wujud, di luar atau di dalam parti. Minggu ini sahaja, kita baca berita tentang pembunuhan, muka disimbah asid, pergaduhan etc di media:
· Barisan may be reaching point of no return
· Umno leader slain in gangland killing
· Kelantan UMNO branch chief injured in acid attack
· Punches and chairs thrown at Felda UMNO branch meet
· War of words among UMNO members in Sedili Kecil
· UMNO perceived as racist, says Ku Li
· Lim Keng Yaik: UMNO all about money
· Kelantan UMNO branch chief injured in acid attack
· Punches and chairs thrown at Felda UMNO branch meet
· War of words among UMNO members in Sedili Kecil
· UMNO perceived as racist, says Ku Li
· Lim Keng Yaik: UMNO all about money
Dan ini hanya isu dalaman yang dilaporkan. Belum lagi yang tak dilaporkan. Belum lagi kisah-kisah “ghaib” dan seumpama dengannya. Belum lagi kisah PHD – Pingat Hasad Dengki dan saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Belum lagi kisah maksiat yang orang tau tapi buat pura-pura tak tau cuma kalau terdengar senyum macam kura-kura makan tauhu.
Benarlah firman Allah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum tersebut tidak mengubah nasib dirinya sendiri. Tidak ada jalan keluar bagi UMNO selain melakukan tajdid dan perubahan besar dalam parti mereka jika mereka ingin tetap relevan dalam kancah politik tempatan mahupun antarabangsa. Amerika Syarikat suatu masa dahulu terkenal tentang penindasan terhadap masyarakat kulit hitam, namun pada hari ini anjakan pemikiran sosial mereka membuatkan salah satu parti terbesar mereka, Parti Demokrat mencalonkan seorang kulit hitam sebagai calon presiden mereka. Amerika Syarikat, mampu berubah melalui proses “pendidikan” dan “penyebaran ideologi” melalui media dan Hollywood…masakan UMNO tidak mampu berubah sedangkan Al-Quran berada di sisi mereka?
Jalan perubahan untuk UMNO mungkin pahit untuk ditelan, tetapi itulah jalan yang sedia ada. Antaranya pada pandangan peribadi saya:
1. UMNO harus memandang “serious” usaha memansuhkan politik wang. Mana-mana di kalangan mereka yang dilaporkan dan terbukti melakukan rasuah harus dihukum malah dibuang parti tanpa mengira apa sahaja jawatan yang dipegang.
2. Ahli-ahli UMNO harus berani menegur kepemimpinan, jangan hanya menunggu pemimpin bahagian dan cawangan bersuara tetapi bila diberi peluang bersuara, “kami bersamamu”. Di belakang dan blog, bermati-matian inginkan perubahan tetapi akhirnya hanya menggunakan nama samaran.
3. Berhenti memilih pemimpin yang terbukti melakukan rasuah dan pilihlah mereka yang terbukti ikhlas dalam perjuangan. Saya yakin, ramai di kalangan ahli UMNO yang masih ikhlas berjuang untuk Islam. Mereka ini hanyalah rakyat biasa dengan kehidupan yang sederhana...hanya inginkan kebaikan untuk deen tercinta.
4. Mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parti yang menghina agama Islam, agama lain atau bangsa lain.
5. Hentikan budaya melaungkan slogan-slogan kosong tetapi tidak “walk the talk”. Buktikan ia bermakna.
6. Berhenti politik caci mencaci dan memburukkan peribadi orang. Yakinlah, ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mual dengan politik murahan tersebut. Buktikan kesungguhan dengan berhujah secara logik berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila ada sandaran Al-Quran dan As-Sunnah yang lebih kukuh, maka peganglah pada pendapat tersebut dan jangan taksub kepada prinsip hanya dengan alasan, “ini perjuangan tok nenek moyang kami.”. Al-Quran jelas dalam hal ini:
a. Allah the Almighty said, "When it is said to them, follow what Allah has revealed, they say, No! We shall follow the way of our fathers. What! Even though their fathers were void of wisdom and guidance?" [5:104]
b. Allah the Almighty said, "When it is said to them, follow what Allah has revealed, they say, No! We shall follow the way of our fathers. What! Even though their fathers were void of wisdom and guidance?" [5:104]
6. Berhenti politik caci mencaci dan memburukkan peribadi orang. Yakinlah, ramai di kalangan rakyat Malaysia sudah mual dengan politik murahan tersebut. Buktikan kesungguhan dengan berhujah secara logik berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila ada sandaran Al-Quran dan As-Sunnah yang lebih kukuh, maka peganglah pada pendapat tersebut dan jangan taksub kepada prinsip hanya dengan alasan, “ini perjuangan tok nenek moyang kami.”. Al-Quran jelas dalam hal ini:
a. Allah the Almighty said, "When it is said to them, follow what Allah has revealed, they say, No! We shall follow the way of our fathers. What! Even though their fathers were void of wisdom and guidance?" [5:104]
b. Allah the Almighty said, "When it is said to them, follow what Allah has revealed, they say, No! We shall follow the way of our fathers. What! Even though their fathers were void of wisdom and guidance?" [5:104]
7. Memastikan dasar Islam sebagai pokok perjuangan parti. Ini sesuai dengan Perlembagaan Malaysia bahawa “Agama Persekutuan ialah Islam” dan “Raja-raja sebagai pemimpin rakyat bertanggungjawab memelihara kepentingan Islam”.
8. UMNO harus dilihat memperjuangkan Islam bukan hanya dengan slogan tetapi secara praktikal. Hidupkan amalan-amalan Islam yang fardhu di kalangan ahli-ahli, berhenti mempersendakan Al-Quran dan Sunnah Nabi, membanteras pembaziran dan budaya lucah serta perkara yang mendedahkan aurat, menutup peluang kemaksiatan sama ada di media televisyen, website, majalah, konsert serta bersifat ihsan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan dengan penuh dedikasi dan ikhlas.
9. UMNO sebagai parti utama BN wajib memastikan keamanan terpelihara sama ada di pelosok kampung yang paling terpinggir di sebuah pulau di Sabah ke pusat membeli belah di kota Kuala Lumpur. UMNO juga harus menggalakkan perbincangan dan diskusi politik secara lebih terbuka dan menggalakkan pertukaran pemikiran khususnya dalam bidang pendidikan. Sikap cintakan ilmu harus disuburkan bukan hanya melalui retorik dan papan tanda kosong tetapi buktikan dengan insentif di sekolah dan bidang perusahaan.
10. Pertumbuhan ekonomi harus digalakkan dengan memastikan masyarakat dibantu secara positif dan tidak hanya diberikan bantuan kepada mereka yang memang diketahui sudah tidak layak dibantu.
11. Akhlak masyarakat harus diperkukuhkan dan tidak hanya menekankan bahawa kita bangsa Timur penuh tata susila di dalam iklan “tahun Melawat Malaysia” sedangkan diri sendiri tidak menjadi tauladan
12. Dakwah Islamiyyah tidak lagi disekat berdasarkan kepentingan politik.
13. Mengubah format politik perkauman yang sedia ada tetapi menghidupkan politik berdasarkan prinsip-prinsip sejagat
Ini hanya sedikit, mungkin jika direnung lebih mendalam, lebih banyak lagi boleh diperolehi dari aspek kesihatan, pertahanan etc etc.
Jika ahli-ahli UMNO ikhlas dan melakukan perubahan seperti di atas, saya yakin lebih ramai golongan professional dan muda mudi akan meyokong parti ini semula. Perjuangan ini, Insya-Allah akan lebih diberkati Allah swt dan diterima oleh parti komponen BN yang lain. UMNO juga, akan mula disegani oleh parti Pakatan Rakyat. Barulah bermakna, UMNO Terus Mara, Untuk Rakyat Malaysia.
Selagi masa tersebut belum tiba, saya berharap sempena bulan ramadhan ini, mungkin masa yang baik untuk ahli-ahli dan penyokong UMNO memikirkan jalan-jalan penyelesaian secara jujur. Berdoalah kepada Allah, moga Allah beri kekuatan untuk melakukan islah terhadap pertubuhan ini. Andaikata pilihan jalan masih sama seperti sekarang, mungkin dalam 5-8 tahun lagi UMNO akan bertahan, tetapi buat jangka masa panjang belum tentu lagi.
Andaikata ahli UMNO tidak mahu mengubah nasib parti ini, maka saya yakin yang akan rugi tidak lain dan tidak bukan adalah umat ini sendiri. Perjuangan berdasarkan politik perkauman tidak mampu melawan arus politik berdasarkan prinsip, apatah lagi prinsip yang diperjuangkan adalah prinsip keadilan, anti-korupsi dan ketelusan, dan tidak ada prinsip keadilan yang lebih hak dari prinsip keadilan Islam.
Andaikata waktu saya bersekolah rendah dulu, BN seakan-akan adalah watak hero di kalangan kami, saya hanya boleh menjangka siapakah pula watak hero yang dimainkan oleh budak-budak sekolah rendah sekarang? Mungkin budak-budak sekolah rendah kini belum meminati politik atau ada parti Tupai Ganz macam kami dulu, tapi saya yakin…menjadi ahli politik UMNO/BN bukan watak yang mereka idamkan buat sementara ini.