Dua tiga hari lepas, ada rakan saya forward satu emel yang dia dapat, mengelu nasib dan keadaan orang melayu yang berpecah etc etc. Puisi tersebut bermula dengan nasib Pak Lah yang tertekan dan bagaimana bangsa lain akan mengambil kesempatan atas kelemahan orang melayu untuk menjajah tanah melayu. Pada mulanya, saya nak "paste" puisi tersebut tapi saya fikir, lebih baik saya jawab sahaja. Jadi, tadi 30 minit sebelum berbuka saya pun karanglah puitis nih. Taklah sehebat A Samad Said tapi boleh untuk level saya.
Wallahua'lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini satu balasan
Buat puisi "Pak Lah tertekan"
Bukannya sebagai sindirin
Tetapi penjelasan dan teguran
Moga terbuka hati menerima kebenaran
Tidak hanya berdasarkan kemarahan
Yang membuak-buak sampai tak tahan
Saya sayang melayu ada sebabnya
Saya melayu sebab yang pertama
Melayu itu juga cantik budinya
Melayu itu peramah orangnya
Melayu itu penyabar orangnya
Melayu kaya dengan seninya
Melayu kaya dengan budayanya
Tak lupa pencak silatnya
Namun, kekadang melayu lupa asal usulnya
Dari nabi Adam insan yang pertama
Tidak berpuak apatah lagi berbangsa
Melayu juga lupa
Mereka mulia bukan kerana hak bumiputranya
Mereka mulia bukan kerana tanah tumpah asalnya
Mereka mulia bukan kerana "NEP"nya
Mereka mulia bukan kerana kuasa politiknya
Mereka mulia bukan kerana sifat amuknya
Melayu mulia kerana Islam dan imannya
Ada melayu kata ada melayu sekarang lemah
Ada melayu kata ada melayu sekarang suka berpecah
Ada melayu kata ada melayu hilang maruah
Ada melayu kata ada melayu "kasik" tanah
Ada melayu kata ada melayu yang dah tak kisah
Melayu yang sama kata, ini bukan masa bertelagah
Tetapi ini masa untuk bersama tenaga dikerah
Tak kiralah PAS, UMNO atau PKR kah
Janji semua bersatu dan berubah
Sebelum kita nak bersatu semula
Saya nak ajak fikir sebaiknya
Platform apa melayu nak bersama
Platform "assabiyyah" atau keadilan untuk semua?
Kerana "assabiyyah" akhirnya tak kemana
Pengalaman silam Tuan Guru Niz Aziz tak lupa
PAS "ditolak" begitu sahaja
Setelah bersatu atas dasar bangsa
Janganlah juga kita lupa
"Assabiyyah" yang sama menolak ulama yang berani bersuara
Bila ditegur ulama cepat dijawab ulama harus bersikap terbuka
Ini masyarakat majmuk dan berbilang bangsa
Yang tinggal hanya Ustaz Harussani dan Ustaz Asri berdua
Tapi bila Cina India dah tak nak bersama
Barulah bersorak kata melayu harus bersama
Nah, atas dasar ini nak suruh melayu bersama?
Bila ditegur ulama, lain yang dibicara
Bila ditegur pelbagai bangsa, hak melayu "digugat" pula
Pentadbiran kini makin rosak anak muda
Pentadbiran kini sistem pendidikan jadik caca merba
Jangan lupa TV dan media
Asyik-asyik cerita yang serupa
Langsung tak berkembang pemikiran anak bangsa
Pentadbiran kini penuh dengan "korupisma"
Pentadbiran kini penuh dengan tipu daya
Pentadbiran kini menahan orang tanpa bicara
Mana ada dalam Islam ajaran sebegitu rupa
Pentadbiran ini menghina perundangan Islam tak kira masa
Dari segi perlaksanaan dan jugak bicara
Penerangan Islam sebenar dicop sebagai ajaran "wahhabi" pula
Tak sesuai untuk masyarakat melayu kita
Aduh, kalau macam ini sampai bila
Kita nak bertahan dan biarkan mereka
Terus berkuasa dan berleluasa
Jadi jawapan saya melayu boleh bersatu
Tapi apa salahnya bersatu dengan PAS gitu
Kerana pakatan mereka bersatu atas hujjah yang satu
Jangan biarkan bangsa kita terlampau jumud selalu
Nak menyelamatkan bangsa yang zalim dipelihara
Semua bangsa nak merasa keadilan yang saksama
Dan bukannya berdasarkan assabiyyah yang takkan ke mana
Akhir kata kalau atas dasar bangsa
Maka ingatlah kaum kafir Quraisy jugak bagi hujah yang sama
Muhammad pemecah keluarga, sanak saudara dan sebangsa
Kerana bawak ajaran adil dan saksama
Bilal berkulit hitam nak diberikan hak yang sama
Dengan kaum yang "mulia" penjaga kota
Mungkin ada pulak yang kata
Habis, DAP tuh apa cerita?
"Mereka sering nak hentam agama kita?
Orang macam nih kita nak bersama?"
Jawapan saya mungkin ada sebabnya
Mereka tak boleh terima "Islam kita"
Mereka nampak Islam hanya pada nama
Tapi akhlak dan amanah langsung tak terlaksana
Yang di Kelantan mereka tahan media mereka
Agar tak sampai apa Tuan Guru laksana
Kalau ini Islam yang mereka semuka
Patutpun mereka takkan terima
Tapi lepas pemerintahan yang adil masih belum dapat terima
Masa itu kita lain cerita
Ok cukup sampai sini sahaja
Nanti ada kata saya tak buat kerja
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~