Saturday 15 December 2007

Kenangan & Renungan - Amsterdam 2002

Kenapa penting untuk menulis blog? Apa gunanya dalam kehidupan seharian? Entah kenapa, terdetik di hati nak explore balik kehidupan di masa silam melalui tulisan peribadi. Puas la geledah "blog-blog" lama...terjumpa la penulisan yang mungkin sedikit daripadanya boleh dikongsi bersama.

~~~~~~~~~~~

05 Feb 2002
In less than 6 days, I will resume a long journey....

11 Feb 2002
Today's my first day in Holland. Different lifestyle than Melbourne. Not many familiar faces i.e. Asian faces. This is tougher than I thought. Working as a Muslim minority in this country is challenging especially post 9/11 tragedy. Leaving my family, wife and expected child behind is not an easy task.....

12/05/02 - before Maghrib
I can hardly imagine the loneliness that I’m forbearing right now. It’s really-really hard for me…though I’ve been apart for a few times, this is really hard for me. Nevertheless, Allah is giving me a great opportunity for me to grow up. For me to develop myself, of being someone I always wanted since November 1994. It’s never easy. Since I came out of Jenan that year, things never came out as I always expected. Apart from my family, it never turned out well.
I’ve always had this controversial within me. Whether being a technocrat or a “professional” muslim. There’s always this struggle. Some books bluntly put it as being a consumerism upholder or a fundamentalist. Being drifted by the globalism impact or being mountain strong on so called “purist”. ....

13/05/02 - before Isya
Watching and listening to PENTAGON comments that they can never allow roads and infrastructure to be rebuild in Iraq disgust me. The reason being, having that infrastructure rebuild would led to a militant country again. A country, being punished for crimes not yet committed. The people, being tortured for crimes being foretold by the PENTAGON. A judge, giving a sentence before a person commits the crime. Why are they so afraid of Iraq? Are they afraid of the NOSTRADAMUS prediction or really afraid that this man name Saddam would terrorise the world? .....

~~~~~~~~~~~~

hmm...terkenang memori lama. Banyak lagi tapi sengaja tidak dinukilkan kesemuanya disini. Seronok jugak baca penulisan-penulisan yang lama. Sekurang-kurangnya dapat mencari perbezaan atau peningkatan atau penurunan dalam pemikiran serta perasaan. Selain itu, boleh menjadi peranan melihat perkembangan sejarah diri. Tapi, ada perkara yang paling penting apabila kita menulis blog.

Dalam buku Stephen Covey, First Things First ada empat elemen penting dalam kompas kehidupan yang perlu di"balance" atau disamaratakan. Antaranya, self awareness. Susah saya nak terjemahkan apa maksudnya dalam bahasa Melayu, tapi mungkin yang paling dekat boleh saya bawa adalah muhasabah diri.

Self awareness penting kerana ia melatih diri kita untuk berfikir sebelum bertindak. Hal ini penting kerana kehidupan seharian kita khususnya di era globalisasi, konsumerisme dan internet ini telah memprogram kebanyakan diri kita untuk bertindak secara automatik tanpa berfikir panjang. Ini lebih ketara pada sesuatu budaya atau masyarakat. Contohnya - apabila terfikir dahaga, coke atau pepsi jugak dicari. Ini mungkin kerana pengaruh iklan "obey your thirst". Apabila dikatakan jelita untuk perempuan, pemikiran kita automatik diprogram mestilah perempuan yang badan dan muka macam bintang Hollywood. Apabila tiba perayaan krismas, hadiah mesti diberi kepada anak-anak kecil. Apabila tiba valentine, sekurang-kurangnya kad kasih wajib diberi. Dan pelbagai umpama lagi. Bukannya nak kata perkara-perkara itu seburuk-buruk kejadian, tapi kita perlu ingat jangan sampai membebankan diri. Macammana nak ingat? Itulah yang dikatakan self awareness.

It is our capacity to stand apart, take a step back and examine our thinking, motives, habits, scripts etc. Ia melatih kita untuk bertindak berdasarkan apa yang penting dalam kehidupan diri kita daripada bertindak kerana situasi paksarela seperti di atas.
Cadangan Stephen Covey untuk melatih sikap self awareness ini dengan menulis jurnal harian. Sewaktu buku tersebut beliau tulis, blog belum wujud lagi. Jadi, kita boleh terjemahkan jurnal harian tersebut sebagai blog harian. Bukan senang tapi ini juga satu latihan minda. Itulah sebab orang-orang yang terdahulu seperti Benjamin Franklin, Abraham Lincoln (malah pembunuh Abraham Lincoln juga John Wilkes Booth) etc menulis diari. Mungkin ada yang cakap zaman diaorang takde TV dan iklan tapi ala kulli hal ini amalan yang baik. Malah, Laksamana-laksamana kapal disarankan menulis log (contohnya dalam cerita Crimson Tide dan Star Trek semua kapten-kapten ada tulis daily log). Selain sebagai record, ini sebagai latihan untuk laksamana-laksamana tersebut "reflect" tindakan harian mereka.
Di dalam Islam, di kalangan salafussoleh amalan praktikal yang dibuat adalah muhasabah. Sebelum tidur, mereka beristighfar dan merenung kembali kehidupan seharian yang telah dilalui. Apa yang mereka rasa silap, mereka berazam untuk memperbaiki di kemudian hari. Jika ada yang tak lengkap, mereka berazam untuk lengkapkan keesokan hari. Jika terasa telah berbuat dosa, mereka bertaubat dan jika melibatkan manusia, mereka memohon maaf.
Mungkin kalau semua orang buat macam nih, adalah peluang untuk aman sikit dunia nih. Apapun, sama-samalah kita renungkan.