
Kalau dilihat lebih jauh, kita pasti tidak lupa dengan sumbangan Salman Al-Farsi ra, seorang sabahat Nabi saw. Mengikut Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Mukaddimah ramai dari ilmuan bahasa Arab Muslim pada zamannya berasal dari Iran seperti Sibawaih. Ibnu Khaldun juga merasakan bermula dari asimilasi dengan tamadun Parsi inilah ilmu-ilmu di dalam tamadun Islam terutqama sekali ilmu bahasa arab dan kehakiman dipelihara dengan terjaga dan penuh sistematik.

Di kalangan ahli sejarah, dipercayai bahasa Aryan ini mula digunakan oleh mereka yang berasal dari utara India.Di dalam kita Veda, perkataan Arya ini tidak pernah digunakan dari segi perkauman dan bangsa. Ia masih diguna pakai oleh penganut agama Hindu, Buddha, dan Majusi dengan membawa maksud "mulia" atau "hampir dengan Tuhan". Ia hampir sama dengan perkataan Sanskrit dan Hindi "Sri", membawa maksud hormat atau mulia (sini mungkin ada yang sudah hubungkaitkan dengan pingat-pingat kemuliaan di Malaysia, seperti Seri Di Raja etc.)

Ada yang menyokong nama ini ditukar atas dasar:
1. semangat nasionalis,
2. hakikat Iran lebih mencerminkan masyarakat majmuk di Iran (Parsi hanya menyentuh satu bahasa sahaja) dan
3. sewaktu era Sassanids, kerajaan mereka dikenali sebagai Ēran-shahr ("empire of the Iranians") atau Ēran-zamin ("land of the Iranians").
Ada juga yang menentang kerana tidak mahu dikaitkan dengan kerajaan mereka. Akhirnya, pada tahun 1959 Mohammed Reza Shah mengambil jalan tengah mengumumkan bahawa nama Iran atau Parsi boleh digunakan.
Jadi kita tahu sekarang dari segi sejarah, Aryan sebenarnya tidak kena-mengena dengan bangsa. Namun, kegelojohan dan ketamakan manusia akhirnya menukarkan simbol dan makna keamanan ini untuk tujuan kehancuran dan kebinasaan.
Dikatakan juga terdapat ilmuan awal Kristian yang memulakan idea Aryan sebagai bangsa (tanpa sebarang bukti) sebagai untuk memisahkan mereka dari kebudayaan Yahudi. Nak samakan dengan orang Arab tak boleh pulak jadik dicipta bangsa Aryan walaupun mereka nih tak tau bahasa Aryan. Wallahua'lam. Kenalah ada kajian yang lebih mendalam.
Kekadang, ini menyebabkan saya ketawa kepada skinhead yang berasal dari Malaysia sebab mereka tak faham konsep perjuangan mereka. Mereka berbangga mereka skin
head dan berpegang teguh kepada ajaran skindhead, sedangkan intipati asal ajaran skinhead adalah untuk menghapuskan semua bangsa selain Aryan. Skinhead berasal dari nazisme. Mereka cuba mengaitkan skinhead = Aryan. Jika difikirkan dari aspek sami-sami yang mencukur habis rambut mereka memanglah logik, tetapi kenapa hanya itu sahaja ajaran yang diambil? Bagaimana pula ajaran Buddha yang mengajar tentang berbaik terhadap jiran dan ibu bapa? Kalau betul mereka nak ikut "skinhead" yang asal, maka Buddhism atau Hinduism seharusnya menjadi dasar bukannya kekerasan dan sikap Fascisme yang sombong menjadi ikutan. Yang menjadi semakin lucu, bila dilayari website-website mereka, dikatakan "kami skinhead, bukan racist". Nih macam ngaku kami gula tapi kami tak manis. Itulah yang terjadi bila mengikut ajaran membabi buta tapi tak faham dan hayati ajarannya.

Sangat menarik bukan, kupasan tentang nama ini sahaja telah membawa kita hingga ke permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia terutama remaja. Bermula dari nama, ramai yang terpedaya dengan unsur nasionalisma. Dari nama juga, umat Islam Palestin turut serta menjadi mangsa. Inilah kepentingan FAHAM.
Ya Allah ,peliharalah kami dari terpedaya dengan tipudaya syaitan sebegini.
p/s: Mungkin ada yang cuba mengaitkan Ireland dengan makna sebagai Tanah orang Aryan. Sebenarnya tidak. Nama Ireland berasal dari Ériu dan perkataan germanic/Anglo-Saxon land. Ériu adalah nama mythology bangsa Irish.