Wednesday 24 December 2008

Bahagian 2 - Hari-Hari Haji 1429H

Pengalaman Haji 1429H bersamaan 2008 Masihi

1. 6 Disember 2008 (Sabtu) – 8 Zulhijjah 1429H; Hari Tarwiyyah
· Kami bertolak ke Mina jam 6.30-7am. Sebelum bertolak, kami diberitahu agar tidak membawa beg besar ke Mina. Memadai beg kecil. Sesampainya di Mina, terus kami “book” tempat tidur masing-masing. Tempat saya hanya 4 “baringan” dari pintu masuk. Masa tuh dah mulai hilang keselesaan. Berpuluh orang duduk dalam satu khemah yang cukup untuk tidur jer. Sebelah khemah kami ada tempat buat air. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami ini air minum berlebihan. Memandangkan pakai ihram, semua duduk diam dan mengawal diri. Tidur rapat-rapat. Semua pakai putih untuk lelaki. Khemah kami di Doha transport terdiri dari pelbagai warganegara. Arab, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Pakistan. Majoriti dari Indonesia. Depan khemah kami hamlah lain, sempat ler tengok keadaan mereka. Lebih mewah sebab tempat baring diaorang proper sikit, atas dipan. Bagi yang VIP diaorang dapat bilik khas, satu bilik sorang atau duaorang. Waktu tuh, mula datang idea kenapa ler tak bayar lebih sedikit untuk keselesaan. Bersyukur sahaja….ternyata banyak kelebihan dengan pakej biasa nih. Teringat pula bagaimana di hari akhirat, agaknya macam tula perasaan kita bila ditunjukkan amal soleh, “kenapa ler aku tak tambah amalan aku?”. Masa tuh mungkin terasa rugi tak beramal sedangkan peluang masih ada. Esok, hari Arafah.

2. 7 Disember 2008 (Ahad) – 9 Zulhijjah 1429H; Hari Arafah
· Setibanya di padang Arafah pada waktu pagi, saya terus tidur untuk menyimpan tenaga untuk waktu istajab doa antara zohor dan maghrib. Ustaz hamlah memberikan khutbah dalam bahasa Indonesia dalam pukul 10am. Lepas tuh terus makan tengahari dan kemudiannya solat zohor. Khutbah di Masjid Namirah pulak agak lama. Ada satu jam rasanya. Sebaik selepas khutbah Masjid Namirah, terus saya mula berdoa. Pada mulanya saya berdoa di dalam khemah, tetapi kerana suasana bising dari khemah-khemah hamlah lain di tepi, saya pun bergerak ke luar, mencari ketenangan sambil berdoa. Saya terus berdoa sehingga menjelang maghrib.
· Ada sorang sahabat cakap, dia dengar satu ceramah yang mengatakan bahawa antara tanda-tanda haji mabrur – doa di hari arafah beserta dengan air mata. Ya la, kalau Hari Arafah berdoa tak keluar air mata, tak tau la waktu apa lagi nak keluar air mata.
· Dari keluar khemah, masuk balik khemah, menuju ke bas dan di dalam bas tak henti-henti berdoa. Terasa tak cukup masa berdoa. Sedih juga di hati, apabila melihat ramai manusia menyia-nyiakan waktu berdoa tersebut dengan bergurau senda, tidur etc terutama selepas jam 3.30pm. Yang lagi menyedihkan, sampah dibuang merata-rata. Arafah, seakan-akan menjadi satu kawasan sampah yang besar pada hari tersebut. Hari mulia tersebut dicemari dengan kekotoran dan pembaziran. Setelah masuknya waktu maghrib, bas mulai bergerak perlahan-perlahan menuju ke Muzdalifah. Setelah satu jam terperangkap di dalam “traffic” yang tidak bergerak, isteri dan saya turun dari bas dan mulai berjalan ke Muzdalifah. Yang menariknya, bas mulai berjalan lancar sejam selepas kami turun dari bas. Apa nak buat, redha la dengan keputusan yang telah dibuat.

3. 8 Disember 2008 (Isnin) – 10 Zulhijjah 1429H; Hari Nahar/Akbar
· Kami bertolak dari Arafah jam 6.30pm dan tiba di sempadan Muzdalifah jam 9.00pm. Tiba saha di Muzdalifah, “traffic” jam manusia pulak. Entah kenapa, lautan manusia berhenti bergerak seketika. Apabila disiasat, rupanya ada yang berhenti kerana melambai-lambai pada kamera TV. Terasa kelakar lak. Bermacam jenis manusia kami temui sepanjang perjalanan kami. Tapia pa yang paling saya kagumi apabila terserempak dengan orang-orang tua yang berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan bertongkat, lebih laju dari kami pulak tuh. Ada waktunya saya terfikir ini manusia atau jin yang menyamar manusia? Satu lagi puak yang saya kagumi adalah orang yang membawa anak-anak kecil. Hairan saya. Kalau naik bas ok la, tapi berjalan dari Arafah ke Muzdalifah? Subhanallah yang menggerakkan dan memberikan mereka kekuatan.
· Jam 10pm, selepas berjaya mencari tempat di celah-celah manusia, selesai solat, bersembang dengan orang sebelah dan makan terus kami tidur. Agak nyenyak tidurnya.
· Jam 1am, terjaga dengan bunyi hon-hon bas yang menggerakkan orang yang tidur di celah dan bawah bas. Jam 1.30am, selepas mengutip batu mulai bergerak ke Mina dan tiba di khemah jam 2.30am. Sempat ler saya mandi sebentar. Sebelum masuk ke khemah, ada pengawal-pengawal bertugas yang “mengumpulkan” barang-barang tak lekat di badan di satu tempat. Sleeping beg kami menjadi mangsa. Mujurla sleeping bag murah. Kelakar ler pulak sebab baru sekali pakai dah kena “rampas”.
· Jam 3am, bertolak ke jamrah. Setelah selesai melempar, kami terserempak dengan seorang lelaki yang dibawa pergi oleh pegawai polis kerana kepalanya berdarah terkena lemparan orang lain. Ish, Alhamdulillah kami tak terkena. Jam 3.30am, terus bertolak ke Haram. Ada ternampak beberapa pemuda menawarkan perkhidmatan motorsikal dengan charge SR50 sorang, teringin nak ambik tapi takpela sebab tak selamat tengok cara pembawaan diaorang.
· Jam 4.30am, mulai sa’ei di tingkat 3 sebab kami merasakan tawaf terlalu ramai orang dan hampir pada waktu subuh. Setelah selesai solat subuh, sambung sa’ei. Ketika sa’ei saya terserempak dengan Dr Tariq Suwaidan, tokoh Islam dari Kuwait yang amat dikenali. Rasa nak berhenti bersalam dengan beliau tapi takut hilang masa sebab ramai yang bersalam dengan beliau. Tak disambung dengan tawaf ifadhah kerana isteri agak kepenatan dan kaki kami melecet. Kami ambil keputusan untuk tawaf ifadhah beserta tawaf wada’ nanti.
· Jam 6.30 am, saya tahallul di kawasan Ajyad (dekat hotel yang saya umrah bulan 5 tempohari) sebab dalam ambik teksi ke Aziziyyah depan hotel tuh jer.
· Jam 7.15am, kami naik teksi ke Aziziyyah. Di”charge” kami SR60. Tiba sahaja di hotel, jumpa rakan sebilik. Rupanya bas yang saya turun dari Arafah tuh tiba di Mina lebih awal. Selepas Mina baru mereka mencari kenderaan sendiri atau berjalan kaki. Bas-bas yang lain, awal-awal dah tersekat kat Muzdalifah. Selepas makan tengahari, terus saya tidur. Namun, terserlah wajah-wajah gembira dan kepuasan ketika berjumpa rakan-rakan di dewan makan. Tak nampak pun sorang wajah letih. Semua sudak melepaskan ihram nampak gayanya dan memakai baju baru.
· Jam 4.30pm, kami berangkat semula ke Mina tapi hanya tiba di khemah jam 7.30pm-8pm. Itupun setelah berjalan dari terowong Muaissem ke khemah kami. Lepas makan dan solat, semua tidur. Saya pasti semua penat. Hari tersebut adalah kemuncak haji. Aktiviti selepas ini agak ringan.
· Berjalan memang seronok. Bermacam gelagat dan dapat merasai keunikan fardhu haji dengan lebih dekat lagi. Saya rasa, kalau buat haji dan tak berhimpit-himpitan atau bersesak-sesakan tak terasa “kemanisan” haji. Jangan bertolak-tolakan sudahla. Tapi saya rasa kali ini terlalu ramai dan tidak seperti yang digambarkan pada tahun 2007 yang mungkin lebih “lengang” berdasarkan kuota yang dipotong tahun lepas.

4. 9-10 Disember 2008 (Selasa&Rabu) – 11-12 Zulhijjah 1429H; Hari Tasyrik (Nafar Awal)
· 11 Zulhijjah, lontaran pertama. Tidak seperti tanggapan ramai, batu tidak mudah dicari di Mina. Kalau nak cari, cari awal-awal bukan waktu dalam perjalanan nak melontar. Apa yang saya perhatikan, melontar immediately lepas zohor (12-2pm) agak lapang. Lepas 2.30pm, sibuk. Sebaiknya, melontar di tingkat teratas, tapi hati-hati. Tidak ada papan tanda untuk ke tingkat atas dan laluannya hanya kecil di sebelah paling kiri. Kalau terlepas, terpaksalah melontar di bawah. Sebaiknya, bawa payung sekali kerana kalau ramai orang, terpaksa berjemur.
· 12 Zulhijjah, lontaran kedua dan terakhir untuk nafar awal. Mulai jam 9 pagi sehingga 2pm, jalan ke jamrat penuh dengan manusia. Kami bergerak jam 12 tengahari dan sampai ke jamrat jam 1pm. Itupun kami ambik lane paling kiri sebab lane paling kiri lengang – mungkin sebab terkena cahaya matahari di lane paling kiri. Kami selesai melontar jam 1.10pm. Waktu melempar, saya tunduk-tunduk gak sebab takut terkena lemparan orang. Maklumla, kali ini tingkat atas pun ramai orang. Alhamdulillah tak kena. Selesai melontar, kami patah balik ke khemah untuk solat zohor dan ambik beg. Jam 2.05 pm, kami bertolak ke Aziziyyah. Tiba di hotel 2.45pm setelah melalui shortcut.
· Hari Tasyrik, kelihatan mudah namun sebenarnya apabila dihayati waktu inilah rasul saw mula berdakwah kepada kabilah lain sebelum berlakunya Hijrah. Terngiang-ngiang ceramah Dr Anwar Awlaki. Malah, Ustaz Abdul Hakim mengupasnya dengan baik di dalam blog beliau - http://inijalanku.wordpress.com/2008/12/13/mina-membakar-semangat-juang/

5. 11 Disember 2008 (Khamis) – 13 Zulhijjah 1429H; Hari Tasyrik – Tawaf Ifadhah/Wida’
· Bas disediakan untuk kami ke Haram jam 12malam, 1 pagi dan 3 pagi. Namun, sapa yang pakai bas yang bertolak jam 12 malam hanya tiba di Haram jam 3pagi, itupun setelah jalan kaki. Yang bertolak jam 3 pagi tak melalui kesesakan tersebut. Pada pandangan saya, kalau nak bertolak jam 12malam yang terbaik adalah ambil teksi, berhenti di mahbassatul jin (tempat free parking) dan jalan melalui pedestrian walk ke Haram.
· Jam 3pagi, kami melakukan tawaf di bawah. Mula-mula agak lengang tapi lama kelamaan semakin ramai orang. Advantage tawaf bawah nih cepat sikit walaupun terpaksa bersesak, dengan syarat tawaf paling jauh di lingkaran tengah. Kalau tawaf di lingkaran luar, baik pergi tingkat 3 sahaja sebab lapang dan tak bertiang seperti di tingkat 2. So, kalau nak tawaf di bawah, tips terbaik adalah bila kita tengok orang tawaf dan terus nampak lingkaran tengah, boleh tawaf di bawah. Tapi kalau tengok orang tawaf dan nampak lingkaran paling luar di pinggiran, langsung ke tingkat atas.
· Kami buat 6 pusingan di bawah (satu tawaf 5-10 minit) dan 1 pusingan tawaf di atas (satu tawaf 15-20 minit).
· Jam 4.40am, selesailah tawaf ifadhah/wida’ kami, maka selesailah ibadat haji kami. Kami langsung pulang ke hotel di Aziziyyah (taxi charge SR100) dan solat subuh di masjid berhampiran.
· Jam 9.08 am – Kami bertolak menuju ke bumi penuh ketenangan, bumi Haram, tempat persemadian kekasih Allah swt, bumi Madinah yang diterangi cahaya. Tiba Madinah jam 2.30-3pm setelah pemandu berpusing-pusing mencari hotel. Sempat solat Asar di Masjid Nabawi. Malamnya, selesai solat Isya’ saya mengambil kesempatan ziarah makam Nabi.